Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 1.0 Hello Kansai & Ruang Tidur Percuma Di Aeroplaza Kansai International Airport | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 1.0 Hello Kansai & Ruang Tidur Percuma Di Aeroplaza Kansai International Airport

/
48 Comments
January 03, 2018
TRIP HOKKAIDO KANSAI 2017 : KE KANSAI DAN RUANG TIDUR DI AEROPLAZA KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT | Syukur tirai tahun 2017 ditutup dengan trip ke Jepun bersama Ain. Masing-masing teringin ke Jepun dan bersetuju ke Hokkaido, misi bermain salji. Kecewa sangat penerbangan Air Asia X ke Hokkaido tiada sale untuk semua penerbangan December dan kami hampir give up. Well, we should have bought the tickets earlier dan rancang perjalanan dengan lebih teliti tapi rancang pun dah last minute. Direct flight return dari Kuala Lumpur terus ke New Chitose pada tarikh yang kami setuju berharga RM2+++ belum campur segala add-ons dan expenses. We bought tickets return ke Kansai since itulah option paling murah dan tickets penerbangan domestic Peach Aviation dari Kansai ke Hokkaido. Hanya Hokkaido dihati ketika itu mesti juga usaha sampai jadi. Harga tickets yang kami dapat tak murah bila difikirkan kembali tapi cheaper dari harga direct flight ke Hokkaido. Sedikit jauh detour dan memenatkan tapi manisnya tetap ada. It was like killing two birds with one stone. We got Hokkaido covered as well as Kansai. Selesai pembelian tickets, urusan lodging dan susunan itinerary. Jadi kali ini, aku nak kongsikan dengan korang semua cerita perjalanan aku dan Ain selama sepuluh hari ke Hokkaido dan Kansai. Insyallah aku akan kongsikan tempat-tempat menarik di Hokkaido dan Kansai, menu makanan-makanan halal yang kami cuba, pengalaman pahit manis baik buruk dan macam-macam lagi. Yang baik boleh ambil buat rujukan semoga membantu, yang krik krik sila abaikan.

4 December 2017 (Isnin)

TRAVELOGUE TRIP KE HOKKAIDO KANSAI : NEGARA JEPUN (REGION & PREFECTURE), KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA. Sebelum kita sembang lebih jauh, salah satu perkara yang memeningkan kepala aku tentang negara Jepun adalah kekeliruan istilah 'Prefectures' yang digunakan. Tiba-tiba jumpa perkataan 'Regions' pula. Jadi mulalah berkerut kepala bila banyak kali berdepan perkataan 'Prefectures' dan 'Regions' dengan nama tempat yang lain-lain bunyinya. Faham maksud 'Prefectures' dan 'Regions' tapi pening dengan nama tempat. Selama ini tahu Jepun ada Tokyo, Osaka, Gunung Fuji, Sushi dan Anime saja. Benda apa pula 'Regions' dan 'Prefectures' haaaih !!Jadi mari sini aku nak cerita sikit istilah 'Regions' dan 'Prefectures' yang digunakan secara meluas di Jepun. Aku yakin masih ada ramai yang tak tahu especially yang first time nak jejak kaki ke Jepun dan masih blur mencari arah. Newbie macam aku tapi tak apa.. Korang tak keseorangan.

NEGARA JEPUN : 'REGIONS' DAN 'PREFECTURES'

Credit : LINK

Jepun adalah sebuah negara yang besar. Tak tahulah kalau nak cover betul-betul satu negara mengambil masa berapa lama. Mempunyai lebih 6000 buah pulau dan 4 pulau utama : Hokkaido, Honshu, Shikoku dan Kyushu. Merujuk kepada peta diatas, Jepun terbahagi kepada 8 Regions saja dan bandar Tokyo sebagai ibu negara : Hokkaido, Tohoku, Kanto, Chubu, Kansai, Chugoku, Shikoku dan Kyushu. Di dalam setiap Region ada senarai Prefectures tersendiri menjadikan kesemua jumlah Prefectures Jepun sebanyak 47 Prefectures. Boleh rujuk peta dan senarai yang dikongsikan. Jadi lepas ni dah tahu.. Kalau nak pergi Tokyo boleh sembang 'I want to go to Tokyo Prefecture which is situated in Kanto Region'. Gituuu caranya mudah saja sia-sia pening kepala. In my case, aku akan ke Osaka Prefecture yang terletak di dalam kawasan Kansai Region terlebih dahulu sebelum terbang ke Hokkaido Prefecture di Hokkaido Region. Hokkaido adalah pulau kedua terbesar di Jepun dan terletak di kedudukan paling utara dan berdekatan dengan Rusia. Boleh agaklah kenapa Hokkaido menerima taburan salji paling banyak berbanding kawasan lain di Jepun. Ada banyak bandar di Hokkaido (tengok peta betapa besarnya kepulauan Hokkaido), antara yang terkenal adalah Sapporo (capital), Bibai, Chitose, Furano, Hakodate dan Otaru. Masa yang kami ada tak mampu untuk cover semua pelusuk. Terlalu besar..

