Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 5.0 Maruyama Park, Shopping Di Sapporo Esta & Menu Ramen Halal Di Fukunoki Sapporo | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 5.0 Maruyama Park, Shopping Di Sapporo Esta & Menu Ramen Halal Di Fukunoki Sapporo

/
26 Comments
January 17, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
8 December 2017 (Jumaat)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : MARUYAMA PARK + SHOPPING DI SAPPORO ESTA + MENU RAMEN HALAL DI FUKUNOKI SAPPORO. Semua aktiviti-aktiviti wishlist dan tempat-tempat utama dah kami pergi jadi hari ini santai saja. Breakfast dulu around 10:00AM baru keluar. Few days keluar awal terkejar-kejar berebut dengan orang nak pergi kerja. Langit cerah biru elok sangat nak keluar. Menurut forecast, pukul 3:00PM baru akan mula snowfall. Ikut perancangan asal sebelum ke Jepun, kami nak ke Asahikawa dan Furano. Asahikawa adalah bandar kedua terbesar selepas Sapporo. Asahikawa makin mendapat tempat dihati pelancong-pelancong. Paling famous di Asahikawa adalah Asahiyama Zoo, terpilih sebagai antara zoo terbaik di Jepun. Close encounter dengan binatang-binatang menjadikan Asahiyama Zoo terkenal. Boleh tengok penguin parade secara terbuka. Comel kan.. Banyak lagilah tourist attraction di Asahikawa dan rasanya tak mampu nak cover dalam sehari. Belum cerita pasal Furano dan Ningle Terrace yang cantik pada waktu malam. Memang teruja sangat nak pergi. Kononnya nak buat day trip juga tapi bila fikir balik.. terpaksa cancel. Semoga ada rezeki lain kali. Kami decided nak berjalan-jalan saja melepak menikmati hari terakhir sekitar Sapporo sambil buang duit. Nak tinggalkan Sapporo dah jadi marilah kita enjoy Sapporo to the fullest.

MARUYAMA PARK SAPPORO

Destinasi pertama adalah terus ke Maruyama Park. Kawasan Maruyama Park sangat besar. Dalam satu kawasan ada banyak attractions menarik : Shinto Shrine, Maruyama Zoo, Maruyama Baseball Stadium dan Sakaigawa Shrine. Maruyama Park sesuai untuk dikunjungi tak kira musim apa pun.. Setiap musim akan bagi different vibe dan pengalaman. Dari Nakanoshima Station, gerak terus ke Maruyama Koen Station. Tukar Namboku Line ke Tozai Line di Odori Station. Keluar dari subway terus naik ke tingkat atas ke bus station. Naik bus bernombor 14 atau 15 untuk ke Maruyama Park. Dari Maruyama Koen Station, boleh kalau nak menapak terus ke Maruyama Park. Tak adalah jauh sangat tapi dalam keadaan jalan penuh salji jadi sedikit terbatas. Kami memilih untuk naik bus dan meronda di sekitar Shinto Shrine sebelum ke Maruyama Zoo.

 Tunnel yang ceria di Maruyama Koen Station.

 Animal tiles di Maruyama Koen Station.

 Mari kita ke Bus Terminal di tingkat atas.


 Siap ada poster comel reminder untuk tunggu di Platform 4.

 Platform 4 hanya untuk bus bernombor 14 dan 15. Naiklah mana-mana satu pun boleh..

Bus bernombor 14 dan 15 akan bawa kita ke kawasan Maruyama Park. Kena alert di stop mana kita nak turun. Kami nak menyinggah ke Shinto Shrine dulu jadi terus turun di stop yang berdekatan. Sebenarnya tak minat sangat nak pergi shrine, tapi dah sampai kenalah tengok apa ada disana. Orang kata untuk dapatkan sekali pengalaman jadilah. Shinto Shrine tak terkenal sangat seperti Sapporo Shrine dan Hokkaido Shrine tapi dah alang-alang terletak dalam kawasan Maruyama Park, singgahlah sekejap. Tak ada tanda pun bus stop, tiang ke kayu ke langsung tak ada. Hahaha.. Masuk ke kawasan Maruyama Park terus terpegun dengan pokok-pokok besar yang tersusun cantik di sekitar taman. Semua tinggi dan rasa macam dalam hutan pun ada. Yang mencantikkan lagi adalah salji yang menutupi pokok-pokok itu semua. Rasa nak goncang pokok kasi salji jatuh. Ya Allah.. Tiba-tiba rasa sayu pula. Perasaan jadi celaru. Rindu MamiZ dan DediS. Rindu..

