Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 3.0 Pengalaman Bermain Snowmobile Di Snowmobile Land Sapporo | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 3.0 Pengalaman Bermain Snowmobile Di Snowmobile Land Sapporo

/
46 Comments
January 10, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
6 December 2017 (Rabu)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI SNOWMOBILE DI SNOWMOBILE LAND SAPPORO. Both of us rasanya around 10:00PM dah selamat masuk dreamland. Lepas decide perjalanan hari seterusnya memang tak fikir panjang letak kepala pengsan terus mimpi apa pun tak tahulah. Ain give up tidur atas katil terus buka tilam berkampung depan heater. Suhu sangat sejuk walaupun dah on heater. It was snowing kat luar cantiknya tengok snow turun waktu malam. Sejuk sangat tapi nikmatnyaaa tidur dengan tilam empuk selimut lembut. Hari baru semestinya pengembaraan baru yang menanti. Dah kenyang breakfast dengan bekalan nasi goreng Brahim's, seawal 08:00AM kami dah keluar menuju Nakanoshima Station. Cuaca cantik snow dah berhenti dan jalan dipenuhi salji yang gebu. Semangat sangat kami nak pergi main salji muka masing-masing meriah dan excited. Inilah niat utama kami berdua setuju untuk ke Sapporo. Kami golek atas salji puas-puas dan nak pergi main snowmobile. Ada seorang kawan dah pernah pergi main snowmobile dan kongsikan gambar di Facebook. Since then, memang aku nekad whatever it takes aku akan jejak kaki ke Sapporo dan experience sendiri pengalaman bermain snowmobile. Nak enjoy winter festival dan have fun di Takino Suzuran tak boleh sebab semua event belum lagi bermula. Rujuk SINI untuk info mengenai Takino Suzuran. Majoriti events menarik sepanjang winter di Hokkaido bermula hujung December atau January. Tapi tak apa !! Jom kita pergi main snowmobile.

SNOWMOBILE LAND SAPPORO : PENGALAMAN PERTAMA MENAIKI SNOWMOBILE

Snowmobile Land Sapporo terletak di dalam kawasan Wonderland Sapporo. Di Wonderland Sapporo pun ada banyak aktiviti-aktiviti menarik seperti di Takino Suzuran. Rujuk SINI. Dari Nakanoshima Station (Namboku Line), kami perlu ke Hassamuminami Station (Tozai Line). Tukar laluan di Odori Station. Sampai di Hassamuminami Station terus saja ikut signboard ke Hassamuminami Bus Station yang terletak di atas subway station. Bus station kecil saja tapi sangat sistematik. Untuk ke Wonderland Sapporo kita perlu naik bus bernombor 41 (Nishiko-Fukui Line) dan turun di Fukui Entei Mae (station terakhir). Kalau keliru tunjuk saja gambar pada driver bus. Selama kami disana, tak jumpa seorang pun driver bus yang tak sudi menolong. Semua mesra dan baik hati walaupun ada language barrier yang ketara. Tak ada proper bus stand memang diturunkan di tepi jalan saja. Jangan takut nak turun pula. Dalam bus tak ada tulisan Romanji langsung jadi aku hanya berpandukan laluan Google Maps yang aku sentiasa on. Bila dah dekat dengan tempat yang sepatutnya turun baru tekan loceng. Keliru juga tapi alhamdulillah  sangat reliable dan semua okay. 







Ternganga jugalah bila turun di Fukui Entei Mae. Sungguh kena turun tepi jalan dan hanya ada satu tiang saja tanda tempat tunggu bus. Mula ragu-ragu betul atau tak tempat yang kami pergi ni.. Tapi berpandukan Google Maps kami redah juga. Ikutkan dekat saja sekitar sepuluh minit menapak tapi disebabkan jalan yang penuh salji tebal, pergerakan akan terbatas. We took our own sweet time berjalan tak rush pun. Ada spot cantik kami berhenti bergambar. Sila hati-hati menapak takut ada yang jatuh tersungkur pula. Lagi satu perkara yang sangat penting, lori-lori besar sangat banyak menggunakan main road jadi kena always alert. Dalam seronok tengok permandangan cantik memutih, kena berwaspada juga. Kadang-kadang terpaksa juga lalu atas jalan raya daripada sidewalk sebab salji yang terlalu tebal. Mengah jugalah berjalan rasa jauh yang amat walaupun tengok dalam Google Maps dekat saja, lebih-lebih lagi berjalan atas salji memerlukan ketelitian yang tinggi. Lenguh betis nak control supaya tak jatuh. Penting untuk pilih kasut yang ada grip yang kuat. Jenuhlah nak balik nanti kena patah balik..

