SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.1 - MANLY + SYDNEY OPERA HOUSE + GOODBYE NEW SOUTH WALES | SITI.YANG.MENAIP

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 7.1 - MANLY + SYDNEY OPERA HOUSE + GOODBYE NEW SOUTH WALES

/
20 Comments
September 15, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Entri sebelumnya diSINI.
23 March 2017 [Khamis]

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | MANLY + SYDNEY OPERA HOUSE + SELAMAT TINGGAL NEW SOUTH WALES. Sedap makan gelato sambil naik feri ke Manly. Perlu sangat ke pergi Manly ? Terpulang kepada citarasa masing-masing. Kalau ikut suggestion orang ramai memang Manly tersenarai antara tempat menarik di Sydney untuk dilawati. Tapi personally aku rasa tak adalah benda yang menarik sangat disana. It is just nice untuk duduk melepak santai dengan kawan-kawan tepi pantai. Kalau ada banyak masa di Sydney boleh singgah tapi kalau nak cepat skip pun tak apa. Gerak dari Circular Quay Wharf 3 menuju ke Manly Wharf. Perjalanan mengambil masa kira-kira empat puluh minit sehala. Cuaca mendung mengiringi kami sepanjang perjalanan. Aku nak sangat naik feri ke Manly hanya kerana satu sebab saja. Aku tengok entries yang PLM kongsikan rasa teruja terus letak Manly dalam itinerary. Korang mesti sedia maklum Sydney Opera House adalah antara icon terkenal di Sydney dan untuk ambil gambar Sydney Opera House dari sudut tertentu salah satu daripadanya adalah kena naik feri dari Circular Quay ke Manly. Kalau ambil gambar Sydney Opera House dari Mrs. Macquarie's Point pun tak akan sama dengan angle gambar dari dalam perjalanan ke Manly. Unless korang ada drone boleh terbangkan untuk ambil gambar dengan lebih jelas dan awesome. Tak perlu naik feri.

Bergerak meninggalkan Circular Quay.


Menghampiri Sydney Opera House.

Permandangan hadapan Sydney Opera House.

Sydney Opera House dikejauhan.

Please excuse my photography skill yang tak berapa nak membanggakan. Snap ambil gambar ikut mana sempat saja sebab hari mula hujan renyai dengan angin kuat bertiup. Camera pula tak sempat charge penuh jadi kena guna bila perlu saja. Memang puas hati naik feri ke Manly dapat tengok keseluruhan kawasan hadapan Sydney Opera House dari jarak dekat. Jadi kalau korang pun ada keinginan yang sama dah tahu nak kena buat apa kan.. Sampai Manly hujan dah berhenti tapi langit masih mendung. Bila-bila saja rasanya hari boleh hujan lebat. Sementara langit masih baik marilah kita meronda. Terus saja ke Manly Beach kira-kira sepuluh minit jalan kaki dari Manly Wharf. Surrounding sekitar Manly tenang saja. Ada beberapa butik pakaian branded dan ada juga local brands. Kedai cafe menjual makanan dan hotels. Menariknya juga hotel-hotel sekitar Manly sangat cantik dan klasik. Deretan rumah-rumah kedai ditukarkan menjadi hotels dengan rekaan yang stylish. Teruja dan kalau dapat spend satu malam pun menarik juga. Sayangnya kami dah nak balik Malaysia jadi mampu cuci mata saja. 

Aku kadang-kadang tak faham bila orang cakap pantai ni cantik.. kena pergi wajib singgah when hakikatnya view biasa saja. Samalah macam Manly Beach. Aku nak rate sebagai biasa saja nothing spectacular or the bomb sampai meleleh air liur tengok. Cantik lagi Bondi Beach dan beaches lain sekitarnya. Lebih bersih air lebih biru dan overall memang fantastic. Compare Manly Beach dengan Miami Beach Batu Ferringhi, lawa lagi Miami Beach. Manly Beach memang standard biasa saja cuma extra meriah sebab ramai tengah picnic dan sunbathing here and there. Bolehlah kalau nak main layang-layang or bubbles. Kalau duduk melepak santai pun bolehlah kira lulus ngam saja. Serious tak lama kami singgah acah jejak kaki bergambar saja. Nak duduk pun tak ada ruang yang menarik. On the way balik singgah beli kebab dulu. Cadangnya buat bekalan makan dalam flight tapi sampai balik Malaysia lupa terus nak keluarkan. Mujur tak basi dan masih boleh dimakan. Haaaih !! Ingat beli nak kasi Nurul dan Amy rasa kebab Australia. Maaflah ya..

