Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 4.1 Day Trip Ke Otaru Dari Hokkaido - Sakaimachi Shopping Street, Makanan Halal Di Donburi Chaya, Otaru Canal & Otaru Mosque | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 4.1 Day Trip Ke Otaru Dari Hokkaido - Sakaimachi Shopping Street, Makanan Halal Di Donburi Chaya, Otaru Canal & Otaru Mosque

/
32 Comments
January 14, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
7 December 2017 (Khamis)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : DAY TRIP KE OTARU - SAKAIMACHI SHOPPING STREET + MAKANAN HALAL DI DONBURI CHAYA + OTARU CANAL + OTARU MOSQUE. Berhadapan dengan Otaru Music Box Museum ada Marchen Square dan ada patung siapa tah tak kenal. Maaflah tak berminat sangat dengan statue unless betul-betul famous.  Snow gebu penuh di dataran kalaulah tak ada orang memang aku nak golek sakan. Tapi sayangnya orang terlalu ramai. Kita padamkan niat dihati. Kami teruskan misi menerjah tempat-tempat menarik yang ada di Otaru. Masih ada banyak tempat yang ingin dituju dan kena bergerak pantas sebab hari gelap cepat. Tak enjoy sangat nanti bila dah malam. Misi mencari souvenirs masih berjalan jadi apa kata kita sambung shopping di Sakaimachi Shopping Street di Otaru.

SHOPPING SOUVENIRS OTARU DI SAKAIMACHI STREET

Kiri kanan jalan penuh kedai menjual makanan dan souvenirs. Penuh dengan bakery dan kedai pastries. Bau memang sangat menggoda cuma tak berani nak makan. Cuaca sejuk makan pastries panas sedapnya. Kedai soft ice-cream pun banyak sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Unik kan.. suhu sejuk tapi seronok kalau dapat makan ice-cream. Di Otaru, ada satu kedai ice-cream paling famous : Kita No Aisu Ya San yang bermaksud Ice Cream Shop Of The North. Kita No Aisu Ya San terkenal kerana menjual flavors ice-cream yang pelik. Perisa sea urchin, dakwat sotong, labu dan beer. Kedai biasa saja macam nak roboh pun ya.. Kami tak cuba pun. Lalu saja kedainya tapi dah lewat petang jadi kedai tutup. Bangunan-bangunan kedai disini semua comel dan vibrant. Warna cat sangat menarik tambah dengan keadaan sekeliling yang memutih, lagilah nampak cantik. Selain itu, ada juga kedai-kedai menjual barangan kaca dan beberapa kedai yang menawarkan course pendek untuk belajar menghasilkan product kaca dan sebagainya. Interactive juga dan kalau ada masa yang panjang dan berminat bolehlah cuba. Kami masuk banyak kedai from one to another survey harga souvenirs. Dalam satu kedai belum tentu ada satu barang yang kita berkenan. Ada yang nampak macam low quality and obviously murah berbanding yang lain. Ada juga souvenirs handmade oleh community tempatan dan banyak lagi. Makanan atau snack memang terjual secara meluas. Macam-macam jenis tapi kita nak beli takut. Aku nak cari tshirt sebenarnya tapi semuanya mahal belaka. Lebih mahal dari yang terjual di Sapporo. Tak apalah.. Membazir pula rasa. Beli fridge magnet saja seketul. Banyak pilihan souvenirs di Otaru yang kami tak jumpa di Sapporo jadi tak rugi kalau terus beli. Tak ada masa dah nak meronda Sapporo untuk shopping souvenirs. Ada yang harga lebih murah ada yang lebih mahal. Aku memang tak reti nak explain bab ni.. Percaya pada nasib sajalah. Di Otaru juga ada banyak kedai 'Tax Free' jadi bolehlah terjah dan memborong di kedai-kedai yang digantung label 'Tax Free'. Selamat sikit duit (walaupun sebenarnya tidak).


Otaru Kitaishi Glass. Disini ada kelas untuk belajar cara pembuatan glass.

Antara puluhan kedai-kedai bakery di Sakaimachi Street.

