Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 4.0 Day Trip Ke Otaru Dari Hokkaido - Minami-Otaru Station & Otaru Music Box Museum | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 4.0 Day Trip Ke Otaru Dari Hokkaido - Minami-Otaru Station & Otaru Music Box Museum

/
18 Comments
January 13, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
7 December 2017 (Khamis)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : DAY TRIP KE OTARU - MINAMI-OTARU STATION DAN OTARU MUSIC BOX MUSEUM. Perjalanan hari keempat di Hokkaido dimulakan dengan perjalanan awal pagi dari Sapporo ke Otaru. Saja kami pilih untuk menjenguk ke Otaru memandangkan kedudukannya yang dekat dengan Sapporo. Bandar Otaru terletak di dalam kawasan Shiribeshi Subprefecture di Hokkaido Prefecture dan mengadap Ishikari Bay. Dah sudah !! ada 'subprefecture' pula sedangkan 'prefecture' pun pening nak hadam. Di setiap 'subprefecture' ada capital dan bandar terbesar. Lain ya jangan keliru. Suka hati ekaulah Jepun woooi nak buat macam mana.  Hahaha.. 'Subprefecture' tu kira daerah agaknya ikut pemahaman aku. Selain dari Otaru, antara bandar-bandar lain yang terkenal di Hokkaido Prefecture adalah Hakadote, Asahikawa, Furano, Chitose, Obihiro dan Tomakomai. Nak cover semua memang kena duduk dua tiga bulan baru puas. Kalau ada banyak masa, selalunya pelancong akan pilih untuk cover Hakadote, Asahikawa dan Furano selain Sapporo. Memang top destinations pilihan ramai. Disebabkan kita tak ada banyak masa, kita pergi ke Otaru sajalah. Kalau ada rezeki untuk kembali kita panjangkan lagi kaki cover tempat lain pula.

JR Sapporo Station.

Tunggu di Platform 4 untuk menaiki JR Airport Rapid ke Otaru.


Vending machines bersepah-sepah serata Jepun.

PERJALANAN DARI SAPPORO CITY KE OTARU MENAIKI JR TRAIN

Medium paling senang nak access ke Otaru adalah dengan menaiki JR Train dari JR Sapporo Station ke JR Otaru Station. Hanya 40 minit masa perjalanan dari Sapporo ke Otaru. Jangan lupa untuk ambil seat di bahagian kanan train baru boleh enjoy view pantai yang cantik sepanjang perjalanan ke Otaru. JR Train pula ada dua jenis seats kalau tak silap. Sama macam Shinkansen. Tak pasti sangat tapi sebelum masuk train kena pastikan dulu tempat kita berdiri adalah coach yang tempat duduk sudah ditempah atau free seating. Kami play safe jadi cari saja coach yang free seating. Dari New Chitose Airport pun ada disediakan perkhidmatan JR Train terus ke Otaru kalau tak mahu singgah ke Sapporo untuk jimat masa perjalanan. Ada dua options boleh pilih sama ada nak turun di JR Minami-Otaru Station atau JR Otaru Station. Lebih kurang sama saja jaraknya untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Otaru. Majoriti akan turun di JR Otaru Station tapi kami memilih untuk turun di JR Minami-Otaru Station dan memulakan perjalanan dari sana akhinya menuju JR Otaru Station dan balik ke Sapporo. Setelah kami susun-susun kedudukan tempat-tempat yang ingin kami pergi, ini adalah pilihan yang terbaik. Ikutlah korang punya keselesaan macam mana. Sumpah tak menyesal pilih untuk turun di JR Minami-Otaru Station sebab sangat cantik rustic dan classic. Macam station lama yang ditinggalkan ditambah pula dengan salji memutih. Oh my..

Jarak diantara JR Minami-Otaru Station dan JR Otaru Station.

Permandangan pantai menghampiri Otaru.

Ingat !! Pilih seat sebelah kanan.


JR Minami-Otaru Station.


