Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 7.0 Dari Hokkaido Ke Kansai, Soba Halal Di Sojibo Restaurant & Airbnb Di Shin Osaka | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 7.0 Dari Hokkaido Ke Kansai, Soba Halal Di Sojibo Restaurant & Airbnb Di Shin Osaka

/
16 Comments
January 22, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
10 December 2017 (Ahad)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : GOODBYE HOKKAIDO, HELLO KANSAI, SOBA HALAL DI SOJIBO RESTAURANT DAN AIRBNB DI SHIN OSAKA. Bangun pagi mengintai luar tingkap langit cerah cantik. Tiada snowfall dan perjalanan ke airport dijangka lancar. Lepas subuh pengsan balik top up energy nak menempuh perjalanan ke Kansai pula. Sedihnya rasa hati nak meninggalkan Hokkaido tapi yang pastinya, keseronokan dan pengalaman yang lain pula menanti di Kansai. Flight pukul 11:00AM jadi masih banyak masa untuk melepak. Luggage pun tak perlu kemas sebab tak menyepah apa-apa pun. Hanya sumbat hasil tuaian di Outlet Mall Rera. Pukul 09:00AM kami check-out dari Chitose Station Hotel dan terus gerak ke airport. Jenguk ke cafe tapi semua makanan meraguan nak ditelan. Roti dan jem pun diletakkan di sebelah sausages jadi tak apalah. Kita makan dulu apa adanya buat alas perut. Hanya 10 minit saja perjalanan menaiki JR Rapid Airport dari Chitose Station. Sampai airport terus pulangkan kad KITACA. Kaunter memang betul-betul sebelah exit JR Station. Kami plan guna kad KITACA sampai baki tinggal 0.50YEN saja. Dapatlah balik 500YEN yang diambil sebagai deposit ketika hari first beli kad KITACA. Urusan pemulangan pun sangatlah mudah. Setiap kali tap in dan tap out kad aku memang jot down nilai dan baki sebagai rujukan. Untuk setiap perjalanan pula kita boleh semak tambang terlebih dahulu melalui application atau Google Maps. Hari-hari terakhir di Hokkaido kami hanya top up small amount saja nilai dalam kad supaya baki tak banyak yang berlebihan. Kalau tak rugi sikit.. sebab process refund ada potong amount untuk service.

Permandangan melalui tingkap Chitose Station Hotel.


Pejabat JR Tickets.



Laluan terus ke kaunter Peach Aviation.



Permandangan diluar kawasan Domestic Terminal New Chitose Airport.

Bangunan bertentang adelah International Terminal.

Pelan lokasi bangunan Domestic Terminal.

Selesai urusan refund kad KITACA terus cari jalan ke Domestic Terminal khas untuk penerbangan Peach Aviation. Ikut saja signage sampai ke tempat menunggu. Sunyi sepi sebab masih awal. Kaunter pun tak ada orang jaga. Sistem Peach Aviation self service jadi pandai-pandailah urus sendiri. Ada satu jam lagi sebelum kaunter dibuka. Nak meronda dalam airport tapi malas menapak dan takut tergoda membeli macam-macam. Banyak juga tarikan menarik di New Chitose Airport jadi kalau punya banyak masa bolehlah jenguk to kill the time. Tapi kami memilih untuk duduk saja melepak sampai kaunter dibuka untuk print boarding pass dan check-in luggage.

KE KANSAI MENAIKI PEACH AVIATION

Seronok naik Peach Aviation yang comel. Pengalaman yang menarik. Sangat sistematik pengurusan Peach Aviation dan teratur. Iyalaaah we are talking about Japan and Japanese jadi haruslah perangai tertib dan kemas. Selesai urusan terus saja kami ke departure gate. Tak seperti di Kansai yang ada terminal khas untuk Peach Aviation, Peach Aviation di New Chitose Airport kena kongsi terminal dengan other local airplane companies. Jadi sambil duduk menunggu cuci mata juga tengok airplanes dari negara lain. Pengumuman in English sekali saja dibuat jadi kenalah sedia pasang telinga betul-betul. Semua urusan settled within 30 minit saja dan masing-masing dah bersedia nak depart. On time pula tu.. Tabik !!

Depature gate Domestic Terminal New Chitose Airport.

Depature gate Domestic Terminal New Chitose Airport.

Beratur dan tiket akan disemak satu per satu oleh staff. Belum sampai giliran kena berdiri tepi. Ain masuk dulu sebab duduk seat dalam.


Sayunyaaa hati meninggalkan Hokkaido.





Reaching Kansai.

Alhamdulillah safely landed in Kansai.