Orang tak ramai just nice tak padat. Banyak kawasan lapang kalau nak golek-golek main salji. Disebabkan malam sebelumnya dah turun snow, tebal juga snow yang ada di Maruyama Park. Kami buat hal sendiri saja masing-masing buatlah apa nak dibuat. Video called our family nak kongsi sekali permandangan. Belum rezeki nak bawa ikut bersama. Ikut plan asal, dalam hari yang sama nak ke Hokkaido University tapi terus tak jadi. Motif kami hanya nak bermain salji sepuas-puasnya. Di Hokkaido University ada kawasan lebih kurang sama saja dengan keadaan di Maruyama Park. Dah puas bermain salji di Maruyama Park, tak perlulah ke Hokkaido University lagi. 

 Permandangan sebaik saja turun dari bus.

 Bukan peta keseluruhan Maruyama Park. Hanya suku saja..




 

 Kusyuknyaaa dia..

 Langsung tak peduli kita mai dekat pun..

Kejung habis segala bulu ekor tu hahaha..

Ambil peluang juga duduk buat snowman. Dulu first time buat ketika ke Mount Seorak di Sokcho. Boleh baca diSINI. Itu pun buruk juga rupa snowman yang dibuat. Kali ini pun buruk juga. Seksanyaaa nak buat snowman. Ingatkan senang tapi tak jadi-jadi pun puas tepuk-tepuk snow kasi padat tapi berderai juga. Sampai duduk bersilalah atas snow tak peduli dah sejuk ke tak. Geram sebab pulun teruk tapi tak nampak rupa pun. Dekat setengah jam nak buat badan saja macam berperang. Kenapa orang lain buat senang. Dari hari cerah terang benderang sampai mendung pun tak siap lagi snowman yang aku buat. Ralit nak siapkan sampai snow pun turun. Awal nampaknya daripada yang dijangkakan. Baru pukul 11:30AM gitu.. Lagi bertambah rasa excited. Duduk dalam hutan and at the same time snow turun. Video call MamiZ sekali lagi nak tunjuk snowfall. Sebelum ni di Wonderland Sapporo tak dapat nak video call sebab MamiZ tengah buat umrah aku tak mahu kacau. Dah balik ke Malaysia baru dapat buat video call. Mak !! Nanti kita pergi main snow juga ya..

   
 
 Snowman cacaaat !!

SHINTO SHRINE DAN MARUYAMA ZOO SAPPORO

Kami ni sebenarnya bermain-main di kawasan perkarangan Shinto Shrine saja. Tak ada masanya nak menapak ke keseluruhan kawasan Maruyama Park. Ini pun dah terkinja-kinja puas hati. Bila snow turun excited tapi makin lama makin lebat. Seram pula jadinya.. Cantik jugalah seni binaan Shinto Shrine yang dibina pada zaman Emperor Meiji (tak kenal..). Menurut hasil kajian aku, Shinto Shrine ni adalah Hokkaido Shrine tapi bila search Hokkaido Shrine dibawa pula ke tempat lain. Suka hatilah.. Kawasan sekitar Shinto Shrine paling terkenal ketika musim bunga, especially ketika cherry blossom tengah blooming. Memang orang ramai datang enjoy Hanami (flower viewing) dan melepak. Cepat-cepat pergi Shinto Shrine jenguk apa ada disana sebelum patah balik ke tempat tunggu bus sebab langit makin mendung. Kami nak ke Maruyama Zoo tapi sayangnya dah terlepas tempat turun. Terjumpa seorang gentleman dari Australia yang dah menetap lama di Jepun ketika dalam bus. Dialah yang bagitahu kami dah terlajak. Jadi terpaksa tunggu bus pusing lagi sekali. That gentleman pesan pada driver bus untuk bagitahu kami dimana patut turun untuk ke Maruyama Zoo. Thank you so much. Tapi.. makin lama tunggu dalam bus snow kat luar makin lebat dan angin sangat kuat. Seram pula jadinya nak pegi zoo walaupun rasa teruja. Sampai di Maruyama Koen Station kami decided untuk cancel saja plan ke Maruyama Zoo. Nak turun tapi driver tak kasi. Katanya 'Zoo no no..' Jenuh nak explain kasi faham. 







