Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 11.0 Sayonara Japan, Royce Chocolate & Hasil Shopping Di Jepun | SITI.YANG.MENAIP

Trip Hokkaido Kansai Japan 2017 : 11.0 Sayonara Japan, Royce Chocolate & Hasil Shopping Di Jepun

/
22 Comments
February 17, 2018

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI 2017

Entri sebelumnya diSINI.
14 December 2017 (Khamis)

TRAVELOGUE JAPAN | HOKKAIDO KANSAI : SAYONARA KANSAI + CHOCOLATE ROYCE DAN HASIL TUAIAN DI JEPUN. Hari kesebelas di Jepun adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Flight balik adalah pada pukul 11.45AM dari Kansai International Airport. Seawal pukul 7.30AM kami dah check-out dari rumah terus menuju Shin-Osaka Station. Jauh juga perjalanan ke airport lebih kurang satu jam. Ambil gambar rumah yang sudah dikemas, bukti bahawa kami tak tinggalkan rumah dalam keadaan kotor. Host minta kami kumpulkan semua sampah dan tinggalkan di balcony. Jadi tak perlu pening fikir mana nak buang. Dia pun tak sediakan tong sampah, hanya ada plastic berlainan warna saja. Menaiki JR Train Haruka, kami terus gerak ke airport. Tak tahulah kenapa that day, it took us more than one hour nak sampai ke airport. Memang sampai airport waktu masih awal tapi cuak jugalah rasa. Tahap nervous sampai lupa nak ambil gambar. Tahu nak selesaikan urusan cepat supaya boleh balik Malaysia. Next time kena prepare for the worst sebab macam-macam boleh jadi di dalam perjalanan. Terus ke check-in counter Air Asia dan panjangnyaaa line !! Dua tiga hari sebelum dah cuba nak check-in secara online tapi asyik decline. Jadi nak tak nak kenalah beratur. Pekerja di counter pun kalut semacam tapi syukurlah semua selamat dapat boarding pass dan check-in luggage. Alhamdulillah tak ada lebih muatan just nice.

Marilah kita terus ke departure gate. Batalkan niat untuk meronda sekitar airport sebab dah lambat. Di dalam sana kita tak tahu macam mana pula process yang perlu dilalui. Untuk perlepasan international semua kena naik aerotrain. Manusia memang ramai sangat berhimpit-himpit teruk nak keluarkan camera ambil gambar pun terbatas. Keluar dari aerotrain sampai ke departure terminal ada banyak kedai-kedai lagi. Kalau nak shopping last minute masih boleh. Kami nak beli Chocolate Royce yang terkenal di Jepun. Di Malaysia pun ada tapi harga mahal sikitlah. Alang-alang berada di Jepun, haruslah tapau sekotak dua. Line memang panjang nak beli chocolates pun panjang. Tapi disebabkan departure gate kami dekat saja dan boleh nampak dari kedai choclates, kami redha beratur. Chocolates tetap kena beli. Sila beli yang ada tulis 'Liquor Free' sahaja. Yang tak ada tulis 'Liquor Free' jangan gatal beli. Jadi rembatlah beberapa kotak pejam mata bayar. Apa-apa pun harga Royce di Jepun lebih murah dari di Malaysia. Pekerja akan balut chocolates kita baik-baik dan letak dry ice sekali supaya chocolates tahan elok cantik sehingga sampai ke rumah. Jangan risau..

Menghampiri departure gate.

China Airlines.

Air France.

Royal Dutch Airline KLM.

Korea T'Way Air.

Korea Jeju Air. Foreshadowing hihihi.. Goodbye Japan.

HASIL TUAIAN DI JEPUN

Disini aku kongsikan serba sedikit barang-barang yang aku beli di Jepun. Tak semua hanya yang general saja. Yang exclusive sikit aku sorok buat simpanan peribadi. Little disclaimer - bukan nak menunjuk bukan nak riak hanya nak berkongsi. Semoga dapat membantu kawan-kawan semua serba sedikit mencari ilham apa benda nak bawa balik as souvenirs untuk keluarga dan kawan-kawan. Jujurnya banyak juga duit yang habis untuk souvenirs because they are expensive. Kadang-kadang tak logic harga seketul fridge magnet lagi mahal dari sekotak chocolates. Tapi itulah dia Jepun.. Kena bersedia sebarang kemungkinan. Kalau sejenis yang tahan godaan tak apa sangat. Aku tak.. Kalau boleh semua benda aku nak bawa balik. Duit saja tak cukup.

Info mengenai Halal Food Card diSINI.