Dari Terminal 2 Kansai Airport kena naik bas untuk ke Terminal 1. Sama seperti masa hari pertama sampai dan gerak ke Hokkaido. Hari siang baru nampak ramainya umat manusia di Kansai Airport. Sesak juga dan majoriti berkumpul dihadapan JR Office untuk beli segala macam pass perjalanan yang ada dan bersesuaian dengan itinerary yang dirancang.

KANSAI : KANSAI WIDE AREA PASS & OSAKA AMAZING PASS

Jujur mengaku, aku tak habis study sangat tentang selok belok di Kansai. Banyak masa dihabiskan untuk study pasal Hokkaido dan tak sempat nak study betul-betul. Aku jadikan entries dari Uncle Khairuddin sebagai rujukan rasmi. Ada juga aku cedok sana sikit sini sikit tapi hampir 80% daripada itinerary perjalanan aku dan Ain di Kansai aku follow saja perjalanan Uncle Khairuddin. Alter mengikut sesuaian kami berdua. First thing first, dah sampai haruslah menguruskan urusan pembelian passes yang bersesuaian. Kami ada approximately lima hari di Kansai, memang sesuai sungguh kalau beli Kansai Wide Area Pass yang berharga 9500YEN (RM340.70 approx) untuk perjalanan jauh ke kawasan lain dalam region Kansai dan juga Osaka Amazing Pass untuk enjoy banyak tarikan menarik sekitar Osaka. Osaka Amazing Pass pula boleh dibeli untuk sehari dua hari dan empat hari. Kami hanya beli untuk kegunaan sehari saja bernilai 2500YEN (RM89.60 approx). Nak explain lebih lanjut memang pening jadi korang rujuk sendiri di website rasmi diSINI untuk pilih sendiri passes yang bersesuai dengan perjalanan. Mula-mula rasa nak beli Kansai Area Pass saja tapi malas fikir apa kekurangan dan kelebihan kedua-dua kad jadi kami stick dengan Kansai Wide Area Pass. Korang jangan jadi malas macam aku jadi luangkan masa untuk buat perbandingan. Beza bukan seringgit dua, banyak juga jadi jangan membazir kalau tak memerlukan. Boleh beli passes secara online dari Malaysia dan sampai Kansai terus redeem atau walk in saja. Jimatlah dalam 100-200YEN. Aku malas jadi sampai sana terus beli.

Kansai Wide Area Pass hanya boleh digunakan untuk laluan Shinkansen dan JR sahaja. Tak boleh digunakan untuk laluan subway local di Osaka - rujuk SINI. Tapi.. Menggunakan Osaka Amazing Pass kita boleh naik subway local di Osaka. Disebabkan kami beli Osaka Amasing Pass untuk satu hari saja, jadi kena simpan dulu sampailah pada hari yang kami nak guna. Jadi sepanjang di Osaka, kami hanya menggunakan laluan JR Train. Sama saja.. Nak pergi kemana pun ada JR Train jadi jangan risau. Kami mula-mula tak tahu, maklumlah tak study betul-betul. Dengan yakinnya masukkan Kansai Wide Area Pass ketika nak naik subway di Midosuji Line. Buat malu saja dua tiga kali cuba kad kena reject.. Kemudian ada officer datang dan explain. Barulah kami faham. Tapi iyalah belajar dari kesilapan barulah tahu. Memang pening sikit macam-macam jenis passes ada tapi slowly study insyallah eventually you will get it. Janji jangan malas untuk research dan study memastikan kelancaran perjalanan. Urusan pembelian senang saja. They can speak good English jadi language barrier tak terjadi. Diorang pekerja dan deal dengan pelbagai jenis pelancong obviously they can speak well. Aku standby passport sekali just incase diorang minta tapi tak ada pun. Kami terus beli Osaka Amazing Pass 1 Day di Tourist Centre / Information Counter di Ground Floor Kansai Airport. Tengok area orang ramai berkumpul itulah tempatnya. Lega dah settle segala urusan passes waktu pun semakin petang. Kami decided untuk solat dulu kemudian makan sebelum gerak ke Shin-Osaka Station.

Bangunan Aeroplaza pada waktu siang. Disitulah kami tidur free ketika baru sampai ke Jepun. Rujuk SINI untuk bacaan lanjut.


Entrance gate untuk menaiki train JR ke bandar dari airport.

Kawasan dihadapan pejabat JR Tickets. Ramai juga rakyat Malaysia. Ada yang senyum ada yang buat tak tahu ada yang tengah kalut. Termasuk aku..

Besar haaa diorang tampal jenis-jenis passes yang ada. Jelas terpampang.. Sambil beratur tunggu turn boleh lagi nak decide which one to buy.