SHOPPING MALLS DI SAPPORO STATION

Disebabkan cuaca yang menakutkan, marilah kita pergi ke tempat yang tertutup. Lagi lebat dari hari pertama kami sampai. Jom patah balik ke Sapporo Station dan sambung shopping. Di Sapporo Station, ada banyak shopping malls besar yang boleh kita singgah kalau nak shopping. Each one bersambung Memang besar sungguh bertingkat-tingkat dan dibahagikan kepada beberapa standard. Shopping malls pun ada kasta okay di Sapporo. Aku tak merayap singgah ke semua shopping malls yang ada duit pun ciput. Rujuk SINI kalau berminat. Aku ada mission ada benda yang teringin nak dicari di Jepun. Sejak tengok Dara TV terus rasa nak beli juga face mask Pokemon yang Dara pakai. Aku dah buat entry khas tentang face mask Pokemon yang dicari, boleh baca diSINI. Penerangan lebih detail mana nak cari face mask Pokemon. Gigih cari dimana ada jual sebab bila search online semua macam pelik. Tak sama macam yang Dara tunjuk. Akhirnya kami ke Sapporo ESTA mengikut saranan seorang pekerja yang aku approach. Banyak sangat kedai yang jual merchandises Pokemon, Doraemon dan Hello Kitty. Syukur aku sampai Jepun umur tua kalau tak jenuh mengamuk nak itu nak ini. Masa kecil tak dapat kesempatan nak membeli jadi dah besar baru ada rezeki nak sampai Jepun. Itupun macam-macam aku tapis mengikut kepentingan. Tapi face mask Pokemon memang dah nekad nak beli. 

 Sekeping face mask Pokemon berharga 495Yen (RM18.81 approx).

 Face mask anime lain berharga 395Yen (RM15.01 approx) sekeping.

MENU RAMEN HALAL DI FUKUNOKI SAPPORO

Selesai melabur duit dengan jayanya it was time to grab our lunch or dinner maybe. Ohohoooi snow tak ada tanda nak berhenti memang makin lebat. Disebabkan dah memang masuk itinerary kami cuba nasib jugalah mencari kedai Ramen Fukunoki ini. Dari Sapporo Station kami ke Susukino Station. Hanya lebih kurang 15 minit berjalan kaki dari Susukino Station. Naik naik Sapporo Shiden (Sapporo Streetcar) pun boleh tapi naik sekejap saja kena turun balik. Unless kita dari tempat lain yang memang berpeluang naik Sapporo Shiden. Untuk ke Fukunoki, kita boleh percaya Google Maps. Insyallah kali ini tak sesat lagi. Fukunoki terletak dibawah bangunan perumahan. Nampak macam betul ke tempat makan ni.. Tapi iya itulah restauran yang dicari. Disambut mesra oleh pekerja (tapi aku rasa dia owner..) senyum saja kulit muka dahlah cekang punya licin lawa. Peeerh.. Cabaran kami adalah hari yang lebat dengan snow. Tidaklah sampai tak dapat menapak tapi seram juga. First time menempuh perjalanan dalam cuaca snow lebat sedang turun. Siap buka payung dan slowly berjalan. Pengalaman sungguh.. 

Jarak Fukunoki dari Susukino Station.

Hari tengah snowing lebat.

Terasa senang je hati haaa bila cenggini..







 Menu-menu pilihan kami. Add on Chicken Chorizo yang sedap.

 Surprisingly sangat sedap cuma portion terlalu banyak.

Di Fukunoki, semua hidangan ayam adalah halal jadi dah penat makan seafood bolehlah datang sini makan ayam pula. I would say ini adalah hidangan kedua tersedap yang aku makan di Hokkaido. The winner still goes to hidangan seafood di Donburi Chaya New Chitose Airport. Rujuk SINI. Aku lebih recommend Fukunoki daripada kedai ramen lain. Kuah salsa yang pekat tapi flavors just nice. Boleh add cheese lagilah yummeh. Rasa authentic hidangan Jepun memang tak ada langsung, tapi sedaplah dan berpuas hati. Dengan tambah additional cost sedikit, boleh upgrade noodles biasa kepada noodles Total late lunch cum dinner adalah sebanyak 2000Y (RM74.80 approx). Dari dalam kedai nampak keadaan diluar semakin teruk. Makin bertambah lebat dan lagi menakutkan. We had to patah balik ke Susukino Station untuk balik ke Nakanoshima Station. Hati tak sedap sangat nak terus menapak aku ajak Ain tahan teksi. Rezeki kami lalu depan 7Eleven ada teksi baru turunkan penumpang.