Bangunan yang classic dan rustic. Daya tarikan tersendiri.

Subhanallah.. Cantiknya tak tahu nak describe macam mana.



Terkedu tengok permandangan yang cantik. Orang tak ramai pun turun di JR Minami-Otaru Station. Adalah dalam sepuluh orang. Mungkin yang lain terus turun di JR Otaru Station atau terus sambung perjalanan ke Hakadote atau tempat lain. Apa-apa pun memang sangat puas hati tengok view di JR Minami-Otaru Station. Extra beautiful sebab dipenuhi salji memutih. Geramnyaaa rasa nak pergi golek-golek diatas snow yang gebu.

TEMPAT-TEMPAT MENARIK UNTUK DILAWATI DI OTARU

Oookay dah sampai Otaru ni nak pergi mana dulu yaaa.. Ada banyak tau tempat-tempat menarik sekitar Otaru yang boleh kita pergi. Antara masa cukup dengan tak saja. Kalau spend at least bermalam sehari mungkinlah tak perlu rushing sangat. Day trip macam kami buat kenalah squeeze semua padat sehabis baik. Kenalah decide dengan bijak. Plus, time winter hari cepat gelap jadi limited time untuk enjoy. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Otaru adalah : Otaru Music Box Museum, Sakaimachi Shopping Street, Kitaichi Glass Outlet, Suitengu Shrine, Otaru Aquarium, Otaru Canal, Otarusankaku Market, Otaru Mosque dan Temiya Park. Banyak lagi tapi inilah antara yang famous. Nak cover semua memang sehari tak cukup. Kawasan Otaru kecil saja boleh cover dengan berjalan kaki atau menaiki basikal. Kalau tak mahu juga, boleh naik bus berwarna hijau atau merah dikenali sebagai Otaru's Strollers. Rujuk SINI. Keluar dari JR Minami-Otaru Station ada kawasan perumahan kemas tersusun. We took our own sweet time berjalan sambil main salji. Celah-celah bangunan ada timbunan salji kami pergi main. Tak ada orang rasa selesa sikit nak men'jakun'kan diri. Mana-mana pokok penuh salji kami goncang. Jalan penuh salji jadi kena hati-hati. Memang dah macam penguin rasanya menapak atas snow. Patutnya beli grip yang boleh pasang pada kasut supaya tak licin. Tapi asyik terlupa sampai balik tak beli pun.. Berjalan lebih kurang sepuluh minit akan jumpa Marchen Square, kawasan lapang yang menyambungkan Sakaimachi Street dengan laluan lain. Berhadapan saja dengan Otaru Music Box Museum dan Otaru Steam Clock yang dibina di Canada oleh Raymond Sanders dan diletakkan di Otaru pada tahun 1993. Otaru Steam Clock adalah antara beberapa saja model steam clock yang masih beroperasi di dunia. Jangan lepaskan peluang untuk tengok asap steam yang dilepaskan dari Otaru Steam Clock. Tak pasti kitaran masa untuk steam dilepaskan, kami dapat tengok dua kali tapi tak sempat stand by nak ambil gambar atau rakam video.





OTARU MUSIC BOX MUSEUM

Destinasi pertama kami di Otaru adalah ke Otaru Music Box Museum memandangkan ini adalah lokasi tempat menarik di Otaru yang paling dekat dengan JR Minami-Otaru Station. Mula-mula rasa tak mahu singgah sebab obviously tak akan membeli apa-apa tapi akhirnya terpengaruh juga sebab keadaan di dalam museum sangat cantik dan lively.  Tak ada admission fee percuma saja. Pengunjung yang ramai membuatkan Otaru Music Box Museum jadi meriah dan barang-barangan yang dijual pun bukan calang-calang. Bangunan klasik yang dibina pada tahun 1912 memang sangat nostalgic. Ada beberapa lagi sub syarikat Orgel Doh Group Shop sekitar Otaru dan kawasan lain di Jepun. Rujuk SINI untuk information lanjut. Masuk ke dalam bangunan utama Otaru Music Box Museum terus rasa terpegun tengok barang-barangan yang dijual. Macam-macam dan semuanya menggoda untuk dibeli. Duit saja masalah. Dari hiasan rumah, meja, keychain, fridge magnet, barangan antik dan aksesori semuanya ada cantik belaka. Bling bling mata berpinar tengok.



