Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 9.0 Kyoto Prefecture, Arashiyama Bamboo Forest, Fushimi Inari Shrine, Gion & Makan Di Halal Ramen Gion Naritaya | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 9.0 Kyoto Prefecture, Arashiyama Bamboo Forest, Fushimi Inari Shrine, Gion & Makan Di Halal Ramen Gion Naritaya

/
26 Comments
February 11, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
12 December 2017 (Selasa)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : PERJALANAN KE KYOTO + ARASHIYAMA BAMBOO FOREST + FUSHIMI INARI SHRINE + GION DAN MAKAN MAKAN DI HALAL RAMEN GION NARITAYA. Tak sabar nak habiskan cerita di Jepun cepat-cepat. Lama sangat simpan nanti terlupa semuanya. Panjang tajuk tapi itulah dia kali ini aku akan mampatkan cerita perjalanan aku dan Ain ke Kyoto Prefecture yang terletak bersebelahan saja dengan Osaka Prefecture. Masih dalam kawasan Kansai Region. Memang wajiblah kiranya dah sampai ke Osaka terus lajak ke Kyoto. Tak jauh pun hanyalah lebih kurang 40 minit perjalanan menaiki JR Train. Kalau nak naik Shinkansen lagi cepat sampai. Nak bermalam boleh tak mahu pun boleh ikutlah selera masing-masing. Kami tak bermalam pun hanya sekadar day trip saja. Alhamdulillah berjaya juga cover ke tempat-tempat yang dirancang dengan jayanya iaitu ke Arashiyama Bamboo Groove, Fushimi Inari Shrine, meronda sekitar Gion dan makan makan di Naritaya sebelum balik ke Osaka. Banyak sangat tempat-tempat menarik di Kyoto tapi ini sajalah yang mampu kami cover dalam masa sehari. Jadilah dari tak cover apa-apa langsung.

DARI SHIN-OSAKA STATION KE ARASHIYAMA BAMBOO GROOVE

Kami gerak ke Kyoto menaiki JR Train Thunderbird terus dari Shin-Osaka Station ke Kyoto Station. Perjalanan sekejap saja lebih kurang setengah jam dan orang sangatlah ramai di dalam train tak ada tempat duduk langsung. Sampai di Kyoto Station kami kena tukar laluan ke JR San-In Line dan seterusnya turun di Saga-Arashiyama Station. Ada banyak station yang boleh access ke Arashiyama Bamboo Forest tapi kami malas nak pening kepala fikir, terus ikut suggestion dari Google Maps. Di Kyoto ada juga laluan subway local tapi menggunakan Kansai Wide Area Pass / Kansai Area Pass kita tak boleh naik melainkan kita beli Kyoto Day Pass. Rujuk SINI. Laluan JR Train adalah limited di Kyoto tapi kami tengok semua tempat yang ingin dituju boleh access menggunakan JR Train jadi tak perlulah Kyoto Day Pass. Sesuai untuk mereka yang merancang untuk bermalam di Kyoto. Sampai di Saga-Arashiyama Station kita hanya perlu menapak sikit lebih kurang lima belas minit untuk sampai ke entrance Arashiyama Bamboo Forest. Percuma saja tak ada bayaran dikenakan. Sepanjang perjalanan dari Saga-Arashiyama Staion ke Arashiyama Bamboo Forest ada banyak signage jadi tak akan sesat. Di atas jalan raya juga ada anak panah. Tak terasa jauh berjalan dengan cuaca cantik suhu yang nyaman. Permandangan di kawasan Arashiyama sangat cantik dan klasik. Banyak kedai-kedai dan studios yang menawarkan khidmat sewa Kimono dan Yukata. Mahal tapi sesekali apa salahnya. Kami tak sewa pun malas nak salin baju.

Saga Torokko Station dari Saga-Arashiyama Station

Permandangan neighborhood di sekitar kawasan Arashiyama.

Kedai souvenirs. Macam-macam jenis postcards ada.

Runch Lunch Box. Hihihi.. Pandai diorang bergurau.

Salah satu studio untuk bergambar dan menyewa Kimono dan Yukata.

3870YEN (RM141.29 approx). Ehem ehem tapi sekali pengalaman seumur hidup apa salahnya.