Antara snacks yang dibawa balik. Semua orang tahu (1) Biskut Kapal yang sedap (kotak biru) ada juga beberapa flavours lain tapi yang biru juga paling sedap. Harga berubah-ubah ikut tempat dan kedai jadi bergantung kepada nasib badan. Range in between 50YEN - 200YEN (RM1.82 - RM7.26 approx). Kami beli di salah sebuah kedai di Nara kebetulan tengah ada sale 75YEN (RM2.72 approx). Kotak makan ruang jadi kena pandai-pandai budget berapa kotak nak beli. (2) Kit Kat pelbagai flavours. Di Jepun ada macam-macam flavours Kit Kat sampai tak tahu nak pilih yang mana. Tapi tengok ingredients yaaa.. Takut ada alcohol. Yang ini aku dah check dengan pekerja kedai. Kalau dia tipu kata okay makanya aku kena tipulah. Huhuhu.. Range harga adalah 500YEN (RM18.16 approx) keatas. (3) Meiji Macadamia. Ini memang favourite aku dan harganya sedikit mahal. Sekotak kecil berharga lebih kurang 300YEN - 500YEN (RM10.90 - RM18.16 approx) tapi sedap jadi tutup mata saja beli. (4) Gula-gula Bunga Ros - sumpah sedap !! Sepeket hanya 170YEN (RM6.17 approx) dan ralit makan sedap sangat. Aku beli di random kedai snacks yang aku jumpa di Nara. Banyak kedai snacks di Nara seronok shopping disana. (5) Digestive Cookies biasa-biasa saja. Sama rasa dengan the ones we have in Malaysia nothing special. Tak beli pun tak apa tapi (6) Chococo Green Tea itu sangat sedap. Wajib beli kalau jumpa. Dalam dia ada packaging kecil-kecil sesuai nak kasi kawan-kawan. Cuma kotak makan ruang juga jadi tak boleh nak bawa balik banyak. Belakang kotak Meiji Macadamia ada (7) Gula-gula madu pun sama sedapnya dengan gula-gula ros. Dibeli di kedai yang sama. Ada tiga flavours laju anak-anak buah aku terkam. Not too sweet just nice. Packaging pun lawa cantik nak buat souvenirs.


Ini hasil-hasil tuaian di kedai-kedai 100YEN (RM3.63 approx) yang famous di Jepun seperti SERIA, Can Do, Daiso dan banyak lagi. Tapi Daiso ada GST dikenakan. Beg-beg dan pouches ini semua dijual merata tapi kalau beli dikedai biasa memang tak dapat harga 100YEN. Mungkin lebih mahal. Banyak aku beli sebab sepupu sepapat ramai jadi inilah souvenirs yang sesuai untuk semua. Ini lagi murah dari fridge magnet jadi belilah ini sebagai souvenirs. Boleh juga digunakan sampai hancur. Material dari kain cotton yang sangat nipis tapi jahitan kemas. Bolehlah nak sumbat lipstick jadikan make up pouch atauapun nak letak documents. Yang penting dah belikan souvenirs. Majoriti aku borong terus di SERIA senang habis cerita settle. Size kecil ada size besar ada semua 100YEN jadi pandai-pandailah decide nak beli yang mana.


Inilah yang favourite semua orang - fridge magnet. Ini suku saja sebab yang lain at the moment aku nak ambil gambar masih di dalam luggage malas nak korek keluarkan. Yang kecil kipas diatas gambar tu aku beli di Otaru dapatlah 159YEN (RM5.77 approx) sekeping. Itu adalah yang paling murah kami jumpa sebab yang lain-lain semua range 300YEN - 700YEN (RM10.90 - RM25.42 approx) sekeping. Memang harga tak masuk akal sangat untuk fridge magnet. Tapi kenalah beli juga itupun dah ditapis-tapis bilangannya. Haih.. Lebih baik beli souvenirs lain tapi kalau tak beli fridge magnet tak sedap hati pula. Ini hanya untuk insan-insan terpilih jadi kalau korang dapat seketul dari aku kira koranglah antara yang terpilih itu. Di Daiso pun souvenirs menarik juga tapi rasa macam boleh dapat kat Malaysia jadi tak berapa beli sangat. Borong toys dan few other things saja.


Ini sangat cute. Memang sebelum pergi lagi nekad nak cari tapi sayang Pikachu punya dah habis. Ini adalah face mask dan sangat comel. Peminat-peminat Pokemon kena cari ni dan beli. Aku ada tulis entry khas mengenai Face Mask Pokemon. Rujuk SINI. Aku beli di ESTA Sapporo dan aku percaya ada terjual serata Jepun. Kena cari di tempat yang sepatutnya. Sekeping face mask Pokemon berharga 495Yen (RM18.81 approx). Ternampak pula face mask Doraemon dan kawan-kawannya Nobita Sizuka Giant dan Suneo. Nak memenuhi hasrat dihati, rembatlah beberapa keping face mask Doraemon dan Doralin dengan harga 395Yen (RM15.01 approx). Banyak sangat pilihan dan kalau ada kawan-kawan rapat yang suka anime sesuailah belikan ini jadi souvenirs. Insyallah selamat untuk dipakai setelah dirujuk kepada beberapa orang. Selain daripada gambar-gambar diatas, aku beli few other things juga tapi malas nak ambil gambar. I bought tshirt Hokkaido berharga 1080YEN (RM39.22 approx) sekali dengan tote bag Hokkaido harga 800YEN (RM29.06 approx). Memang gitulah harga barang-barang disana. Souvenirs mahal kemain tapi barang-barang branded boleh tahan murahnya. High end brands murah pula dapatlah borong few other things yang kat Malaysia tak mampu beli. Beli Hello Kitty dan Pokemon merchandises untuk koleksi peribadi. Pretty much ini sajalah yang dibeli.

