Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 6.0 Goodbye Sapporo, Chitose Station Hotel & Shopping Di Chitose Outlet Mall Rera | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 6.0 Goodbye Sapporo, Chitose Station Hotel & Shopping Di Chitose Outlet Mall Rera

/
63 Comments
January 20, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
9 December 2017 (Sabtu)

'tuhan saja yang tahu perasaanku.. berperang dengan suasana..
hinggakanku terpaksa meninggalkanmu..'

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : SAYONARA SAPPORO + CHECK-IN DI CHITOSE STATION HOTEL + SHOPPING DI CHITOSE OUTLET MALL RERA. Haaa.. mulalah nak menangis syahdu berperang dengan perasaan celaru di dalam hati. Sedihnyaaa hati nak meninggalkan Sapporo aku tak rela.. aku tak relaaa.. Cepat sangat masa berlalu dah lima hari rupanya bergelumang dengan salji. Pukul 11:00AM kena check-out dari rumah Adachi, pukul 10:30AM baru kami terkedek-kedek angkut luggage dengan berat hati. Kemas rumah, asingkan sampah dan siap ambil gambar bukti rumah dah disusun cantik kembali. Walaupun hati sayu.. hidup perlu diteruskan. Untuk hari terakhir di Hokkaido, kami mengambil keputusan untuk menginap di salah sebuah hotel yang berdekatan dengan New Chitose Airport. Masa buat research tentang Hokkaido, aku terjumpa satu forum yang membincangkan dengan serious tentang chances JR Train rosak atau salji terlalu tebal dan lebat sehingga perjalanan dibatalkan jika keadaan cuaca tak mengizinkan. Jarak dari Sapporo ke New Chitose Airport mengambil masa kira-kira 45 minit juga. Ramai yang berkongsi cerita terlepas flight akibat JR Train yang membatalkan perjalanan dari JR Sapporo Station terus ke New Chitose Airport. Cuak pula rasanya sebab hal-hal berkaitan cuaca bukan kita yang control dan tak boleh jangka langsung. Keadaan hari semalam dengan snow lebat dan angin kencang pun dah menyeramkan elok ambil langkah berjaga-jaga supaya perkara yang tak diingini dapat dielakkan. Kami memilih untuk bermalam di Chitose Station Hotel, hanya 12 minit perjalanan menaiki JR Rapid Airport dari JR Chitose Station ke New Chitose Airport. Kalau tiba-tiba perkhidmatan JR Train tergendala sekurang-kurangnya tak adalah jauh sangat jarak kami kena travel menggunakan perkhidmatan alternative. Ini adalah optional ya kawan-kawan.. Bukan suruh ikut pun. Pilihan ditangan sendiri.

SELAMAT TINGGAL SAPPORO.. JUMPA LAGI

Hati masih belum puas bermain sajli. Masih banyak tempat di Hokkaido yang masih belum berkesempatan untuk diterjah. Insyallah ada kesempatan lain kita datang lagi. Boleh pergi Noboribetsu, Hakadote, Asahikawa, Biei dan Furano. Datang sebulan okay next time.. Jomlah kita gerak ke Chitose, kawasan yang terletak bersebelahan saja dengan Sapporo. Jangan pandang rendah dengan Chitose sebab ada banyak juga tarikan yang ada disana. Antara tempat-tempat menarik di Chitose adalah : Lake Shikotsu, Lake Toyaka dan Mount Tarumae yang terletak dalam kawasan Shikotsu-Toya National Park, mandi di Marukoma Onsen, Salmon Aquarium (yes.. penuh dengan ikan salmon), Chitose Shrine, Inkura Falls, main ski di Izaridake dan Chitose Outlet Mall Rera buat si kaki shopping !! Dalam semua senarai di atas kami hanya ke Chitose Outlet Mall Rera saja. Kami perlukan therapy dan solutionnya adalah shopping !!

Senyum tapi dalam hati sedih nak tinggalkan Sapporo.


Sapporo Station..

Orang ramai di JR Sapporo Station.

Setia menunggu JR Airport Rapid.


Beratur ya.. Jangan main meluru saja.


