Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 2.1 Kegunaan Food Card Halal, Makanan Halal Di Donburi Chaya & Prayer Room Di New Chitose Airport | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 2.1 Kegunaan Food Card Halal, Makanan Halal Di Donburi Chaya & Prayer Room Di New Chitose Airport

/
32 Comments
January 07, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017


Entri sebelumnya diSINI.
5 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : FOOD CARD HALAL, MENU MAKANAN HALAL DI DONBURI CHAYA NEW CHITOSE AIRPORT, CHECK-IN AIRBNB DI NAKANOSHIMA STATION DAN SHOPPING DI DAISO SUSUKINO STREET SAPPORO. We were hungry !! Last meal we had adalah meal Air Asia dalam perjalanan ke Kansai dan bread sticks yang Ain bawa dari Malaysia for breakfast. Ikut logic memang layak sangat perut berdondang sayang minta diisi. Arrived in Hokkaido at 11:00AM selesai urusan kastam around 11:45AM gituuu and seriously kena cari makanan. Perjalanan masih panjang untuk sampai ke Sapporo dan kami ada masa yang agak lama untuk melepak sebelum check-in ke rumah yang disewa through Airbnb pada pukul 03:00PM. Aku personally suka itinerary yang kami sediakan kali ini. Off course dalam setiap satu perjalanan ada target dan matlamat tempat-tempat menarik yang ingin dituju, tapi kami juga bertindak lebih flexible mengikut keadaan dan cuaca. Sebelum jumpa restaurant yang menyediakan hidangan menu halal, sempat juga meronda dalam bangunan New Chitose Airport yang super besar dan bertingkat-tingkat. New Chitose Airport dibahagikan kepada dua terminal utama, domestic dan international yang dihubungkan oleh 'Connecting Path' di 3F dan 4F. Kebanyakkan facilities yang menarik terletak di Domestic Terminal : JR Line Train, Arrival Lobby, Departure Lobby, Shopping World, Gourmet World, dan Oasis Park (Theater dan Bathing Facilities) berbanding di International Terminal. Rujuk SINI untuk New Chitose Airport Map. Banyak pilihan restaurant di Gourmet World tapi obviously tak boleh makan. Ada satu saja restaurant di New Chitose Airport yang menyediakan menu makanan halal untuk Muslims iaitu Donburi Chaya yang terletak di 3F Domestic Terminal.



Jujurnya tak rancang untuk makan di Donburi Chaya New Chitose Airport and I had no idea at all ada Donburi Chaya di New Chitose Airport. Ingatkan hanya ada satu saja di Otaru. Perancangan asal adalah untuk terus ke Sapporo dan cari makanan halal disana sebelum check-in. Tapi kami masing-masing dah kepenatan dan kelaparan. Ditambah pula kena mengusung luggage sana sini lagilah terasa lenguh. Duduk dan search sikit akhirnya jumpa Donburi Chaya. Terus pergi ke 3F Gourmet World. Banyak sangat kedai souvenirs dan chocolates di Shopping World 2F. Kedai-kedai yang menjual souvenirs yang comel belaka. Pokemon Centre pun ada. Alaaahai rasa tergoda tapi awal sangat nak mula melabur. Disebabkan tak study lebih awal, agak kelam kabut mencari kerana susunan restaurants di Gourmet World agak confusing. Pelan-pelan pusing no need to rush. Ended up kami terus ke information counter dan terus tunjuk gambar restaurant. Di desk information counter ada floor map semua restaurants yang ada di Gourmet World. Dari information counter 3F sebenarnya dah boleh terus nampak Donburi Chaya. 