Fridge magnet Otaru Steam Clock berharga 648Y (RM24.20 approx).



Jom naik tingkat atas pula.

Lebih banyak pilihan fridge magnet di tingkat atas.

Permandangan tingkat bawah Otaru Music Box Museum dari atas.


Music box khas Hello Kitty.

Hampir beli Merry Go Round comel diatas. Tengok harga letak balik T.T

Bangunan utama Otaru Music Box Museum featuring Otaru Steam Clock.

Marchen Square.

Boleh tahan lama juga sebenarnya kami di dalam Otaru Music Box Museum. Kami belek itu belek ini sambil congak kira nilai dalam RM. Ikut hati memang nak beli sebab comel. Fikir dengan waras tak apalah.. Letak kat rumah buat tangkap habuk (sour grape nak sedapkan hati). Banyak model-model menarik yang comel. Kereta.. Ferris wheel.. Bangunan-bangunan klasik. Kalau DediS masih ada memang aku akan belikan tak kira mahal pun tak apa. Sebab ayah minat.. Di tingkat paling atas ada cafe dan bilik pameran barang-barangan antic yang super menarik. Cuma ada satu section ada dolls besar-besar creepy pula rasanya macam diperhatikan. Oh no !! Met beautiful people along the way, few Malaysians yang friendly dan one couple dari America yang sudi ambilkan gambar kami berdua. The wife is a Singaporean. She greeted us first kemudian baru rancak bersembang. Kita teruskan  lagi perjalanan. Sakaimachi Street menanti dihadapan. Jom..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

18 comments:

  1. teringat pulak saat ke Jepun sana dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.. rindu kan rasa. tengok gambar dan taip entry pun rasa rindu..

      Delete
  2. Tak sempat ke Otaru... huhu

    ReplyDelete
  3. Seronoknya mama tgk korang jalan2 jepun

    ReplyDelete
    Replies
    1. lama menabung ni Mama nak penuhkan tabung Jepun.. tak shopping lipstick baru lama dah huwaaa..

      Delete
    2. Hoho itulah Yang dinamakan pengorbanan Kan siti haha. Xpe asalkan brtbaloi

      Delete
    3. betul.. lepas gigih menabung dan rasa hasilnya memang rasa berbaloi penat lelah selama ni =)

      Delete
  4. perhhggg
    muzium music box tu serius best

    ReplyDelete
    Replies
    1. best.. lagi best kalo ada duit extra hehe. boleh beli macam2..

      Delete
  5. Waa bestnya bercuti di Jepun ya ^^ Memang nak cari masa nak singgah ni. Music Box Museum tu destinasi yang wajib pergi xD Sebab suka kumpul barang2 camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yunsing suka eh.. sweet kan music box tapi kalo dengar tengah2 malam seram jugak jadinya hehe.. nanti pergi beli tau. biarla mahai daripada teringat2 menyesal tak beli..

      Delete
  6. Subhanallah. The view is to die for! :)

    ReplyDelete
  7. Subhanallah.. Cantik betul gambar-gambar yang Siti amik ini.. Geram tengok salji memutih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kak.. betul sangat geram tengok gebu rasa nak pi golek situ. tapi paling penting sebenarnya.. pengajaran utama dari trip ini.. kerdilnya diri kita ni =')

      Delete
  8. kawaii..comel2nya music box tu semua..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kak.. mnyesal tak beli. mula rasa mahai tapi terkilan tak beli lagi pedih rupanya hehehe next time kalo berkenan kena beli terus tak payah fikir..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.