Pakaian tradisional Jepun dijual ditepi jalan.

Selipar tradisional. Kalau berkenan boleh beli buat kenangan.

Di depan kawasan pintu masuk ada kedai-kedai menjual snacks jadi dah rasa tertarik nak jenguk. Tapi kita pergi ronda dulu. Kawasan Arashiyama Bamboo Forest sangatlah besar. Kalau larat selamatlah menapak ke seluruh kawasan. Kami meronda suku kawasan saja tak sampai kehujung jadi jangan tanya dihujung sana ada apa. Boleh rujuk entries dari orang lain. Memang sepanjang jalan kiri kanan hanyalah pokok buluh semata. Dasyat Jepun, tanam pokok buluh banyak-banyak pun berjaya tarik kedatangan pelancong. Pokok buluh belakang rumah Tok sikit pun aku tak pandang. Tapi jujurnya memang sangat cantik seolah-olah ada dalam dunia lain pula. Pokok-pokok buluh tersusun cantik tinggi dan kemas. Bila angin bertiup kita boleh dengar bunyi daun-daun dan pokok-pokok. It was so serene. Cuma.. manusia sangatlah ramai tapi tak bersesak-sesak. Cuma kalau nak bergambar dengan harapan tak ada orang langsung menyelit sekali agak tipis. We were lucky juga sebenarnya sebab time nak bergambar jumpa orang-orang yang baik tunggu kami posing baru jalan. Yang jenis tak fikir orang pun ramai tapi iyalah tempat public mana boleh kita nak act diva pula. Tolak ansur saja jalan terbaik. Lagi satu tips silalah datang awal kalau tak mahu bertembung dengan ramai orang. Jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik. Antara tempat-tempat menarik lain sekitar Arashiyama atau Sagano yang boleh dilawati adalah : Togetsukyo Bridge, Okochi Sanso Villa, Monkey Park Iwatayama, Tenryuji Temple dan Daikakuji Temple. Togetsukyo Bridge sangat famous dan ramai kawan-kawan Bloggers pergi tapi aku dan Ain tak menapak sampai ke sana. Korang kalau berkesempatan silalah pergi sebab tempatnya sangat cantik ada sungai Katsura River. Menyesal pula tak pergi tak apalah mana tahu ada rezeki nak kembali ke Kyoto suatu hari nanti. Temples pun banyak tapi aku tak berminat juga. 










Kedai-kedai menjual pelbagai jenis snacks.


Grilled and boiled fishcakes.

Kami beli grilled mochi dan kek ikan inti kacang merah.

Niat dihati nak cuba makan icecream dan oden tapi bila ditanya, jujur penjual mengaku ada 'sake' diletakkan di dalam makanan especially air rebusan. Sekali lagi bersungguh dia minta maaf sebab kami tak dapat makan makanan yang dijual. Dia tanya kawasan sebelah yang jual grilled fishcake saja juga ada alcohol dan seterusnya dia tanya kawan lain pula yang jual mochi. Berkerut-kerut muka dia cuba jelaskan akhirnya dia kata mochi boleh makan sebab hanya tepung dan red bean saja. Aku jenguk jugalah kedai yang jual mochi ada jual apa lagi takut kongsi tempat bakar dengan sausage atau hidangan-hidangan lain yang meragukan. Lama perhati akhirnya yakin baru beli. Dapatlah kami rasa mochi bakar (tak sedap langsung) dan kek ikan berintikan red bean juga. Okaylah boleh terima sikit tapi sedap lagi kek ikan di Korea. Kami patah balik semula ke Saga-Arashiyama Station untuk ke next destination.

Info mengenai Halal Food Card diSINI.