MANLY + MANLY BEACH

Menghampiri Manly Wharf. Banyak kapal-kapal kecil.




Manly Beach yaaang.. huuurm..





Balik ke Circular Quay dan menapak menuju Sydney Opera House. Langit mendung hujan renyai tak dapat nak berlama-lama bergambar. Cari tempat berteduh dan ended up berada dalam bangunan Sydney Opera House. Sempat pusing-pusing dalam bangunan dan dengar free tour yang disediakan di lounge Sydney Opera House. Ada juga beberapa interactive screen yang disediakan untuk pengunjung yang berminat untuk tahu mengenai Sydney Opera House dengan lebih lanjut. Ramai pengunjung dan ada beberapa shows yang sedang berlangsung. Sementara duduk hilangkan penat di lounge dapatlah tengok gelagat Sydneysiders yang minat seni dan muzik. Menarik dan jadi penonton pun pakai baju cantik-cantik. Agak-agak hujan dah berhenti kami menapak keluar. Niat dihati nak ke Mrs. Macquarie's Point jadi kami terus ke park. Half way berjalan memang Allah izin hujan turun menderu lebat tak ada renyai terus gelabah cari tempat berteduh. Memang susah sebab open park ada pokok-pokok saja. Lencun tak payah cerita sejuk menggigil semua ada. Cancel ke Mrs. Macquarie's Point walaupun kami perlu berjalan dalam sepuluh minit saja lagi. Nope !! Memang tak ada tanda hujan nak berhenti. Terpaksa meredah hujan cross park to the nearest train station untuk terus ke Sydney Central Station. Naik train dalam keadaan basah lencun. Sambil tunggu train sambil perah baju. Hopefully tak mengganggu orang lain dalam train dengan keadaan kami.








Sebelum hujan lebat menderu turun.

Langit dah warning sebenarnya hujan lebat on the way.



SELAMAT TINGGAL NEW SOUTH WALES

Pengalaman sungguh tapi bila kenang balik memang kelakar. Macam-macam Allah izin merasa dalam trip kali ni. Ambil luggage di Central Station dan terus gerak ke airport masih dalam keadaan lencun kesejukan. Thank you Daus, kawan Amy teman kami jalan-jalan dan sama-sama lencun. Berlari-larian dalam hujan memang tak dapat dilupakan. Sampai airport kami masih ada empat jam sebelum waktu departure. Keluarkan baju kering nak salin dan berehat. Urusan check-in berjalan lancar tak ada lebihan berat just nice. Aku kongsi dengan Amy. Asalnya cuak takut terlebih tapi alhamdulillah. Masuk ke departure hall nampak ada shower room. Ingatkan nak tukar baju saja tapi menarik juga kalau dapat mandi. Pergi intai keadaan shower room dan terharu. Syampoo dan sabun pun disediakan apa lagi alasan untuk tak mandi ? Ohohooi tak pernah aku mandi kat airport tapi kerana terpaksa dah tak tahan baju kuyup semua basah. Selesai mandi scarf pun tak pakai shawl selempang suka hati baju tshirt seluar baggy, aku dah ready nak naik kapal terbang nak tidur dan balik Malaysia. Sejam sebelum departure dengar announcement flight delayed. Dengan captain dan anak-anak kapal turut sama menunggu dengan jayanya. Alang-alang dah masuk waktu solat carilah tempat boleh solat dulu. Nampak ada seorang kakak dari Malaysia nak tukar pampers anak dia. Aku minta izin nak join sekali sebab nak solat. Kalau aku masuk seorang macam minta kena kecam saja alang-alang dia ada baby dan urusan yang lebih legit nak guna bilik baby aku tumpanglah sekali. Dia pun tunggu sampai aku habis solat baru sama-sama kami keluar. Lega !! Naik flight dekat satu jam juga flight tak gerak tapi we were too tired to notice apa yang terjadi disekeliling. Aku sedar kami bertiga memang senyap sebab selamat tidur. Letak kepala terus masuk dreamland. Terjaga bila waktu makan entah bila depart pun aku tak tahu. Hahaha.. Nurul punya badan panas gila confirm sebab kena hujan. Flight attendant yang baik hati bagi ubat dan make sure kami okay. Paling tak boleh tahan bila ramai ingat kami students Malaysia belajar di Sydney nak balik bercuti. Pakat panggil 'adik' 'adik' padahal aku yakin budak flight attendant tu jauh lagi muda dari kami bertiga.

