SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 0.0 - ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES | SITI.YANG.MENAIP

SYDNEY | NEW SOUTH WALES AUSTRALIA : PART 0.0 - ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES

/
24 Comments
September 18, 2017

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

JALAN-JALAN TRAVELOGUE SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA | ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES. Selesai cerita perjalanan selama tujuh hari di negeri New South Wales Australia. Negeri ketiga Australia yang berjaya aku terjah. Australia is an amazing country cantik bersih dan aku harap dapat cross bucket list untuk pergi ke setiap negeri di Australia. Pengembaraan yang seronok dan pelbagai pengalaman baru yang dapat aku belajar bersama kawan-kawan travel yang awesome dan sangat memahami. Dalam post ini, aku akan kongsikan itinerary perjalanan kami sepanjang tujuh hari di Sydney. Kali ni aku tak akan kongsikan budget dan perbelanjaan kami sepanjang berada disana. Aku lost track sudah berapa total perbelanjaan. Untuk sebarang pertanyaan boleh drop comment atau terus hantar email. Insyallah sedia membantu mana yang mampu.


ITINERARY 7 HARI DI SYDNEY NEW SOUTH WALES AUSTRALIA

Secara kasarnya inilah jadual perjalanan kami selama tujuh hari di Sydney New South Wales Australia. Pada peringkat awal perancangan kami ada cita-cita untuk terbang ke Gold Coast dan balik dari sana tapi tak jadi. Masing-masing setuju untuk stay di Sydney dan explore sehabis baik yang boleh. Dengan konflik tiket penerbangan dan sebagainya kami tak mahu keluarkan belanja yang lebih berganda jadi cukup dengan apa adanya. Ada rezeki lebih insyallah kita pergi Gold Coast atau tempat lain pula ya..


HARI 1

Arrival & Shopping Souvenirs Till You Drop
Sampai Sydney Airport terus beli sim card YES OPTUS untuk kegunaan seminggu dan Opal Card di WHSmith. Reload card dan gerak ke downtown Sydney untuk check-in di Chippendale. Rehat dan refresh sikit apa patut sebelum keluar. Hari pertama santai saja sambil cuba sesuaikan diri dengan kawasan sekeliling.
  1. Paddy Market
  2. Dinner di Kungfu Ramen Restaurant 
  3. Chinatown Friday Night Market

HARI 2

Let’s Go Around Sydney CBD
Satu hari suntuk diperuntukkan untuk meronda sekitar bandar Sydney saja. Ada banyak lagi tempat-tempat menarik di Sydney tapi tak mampu nak jenguk semua. Ini pun tak semua kami dapat pergi atas beberapa factors. Yang ada tick saja berjaya diterjah dan sesungguhnya kaki memang rasa nak tercabut. It was impressive I guess sebab banyak juga dapat cover dalam masa sehari. Kadang-kadang kita ingat sekejap saja kita akan singgah di satu-satu tempat rupanya memerlukan masa yang lama. Adjustment perlu dilakukan. Itinerary kena flexible.
  1. Angel Place Birdcages ü
  2. The Strand Arcade ü  
  3. Sydney Tower Eye  
  4. Laduree Macarons ü  
  5. Archibald Fountain ü  
  6. Australian Museum  
  7. Queen Victoria Building ü
  8. Sydney Town Hall ü  
  9. Cockle Bay Wharf ü  
  10. Madame Tussauds Sydney ü 
  11. Wild Life Sydney Zoo [Gift Shop] ü  
  12. Lunch di Ipoh On York  
  13. Sydney CBD Mosque  
  14. Pyrmont Bridge ü 
  15. Hard Rock Cafe ü  
  16. Harbourside Shopping Centre [Dinner - Enfes Kebab] ü  
  17. Chocolate Hunting Coles ü 
  18. Sydney International Convention Centre ICC [Prayer Room]  
  19. Darling Harbour Firework  
  20. Dinner Malacca Straits On Broadway ü  

HARI 3

Kangaroo & Koala, Here We Come
Jom cari kangaroo dan koala yang comel. Singgah dulu sekejap di The University of Sydney pura-pura seorang pelajar. On the way balik singgah labur duit di DFO Homebush dan dinner di It’s Time For Thai.
  1. The University of Sydney  
  2. Featherdale Wildlife Park  
  3. DFO Homebush 
  4. Dinner It’s Time For Thai  

HARI 4

Day Trip to Kiama, Sea Cliff Bridge & Wollongong
Day Trip ke Kiama adalah optional. Ikut citarasa masing-masing. Kami bertiga setuju untuk ke Kiama jadi kami rancang perjalanan kesana.
  1. Kiama Blowhole
  2. Sea Cliff Bridge Grand Pacific Drive 
  3. Wollongong
  4. Dinner Blue Flame Express

HARI 5

Day Trip to the Blue Mountains
Day Trip ke Blue Mountains dari Sydney adalah wajib dilakukan. Masih bergantung pada cuaca kena sentiasa tengok weather forecast. Harapnya hari tak hujan. Kalau hujan semua cable cars tak jalan jadi rugi macam-macam aktiviti tak boleh dilakukan. Makanan halal sangat limited jadi boleh sediakan bekal.
  1. The Echo Point
  2. Scenic World
  3. Kebab Shop Katoomba Station
  4. BigW Katoomba 
  5. Sydney Opera House
  6. Nur Muhammad Café Darling Harbour