Kedai berwarna hijau jual kek dan ice cream green tea atau matcha.

Oooh hello there snowman =)

Salah satu kedai souvenirs yang ada.

Sapu tangan pelbagai corak menarik.

Borong jangan tak borong. Hihihi..

Range fridge magnet paling murah yang kami jumpa. 190Y (RM7.10 approx) ke 300Y (RM11.22 approx). Yang mahal pun ada melebihi 500Y (RM18.70 approx).

Singgah beli ubi kayu keledek rebus yang manis. Ain suka sangat ni..

580Y (RM21.60 approx) untuk sebiji ubi kayu keledek rebus. Hahaha..

Sedap manis dan gebu. Lupakan pasal harganya. Just enjoy it.


Perancangan asal kami nak pergi ke Suitengu Shrine atau lebih dikenali sebagai Peaceful Shrine oleh penduduk tempatan sebab permandangan disana sangat cantik. Boleh nampak laut dan pelabuhan Otaru dari atas. Kawasan lapang di Suitengu Shrine juga sesuai untuk bermain salji. Kami hanya berpandukan Google Maps. Kena menapak naik bukit sikit. Sayangnya jalan utama untuk ke Suitengu Shrine telah ditutup. Ada salji runtuh dan timbunan agak tebal jadi bahaya untuk pelancong-pelancong lalu. Alaaahai sayangnya tapi tak apalah. Keselamatan lagi penting.

NOSTALGIC MODERN LeTAO TERKENAL DI OTARU

Kalau berjalan sepanjang Sakaimachi Street, kita tak akan terlepas pandang beberapa cafe dan kedai-kedai comel dengan perkataan 'LeTAO' tertulis di depan kedai. Standard yang exclusive sama seperti product chocolate 'Royce' yang berasal dari Hokkaido. Ada beberapa kedai 'LeTAO' yang ada di Otaru antaranya adalah : LeTAO Plus, Ekimo LeTAO dan LeTAO Le Chocolat. LeTAO dikembangkan di Otaru sebagai inisiatif founder untuk memperkenalkan western confectionery kepada penduduk tempatan Otaru. Setelah beberapa tahun, makin mendapat perhatian dan diiktiraf. Langsung famous dan menjadi kebanggaan Otaru. While doing my research, I came across few bloggers yang dah rasa cheesecake LeTAO dan katanya sedap. We did not give a try. Tak terasa pula nak makan. Terus ke LeTAO Le Chocolat nak beli sikit bawa balik buat souvenirs. Aku tunjuk food card yang aku dapat dari Sally Samsaiman kepada pekerja, dengan tekun dia tolong belek satu per satu ingredients yang digunakan. Telus dan jujur dia tunjuk chocolates yang selamat untuk Muslims makan. Basically semua boleh dimakan sebab tak ada langsung animal fats. Tapi untuk mendapatkan kepastian apa salahnya. Harga pun boleh tahan juga tapi sesekali tak apalah.




Aku beli range chocolates ini untuk MamiZ. Empat kotak berharga 1620Y (RM60.58 approx). Mahal tapi berkualiti dan MamiZ kata sedap.

Souvenirs dah beli sedar tak sedar dah sampai hujung Sakaimachi Street kami meronda. Time to have lunch dan solat. Seperti di New Chitose Airport dan Nijo Market di Sapporo, di Otaru juga ada satu lagi branch restaurant Donburi Chaya. Bangunan besar dua tingkat senang saja nak jumpa. Lama juga kami melepak sambil makan dan solat. Hilangkan lelah lenguh kaki semua. Pilihan makanan lebih kurang sama saja dengan Donburi Chaya di New Chitose Airport. Boleh rujuk SINI untuk senarai menu makanan halal di Donburi Chaya.

MENU HALAL DAN PRAYER ROOM DI DONBURI CHAYA OTARU

Bangunan Donburi Chaya di Otaru.

Menu Muslims friendly ditampal diluar restaurant.