SOBA HALAL DI SOJIBO RESTAURANT KANSAI AIRPORT

Ada beberapa buah restaurant yang menyediakan hidangan halal di Kansai Airport. The Udon dan Sojibo adalah antara yang sering disebut-sebut. No need to worry tak akan kebuluran punya. Dari hari pertama sampai memang dah pasang impian nak makan di salah sebuah restaurant halal yang ada. Pilihlah nak makan udon atau soba. Kedua-duanya adalah hidangan noodles yang terkenal di Jepun. Kami sepakat nak mencuba soba sebab masing-masing tak pernah makan soba. Marilah sama-sama kita cuba macam mana rasanya makan soba untuk pertama kali. Untuk review restaurant dan makanan di The Udon boleh refer entry Kak Sal diSINI.

Info mengenai Halal Food Card diSINI.

Ruang hadapan restaurant.

Logo halal terpampang jelas.

Pilihan makanan yang disediakan di Sojibo Restaurant.





Banyak menu yang ada untuk dipilih semua jadi rambang mata. Attention yaaa kawan-kawan semua. Portion adalah sangat banyak dan even gluttony macam aku pun seksa nak habiskan. Masa makanan sampai memang aku dah bayangkan dah banyak yang membazir daripada dimakan. Elok sangat kalau korang travel ramai-ramai, kongsi sajalah. Jimat pun iyaaa juga sebab harga bukan murah. Disebabkan kami berdua, nak tak nak kena order hidangan asing-asing sebab tekak masing-masing pun tak berapa nak sama. Dicampur pula dengan godaan nafsu nak rasa itu nak rasa ini. Silap order pula, set soba yang aku order datang dengan hidangan nasi dan tempura. Dah sudah !! Double jadinya memang pengsan nak habiskan. Pejam mata sajalah order dan bayar. Aku order set apa entah rupanya ada hidangan nasi. Ain pula order set soba dan tempura saja dan juga Japanese Omelette. Teringin nak cuba selalu tengok orang share. Hamek kau kembung perut nak habiskan. Jujurnya aku tak boleh nak telan sangat soba tapi Ain dengan gembiranya habiskan semangkuk. Ikutlah selera korang pula macam mana. Ada hikmahlah set aku datang dengan nasi dan tempura. Dapatlah aku makan nasi sebab memang tak boleh nak makan soba sangat. Tengok orang sekeliling berselera sungguh makan but sorrry Japan !!

Ain dan semangkuk set soba.

Semangkuk soba dan semangkuk nasi dengan tempura. Huhuhu..

AIRBNB DI SHIN OSAKA DAN AISKRIM JEPUN DI MALAM HARI

Selesai makan kami meneruskan perjalanan. Memang penat walaupun hanya berlegar-legar di dalam kawasan airport saja. Hari ini memang leisure saja melenggang tak terkejar-kejar. Waktu dah menunjukkan pukul 3.30PM elok sangatlah kami memulakan langkah ke Shin-Osaka. Dari Kansai Airport, kami menaiki JR Train Haruka terus ke Shin-Osaka Station. Perjalanan mengambil masa almost sejam dari Kansai Airport untuk ke bandar Osaka. Waktu perjalanan balik nanti memang kena rancang baik-baik. Penginapan untuk hari-hari seterusnya di Osaka berdekatan dengan Shin-Osaka Station. Sengaja pilih di kawasan ini kerana dari Shin-Osaka Station boleh terus naik semua main public transport seperti JR Trains dan Shinkansen. Ramai yang suggest untuk cari lodging di sekitar kawasan Dotonbori dan Namba kerana lebih meriah dan senang nak cari makanan. Tak apalah.. Sengaja pilih lokasi jauh sikit supaya tak riuh sangat. Direction telah diberikan dengan jelas dan lengkap oleh owner Airbnb yang disewa. Tak susah nak cari cuma keadaan hari yang semakin gelap buat sedikit keliru. Mengikut arahan bergambar akhirnya kami sampai juga. Walaupun hari masih awal, baru sekitar pukul 5.30PM tapi gayanya dah macam pukul 8:00PM pula. Ikutkan perancangan awal, kami nak ke Dotonbori tapi tak jadi. Masing-masing kepenatan menempuh perjalanan yang jauh. We ended up decided untuk duduk berehat saja di rumah sambil tengok siaran TV yang langsung tak faham apa. Jangan risau.. tak lari punya Dotonbori dikejar. Rumah milik Nakamoto lebih kecil berbanding rumah Adachi. Tak ada mesin basuh yang disediakan tapi di tingkat atas bangunan ada service cuci baju guna coins. Tapi tak apa.. siap basuh di rumah Adachi untuk hari-hari seterusnya dah tak payah basuh baju. Angkut saja bawa balik.