Penerbangan kami pada pukul 02:30PM local time Flight D7 532 selama hampir tujuh jam ke Kansai International Airport alhamdulillah smooth dan tak delayed. Kami ke KLIA2 seawal boleh sebab tak mahu kalut. Memang tenang berjalan ke depature gate tak terkejar-kejar seperti selalu. Safely landed di Kansai International Airport pada pukul 09:40PM local time. Time difference between Kuala Lumpur dan Osaka hanya satu jam. Urusan kastam lancar walaupun tengok muka pegawai-pegawai bertugas masing-masing macam nak telan orang. Isi siap forms dan information yang diperlukan dalam 'Arrival Form' dalam flight tak perlulah kalut dan terkial-kial nak isi masa beratur di imigresen. Provide sekali alamat lengkap dan nombor telefon kediaman sepanjang berada di Jepun. Aku provide nombor telefon host Airbnb. Selesai urusan tak bercakap langsung pun pegawai yang uruskan passport aku. Dah ambil luggage kena tahan pula suruh buka luggage. Ikutkan saja apa juga arahan tak perlu takut. Procedures normal. Pegawai check sikit saja tengok ada bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia dan tanya mengenai ubat-ubatan yang kami bawa. Itu saja.. Luckily Ain ada bawa ubat extra because I had a terrible flu a day before depart bawa ke hari berangkat bonus sekali running nose high fever sengal urat sendi. Memang dah dapat bayang keadaan yang tak selesa selagi tak sembuh. What a great combination and package. Pergi tetap pergi Hokkaido dah lama menanti. Tergedik-gedik dah tak sabar. Kesian Ain kena mengadap travel partner yang demam panas dan tercungap-cungap cari ruang nak bernafas. 





KANSAI INTERNATIONAL AIRPORT : MAKANAN HALAL, PRAYER ROOM DAN TIDUR PERCUMA DI AEROPLAZA

Sampai di Kansai dah lewat malam, probability untuk restaurant masih beroperasi memang tipis. Itulah sebabnya makan kenyang-kenyang dalam flight. There are three restaurants yang serve halal food di Kansai International Airport : Soujibou, The Udon dan Oraga-Soba. Boleh rujuk di website Halal Media Japan SINI. Keluar dari arrival gate terus naik ke tingkat tiga dan suasana sangat sunyi sepi. Seorang dua saja manusia yang ada. Kedai-kedai makan memang dah tutup. Memang dah dijangkakan jadi tak apa. Kami berpusing-pusing sebab mencari Prayer Room. Tersalah kiri dan kanan hujung bangunan akhirnya terjumpa restaurant Soujibou. Jelas tanda halal dipaparkan. Nantilah next time cuba makanan disitu. Ada tiga Prayer Rooms di Kansai International Airport. Satu terletak di Tingkat 3 (3F) Terminal 1 bersebelahan dengan Korean Air Lounge dan dua lagi International Departure North Wing dan South Wing. Kalau keliru, keluar dari arrival hall mengadap pintu keluar utama, kedudukan Prayer Room adalah di sebelah kanan. Hujung dan tersorok sikit. Lega bila dah jumpa Prayer Room. Tak ada orang langsung seram pun iya juga tapi nikmatnya dapat golek-golek regangkan urat. Prayer Room yang luas dan selesa. Banyak telekung disediakan untuk pengguna. Ingatkan nak bermalas-malasan di dalam Prayer Room lebih lama tapi ada notice pula tak dibenarkan untuk melepak. Tengah solat dengar suara orang bersembang diluar, rupanya ada tiga orang kakak dari Malaysia baru jumpa Prayer Room. Bersembang serba sedikit sambil diorang solat dan sama-sama kami menapak ke Aeroplaza untuk rehatkan badan.

Restaurant Soujibou.