We had a simple lunch. Nasi dengan scallop dan tuna berharga 1860Y (RM69.50 approx). Rasa biasa-biasa saja. Nak kata sedap sangat pun tak just nice bolehlah nak isi perut. Tuna sedikit keras dan kering. Macam tak cukup flavors pun iya.. Macam-macam merungut tak puas hati. Bersyukurnya tidak dapat makan !! Bukan.. Aku nak explain pendapat aku saja. Kalau korang teringin nak cuba sekurang-kurangnya aku dah kongsikan sikit macam mana rasanya. Tak tahulah kat tekak korang pula macam mana. Aku lebih prefer hidangan yang kami makan di Donburi Chaya New Chitose Airport. Lebih sedap tapi kami nak cuba sesuatu yang baru. Air yang dihidangkan percuma itu sangat teruk rasanya. Pahit herba tak tahulah air apa. Tak boleh diterima tekak aku tapi Ain minum okay saja. Mujur bawa air mineral siap dari rumah. Ruang solat disediakan di tingkat atas. Sekali dengan tempat wuduk. Kawasan kecil saja tapi cukup selesa berkongsi lelaki perempuan jadi pandai-pandailah. Tak perlu pening fikir mana nak solat. Selesai solat dan hilangkan lelah, kami terus sambung berjalan ke Otaru Canal yang menjadi tempat wajib terjah di Otaru. Tak lengkap trip ke Otaru kalau tak ke Otaru Canal. Hari dah semakin gelap jadi kenalah cepatkan langkah. 



Otaru Denuki Koji.

OTARU DENUKI KOJI DAN OTARU CANAL

Bertentang dengan persimpangan untuk ke Otaru Canal, ada satu bangunan klasik yang terkenal iaitu Otaru Denuki-Koji. Memang unik bangunan Denuki-Koji ini comel saja cantik. Di dalam bangunan Denuki-Koji ada lebih kurang 20 buah kedai kecil menjual makanan. Laluan pathway adalah sempit muat seorang saja untuk lalu tapi itulah daya tarikannya. Those yang nak lepak sambil minum beer sesuailah because ada banyak bars didalam Denuki-Koji. Kami tak masuk pun hanya bergambar diluar saja. Memang ramai foreigners disini berhuuuhaa sakan. Kita boleh naik ke observatory deck di tingkat atas Denuki Koji yang dipanggil Hinomi Yagura yang bermaksud 'A Great View'. Percuma saja jadi kalau rajin pergilah panjat keatas sana. Sedikit sempit laluannya tapi boleh nampak view pantai dari atas. Rujuk SINI. Kami tak rajin..

Lintas jalan terus sampai ke Otaru Canal. Cantiknya !! Patutlah sesuai benar dengan jolokan nama 'Venice of Japan'. Aku tak pernah sampai Venice tapi tahulah di Venice memang terkenal dengan canals. Otaru Canal siap dibina pada tahun 1923 sekitar tahun Jepun dijajah. Bangunan-bangunan asal masih lagi kekal dijaga rapi. Pembinaan Otaru Canal sebenarnya memainkan peranan penting kepada perkembangan petempatan di Otaru. Bila Otaru Port semakin berkembang sebagai salah satu pelabuhan terkenal, kenalah cari tempat nak simpan barang-barang. Sikit-sikit makin besar kawasan diteroka dan terbentuk sistem yang sistematik. Berada ditengah-tengah bandar Otaru menjadikan Otaru Canal antara daya tarikan terkenal di Otaru. Those yang turun di JR Otaru Station akan jumpa Otaru Canal dulu. Hanya 10 minit berjalan kaki terus sampai ke Otaru Canal. Otaru Canal digunakan sebagai medium transportation pada zaman dulu untuk mengangkut barangan dari kapal-kapal besar yang berdagang ke warehouses yang berada disepanjang terusan. Otaru Canal pernah rosak dan telah dibaiki oleh penduduk tempatan. Kami sampai waktu dah hampir senja. Menambahkan lagi feeling kecantikkan Otaru Canal, sebanyak 63 buah lampu minyak tanah akan dinyalakan. Sangat old school.. Guna lampu minyak tanah tak mainlah hidupkan guna electric. Kena dengan cuaca dan suasana yang hampir malam. Rasa romantic saja menyelusuri laluan Otaru Canal. Ada dua jambatan yang terkenal sepanjang Otaru Canal : Chuo Bridge dan Asakusa Bridge. Ramai sangat orang nak bergambar di jambatan-jambatan terkenal seksa tunggu turn.