SAGANO SCENIC RAILWAY & HOZU RIVER BOAT TOUR

Antara aktiviti lain yang menarik dilakukan di Kyoto adalah menaiki Sagano Scenic Railway. Rujuk SINI. Aku dah hampir beli tiket online dari Malaysia tapi bila fikir balik macam tak cukup masa saja jadi cancel. Dah sampai sana mulalah rasa menyesal yang amat tapi terpujuk hati bila tahu waktu terbaik untuk enjoy Sagano Scenic Railway adalah ketika musim bunga dan musim luruh. During winter cantik juga tapi mungkin banyak pokok-pokok togel kecuali tengah cantik salji memutih. Insyallah ada rezeki memang nak naik Sagano Scenic Railway. Teruja tengok laluan cantik tepi sungai semua. Perjalanan bermula dari Saga Torokko Station, bertentang saja dengan Saga-Arashiyama Station ke Kameoka Torokko Station. Lebih kurang setengah jam perjalanan meneroka Hozukyo Ravine dan lalu ditepi Hozugawa River. Nak beli ticket one way boleh atau nak return sekali pun boleh. Mana-manalah yang menjadi idaman hati hanya 1240YEN (RM45.30 approx) rujuk SINI. Boleh baca entry Kak Sal yang dah naik Sagano Scenic Train diSINI. Selain Sagano Scenic Railway, aku berkenan sangat nak cuba River Boat Tour tak kisahlah di Hozu River atau di Katsura River. Mana-mana pun boleh teringin nak naik. Lebih kurang 4000YEN ke 5000YEN (RM146.12 ke RM182.65 approx) tambangnya. Mahal tapi menarik. Rujuk SINI. Dah teringin tak teringin pun semua dah berlalu. Boleh simpan angan-angan kalau ada rezeki pergi lagi. Dari Saga-Arashiyama Station kami menuju ke Fushimi Inari Shrine. Patah balik ke Kyoto Station menaiki JR Train San-In Line dan tukar pula ke JR Train Nara Line dan turun di Inari Station. Keluar dari Inari Station dah boleh nampak entrance ke Fushimi Inari Shrine.

FUSHIMI INARI SHRINE

Sebenarnya aku tak adalah minat sangat tempat-tempat macam ni tapi dah namanya famous dan wajib singgah aku masukkan juga dalam itinerary. Nanti tak lengkap pula trip ke Kyoto. Plus, entahlah aku tak sedap hati sangat menjenguk ke tempat-tempat ibadah agama lain tak tahulah dengan pendapat korang. Masing-masing ada pendirian tersendiri. Aku rasa tak selesa walaupun bukan pergi nak sama-sama memuja chong cheng chong cheng sembang gunung. Tapi entahlah.. Bergantung pada niat iyaaa betul juga tu cuma kalau boleh elak aku nak elak. Cukuplah sekali aku menjenguk jejak kaki. Makin famous semenjak menjadi lokasi pengambaran film Memoirs of a Geisha. Fushimi Inari Shrine adalah ataupun tempat yang dianggap holy atau sacred oleh orang Shinto. Nama 'Inari' pula diambil bersempena nama salah seorang (seorang kot agaknya penjodoh bilangan yang sesuai) tuhan mengikut kepercayaan penganut agama Shinto. Menariknya di Fushimi Inari Shrine adalah binaan ratusan Torii Gates yang dibina sepanjang perjalanan mendaki ke Mount Inari. Kalau rajin pergilah panjat lebih kurang dua ke tiga jam perjalanan. Aku pergi jenguk kawasan bergambar dan cepat-cepat nak gerak pergi tempat lain. Tak adalah teruju sangat.

Salah satu Torii Gate yang ada di kawasan Fushimi Inari Shrine.


Jual poster dan calender kalau tak silap.

Telaga air yang suci mengikut kepercayaan.

Peta lokasi Fushimi Inari Shrine. Susunan Torii Gate sehingga ke puncak Mount Inari.





Kami meronda sampai sini saja. Tak rajin menapak lebih jauh.

Manusia memang ramai seramai yang berada di Arashiyama Bamboo Forest. Tapi again semua sangat bertolak ansur bila nampak orang lain nak bergambar. Kita tunggu kasi chance orang lain posing kemudian kita pula. Begitulah.. Kami tak meronda jauh sangat sebab tak ada apa yang menarik pun. Just susunan Torii Gate yang cantik tersusun rapi. Patah balik cuci mata tengok lautan souvenirs yang dijual di sekitar kawasan Fushimi Inari Shrine. Memang sangat banyak dan harga standard tak ada yang murah kalau dah convert ke duit kita. Pejam mata sajalah kalau nak beli nanti teringat-ingat lagi payah. Nak beli replica Torii Gate tapi rasa ragu. Ended up tak beli. Banyak juga souvenirs disini yang menarik. Beli sebiji dua buat kenangan. Ada satu lorong penuh dengan makanan-makanan. Macam pasar malam pun ada juga. Saja jalan cuci mata tak ada membeli apa-apa pun memang tak berani. Paling menarik adalah deretan desserts yang comel. Strawberry besar dan penuh cream. Menggoda sangat.