HARI 6

Sydney and Its Bitches Beaches
Masa untuk menikmati sinaran matahari disepanjang coastal line Sydney. Jangan lepaskan peluang untuk enjoy kawasan pantai yang membiru di Sydney. Pastikan korang pilih hari paling okay mengikut ramalan cuaca. Hopefully betul sebab its Sydney, cuaca berubah begitu saja. Nak enjoy pantai langit kena cantik. 
  1. Coastal Walk Bondi Beach
  2. Coogee Pavilion
  3. La Perouse / Bare Island 
  4. Pancakes on the Rocks
  5. Sydney Opera House / Circular Quay
  6. Central Park Sydney 

HARI 7

Seafood Galore & Home Is Calling
Hari terakhir tak perlu padat sangat. Just nice perjalanan yang santai no rush jangan panic. Pilihlah penerbangan pulang pada waktu malam dan rancang supaya sampai airport sekurang-kurangnya tiga jam lebih awal, Dah nak balik what to do memang kena say goodbye. Why not hari terakhir kita sambut dengan menghabiskan saki baki duit yang ada dan pergi makan seafood sedap-sedap. 
  1. Sydney Fish Market 
  2. Manly
  3. Sydney Opera House 



CADANGAN DAY TRIP YANG BOLEH DILAKUKAN DARI SYDNEY | Selain daripada itinerary yang kami buat, ada banyak lagi options Day Trip yang menarik boleh dilakukan sekiranya berada di Sydney. Kalau ada banyak masa bolehlah cuba squeeze dalam perjalanan korang. Antaranya korang boleh cuba rancang perjalanan ke Hunter Valley. Jervis Bay, Berry, The Entrance, Royal National Park, Port Stephens Dolphin Watching & Sandboarding, Ku-ring-gai Chase National Park dan boleh juga kalau nak ke Canberra. Walaupun orang kata Canberra tu tak ada apa sangat kalau nak pergi tu pergi saja. It is your trip. Memang teringin sangat nak buat macam-macam aktiviti lagi di Sydney tapi masa tak mengizinkan. Manalah tahu in the near future dapat pergi lagi kita cuba explore tempat lain pula. Jadi aku kongsikan sekiranya ada kawan-kawan yang perlukan cadangan dan juga senarai entries untuk jalan-jalan ke Sydney yang dah aku siapkan. Harapnya semua entries perkongsikan kali ini dapat sedikit sebanyak membantu korang semua merancang perjalanan ke Sydney dan enjoy. Doa yang baik-baik saja. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

24 comments:

  1. Terima kasih CT, entry ni sangat membantu. Bercita2 nak bawa family bercuti ke sana. Semoga ada rezeki kami inshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah akak.. semoga ada rezeki sampai bawa anak2 dan keluarga ke sana =)

      Delete
  2. Selalu kagum dengan itinerary kak Siti. Detailed sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you Farah. i really appreciate it =)

      Delete
  3. wow...nasib tak detail tulis timing semua. i love aussie too. rasa nak repeat sydney lagi! kalau gold coast jangan lupa ajak

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan hati nak share yang itu tapi nanti sendiri kena jawab macam2 sebab orang tak faham hehehe..

      Delete
  4. 7 hari mmg x puas kn ct? rs cpttttt sgt nk blk ms tggu nk dtg lmbt pulak... terima kasih berkongsi iti dgn kami

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. CT rasa kalau dengan Australia 7 tahun pun tak akan cukup hahaha.. hyperbola tapi tahla suka sangat hihi ^^

      Delete
  5. Nice.. detail betul siti buat... Memang boleh buat orang yang membaca rasa nak terjah Sydney juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you kak.. mana tahu rezeki suatu hari nanti ^^

      Delete
  6. Seronoknya.. boleh lah refer intinerary ni kalau nak ke Sydney nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. be my guest.. kalau ada yang dapat membantu silakan ^^

      Delete
  7. OMG bestnya sis..teringinnya nak pergi sana.. syoknya !

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom.. tapi kena tunggu tabung ceq penuh balik hihi =D

      Delete
  8. Wow, banyak juga tempat boleh pergi kan, puas hati jalan-jalan sydney ni.. teringinnya nak ke sana.. 😉

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas hati tapi rasa nak explore lagi sebab tak cukup rasanya.. jomla kita pergi. kita bukak tabung dulu eeeh..

      Delete
  9. awesome..ada ringkasan itinerary..blm pernah jejak Australia, teringin gak nak gi..dah 3 entry Australia - Melbourne, Perth & Sydney..teruja2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wishlist CT nak pergi satu negara tu kak.. mudah2an berjaya tapi kena pulun penuhkan tabung yang kembali kosong. angan2 dulu tak pe kan hehe..

      Delete
  10. salam..nak tanya berapa kos tuk penginapan ye..teruja bila tengok gambar tu semua..kitorang nak pegi bln 9 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam.. penginapan airbnb kami seribu lebih jugak. tak ingat exact figure. tapi seorang bayar rm500 lebih untuk 6 malam..

      Delete
  11. area mana yang sesuai kalau nak stay di sydney

    ReplyDelete
  12. thank you siti for the entry, helpful sangat for us first timer nak p SYD :)

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.