FOOD CARD HALAL



Setiap kali nak beli makanan di kedai dan untuk kepastian aku akan tunjukkan card ini. Simpan dalam phone saja. I got this from Sally Samsaiman she texted me this photo bekalan untuk cari makanan halal di Jepun dan sangat berjasa. Tak tahulah mana Sally dapat tapi orang yang buat card ni memang besar pahala. Aku kongsikan buat rujukan kawan-kawan. Aku rasa kita pun boleh buat sendiri edit apa patut ikutlah bahasa negara yang kita nak pergi especially where English is not the main medium of conversation. Ubah suai susunan ayat jadi lebih jelas pun boleh. Guna Google Translate pun jadi biarlah ayat skema janji maksud berjaya disampaikan dengan tepat. Setakat pengalaman diri sendiri, bila tunjuk card ni memang pekerja kedai akan membantu sangat-sangat untuk make sure barang yang kita nak beli dan makan tak ada bahan-bahan terlarang. Kalau ada diorang akan jujur cakap dan paling kagum diorang pula yang minta maaf pada kita. Banyak pengalaman akan aku kongsikan sepanjang perjalanan aku dan Ain ke Jepun jadi kalau berminat boleh sama-sama nantikan.

MENU MAKANAN HALAL (SEAFOOD) DI HOKKAIDO : DONBURI CHAYA NEW CHITOSE AIRPORT

Jelas logo halal ditampal di pintu masuk restaurant jadi kami tak tanya lebih untuk mendapatkan kepastian. Logo Halal Media Japan juga ditampal. Rujuk SINI. Kami disambut baik dengan senyuman. Semua utensils besi yang berada di atas meja cepat-cepat diangkat dan digantikan dengan chopstick kayu. Botol-botol sos diganti dengan botol-botol baru yang sudah dilabel 'HALAL'. Semua process dilakukan dengan sangat pantas dan teratur. Langsung tak mengganggu kami yang baru nak settle down. Donburi Chaya New Chitose Airport is not 100% halal certified but they are acknowledged to be Muslims friendly. Segala seasoning yang digunakan adalah halal dan cara penyediaan makanan juga dijaga rapi. Melihatkan cara segala perkakasan ditukar dan dijaga, kami yakin untuk makan. I believe pihak berwajib dah jalankan apa yang patut untuk make sure makanan yang dihidangkan adalah selamat dan boleh dimakan oleh Muslims. Plus, we are talking about Japan, satu negara yang diakui mempunyai nilai disiplin dan integriti yang tinggi dan tak akan mengambil satu-satu aspek sebagai sia-sia. Menu makanan yang special untuk Muslims dihulurkan. Teruja dan lapar !! 

 Donburi Chaya New Chitose Airport.








DONBURI

Dah nama restaurant Donburi Chaya off course main menu banyak pilihan donburi. Apa benda pula donburi ni.. Donburi adalah hidangan ikan, daging, sayur dan ikut sukalah nak letak apa yang dimasak bersama dan dihidangkan di atas nasi di dalam mangkuk. Selalunya sos yang digunakan adalah manis tapi berlainan tempat berlainan cara ikut tarikan dan keistimewaan. Majoriti hidangan donburi akan ada mirin (sejenis alcohol) yang dicampur dengan kicap tapi di Donburi Chaya, yang mana tersenarai di dalam menu khas untuk Muslims tak ada mirin digunakan. Donburi ada banyak jenis. Kalau nak cerita satu persatu semua jenis yang ada memang tak ada kesudahan. Boleh cuba kalau berminat. Aku tengok pelanggan-pelanggan lain makan dengan penuh selera. Kalau di Korea ada Bibimbab, di Jepun ada Donburi. Hampir semua benda yang boleh dimakan boleh digunakan untuk jadi toppings donburi termasuklah makanan-makanan atau lauk pauk yang tak habis dimakan. Jadi campur semua gaul dan makan. Ikutlah selera masing-masing macam mana.

Kami decided untuk order hidangan lain selain donburi. Tekak masih belum bersedia untuk menerima makanan Jepun sepenuhnya. Two bowls of rice, grilled salmon and squid dengan total harga sebanyak 1840Y (RM68.80 approx). Nak makan makanan panas memandangkan hidung tengah ketat. Order juga miso soup tapi sayangnya miso soup tak termasuk dalam menu hidangan halal. Kagum lagi dengan ketelusan waitress yang ambil order. Bila sebut nak miso soup berkerut-kerut dahi dia sambil mencebik. Geleng-geleng cakap tak boleh makan. Oh well.. baiklah. Kami dah masing-masing setuju, bab makan kami kongsi saja duit tak kiralah kalau salah seorang order hidangan yang sedikit mahal. Urusan makan tak perlu berkira sangat.. Makan saja.