Aku ada terbaca di blog-blog milik Bloggers dari Indonesia yang menasihatkan jangan tidur suka hati di mana-mana kerusi yang disediakan di dalam Terminal 1. Pernah ada yang dikejutkan oleh pihak berkuasa dan ditegur. Masyarakat Jepun tak dapat menerima act yang sebegitu rupa jadi janganlah kita buat perangai. Ada juga aku tengok yang duduk tidur tapi tak berani nak follow. Habis tu nak melepak dimana sudahlah kedai-kedai tutup orang tak ramai sendu saja. Bertentangan dengan Kansai International Airport Terminal 1, ada sebuah bangunan Aeroplaza. Ada dua hotels disitu : Hotel Nikko Kansai Airport dan First Cabin Kansai Airport. Kalau poket tebal boleh menginap disana sebab rate untuk satu malam memang mencekik. Tapi jangan risau, di Aeroplaza ada disediakan perkhidmatan ruang menunggu (Waiting Area) yang percuma khas untuk penumpang-penumpang yang sampai lewat malam dan bakal menaiki penerbangan awal pagi. Bersama-sama dengan tiga orang kakak yang baru kenal (maaf tak ingat nama), sama-sama kami ke Waiting Area di Aeroplaza untuk berehat. Ada juga convenience store Lawson yang beroperasi 24 jam dan Burger King. Bolehlah beli snacks dan air buat teman di Waiting Area.




Dalam Waiting Area memang ada orang yang baring dan tidur berehat. Extra charge akan dikenakan kalau nak sewa selimut. Boleh sewa di kaunter berdekatan pintu masuk. Kami tak sewa pun. Luckily aku ada Tuala Travel dari Kaki Travel SINI yang just nice sesuai untuk digunakan sebagai selimut. Multifunction dan sangat practical. Learn to do it like locals. Perhatikan dan ikut cara orang tempatan jadi kami cari port mana yang sesuai untuk berehat. Campur lelaki perempuan jadi pandai-pandailah cari ruang. Taklah selesa sangat tapi syukurlah dapat baring daripada tak boleh baring langsung. Dengan suhu badan yang masih panas tapi sejuk menggigil, aku paksa diri untuk tidur lepas minum vitamin dan telan ubat. Semoga bila bangun demam dah sikit kebah. It was already 01:00AM mata memang layu penat lenguh semua ada. Could not breathe properly hidung tersumbat bernafas guna mulut. Seksa sangat rasa tak larat tapi kena kuatkan semangat. Tak boleh dilayan sakit nanti lambat sembuh. Online sekejap main phone update keluarga serba sedikit layan Netflix sedar dah tertidur. Rehat secukupnya kerana perjalanan masih panjang menuju destinasi. Sambung lagi nanti ya.. Good night everyone.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

48 comments:

  1. Oh my,..dah buka citer Jepun la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tunggu lagi lama nanti lupa.. faktor usia hihi..

      Delete
  2. japan ni msk dlm list juga tp tktau la bila nk smp hehe...bc cite kwn2 dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day.. kami pun pasang angan2 dulu dan gigih menabung. banyak kali tabung terpaksa dikorek semula tapi jangan give up =D

      Delete
  3. Travel ke negara orang, kita kene hormat cara/peraturan negara diaorang kan. Bagus CT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat negara kita sendiri pun kena hormat dan ikut peraturan.. hihi =D

      Delete
  4. Salam ct. tq singgah dan komen di blog Qekra ;)
    Wah, bestla dapat jalan-jalan Japan...
    salah 1 wishlist yang Qekra nak pergi ;)

    ReplyDelete
  5. Baru tau Jepun ada sampai 6000 pulau. Setahun tak cukup nak jenjalan semua tempat. Eh bagus gak depa tidur situ, nak sewa bilik pun sat sangat rugi ja kan... Tempat tu nampak selesa kalau kat Malaysia confirm boleh sakit belakang dan lenguh ja pastu pak guard duk jegil mata.,.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau amek bilik hotel tu memang akan enjoy seharian situ sebab memang mahal. standard harga Lexis huahua.. berbintang2 harganya. duduk jela tidur tempat dah disediakan bagusla orang2 Jepun diorang consider sebab tu sediakan ruang..

      Delete
  6. Bersemangat betul ye... sakit2 pun larat lagi jalan jauh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harus.. banyak da habis dan prepare dah. sambil berdoa saja demam kebah. takut pun ada jugak kot makin teruk. alhamdulillah semua okay ^^

      Delete
  7. bestnya kak ct... leka duk baca cerita kak ct. nanti sambung lagi yea. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masih dalam proses menaip.. kegigihan tak ada =)

      Delete
  8. Hokkaido is definitely my favourite prefecture in Japan. THE MOST FAVOURITE ONE!

    True, agak susah nak dapat tiket murah (but nothing is impossible ngeh ngeh) ke Hokkaido especially masa winter sebab time tu la orang berebut nak ke sana sebab nak enjoy the powdery snow!