Singgah ke Chitose Station Hotel dulu tinggal luggage. Senang sangat nak cari Chitose Station Hotel sebab dalam bangunan yang sama. Keluar dari JR Chitose Station, jalan sikit ikut saja signage lambang hotel dah sampai.  Satu malam hanya 10000Y (RM374.00 approx) tapi aku bayar guna debit card bila check dengan bank hanya RM345.00 saja yang dipotong. Wow.. Banyak juga beza ingatkan belanja guna card akan jadi lebih mahal. Bukan kalau urusan bank dan international transaction lagi mahal dari normal rate ? Huurm entahlah apa-apa pun aku bersyukur sebab lebih murah. Selesai urusan bayar menbayar, kami minta nak tumpang simpang luggage. Senang hati saja diorang simpankan. Tak boleh check-in lagi masih awal. Check-in pada pukul 3:00PM jadi marilah kita pergi buang duit dulu.

CHITOSE OUTLET MALL RERA HOKKAIDO / PRAYER ROOM

Outlet mall dimana-mana pun sama saja tapi nak pergi juga. Memang niat nak carikan sesuatu yang mahal sikit untuk MamiZ dan diri sendiri. Jarang shopping barang-barang branded apa salahnya sesekali. Di Osaka pun ada banyak outlet malls seperti Rinku dan Mitsui, tapi dah singgah di Rera malaslah nak cari outlet mall di Osaka pula nanti. Untuk ke Chitose Outlet Mall Rera, kita kena pergi ke JR Minami-Chitose Station. Tak jauh pun hanya satu station saja. Lepas tu menapak sikit terus sampai. Sesiapa yang menaiki JR Train dari New Chitose Airport ke Sapporo City, Chitose Outlet Mall Rera adalah antara bangunan pertama yang kita akan nampak di kanan jalan sebaik saja keluar dari terowong. Dekat sangat dengan New Chitose Airport dan perkhidmatan shuttle juga turut disediakan. First of all, since dah masuk waktu solat kami nak pergi solat dululah sebelum hanyut tak ingat dunia. Di Chitose Outlet Mall Rera ada disediakan satu kawasan khas untuk Muslims menunaikan solat. Prayer room disini adalah diantara lima buah prayer room yang ada di sini. Sangat prihatin.. Kawasan yang lapang dan kemas siap tempat wuduk. Lepas solat bolehlah terus attack tak toleh kiri kanan..

Chitose Outlet Mall Rera.

Berdekatan dengan kawasan parking bus.



Ruang solat wanita.

We were lucky sebab pergi Rera tengah promotion untuk Christmas kaw kaw.. Aku yang kononnya nak mengawal diri pun terhasut dengan godaan. Konsep open space yang menarik jadi shopping dikelilingi salji gituuu. Kalau hari tengah snowing lagilah menambahkan effect dramatic. Butik-butik terkenal seperti GAP, Coach, Gucci dan yang seangkatan semua sale sehingga 80% off. Rujuk SINI untuk directories di Chitose Outlet Mall Rera. Masih banyak lot yang kosong, tapi yang ada pun semput tak larat nak pusing. Mau tak rambang mata jadinya. Nak naik Peach Aviation balik masing-masing masih ada extra kilos jadi no need to worry anything. Jumpa ramai Malaysians actually, mostly Chinese yang join tour package dengan Apple Travel singgah shopping sebelum balik ke Malaysia. Rasanya makanan halal memang tak ada di Rera. Bila search keluar suggestion untuk makan di Donburi Chaya di New Chitose Airport. Tak payah nak cerita banyak dah sebab memang tak ada banyak benda sangat nak kongsi. Kami lupa daratan disini dari hari cerah sampai gelap baru ingat nak balik ke hotel. Langsung tak ingat plan kononnya nak ke Salmon Aquarium.




Comel kan..


Cosmetics dari Jepun yang sedikit pelik.

Ada peminat Shaun the Sheep disini ?

Model-model macam ni adalah favourite DediS =')

Merchandises Monsters Inc..

Could not resist. Sullivan is my favourite.

Ain pun dah terjebak.

Tempting nak membeli tuala Sullivan bawa balik.

Masuk kedai menjual merchandises barangan Disney dan Pixar memang lagi rasa lupa diri. Nak buat macam mana.. Memang dah habis tapis dah mana satu yang boleh beli dengan yang tak penting. Beli pun barang-barang yang sesuai dengan usia. Beratur nak bayar cashier suruh tunggu lagi 20 minit. Happy hour akan bermula selama satu jam dan semua barangan ada less lagi 30% off. Sudahlah memang dah 50% off jadi total kesemuanya 80% off. Lagi bertambah barangan dalam bakul kami.  Aku bayar semua pakai debit card. Sampai dah kena reject sebab dah terlebih had penggunaan harian. Ingatkan card kena tendang nak cuak dah. Teruknya shopping. Memang aku masukkan extra duit dalam account just incase nak shopping sakan tapi lupa nak increase usage. Dan.. rate yang dipotong adalah jauh lebih murah. It was my first experience tau swipe card di luar negara so please excuse my kejakunan. Ni nak kongsi saja ya.. Aku beli jam tangan Fossil berharga 7000Y dan sepatutnya bernilai approximately RM261.80 bila dah convert. Tapi.. yang dipotong hanyalah RM217.90. Beza banyak sangat kenapa ya ? Ada tak sesiapa yang boleh explain the reason behind it. Kenapa lagi murah bila guna card ? Nak tahu juga.. Next time boleh guna card lagi. Kalau tahu dari awal memang lagi sakan aku memborong. Hahaha..