Mochi inilah yang tak sedap tu.. Oh no..


Banyak kek-kek comel macam ni. Geram tengok..

Mee goreng ahahah..




Replica Torii Gate idaman hati tapi apakan daya..


Harga Kimmidoll sedikit murah disini. Buat peminat Kimmidoll boleh beli..


Ralit tengok souvenirs sebab banyak sangat. Memang sangat banyak pilihan berbanding di tempat lain. Kalau rajin boleh survey dulu from one kedai to another. Kedai lain harga mesti lain. Entah boleh dapat murah lagi. Disebabkan aku dah borong banyak di Hokkaido jadi hanya beli few yang exclusive sikit saja untuk diri sendiri jadikan kenangan. Lagipun duit makin menyusut jadi pandai-pandailah catu apa yang patut hihi..

GION CORNER : GEISHA DISTRICT

Dari Fushimi Inari Shrine kami terus ke Gion, kawasan yang paling terkenal untuk melihat Geisha. Untuk ke Gion kami decided untuk naik subway local saja. Disebabkan kami tak ada Kyoto Pass atau apa-apa saja passes yang boleh digunakan untuk naik public transports local di Kyoto, kami beli ticket manual di mesin. Dari Fushimi Inari Station kami menaiki train Keihan Main Line ke Gion-Shijo Station. Ticket sehala hanyalah 120YEN (RM4.38 approx). Sampai di Gion-Shijo Station kenalah menapak sikit ikut signage dan at the same time kami on GPS untuk ke Gion Corner. Tak ada seorang pun Geisha kami jumpa lagi-lagi terang disiang hari. Geisha adalah perempuan-perempuan cantik di Jepun yang ditugaskan untuk menghiburkan tetamu-tetamu lelaki yang datang nak seronok-seronok. Hiburkan to what extend pandai-pandai fikir sendiri. I don't want to go too deep. That is the reason why Geisha dilindungi dan dianggap exclusive. Ada ranking dan harga bayaran peeergh.. Sepanjang dua jam berlegar-legar di Gion sekilas pandang pun tak nampak. Put aside cerita Geisha, Gion merupakan kawasan yang sangat cantik. Binaan lama klasik masih dikekalkan rasa macam berada di Jepun pada zaman dulu. Terletak diantara Shijo Avenue dan Yasaka Shrine, sekitar Gion ada banyak kedai-kedai souvenirs, restaurants dan Ochaya (teahouse) dimana Geisha dan Maiko (juniors Geisha) akan bekerja. Satu perkara aku notices, restaurants di Gion semuanya bertutup tak dapat nak intai apa yang berlaku didalam. Kedai buka atau tutup pun tak pasti. Ramai lelaki juga hahaha.. Ada few shops yang dijaga rapi oleh body guards. Seram juga bila melintas kedai-kedai tertentu kadang-kadang dengar bunyi orang ketawa kuat-kuat dari dalam. Huurm..


Macam kawasan shooting cerita lama.

Tengok semua bertutup rapi tapi bunyi ramai orang didalam.

Jalan menuju ke Gion Corner.




Main road di Gion. Nak ke Gion Corner kena masuk celah-celah kedai.


Huh apa ni berselirat teruk.