Tourist information center.

Featuring Asakusa Bridge.



Warehouses sepanjang Otaru Canal.

Starting point Otaru Canal Cruise.

Point u-turn Otaru Canal Cruise. Cantiknyaaa view !!

OTARU CANAL CRUISE DAN OTARU SNOW LIGHT PATH FESTIVAL

Bagi sesiapa yang berminat dan ada masa extra bolehlah naik Otaru Canal Cruise selama 40 minit. Listed diantara lima aktiviti wajib dilakukan di Otaru tapi kami tak cukup masa. Menarik sangat sebab penumpang akan dibawa sekitar Otaru Canal sehingga ke Otaru Port. Perjalanan dimulakan di South Canal berdekatan dengan Chuo Bridge dibawa ke Asakusa Bridge dan u-turn untuk ke Otaru Port melalui Tsukimi Bridge. Dari Tsukimi Bridge ke Asahi Bridge boleh nampak keadaan Otaru Port sebelum dibawa melalui Kitahama Bridge dan balik ke Chuo Bridge. Explain macam dah naik padahal tak. Aku rujuk SINI sambil rasa tertekan sebab tak naik Otaru Canal Cruise. Dari awal sebelum pergi tak study pasal Otaru Canal Cruise ingatkan biasa saja. Haaaih !!

Setiap February, selama 10 hari akan berlangsung Otaru Snow Light Path Festival atau Otaru Yuki Akari No Michi. Tarikh tak tentu tapi selalunya hampir sama saja dengan Sapporo Snow Festival supaya pelancong-pelancong boleh rancang untuk visit kedua-dua lokasi. Sepanjang Otaru Snow Light Festival, Otaru Canal yang dilitupi salji akan dipenuhi lanterns dan lampu-lampu yang mencantikkan lagi suasana. Since kami kesana bulan December memang tak ada apa-apa sambutan. Plain snow dan Otaru Canal saja. Jadi jangan lepaskan peluang untuk enjoy all the festivals in Hokkaido sekiranya korang kesana.


MASJID AL-NOOR OTARU

Dari Otaru Canal kami terus ke Masjid Al-Noor Otaru, antara lima buah masjid di Otaru yang boleh dilawati dan semestinya untuk solat. Rujuk SINI untuk senarai masjid dan prayer room yang ada di Hokkaido. Agak jauh juga sebenarnya kena menapak tapi kami memang plan dari awal nak singgah. Adalah dalam 20 minit berjalan kaki. Ditambah dengan keadaan bersalji jadi extra mencabar. Kami sampai elok waktu Maghrib baru saja masuk. Memang niat nak solat disini tapi entahlah.. Pintu berkunci lampu tak dipasang langsung seperti tak ada orang. Sunyi saja bangunan tiga tingkat Masjid Al-Noor Otaru bayang-bayang seorang manusia pun tak nampak. Keadaan makin gelap dan lampu jalan pula tak banyak. Tak mahu buang masa, tak ada tanda-tanda kami dapat masuk, teruslah sambung berjalan ke JR Otaru Station. Tak ada rezeki nak solat di Masjid Al-Noor Otaru. Jealous sedikit for those yang dapat singgah. Apakan daya.. Dari masjid nak ke JR Otaru Station pun satu cabaran juga sebab memang jauh. Menapaklah kami slowly akhirnya sampai juga ke JR Otaru Station. We were lucky sebab train ke Sapporo memang dah sedia menunggu di platform dan penumpang masih belum ramai. Terus masuk coach dan alhamdulillah dapat seat. Marilah kita pulang ke Sapporo..