CHITOSE STATION HOTEL

Chitose Station Hotel front desk.


Toilet dan bathroom yang besar dan selesa.

Spacious room.

Pihak hotel terus hantar luggage kami ke bilik. Kami tak perlu kemas luggage sangat sebab esok paginya nak berangkat dah. Tak buka heater pun suhu just nice. Buka tingkap sikit untuk pengudaraan. Keluarkan apa yang patut saja sambil sumbat barang-barang yang sakan kami borong di Rera. Permandangan luar tingkap biasa saja. Hotel mengadap jalan raya. Ada McDonalds dan Aeon. Kalau awal lagi bolehlah singgah sekejap tapi dah lewat dan kepenatan. Dinner kami apa adanya saja. Tak ada proper meal sangat. Usung sekali semua buah-buahan potong yang aku beli masa duduk di rumah Adachi dan habiskan semuanya as dinner. Sihat sangat rasa.. Tilam empuk dengan comforter yang sangat best haruslah tidur lena. Bila nak tidur golek-golek mulalah rasa sayu nak tinggalkan Hokkaido menjelma kembali. Berat rasa hati tapi apakan daya.


"We wander for distraction.. but we travel for fulfillment"
- Hilaire Belloc.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

63 comments:

  1. Waaahhh best sangat baca ni Siti.. Thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Wah untung banyak sebab sales christmas tu kan, boleh la borong sakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya la kak sale untuk christmas sebab kami pi dalam seminggu sebelum christmas. sambil nyelam kita minooom ayaq dulu hehe..

      Delete
  3. Next trip ke Sapporo kena duduk sebulan kat sana baru puas... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu PLM.. lima enam hari memang tak cukup. nak kena sebulan. baru dapat spend tiga empat hari kat satu kawasan. duit pun kena 40x ganda lew gituu..

      Delete
  4. menariknya.. teringin nak pergi sana. oo chrismast memang ada sale eh ? wuoh best tu kalau up to 80%

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Malaysia pun any celebration ada sale. tapi katanya orang Jepun tak sambut pun christmas tapi entahlah.. kita enjoy sajalah sales itu semua hehe..

      Delete
  5. ke sana pulak dia ye..
    tapi akak ni kalau travel in winter, mau beku akak.. tak jalan ke mana2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi first time kak jumpa snow tebal macam ni. super jakunsss hehe.. ala best ape snow nak golek2 hihih..

      Delete
  6. ingatkan kat Europe jer shopping murah waktu XMas...payah ada org yg tahan godaan hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe itula pasal.. tapi CT xde pengalaman shopping xmas kat Europe so tak tahu nak compare hehe..

      Delete
  7. kat sini ke beli box star wars tu? pergh..shopping sakan. kalau panas memanglah malas n rasa nak balik cepat, tapi sejuk, bersalji dan stail open bazaar gitu memang rasa tak nak balik

    ReplyDelete
    Replies
    1. eerm kalau panas eeem eem.. shopping gak kot tapi nak cepat balik hotel haha.. kalo suhu cemni xpelaaa sampai pkul berapa pun. a ah kat kedai ni beli box star wars tu..

      Delete
  8. ye ke siti lg murah kalau guna kad? kalau cm tu nk guna jg laa nnt...

    nk dkt dgn sukan olimpik so no wonder laa kan x lama lg pasti lg byk surau2 kecil kt sn

    ReplyDelete
    Replies
    1. melihatkan pada amount yang dipotong begitula.. tapi tak tahu kenapa. betul tu kalo murah guna card baik semua pun guna card hihi..

      Delete
  9. Teruja nak melancong gak bila tengok foto2 tu. BTW, hadiah GA hari tu dah sampai n abam kie dah pun buat review di:

    http://www.zukidin.com/2018/03/menang-tiga-giveaway-pada-awal-tahun.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah hadiah dah sampai elok. terima kasih join GA kami =D

      Delete
  10. tiba2 rasa geram pula tengok souvenir dalam gambar tu
    nampak colourful dan cantik2
    pengalaman yang menarik nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. pandai diorang buat colourful tu rasa nak membeli. tambah2 ada additional potongan harga. lagi laju mengangkut. kerugian belakang kira hehe..