Disebabkan dah sepakat nak melepak kat rumah, tak bolehlah nak melepak saja. Kami turun bawah melawat ke convenience stores yang berdekatan dan cari makanan-makanan dan snacks halal yang boleh dimakan. Buat research sikit dan dibantu oleh kawan yang pernah belajar di Jepun. Bab-bab snacks kena extra alert kebanyakan icecreams dan pastries menggunakan susu berkemungkinan besar ada lard. Kalau roti pula kena make sure shortening yang digunakan adalah daripada tumbuhan. Banyak sikit kerja kena buat nak make sure makanan yang dibeli halal dimakan. Tapi tak apa, rujuk SINI untuk memudahkan kerja sikit. Walaupun kesemua snacks yang kami beli sudah terjamin halal, kami masih lagi nak double check. Jangan ragu nak minta tolong daripada pekerja kedai. Setakat pengalaman kami, semuanya sangat membantu. They want us to taste their food jadi diorang akan tolong make sure kita dapat rasa yang mana boleh rasa. Tahap kejujuran mereka memang aku tabik sangat. Ada sepuluh jenis roti di 7E kesemuanya disemak satu persatu oleh pekerja. Habis sepuluh jenis kesemuanya tak boleh makan sebab ada animal shortening. Tak mengeluh tak merungut walaupun gigih dia fikir satu per satu ingredients dalam roti. Siap minta maaf sebab tak ada roti yang boleh dibeli. Aku pula rasa guilty sebab dah susahkan dia.



Hasil tuaian di Family Mart, 7E dan Lawson.

Dari satu mart ke satu mart kami pergi. Mengutip satu per satu hasil tuaian yang boleh dimakan. Majoriti adalah icecream keluaran Morinaga, Meiji dan Parm. Tak lepaskan peluang juga beli jus buah-buahan. Puas hati dan huuurm.. sedapnya semua yang dibeli. Harga kalau convert ke Ringgit Malaysia memang boleh buat menangis tapi tak kisahlah. Bukan selalu pergi negara orang jadi cekalkan hati dan bayar. Jangan dikenang-kenang lagi. That night kami kenyang makan icecream dan habiskan bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia. Rasanya masing-masing pengsan awal sedap tidur suhu sejuk dan katil lembut gebu. Esoknya.. satu hari perjalanan yang panjang menanti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

16 comments:

  1. Alahai comelnya pekerja 7E sampai siap minta maaf macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe bab tu kami krik krik sebab kita yang susahkan dia tapi dia yang rasa guilty. mungkin dia ingat kami lapar sangat kot..

      Delete
  2. bestnya jalan-jalan kat sana...

    ReplyDelete
  3. travel ke jepun or korea selalu sya tgh mmg jenuh berjln....
    klu jns yg sakit ltt mcm sya ni camne la agaknya hahhahaha

    tgk soba tu mcm plain je yek, ni jns mee yg sejuk tu ke? ke soba ada yg pns? hahhaha jakun sat
    sdpnya nengok aiskerim tuh suma...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal memang x adalah nak rehat kaki. semua pakai tenaga kudrat first class. kalo orang berusia memang dinasihatkan tak pergi. CT ade slip disc tapi tak layan. kalau layan sakit tak jalan kemana. tanggung sendiri tapi kena always bringat jangan buat yang berat2. soba yang kami order dalam sup panas. ade jugak yang cold. tapi kureng sikitla hehe ekotla slera masing2..

      Delete
  4. Mudah booking pakai air.bnb je kan.
    Moga-moga AS pun ada rezeki menjejak ke bumi jepun macam CT

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. fevret adalah booking.com dan airbnb. kalau nak senang hotel la kemas lagi tapi duduk airbnb rasa dekat dengan culture. amin amin.. semoga dapat kesana juga nanti ^^

      Delete
  5. salam..
    yaya mai singgh melawat hokkaido n kansai...
    ehh silap..singh melawat cik siti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaya bergurau pulak dia dibulan ramadhan ni hehe..

      Delete
  6. Seronoknyaa CT ke sapporo dan kansai jugak.. Osaka best, sebab banyak makanan halal dan husniey suka ke convenient store sana sambil mencari apa yang boleh dimakan.. Hehe nak bookmark entri2 CT ke Sapporo🔖

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe Osaka sebab tak study abes jadi kitorang pegi tempat2 yang normal je ahaha xde yang rare sikit. makanan yes senang dapat banyak juga pilihan.

      Delete
  7. I assume soba tu rasa macam mee tarik.. sedapnya.. mana nak cari mee tarik waktu sahur..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nothing like mee tarik. dia macam mee kesat sikit with hot soup. udon kot macam mee tarik. my friend suka soba than udon. i prefer udon than soba. hehe..

      Delete
  8. comel je kapal terbang kaler pink... hehehe... bgs betul pekerja 7E tu...salute!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula slama di sana memang pekerja2 kedai sangat mengagumkan. kalau kat sini rasanya da muncung sedepa kalau kita mintak tolong..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.