'Once you learn how to be happy..
you wont tolerate being around people who make you fell anything less..'

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. ubi kayu rebus tu menarik la sis.. terliur la tgk... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. silap silap bukan ubi kayuuu hihi.. ubi keledek =P

      Delete
  2. MENARIK CATATAN PERJALANAN SITI DI HOKAIDO

    ReplyDelete
    Replies
    1. sikit sikit kak berkongsi pengalaman buat yang sudi baca =D

      Delete
  3. Oh myyyyy! Cantiknya tempat dia. Kenapa semua tempat lain nampak lagi cantik dari Canada sekarang ni? T___T

    ReplyDelete
    Replies
    1. please enjoy Canada puas2 dulu.. i would love to be standing at your place tau. xpe nanti boleh plan pergi Jepun..

      Delete
  4. Nampak sedap semuanyaaa !

    I went to LeTao dekat Seoul just for their soft serve. Tak sempat nak cuba cheesacake dorang and of course chocolates. Insya Allah ada rezeki ke sana lagi sekali, will probably try their chocolates.

    I don't know much about Japan tapi all the places you went to is really beautiful!

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pegi Jepun pun dengan limited knowledge about the country. didnt have enough time to prepare and do research. memang santai jugakla trip tak ada terkejar sangat. i loveee pastries semua ni sweet tooth jugak tapi tak berani nak makan. ikut gerak hati.. hihihi.. you should give them a try yaa kalau sampai sini =D

      Delete
  5. Eh yang CT makan tu keledek kot... tu kira murah... kat Nara aritu 1000 yen sebiji...

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahahaha okay malu setepek..!! ye ye ubi keledek. ubi kayuuuuu pulak dah hahaha.. adoiyai fail macam ni ubi tak kenal. mahainya.. balik beli ubi cameron jelaa rebus..

      Delete
  6. pos sini souvenir barang 3-4 keping dekat saya
    haha
    lawa2 tengok dalam gambar tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha.. kawan ceq yang beli bukan ceq =P

      Delete
  7. syok tgk siti main salji..tp cik nor xtahan sjuk..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala CikNor.. bila da sampai tu tak ingat da sejuk ke sebab excited sangat. lupa da semua..

      Delete
  8. Keledek tu mkn pnas2 masa sejuk22 tu mestii sedapkan....
    Seronoknya jln2 ada snowman lagiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. snowman tu orang kedai buat. tak retila nak buat snowman tak jadi pun penat cuba. tak de skill hehehe..

      Delete
  9. Fulamak.. sejuk2 pekena ubi panas mesti nikmat kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tapi cepat je sejuk balik ahahah..

      Delete
  10. Sedapnya keledek tu terutama time sejuk-sejuk ini.. Tapi mahal juga ye.. Coklat tu pun nampak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. coklat tu sedap. mujur sedap kalo tak ralat la beli mahai tapi rasa tah pape.. keledek tu sbenarnya sama je rasa dengan kat tempat kita. tapi gatai gak nak belii hehehe..

      Delete
  11. kern banget, jadi ingin deh main salju hehehe

    ReplyDelete
  12. antek ngat tempat dia, dgn snow2 gebu tepi terusan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik tapi jaga2 jalan sebab bila2 saja boleh terlentang. licin.. kat kasut kena pasang macam spike tapi kami tak pakai. huhu..

      Delete
  13. comel & cantik Otaru town....cute kedai matcha tuu..hijau..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat outstanding kedai tu dalam sekeliling putih dia seketul hijau disitu..

      Delete
  14. Nak tny, sis turun kt stesen minami otaru then balik Naik dari stesen otaru pulak ke? Mmg 100% jalan kaki ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup kami turun ni Minami Otaru then kluar dari stesen jalan sikit dah sampai tempat music box tu. kemudian jalan lagi sepanjang laluan tu attractions kalo nak cover kawasan tu sajalah. ikutkan banyak lagi tempat2 best. kami jalan kaki je sampai petang tu balik ikut Otaru Station. turunla kat Minami.. stesen dia lawa rustic =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.