Sekitar kawasan turun dari bus (Fukui Entei Mae).

Geramnya tengok salji gebu.




Teruskan berjalan sampai jumpa signboard besar Wonderland Sapporo. Kena lintas jalan ke kanan dan menapak sikit lagi. Maksudnya kita dah berjaya sampai ke kawasan Wonderland Sapporo walaupun dalam hati ada itu sikit rasa ragu. Iyaaalah takut juga entah kat mana kami berada sebenarnya. Lega sebenarnya hati.. Tengok pada papan tanda, ada banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Wonderland Sapporo. Jadi jangan risau kalau terpaksa datang awal ke Hokkaido sebelum Takino Suzuran dibuka. Konsep lebih kurang sama saja walaupun aku personally rasa Takino Suzuran lagi best tapi dah tak dapat pergi nak buat macam mana. Kita cari saja pengganti. Di Wonderland Sapporo juga ada macam-macam yang sedia menanti dan boleh juga berseronok. Kita akan jumpa Beer Garden dulu. Tak jauh dah jangan risau..

Bangunan office Snowmobile Land Sapporo.




SILA BUAT RESERVATION TERLEBIH DAHULU !!

Kami disambut mesra oleh Nakamoto-san yang boleh serba sedikit berbahasa Inggeris. Tak susah untuk communicate dengan diorang tapi jangan expect diorang akan converse guna perfect English. Paling penting adalah keywords yang ingin disampaikan. Nakamoto-san tanya ada buat reservation atau tak, jawapan aku tak sebab memang tak buat apa-apa reservation. Aku ada hantar email few weeks before kesana, tapi dilayan sepi saja tak berjawab. Memang tindakan kami berani dan nekad untuk pergi juga. Alamak.. janganlah cakap kalau tak ada reservation kami tak boleh naik snowmobile. Memang boleh hilang mood serta merta. Ikut jadual dah ada tempahan pukul 11:00AM jadi kena tunggu kalau masih ada kosong bolehlah kami berdua ikut sama. Kalau tak cukup, kami kena tunggu slot pukul 01:00PM. Apa-apa pun kami dapat naik snowmobile cuma tak pasti pukul berapa. Baru pukul 10:00AM memang bosan sungguh kalau kena tunggu lama tapi nak buat macam mana. Berdoa sajalah boleh menyelit sama dengan group pukul 11:00AM. Terkejut Nakamoto-san aku cakap kami datang naik bus dan jalan kaki. Tak tahulah kenapa dia terkejut sangat.. Ini adalah pengajaran untuk semua yang nak datang walk in ke Snowmobile Land Sapporo. Ikut nasiblah kalau datang hari orang tak ramai boleh juga menyelit. Kalau kena timing orang menderu memang harapan lebur. Jadi adalah selamat untuk buat reservation. Reservation boleh dilakukan sehari sebelum tarikh nak pergi ke Snowmobile Land Sapporo. Boleh rujuk SINI. Kalau korang menginap di mana-mana hotel sekitar Sapporo lagi mudah. Siap ada service pick-up lagi dan dihantar pulang. Disebabkan kami menginap di Airbnb, tak boleh gunakan khidmat pick-up untuk ke Snowmobile Land Sapporo. Itulah terpaksa redah macam-macam dugaan untuk sampai ke Wonderland Sapporo. Mungkin juga boleh set untuk pick-up dimana-mana lobby hotel yang berdekatan dengan Airbnb. Acah-acah sikit kononnya menginap disitu. Group yang booking pukul 11:00AM dah sampai dan alhamdulillah kami tak perlu tunggu pukul 01:00PM. Kami akan join sekumpulan pelancong dari Thailand. 

LALUAN TRACK DAN HARGA (RATE) SNOWMOBILE LAND SAPPORO

Ada dua laluan utama : Hot Pick dan Cool Pick. Hot Pick adalah laluan pilihan ramai dan paling murah tapi Cool Pick lebih mencabar dan masuk lebih jauh ke dalam hutan. Rujuk SINI. Niat asal nak pilih laluan Cool Pick sebab lebih jauh dan lebih mencabar dengan pemandangan yang lagi cantik tapi that day, laluan Cool Pick terpaksa ditutup. Snow mula turun beberapa hari lepas dan agak bahaya kalau guna laluan Cool Pick at that moment. Sangat dramatic sambil main snowmobile, snow turun dengan lebat. Baiklah.. Kita pilih Hot Pick. Untuk tempoh sejam menyelusuri laluan Hot Pick, bayaran sebanyak 11000Y (RM411.40 approx) dikenakan. Harga memang mahal tapi pengalaman yang kami dapat lagi berganda-ganda harganya. I didn't mind paying that amount of money sebab inilah niat utama yang membawa kami ke Sapporo. Dari awal memang kami dah aware dengan harga yang kami perlu bayar.