Pengalaman naik teksi di Sapporo dalam keadaan cuaca snow lebat yang turun was not that splendid. Seksa rupanya memandu dengan keadaan snow yang tebal. Abaikan tambang meter yang semakin menaik bila tayar sangkut dalam lopak snow. Aigoo.. Kedepan kebelakang Pakcik taxi berusaha nak terus memandu. Jarak dari Fukunoki ke rumah tak adalah jauh sangat kalau naik kereta tapi dalam keadaan jalan dan cuaca begitu makan masa juga. Kalau ada Sapporo Shiden nak lalu kena dahulukan Sapporo Shiden. The fare was pricey. We had to pay 2600Y (RM97.24 approx) untuk terus sampai depan pintu rumah but I did not regret anything. At least kami tak berdepan situasi yang tak diingini. Alhamdulillah another day has passed beautifully. Jom kemas luggage.. Oh no T.T !

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

26 comments:

  1. Meriah sungguh tunnel dekat sana tu ye siti. Wah salji turun tu. Bestnya. Teringin nk rasa salji tp sure tak tahan sejuk. Sejuk2 dpt makan ramen memang sedap sgt tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila da nampak salji tu memang tak ingat sejuk dah kak.. tau nak golek2 je terus memang lupa hihi..

      Delete
  2. sukanya tgk tempat orang..kemas dan bersih. kalau kat malaysia ssh sesgt nak jumpa tmpat yang bgitu bersih..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. malu dengan kita nama negara Islam tapi keadaan kat sana lagi super duper bersih. tong sampah pun limited jadi kena usung bawa balik..

      Delete
  3. cantiknya pemandangan.. npk betui2 sejuk tu dgn salji tebal.. best betul dpt jejakkan kaki ke sana yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomlaaa kita pergi sama-sama rasa tak puas lagi hehe.. tapi skrang tabung CT tak penuh lagi kena tunggu lagila hehe..

      Delete
  4. Ramen tu look delicious.. Oh banyak rupanya portion.. Cantik view dipenuhi snow.. Memang mencabar kan perjalanan CT dengan snow lebat, nak bergerak pantas agak licin

    ReplyDelete
    Replies
    1. snow ni seronok cantik tapi bila da lebat sangat macam tu memang seram tak tahu nak kata apa dah.. adala kelebihan kekurangan. yup makanan tu portion besar. kalo ramai elok kongsi saja..

      Delete
  5. Nampak lazat laa ramen Tu.. snowman cacat pulak nampak comey haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. cacat la tu kak.. stressnya tak penah jadi. orang lain buat elok jaaa awat CT punya jadi macam tuuu..

      Delete
  6. wahhh
    comel lak tupai tu
    nampak sedap lah ramen tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramen tu antara hidangan tersedap kami makan disana. yang lain2 biasa saja dan ada yang tak kena ditekak langsung.

      Delete
  7. Makanan tu nampak best sangat.. Comel je tupai tu.. kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tupai tu kerja dia mengunyah je.. x berhenti ngunyah..

      Delete
  8. nmapk sedap weih ramen tu . tempat pun cantik.. best la leh closed up dengan haiwan kat situu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tupai tu seekor je kami nampak. adela lepas tu kawan dia datang berebut makanan. tak dapat pegi zoo.. T.T

      Delete
  9. view kt park tu mmg ohsem! mmg org x ramai ke ms siti smpi sini? sbb nmpk lengang

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang ade je tapi kami pegi bawah2 pokok sket.. lepas snow makin lebat orang memang lari tinggal kami je hehe..

      Delete
  10. nape snowman nyer gitu ghupe dia..haha
    anyway,tgok pun tau best! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha sebab tak reti nak buat itula jadi gitu. macam hantuuu jeee..

      Delete
  11. Seronoknya dpt makan ramen halal! Kita haritu tk banyak pun makan kt kedai2 halal kat sana, pastu menyesal T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Tokyo masak eh ? masak pun menarik juga tapi di Tokyo dan Osaka lagi banyak pilihan makanan halal. kat Hokkaido limited sikit..

      Delete
  12. nampak salji dia mmg agak lebat n kuat tu..
    sho shedap tgk noodles dia #penggemarsegalajenismee

    ReplyDelete
    Replies
    1. mula mula seronok sebab snowfall lama lama takut sebab makin lebat. seram jugaklah dengan anginnya. oowh peminat mee ya.. ramen dia bagi akak so so saja..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.