      Delete
    2. ada lebih tak? bak satu souvenir..haha

      Delete
    3. ahahaha huuurm no komen la yang tu =P

      Delete
  11. Siti, saya nak fridge magnet satu... hehhehe... Sapporo antara tempat yang ingin saya lawati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe.. tengok nanti kalau ada lebih plan nak buat GA. tapi sekarang ni pouch simpan souvenirs tak ingat dah dicampak kemana T.T

      Delete
  12. Wowww.. heavennya..kita kalu melawat blog sis ni.. tak lain tak bukan, kita suka tengok pix2 nya... marvelouss

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. btw Canon.. kalau ada link blog ke apa ke boleh tinggalkan tak ? dah tekan profile tapi tak jumpa apa2 link =/

      Delete
  13. perempuan dan shopping.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa tu.. memang tak dapat dipisahkan =P

      Delete
  14. Terus terang, jelousnya sis dapat g jepun.. terpingin nak g sana :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. mari kita buka tabung.. jom jom kita ke Jepun lagi =)

      Delete
  15. alamak maaf maaf tak berkesempatan nak menjenguk blog pun >.< sorry..

    ReplyDelete
  16. tempat yang saya sangat teringin nak pergi...

    follow saya awk : http://penulisanyus.blogspot.my/ done follow awk

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah boleh sampai tu.. ada rezeki akan kesana juga =)

      Delete
  17. nk juga tuala sullivan tuuuu
    hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh.. alamak Yaya.. jomla kita pegi sana lagi hehe =)

      Delete
  18. Masa nak tinggalkan tmpt bersalji mesti syahdu gila kannn. Tpi akak untungla atleast dpt duduk dgn salji 5 hari, saya ni sehari je xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. rasa sayunya sedih sebab best sangat. beratnyaaa hatiku nak meninggalkan Sapporo. tak pe Mazni lepas ni attack Hokkaido pulak ye..

      Delete
  19. sapporo.. macam familiar.. sapa eh yg dlu nama gelaran roro.. ? siti kan? hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha Phais ni saja plak dia buat tatau.. adeh..

      Delete
  20. saya baru balik dari Jepun...saya peminat negara jepun. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulaaa Uncleee seronok tengok gambar2 menjejak sakura =D

      Delete
  21. Jepun + shopping = keseronokan berganda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. shopping berduit kak.. kalo shopping cuci mata tak seronok ahaha..

      Delete
  22. 80% less... Betul2 syok gila ni

    ReplyDelete
  23. snow3! sukanya!
    comei ngat2 kiosk bentuk mini van n bus gittew..
    huhuk, peminat shaun the sheep, mmbekkkkk
    nnti ajarkan cmne nk wat kad kite tu available guna kat luar negara, huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kad tu akak just activatekan saja. pergi kaunter bank islam cakap nak activekan transactions luar negara nanti dia buat. tapi kadang2 ada yang strict nak CC saja jadi debit tak boleh guna. depends la kita tanya dulu. but most kedai as long ada logo Visa or Mastercard boleh je guna =D

      Delete
  24. 80% diskaun..hahahaha mesti meroyan sat kan..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahhaa memang meroyan sampai lupa diri haha..

      Delete
  25. tak tau pulak pakai credit card lagi murah...kalo macam tu next trip shopping pakai credit card je la na... Berbaloi-baloi! kalo dah tau sebab apa murah habaq kat entry na..ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Mummy.. eh cheq guna debit je Mummy xdak cc hehe.. seronok tengok yang dipotong lagi kecil nilainya. macam mana kira pun tak tahula..

      Delete
  26. Cantiknya n cute, itulah jepun.. suka sgt jepun sbb bersih =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. bersih di setiap sudut kagumnya..

      Delete
  27. bestnya Siti.. teringin nak ke Jepun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh insyallah one day akan sampai kesana =)

      Delete
  28. menariknya brg kat sana

    ReplyDelete
  29. Out of curiousity, kenapa sis censored muka orang ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. because they r public people and not everyone feels okay gambar diupload tanpa izin (obviously kita tak pi tanya depa sorang2 kan..) im just playing safe just incase nauzubillah my photo goes against me. untuk kawan2 rapat pun CT akan tanya dulu okay o not gambar diupload. if they r not okay with it akan di censored jugak =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.