Kami berkeliaran di Gion tanpa hala tuju. Memang jalan untuk cuci mata dengan harapan terjumpa Geisha. Harapan hanya tinggal harapan. Pendapat aku, daripada sewa kimono atau yukata di Arahiyama Bamboo Forest, baik sewa di Gion. Bergambar dengan pakaian tradisional di kawasan yang klasik mesti lagi cantik. Tapi kalau dah sewa boleh pakai berjam-jam jadi merayaulah dengan baju sewa. Ramai sangat yang menyewa pakaian dan comel-comel semuanya. Jumpa juga beberapa orang Malaysia yang menyewa pakaian. Teruja juga tapi kemalasan melanda. Menutup tirai trip kami ke Kyoto haruslah pergi makan. Di Kyoto, restaurant Naritaya adalah antara yang famous dan menyediakan hidangan daging yang sedap. Memang dah asingkan duit untuk dileburkan beli daging tapi rezeki tak menyebelahi kami. Kedai Naritaya tutup jadi tak dapat makan daging sedap. Kecewa sebab dah anticipated sangat dan kelaparan. Memang tahan diri sebab nak makan Yakiniku puas-puas di Naritaya. Memang banyak options seperti AyamYa dan Ali Baba tapi dah set dalam kepala nak makan di Naritaya jadi sedikit down. Boleh tahan jauh juga menapak mencari restaurant.

RAMEN GION NARITAYA

Disebabkan kami lama berlegar-legar di depan restaurant, obvious sangat nak makan di Naritaya tapi macam clueless nak kemana bila kedai tutup, ada seorang pekerja kedai sebelah keluar approach kami. Dia cakap Naritaya memang tutup buat sementara waktu ada renovation. Sebab tu kedai Ramen Gion Naritaya dibuka. Restaurant Ramen Gion Naritaya akan dibuka lebih kurang dua puluh minit lagi jadi dia suruh kami tunggu. Ada Halal Certification ditampal di depan kedai dan boleh belek menu yang ada nanti masuk kedai senang order terus. Tak lama lepas tu ada another group of Malaysian datang samalah nasib nak makan di Naritaya tapi tutup. Jadi sama-sama menunggu untuk makan di Ramen Gion Naritaya. Restauran Ramen Gion Naritaya kecil saja tak mampu nak memuatkan ramai orang pun. Kami berdua dan sekumpulan kawan dari Malaysia dah penuh kedai. Ruangan untuk solat juga disediakan walaupun kecil ruangnya tapi bolehlah dari kena pening fikir nak solat dimana.

Naritaya tutup (kedai warna hitam).

Ramen Gion Naritaya. Bersebelahan saja dengan Naritaya.





Pilihan makanan. Gion Mazesoba, Halal Wagyu Rice Bowl dan Ayam Goreng.


Kami memilih Gion Mazesoba, Halal Wagyu Rice Bowl, Orange Juice dan Fried Chicken. Total makanan kami adalah 2750YEN (RM100.46 approx). Honest review, makanan semua sedap especially the Gion Mazesoba. Surprisingly sangat sedap dan tak muak walaupun nampak berminyak. Just nice bila digaul semua sekali cukup rasa. Kami duduk di kaunter table mengadap tukang masak. Mesra sangat kami dilayan dan suka betul chef bila licin habis kami makan. Aku makan Halal Wagyu Rice Bowl sebab nak makan daging dan nasi. Pun sedap sebiji rasa sama dengan Beef Yakiniku Set di Sushi King. Ambil set small saja tak payah nak medium atau large. Small pun dah mengah nak habiskan. Elok jugalah kami order orange juice sebab sesuai nak cuci mulut dengan benda masam.  Kalau duduk di kaunter table, lepas makan kita kena susun pinggan mangkuk atas kaunter. Ada reminder ditampal di meja untuk susun semua di kaunter. Adab-adab yang perlu diikut. Chef pun senang hati tengok semua tersusun kemas lepas dah makan. Walaupun sedih tak dapat makan di Naritaya, Allah izin dapat makan makanan yang sedap juga dan dilayan dengan baik. Dah kenyang marilah kita balik ke Osaka. Kembali ke Gion-Shijo Station, kami menaiki subway local di Keihan Main Line dengan ticket berharga 270YEN (RM9.86 approx) ke Tofukuji Station dan tukar ke JR Train Nara Line untuk ke Kyoto Station. Lega dah sampai Osaka. Pukul 9:00PM kami dah duduk bersenang-senang berehat tengok tv. Panjang dan jauh perjalanan tapi syukur Allah permudahkan segalanya. Marilah berehat sambil menghitung detik nak pulang ke tanah air..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

26 comments:

  1. Gion Mazesoba tu nampak menarik.. Mujurlah dapat jumpa kedai makan yang best juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula dapat juga makan makanan yang sedap. kira terpujuk juga hati yang sedih hehe..