SAYONARA JAPAN

Apa ni ? Entry last ke ? Haaa.. Sudah-sudahlah tu dah habis dah tak ada cerita dah selamat sampai Malaysia alhamdulillah. Finally berjaya habiskan entries siri ke Hokkaido dan Kansai setelah beberapa bulan diperam. Itineray dan perbelanjaan akan aku kongsikan dalam post yang lain. Hampir nak lupa dah everything mana buku nota aku campak pun tak tahulah. Segala perbelanjaan dicatat setiap sen digunakan aku tulis. Thank you kepada Ain yang sudi teman jalan-jalan. Tak sangka dari perbualan biasa saja terus menjadi. Semoga ada lagi trip bersama dimasa akan datang. Nanti kita plan jalan-jalan sama lagi ya.. Sangat memahami dari awal perancangan sampailah dah balik. Kalau dulu tak berminat sangat dengan negara Jepun tapi rasanya sekarang dah ada rasa suka yang tebal. Masih merasakan Korea lagi seronok dari beberapa sudut tapi insyallah ada rezeki kita terjah region lain pula di Jepun. Untuk sebarang pertanyaan boleh terus email untuk layanan yang lebih cepat. Yang mana aku boleh tolong jawab aku jawab berdasarkan pengalaman. Sementara itu marilah kita terus menabung untuk keriangan perjalanan seterusnya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

22 comments:

  1. byk tu siti memborongnya... cair ke x coklat2 tu bla smpi malaysia?😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. keluarga beso anak2 buah ramai hehe kena beli banyak2 kalau tak tak cukup. merasa sikit2 kesian nanti.. alhamdulillah tak cair langsung. letak in between baju2..

      Delete
  2. Jajan jajan tu nampak menarik terutama sekali coklat macadamia tu.. Kikiki..

    ReplyDelete
    Replies
    1. macadamia tu memang win.. skrng ni di family mart dah ada =D

      Delete
  3. Kita first time tahu pasal Biskut Kapal tu. Rasa macam katak bawah tempurung sangat. By the way, all the pouches sangat cute :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun baru tahu masa search pasal Jepun jugak. time tu kira sama2 la katak but now dah keluar sikit hehe..

      Delete
  4. Wah enjy dpt mlancong, hasil tuaian pun comel esp pouches tu...

    ReplyDelete
  5. Pergh banyaknya memborong souvenir...

    ReplyDelete
  6. sedap-sedap semua tu..

    kat Malaysia ada tak..

    cuma pengalaman membeli tu sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman membeli tak sama dan harga sdikit murah disana tapi majoriti ade da dijual di Malaysia. boleh tengok di Family Mart =D

      Delete
  7. mmg terasa gila masa g Jepun...nasib baik Sally masuk Fukuoka daripada Korea...takde la terasa sangat tukar duit won ke Yen...kalau tak...hampeh...

    rasa mcam habis sikit je tapi sbnrnya banyak kan...hahaha...finally habis jugak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tho duit Won n Yen tak jauh beza tapi rasanya harga lebih berbaloi di Korea berbanding Jepun. souvenirs pun make sense la kalau di Korea kat Jepun mau menung setengah jam nak beli ke tak hehe.. btol2 bab duit keluar laju tu padahal banyak je dah habis..

      Delete
  8. seronoknya SYM, rasa nak pinjam pintu Doraemon je nak ikut SYM ke Jepun satu hari nanti :) hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalaulah pintu Doremon itu benar2 wujud kan best kan Kak Ana.. hihi.. hari hari CT ulang alik pergi tempat lain2..

      Delete
  9. Anonymous03 June, 2018

    saya suka kedai 100 yen yg ada kat osak tu, dahla lawa2 murah lak tu. memang borong banyak gila kat situ

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kedai tu kat area mana ? akak pi kat Dotonbori tapi sebab dah banyak borong kat Nara n Kyoto so tak beli sangat di Osaka hehe..

      Delete
  10. beshnyaaa pi japan ,, tengok coklat tu yang teringin sangat hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. ritu ingat nak buat GA tapi takut cair. terbatal niat..

      Delete
  11. Seronok dapat p Jepun, jalan-jalan di Negara orang, banyak pengalaman boleh dikongsi bersama. Bila lah nak dapat pergi sana pun tak tahu lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. pengalaman itu yang tak ada ganti. insyallah sampai masa rezeki tiba sampai juga tu ke Jepun. rezeki tak akan salah alamat =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.