Grilled salmon and squid.


Terkejut yang amat bila nasi sampai dihidangkan dalam mangkuk yang besar. Satu mangkuk boleh kongsi dua orang makan pun kenyang. Memang pada awalnya ditanya nak nasi size small, medium atau large. Kami dengan yakinnya pilih medium tapi tak sangka punyalah besar mangkuknya. Sama besar dengan size tapak tangan. Dalam keadaan kami yang kelaparan pun rasanya tak mampu nak habiskan nasi sebanyak itu. Nak tukar ke mangkuk small rasa macam serabut pula aku nak explain cakap ayam itik jadi makan sajalah mana yang larat. Menu pilihan sedikit kering tak berkuah tapi overall sangat sedap dan kami berpuas hati. Syukur deria rasa masih berfungsi sikit dapat juga rasa makanan yang dimakan. Kenyang yang amat memang tak mampu nak habiskan nasi. Belajar dari kesilapan, next time tolong order small portion dulu kalau tak cukup masih lapar baru minta nasi tambah daripada terus tamak tapi makan tak habis. Hihihi..

PRAYER ROOM / BILIK SOLAT DI NEW CHITOSE AIRPORT INTERNATIONAL TERMINAL

Hanya ada satu saja prayer room yang disediakan di New Chitose Airport (ketika post ini ditaip) iaitu di 2F International Terminal. Rujuk SINI untuk peta lokasi. Agak jauh juga nak kena menapak ke International Terminal dari Domestic Terminal. Lepas makan ingat nak terus ke JR Station di B1F Domestic Terminal dan cari mana-mana ceruk untuk solat dan terus uruskan urusan KITACA Card dan gerak ke Sapporo. Sayangnya orang terlalu ramai di ruangan menunggu dan sendiri rasa tak selesa untuk solat. Kalau seorang dua mungkin berani juga bentang sejadah dan solat. Jadi menapaklah kami ke International Terminal melalui Connecting Path di 2F. Jauh.. serious jauh. Dalam keadaan kami yang lembik kepenatan memang lemah betul menapak. Sepanjang laluan Connecting Path ada tarikan menarik tapi langsung tak rasa teruja. Kedudukan prayer room agak tersorok tapi ada signage jadi ikut saja. Tak ada pemisah lelaki dan perempuan dan tak ada ruang wuduk langsung jadi kena ke toilet. Memang semata-mata satu bilik besar yang dikhaskan untuk urusan keagamaan. Tak ada orang jadi dapatlah nak golek-golek sebentar. Selesai solat jomlah patah balik semula ke Domestic Terminal, beli transportation card dan seterusnya ke Sapporo.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. wow best nya, jm mungkin takkan sampai ke sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeh jangan cakap gituu rezeki kita tatau Allah yang atur dan kasi =)

      Delete
  2. wah bestnya sis :D bila la nak p haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom jom.. kalo tabung penuh esok jugak pergi lagi hehe =D

      Delete
  3. haish..tgk makanan macam xleh masuk jer prut cik nor yg kekampungan ini..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi kena cuba dulu Cik Nor.. mana tahu terus jadi fevret. tapi tekak CT pun takleh terima sangat. sushi tu okay lagi. hehe..

      Delete
  4. Memang agak jauh jarak antara international dengan domestic terminal tu... tapi nyaman so takde masalah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi betul2 nasib sejuk. kalo tak lagi melepeeeet kami nak gerak. tah tah tidooo dulu seround di airport kepenatan =D

      Delete
  5. Menariknya , part menu makanan halal tu memang boleh dijadikan rujukan. btw sedap betul nampak ikan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan tu memang sedap. walaupun lauk2 kami kering macam tu tapi surprisingly sedap dan berselera jugakla makan..