Apa ni ? Entry last ke ? Haaa.. Sudah-sudahlah tu dah habis dah tak ada cerita dah selamat sampai Malaysia alhamdulillah. Finally dapat habiskan entries siri ke New South Wales. Itineray dan perbelanjaan akan aku kongsikan dalam post yang lain. Thanks a lot kepada kawan-kawan travel kali ini, Nurul dan Amy. Nanti kita plan jalan-jalan sama lagi ya.. Both of you are awesome banyak tolong dan sangat memahami. I had fun travelling with you two hopefully korang pun had fun juga travelling together. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi baca perjalanan kisah kami bertiga di Sydney. Aku masih ada rasa sayang yang tebal untuk Australia dan aku harap dimurahkan rezeki dapat teroka negeri-negeri lain di Australia untuk siri pengembaraan yang seterusnya. Meanwhile kita teruskan menabung untuk keriangan berganda. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. akak rasa gambar-gambar CT amik lawa je. this is one o my regret masa gi sydney. haha. yay, tak sabar nak tunggu entry baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. right now my modem tak tahulah kenapa.. its connected but no signal. dua hari daaah tunggu TM btolkan. so edit edit gambar dulu.. bila rajin nak mengarang tak tahula hehehe..

      Delete
  2. benda-benda perit macam tulah yang buatkan memori travel ni jadi lagi best.nanti kita plak travel sesama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. masa kejadian memang perit rasa tapi alhamdulillah dah selesai boleh gelak2 rasa kelakar. heeeee jom ^^

      Delete
  3. Hehe selesai akhirnya... next trip ke mana pulak agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaa lama peram cerita basi. insyallah next entry coming soon. habiskan Sydney sikit lagi nak share few things hehe..

      Delete
  4. Seronok akak baca sambil tergelak gelak dengan unsur humor penulisan CT. Gambar gambar travel semua cantik. Kalo kak sue la tangan lagi la tak berseni. kui..kui..kui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak.. ill take that as a motivation for me to write better in the future =D

      Delete
  5. Kalau kita, akan rasa sedih pergi pantai tapi cuaca mendung macam ni T___T

    I need clear blue sky! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju..!! u should enjoy pantai when the weather is bright !! but what to do.. rasa gloomy hati pun macam sendu semacam..

      Delete
  6. Teringin sangat nak pi selfie depan opera house tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day !! kena bukak tabong jom jom menabung =)

      Delete
  7. Salam owner blog Siti yang Menaip. Mohon tukar Blog List. Saya dah masukkan blog Siti yang Menaip kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  8. tampak lengang kt sydney opera tu...xpe.. hujan rahmat tu tanda suh dtg lg nnt😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ramai je area situ tapi macam sendu. sebab cuaca kot..

      Delete
  9. Cantik-cantik gambarnya.. Memang mengujakan..

    ReplyDelete
  10. cantik angle shooting opera house dari atas feri ke Manly..killed two birds with one stone..

    walopun cuaca x menentu, lencun kena hujan, mesti tersenyum bila dikenang..moga tercapai cita2 nk teroka seluruh Aussie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula naik feri semata2 nak ambil gambar dari feri.. nak juga koleksi gambar dari depan tu hehehe.. memang kalau kami sembang bab lencun mesti diungkit balik. xkan lupaaa =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.