Semua peralatan dan pakaian akan diberikan oleh pihak Snowmobile Land Sapporo. Yang extra comel macam aku jangan risau, size baju tetap ada. Memang tak lepas kalau nak pakai pakaian biasa. Kalau ada penutup mulut atau scarf silalah pakai. Barang-barang boleh tinggal di kaunter, akan dijaga oleh pekerja-pekerja. Siap tukar baju simpan barang, marilah kita dengar briefing. Kita akan diajar cara untuk control kelajuan dan cara nak control handle. Dengar baik-baik sebab nak control snowmobile is no joke. Boleh tahan berat handle yang dikawal. Dua hari jugalah rasa sengal dan lenguh bahu. Ramai pengiring yang bertauliah akan teman kita jadi jangan risau. Dua ke tiga penunggang snowmobile akan ditemani seorang pengiring. Nakamoto-san sangat baik.. Dijaganya kami berdua sepanjang perjalanan. 



Briefing sedang diberikan. Sila dengar baik-baik..






Course dimulakan dengan belajar control handle sebaik mungkin. Kita akan dibawa membuat beberapa pusingan-pusingan kecil sampai kita mahir nak practice belok kiri kanan. Jangan risau.. Handle memang berat tapi tak susah pun. Lepas dah beberapa kali berpusing-pusing, insyallah kita akan dapat rentak macam mana nak control handle. Kena selalu alert dengan signals yang diberikan oleh pengiring. Nakamoto-san dah pesan jangan keluarkan camera untuk bergambar ketika naik snowmobile bergerak. Bahaya. Hanya ketika berhenti saja boleh bergambar.. Snow turun menambahkan lagi rasa excited. Setiap kali berdepan dengan laluan yang sukar, pengiring akan tolong kita untuk lintas. Course agak mencabar tapi overall aku sangat seronok puas hati dan worth every penny. Melihatkan cara kami dijaga dan layanan yang kami terima, aku sangat suka. Sangat cantik suasana sekeliling memutih rasa macam sesat dalam dunia Narnia yang penuh magic. Lalu juga sungai kecil yang sudah beku. Lebih kurang setengah jam memandu kami semua berhenti sekejap. Ada kawasan lapang untuk bermain salji atau nak posing sesuka hati. Nak golek buat snow angel pun dibenarkan. Cuba bermain snowball fight. Nakamoto-san yang mulakan dulu. Boleh tahan sakit juga kena baling dengan snowball.




Sayounara Nakamoto-san dan kawan-kawan.

Sejam lebih berada didalam hutan akhirnya kami sampai semula ke basement. Snow makin lebat turun. Alaaa.. Dah habis ke rasa tak puas pula naik snowmobile. Beli gambar yang ditangkap oleh pekerja Snowmobile Land Sapporo berharga 2000Y (RM74.80 approx) siap terletak cantik dalam frame kertas ditulis tarikh kami naik snowmobile. Aku memang suka kumpul benda-benda kenangan yang sentimental. Aku rasa Nakamoto-san memang susah hati bila tahu kami datang sendiri bukan naik shuttle. Jadi dia tanya macam mana kami nak balik.. Obviously kami akan patah balik ke Hassamuminami Bus Station. Macam mana datang macam itu jugalah cara balik. Oooh Nakamoto-san tak bagi sebab katanya bahaya dengan keadaan cuaca hari tengah snowing. Dia suruh kami naik shuttle yang bawa pelancong-pelancong dari Thailand memandangkan masih ada seat yang kosong. Tak ada bayaran extra dikenakan sebab service shutle adalah percuma. Kami lagilah suka tak perlu nak menapak patah balik ke bus stand. Tapi kami tak mahu turun di Sapporo jadi kami minta turunkan saja kami dimana-mana subway station yang berdekatan. Mengikut itinerary yang telah dibuat, kami masih lagi on track. Aku memang allocate sekurang-kurangnya 4 jam untuk berada di Snowmobile Land Sapporo. Alhamdulillah things went smoothly for us. Jomlaaah kita teruskan perjalanan.


'a mind stretched by new experiences can never
go back to it's old dimension..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. Omg mahalnya caj guna snowmobile tu yer, tak pe kat Malaysia tak ada camtu. Camne pun tetap best dan berharga pengalaman tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sanggup bayar sebab kat Malaysia tak akan ada pengalaman tu. memang la mahal tapi tak apalah.. lagipun naik snowmobile ni main thing yang kami nak buat =D

      Delete
    2. Zumal setakat naik ATV je la. Tapi nak cari yang ada trek pulak.