    Can't wait to see the next entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. i would definitely go back to Hokkaido one day kalau ada rezeki lebih. during winter again pun tak apa.. it is just too magical. bab tickets selalunya akak wont argue much. cuma it would be better kalau dapat yang murah. after all... u wanna go.. u have to deal with it kaan.. =D

      Delete
  9. yay...cerita Jepun yang dinanti dah keluar. serius la akak gi Jepun tak amik tau pun apa benda region perfecture semua ni..hehe. memang serius punya research.Good info on aeroplaza too!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeaay.. entry first peram berapa lama tatau la hehe.. pasal prefecture n region tu mula pening sebab Hokkaido adalah both prefecture n region. hehe.. then Sapporo tak ada apa pula tu yang pelik apa benda ni hehehe.. ingatkan Hokkaido region dan Sapporo prefecture hahaha pening kan hahaha..

      Delete
  10. Memang tak serik pun ke Sapporo ni walaupun terjatuh banyak kali... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang taaaak serik dan tak puas !! dan yang paling ditakuti adalah jatuh.. syukur tak jatuh. acah2 nak tergelincir adalah sekali dua especially time nak lintas jalan.. joget2 hehe..

      Delete
  11. seronoknya
    harap adalah rezeki ke sana nanti

    ReplyDelete
  12. Terbaik Kansai airport, prayer room sampai ada 3, muslim-friendly airport..

    Hokkaido during winter mmg terbaik..bila gi jeju? bila gi Hokkaido?..kena pi baca yg belakang2..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. it is so amazing macam mana negara diorang sangat alert dengan kedatangan muslims yang ramai. besar pulak tu tempat solat.. siap telekung. hehehe Jeju tu ada kisah lain kak nanti CT share yang itu tak ada entry lagi.. pegi Hokkaido dulu =)

      Delete
  13. Kesiannya demam teruk.. Kalau kita tk sihat ni mmng boleh hilang mood nk travel kan. Ahad depan saya nk berangkat ke jepun jugak, haraplah tkde demam2 ni sebab cuaca time tu agak sejuk. Dahla ada mak dgn abah huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sangat tak ada mood walaupun teruja nampak snow. ini demam dari sebelum pergi.. hopefully time jalan tu janganla makin teruk. standby sesiap ubat2nyaa.. vit panadol dan yang mana patut.. seronoknya hehe have fun ya ^^

      Delete
  14. Jepun memang terkenal dengan disiplin dia. Tak boleh nk ikut suka kita je. Glad to know that there is a waiting area there. Dpt lah lepak2 tidur2 kejap ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak berani pun.. dalam mesra2 diorang muka tu ketat sokmo. kalo kena tegur ngan polis ke apa ke lagi laaa cuak.. oh no..

      Delete
  15. Seronok dapat baca pengalaman kawan-kawan yang ke luar negara.. Rasa macam melalui sama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun insyallah one day.. jom kita pi Hatyai naik tren hihi..

      Delete
  16. semangat nk travel tu lbh bsr dr segala skt kn ct? x pe yg penting dah selamat pun pergi dan blk... bkn deman je yg boleh mengganggu, even skt perut pun boleh buat mood travel menjunam... tggu next entry!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. alhamdulillah. semangat daaa tergedik2 nak pergi kena pergi jugak. uuish syukur gak takde kejadian sakit perut kronik ke apa. jenuh laa tak selesa toilet paip air tadak hehe..

      Delete
  17. p/s ct nnt check emel boleh? tqvm

    ReplyDelete
  18. in shaa Allah suatu hari nanti

    ReplyDelete
  19. Thank you for sharing. Dapat jugak rasa macam berada di negara jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah lepas ni akak sekeluarga pulak pergi =D

      Delete
  20. ok kene take note yg ni.

    ReplyDelete
  21. penat baca regions dan Prefectures tu... pitam! pastu refer map.. arghh baca lain kali lah..hahhaa :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha.. baca sekali memang tak faham. nak prepare pegi rituuu memang pening kepala juga apa benda la tempat2 kat Jepun ni.. hahaha..

      Delete
  22. atau pun regions tu negeri dan Prefectures tu daerah..hehhehe nak hentam jugak..hahaha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT faham lebih kurang gitu jugak.. macam negeri dan daerah kat tempat kita..

      Delete
  23. Nasib baik ada bilik menunggu kalo tak jenuh jugak.. dengan kondisi badan yang tak sihat... ok next entry...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang da plan nak tido situ.. tapi betollah dengan tak sihat memang macam mana pun tak rasa selesa. tingat kat rumah..

      Delete
  24. Dah baca 5.0 6.0 semua baru teringat nak baca dari mula..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.