Cip Kelapa Bakar Atau Roasted Coconut Chips Rangup Dan Sedap Dari Thailand | SITI.YANG.MENAIP

Cip Kelapa Bakar Atau Roasted Coconut Chips Rangup Dan Sedap Dari Thailand

/
20 Comments
December 11, 2017

CIP KELAPA BAKAR / ROASTED COCONUT CHIPS RANGUP DAN SEDAP DARI THAILAND. Bila pergi jalan memang pening fikir souvenirs apa yang perlu dibeli dan sesuai especially untuk ahli-ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Selain daripada buah mangga kering sedap juicy dan terbaik yang aku ceritakan dalam post INI, korang boleh juga beli cip buah kelapa atau roasted coconut chips sebagai souvenirs untuk ahli-ahli keluarga dan kawan-kawan sekiranya melancong ke Thailand. Terima kasih sepupu sebab belikan beberapa snacks sedap dari Thailand untuk kami rasa. Membuak-buak pula keinginan nak pergi Thailand. Selain dari air kelapa dan ais krim kelapa yang sememangnya kita semua tahu memang sedap dan menyegarkan, ini pula ada kerepek yang diperbuat daripada isi kelapa. Dipanggang elok rangup dan sedap sangat. Tanpa sedar makan dah separuh peket. Memang crunchy walaupun potongan agak tebal tak cukup satu bungkus tolong beli banyak-banyak dan bawa pulang takut nanti berebut-rebut. Budak-budak sukalah agaknya sebab rasa lemak manis semua cukup. Macam rasa biskut kelapa tradisional yang dijual di Malaysia pun ada. Kalau korang jenis yang suka beli makanan as souvenirs macam aku, ini adalah antara contoh makanan yang sesuai untuk dibawa pulang. Packaging pun cantik orang tak akan merungut dan selesai bab souvenirs tak perlu pening fikir nak beli apa. Fridge magnets, keychains dan tshirt memang wajib tapi apa salahnya buat sedikit kelainan beli makanan juga. Bila aku nak sampai Thailand memang tak tahu tapi for those yang bakal ke Thailand jangan lupa consider cip kelapa atau roasted coconut chips sebagai pilihan souvenirs. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. Replies
    1. menarik dan sedap. tak brenti nak ngunyah hehe..

      Delete
  2. kinda interested in the packing. hehe

    ReplyDelete
  3. ada lebih bolehlah bawak nanti.haha. gurau je, akak bukan boleh makan crunchy

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih kena pi Thailand cari lain ngeh2.. tunggu sikit gi nanti boleh makan da sabaar sabaar hehe..

      Delete
  4. apa2 kudapan dr thai ni mmg sedap... kreatif plak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. packaging pun dah cantik kemain hehehe.. pandai nak attract orang beli =D

      Delete
  5. ni yang dikatakan makan tanpa sedar ni. mesti sedap tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedar sedar tinggal sikit. kalo family ramai 1 peket tak cukup hehe..

      Delete
  6. Lawa bungkusan dia.. Adoi.. Teringin pula nak cuba.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa terasa2 lagi kat tekak sebab sedap. sebijik macam biskot kelapa Malaysia tapi nak jugak yang ni tamo biskot tu hehe..

      Delete
  7. Wah, nanti nak kirim kat kawan-kawan selalu pi sana...

    ReplyDelete
  8. nampak sedap. macam teringin nak try. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. kalau jumpa beli tau try hehe.. tak nyesal =D

      Delete
  9. First time dengar ni ada cip kelapa, teringin pulak nak rasa.

    ReplyDelete
  10. Ingat next month nak pi Bangkok tapi terpaksa la telan balik harapan...Yonghwa dah kena pi military dan konsert batal :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe xpelaa awak dia masuk military. nanti makin lama dia makin tua lagi x larat nak join army. sabar naaa.. 2 tahun jaaa =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.