      Delete
  6. Japan is in the list! Suatu hari nanti nak pi Japan..

    ReplyDelete
  7. belum pernah makan donburi. Kalau nak cari yang 100% halal memang takkan jumpa lah di Jepun. Tapi tulah, orangnya jujur dan berintegriti so xkanlah nak menipu kan. bab prayer room tu apa boleh buat. Kalau winter cepat malam, so memang terkejar-kejar.

    oh btw masa akak gi Osaka, selamba je check in awal sebab dah sampai.tapi inform owner dulu. Japanese biasanya sangat hospitable

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa di Otaru kami makan Donburi biasa2 saja rasanya. sedap lagi nasi telur dan kicap kita hahaha.. lebih prefer makanan lain la or maybe kami yang tak reti makan hahaha..

      da tnya dah owner nak check in awal boleh tak dia x advice sebab ada orang datang cuci rumah. so tak apalah lepak2 and sampai rumah pun right on time.

      Delete
  8. Susah juga naknmenapak ke tempat solat. Inilah perjuangan sebenar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikutkan tempat tu okay je nak pergi. cuma bila dalam keadaan lenguh dan penat mulala nak mengamuk hehe emosi terganggu =D

      Delete
  9. Donburi nampak sedap sekali... Kat restoran jepun kat Malaysia ni ada tak? nak rasalah he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada. kat Sushi King tak pastila ada ke tak tapi pernah la dulu ada macam kempen Donburi ni. slalu makan sushi ja =D

      Delete
  10. bagus Jepun ni, tinggi integrity..kt M'sia, walopun ada logo halal JAKIM pun, kdg2 was2 jg..

    tk cukup tido + kurang makan sebelumnya = mmg rasa letih,walopun dh mkn,..awatlah bangunan tu besaq sgt...hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah btol tu kak.. mak pun slalu cakap gitu.. kadang2 lagi rasa was was walaupun dah ade logo kan.. tngk orang agama lain bangsa lain lagi peka dengan islam..

      Delete
  11. tak bestnya prayer room dia nak kena ambil wuduk di toilet. paling tak suka jumpa tempat solat macamtu sebab rimas

    ReplyDelete
    Replies
    1. agakla sikit x selesa tapi for them to prepare space untuk prayar room dah patut dipuji dan dibanggakan. mula alert dengan kedatangan pelancong2 islam..

      Delete
  12. donburi mcm2 jenis. kalau nk bt study mau berkeping jenis bahan. tgk sedap salmon grill. adudud

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula banyak jenis nak explain tak reti hehe.. kalo nak order tunjuk2 gambar sajalah..

      Delete
  13. Donburi.. Tak pernah test lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi CT biasa2 je.. sedap lagi makan nasi dan salmon cenggini. tapi kalo orang yang suka tu suka jugaklaa hehe..

      Delete
  14. loooor nasi tak habis tu awat tak bungkuih..buat mcm rumah sendiri.ahhahah acah je, jgn buat tau.. heheh :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kami memang dok buat Mummy nak explain nak suruh bungkus pun tah tah pening kepala hahaha.. redha je walaupun hakikatnya harga agak mahal. patutnya beli semangkuk je share berdua hahaha..

      Delete
  15. Nah ini nih yang saya suka restoran yang menyediakan makanan Halal sangat dicari oleh Muslimin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. there are few options. boleh cari di website Halal Media Japan =)

      Delete
  16. Nak tanya skit. Kalau ikut turutan, kita akan sampai di International terminal dulukan. Boleh terus ke prayer room. Lebih dekat kan? Kemudian baru ke Gourmet world and last sekali ke JR line. Ke macam mana? Mohon pencerahan.... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa okay kalau dari New Chitose Airport International Terminal akan jumpa surau dulu sebab surau hanya di International Terminal. tapi tempat wuduk kena ambil di toilet aras yang sama sebab ada prayer room je bilik kosong dia sediakan campur laki prempuan. lepas tu naik connecting bridge ke Domestic Terminal jumpa tempat2 makan dan kedai2. bawah building baru bangunan JR Line =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.