      Delete
  2. Lajunya CT mengupdate bulan puasa ni... macam ada next trip rasanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe trip da lepas PLM.. kena pecut sikit sebelum semua basi..

      Delete
  3. Selalu sangat tengok orang upload gambar dekat bamboo forest and the shrine tu. Kita ni bilalah nak sampai. Buat masa ni cuma mampu cuci mata tengok gambar orang lain je T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. soon darling soon.. but uve been to better places so jangan berduka lara. insyallah nanti sampai tu ^^

      Delete
  4. Hanya mampu jeles baca entri ni hehe >_<
    .
    Nice experience btw!!! ^^

    ReplyDelete
  5. Anonymous31 May, 2018

    mochi bakar tu tak sedap kee ahaha. saya teringin nak rasa haritu, tpi takut takleh makan so tak beli TAT yg taiyaki bentuk ikan tu memang sedap kann! kitorang makan perisa red beans dn green tea.

    arghh sedihnya bila tengok gambar gion tu..haritu tak dapat pegi.. kitorang baru balik dari nara dengan fushimi inari pastu cadangnya nak direct pegi gion tapi mak sakit kaki, tak larat nak jalan T__T Gion lawa gila kot sebab perkampungan tradisi orang jepun..rasa rugi sangat! ni memang nak kena repeat balik ni hhaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mochi bakaq tu tak sedap serious tak sedap menyesal beli ahahha.. tak sama dengan mochi kat Nara. setelah disoal slidik dengan orang yang jual tu dan perati dulu apa dia letak baru yakin nak beli. jauh sket kedai dia dgn yang jual oden tu..

      takpe Mazni.. Gion tu sangatlah besar memang menapak saja kerjanya. kesian kat mak kalau kena jalan jauh. dia cantik sebab bangunan2 klasik tapi kalau penat tak ada tempat duduk sangat pun. theres always next time.. boleh plan pergi lagi =D

      Delete
  6. berkimono dgn background bangunan klasik mmg cantik...baru ada feel Jepun..hehe...sedap2 ramen Gion..

    FM torii gate tu mmg meragukan tulisan dia..ntah2 mentera depa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. bila balik rasa nyesal tak sewa kimono acah2 prempuan jepun. tapi memang malas nak salin baju sebab kita pun pakai berlapis2 dah ni nak tukar2 malasnya hehe

      betul2.. i had the same tot in mind masa tu. cantik Torii Gate tu tapi dia dibina atas faktor2 keagamaan dan kepercayaan diorang tu tak jadi beli..

      Delete
  7. boleh pasang angan ni.. tengok lawa view bamboo tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh.. hihi dah boleh hunt ticket ^^

      Delete
  8. bestnya lah melancong negara orang. banyak pengalaman. gambar pun lawa. fuhh. da suka bergambor

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman. jom kitaaa jalan sama tapi kena bukak tabung dulu..

      Delete
  9. Wah best dpt melancong. Someday nak pergi juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes.. one day boleh pergi jalan2 sana =D

      Delete
  10. Last trip sapporo pun sha try kek ikan, tapi kureng. Sedihhh. Mane entah nak cari yg sedap. Tapi soba sedappppp. Balik malaysia rindu soba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kek ikan tu okay lagi.. yang mochi bakar tu oh no no. diorang tak letak garam memang seksa nak makan. soba i cannot you.. udon i okay. soba tu bolehla telan tapi xpela xmo da nxt time hehe..

      Delete
  11. Ish..kalau AS bujang lagi, dah lama AS terjah jepun bagpacker je. Seronok baca pengalaman ke negeri orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala AS.. dengan husband and anak2 pun okay je pergi satu fam lagi meriah..

      Delete
  12. walaupun lorong geisha tapi bersih betul tempatnya, kalau lorong dekat sini tengok pun dah tahu dah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm kalau kat tempat kita huurm huurm.. tak nak bayang =P

      Delete
  13. suka tgk gion corner tu. nmpk tenang plus bersih

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.