      Delete
    3. ATV best jugak.. tringin nak cuba. kena kumpul geng pi ramai2 lagi syok kan..

      Delete
  2. Pemandu bas kat sana memang sangat sopan... kekadang terasa malu pulak bila diaorang tunduk2 kat kita...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan driver yang berhenti kete kasi kita lintas jalan. hehe naik lenguh jugakla nak angguk je keje hehehe..

      Delete
  3. wah bestnyaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. kalau da sampai sana kena cuba tau =)

      Delete
  4. pergghhhh
    jealous betul tengok
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan gitu hihi.. boleh cari geng da plan ke Sapporo =)

      Delete
  5. Bestnya kak ana tgk gambar2 siti ni. Cantik sgt pemandangan salji dkt sana. Teringin nk rasa musim winter tapi takut tak tahan. Tgk je lah dulu gambar2 siti ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je kak winter janji baju kena betul.. pakai 2/3 layers cukup dah. alhamdulillah okay. seronok winter sebab tak ada di tempat kita. tapi ada juga pro n cons nya..

      Delete
  6. ade rezeki in shaa Allah nak pegi jugak. doakannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah. ada peluang dan rezeki pergilah =)

      Delete
  7. besnya snowmobile, teringat cite2 omputih guna ala2 cmni tapi kena tarik dgn anjing..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang tu akak tingin gak lagi2 Siberian Husky yang tarik.. geram tapi takleh pegang. tapi rasanya tu kena pi negara yang lagi tebal kot taburan snow.

      Delete
  8. Waahhh syoknya salji... Jelessss!!! hahahaha =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak.. jangan gitu. nanti boleh plan pegi main salji k.. ajak kawan2 pegi =D

      Delete
  9. Wah bestnye pt nsik snowmobile...pengalaman tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. pengalaman. hati dah tertinggal kat sana rasanya. nak kena pergi balik kutip hehehe..

      Delete
  10. Seronoknya. Mahal pun takpe kalo dapat service terbaik macam tu rasa berbaloi sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. memang mahal tapi tak apalah. sekali sekala bukan selalu. memang nekad dah nak main and itula misi utama =)

      Delete
  11. Seronoknya! Pengalaman gitu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. kalau sampai sana jangan lupa cuba ya =)

      Delete
  12. Seronoknya main snow..rasa macam nak pindah pi Jepun skrg jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe jom jom pindah sana. boleh main snow selalu =D

      Delete
  13. Woowwww best nya.. Tqs for sharing Siti..

    ReplyDelete
  14. bestnyaaa... tak tau pulak kena book dlu apa semua. maybe ramai org

    ReplyDelete
    Replies
    1. better book dulu la kalo tak ikut nasib la dapat naik ke tak.. tapi orang hantar email dia tak reply pun..

      Delete
  15. best gile.I is jeles, nak main sledge pun takut2. haha. patut tak heran sangat salji kat Jeju. Hahahaha. Harap one day dapat menikmati snow macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. snow kat Jeju keras kak sakit kalo jatuh memang lebam.. rezeki kita dapat yang keras.. insyallah boleh. nak main salji cemni ajak tau i is ooooon nak ekot !! x puas lagi saleeeji nak lagi..

      Delete
  16. Amboi..syok nya tengok & baca pengalaman Siti bersalji di Hokaido. Tapi kak Murni baca & tengok picture pon dah sejuk tergedik2..ape2 akak suka tgk Siti hepi sokmo & enjoy your life..take care Siti

    ReplyDelete
    Replies
    1. pakai pakaian sesuai okay je kak.. ada kesempatan rezeki akak cuba dengan family bawa anak2 semua =)

      Delete
  17. Cantiknya tempat ni. Gambar pun cantik2. Teringin nak pergi tapi tahan ke sejuk ni nanti. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahan boleh punyaa.. memula macam terkejut jugakla tapi berbaloi. pakaian kena plan betul2..

      Delete
  18. ya allah bestnya dapat main salji n try xtvt kat situ. harap2 ada rezeki CR ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah amin semoga ada rezeki kesana.. CT pun kalo penuh tabung memang rasa nak pergi lagi. dok puaaas..

      Delete
  19. Melancong ke Jepun salah satu list akak SR..
    Tengok gambar dan baca entri SR rasa nak booking tiket skrg ni jugak.😉😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. booking jangan tak booking.. boleh plan dah untuk next winter ^^

      Delete
  20. best nya dapat ke hokaido, saya tak ada rezeki lagi nak jejakan kaki ke sana. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki sampai tu.. kalo tak pun rezeki ke tempat lain ^^

      Delete
  21. bestnya..senang gak nak handle snowmobile..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula saja susah.. lama2 dah ookay jadi senang =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.