Peminat Tegar Buah Cherries | SITI.YANG.MENAIP

Peminat Tegar Buah Cherries

/
26 Comments
June 26, 2018

Sekarang tengah musim panas di beberapa negara. Summer means cherries and yass !! Sebagai peminat buah cherries aku tak lepaskan peluang untuk beli dan makan. Usually in June-August buah cherries yang masuk ke Malaysia adalah dari Turkey atau USA. Nanti bulan December-February baru masuk dari Australia. Harga memang mahal aku tak mahu kongsi korang pergilah check out sendiri. Teringin nak makan punya pasal pejam mata saja bayar. Lagipun bukan beli daily hari-hari makan cherries.. Sesekali bila sampai musimnya. Rasa cherries asli fresh macam ni tak sama langsung dengan cherries dalam tin atau yang digunakan untuk decorate cakes. Tak sama langsung rasanya. Yang fresh lebih rangup manis dan sedap. Kalau boleh pilih yang keras merah terang berbanding yang dah masak ranum. Yang ranum sedap juga manis dan juicy tapi yang sedikit muda sangatlah nikmat bila dimakan. Cuba sekali mesti nak lagi. Mana nak beli ? Selalu aku beli di Jaya Grocer Cold Storage atau MBG Fruit tapi kadang-kadang di Tesco dan Mydin pun ada juga dijual. Seperti yang didalam gambar, aku jumpa di Jaya Grocer KLIA2 Gateaway products of Turkey. Cubalah rasa kalau ada kesempatan untuk beli sebab memang aku jamin korang pun akan fall in love dengan buah cherries macam aku. Baru korang mengerti perasaan aku yang suka gila buah cherries.

Inikah yang dinamakan cinta ? Yes inilah cinta.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

26 comments:

  1. waaa.. mesti sedap ni :)

    ReplyDelete
  2. mkn cherry dr australia bapa mertua bw blk ..mmg sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu festime rasa pun kazen bawak balik dari Australia. sedap kaaaan =D

      Delete
  3. Teringat masa akak borong Cherries masa kat Guangzhou dulu..memang seap dan manis..bezanya beli kat sana murah..sedap makan sensorang..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo beli memang makan sorang sebab mahai ahaha.. share dengan mak je. seronok lagila kan beli kat tempat asal lagilaaa murah. bestnyaa..

      Delete
  4. Akan dicuba juga satu hari nanti.. Teringin nak beli cuma tak berjaya jumpa lagi.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. skrang tengah musim kak.. high chances nak jumpa nanti akak p cari k ^^

      Delete
  5. my favourite! beli juga sikit buat lepaskan rindu makan buah ceri yang fresh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena beli sikit sebab mahaaai T.T tapi nak makan. gitula jadinya..

      Delete
  6. huwaa..nak try la jgk cherry fresh..:)

    ReplyDelete
  7. Sedap ke siti? Pernah nampak dekat Jaya Grocer tapi tak beli. Selain mahal takut tak sedap hehe. Esok2 bolehlah try kalau sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak sedap. tak rugi melabur beli sebab pasti nak lagi =D

      Delete
  8. Sedap buah cherries fresh camni..
    LZ suka beli buah-buahan kat MBG Fruit juga ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. suka p MBG sebab depa susun buah lawa-lawa. rasa nak beli semua =P

      Delete
  9. As for me, strawberries bertakhta di hati, cherries... a close second ;3

    Durian pula, ai kenot telan... sakit tekak. Matsalleh sangatkah ai, jangan pukul please... hahah :'D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama strawberry sedap juga. tapi tak berkenan raspberry ke blueberry tak sangat. tapi cherries alaaahai jiwa tergoda.

      ahaha CT cubit jaaa tak pukui ahaha.. rugi woo tak makan durian.

      Delete
  10. tq for sharing, siti.
    aida x pernah merasa gini fresh.
    tapi teringat dulu time kekecik, ada la pokok ceri depan rumah.
    kami-kami dok petik ceri and ngap la ramai-ramai.
    tetiba one day, mak jiran kata, tak boleh makan ceri tu :) ha ha ha ha
    sib baik kami-kami hidup sihat sampai sekarang meskipun bertahun dok ngap ceri tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang panggil tu ceri Malaysia kan manis2 isi dia macam ada biji2 gitu kan.. oo tak boleh makan ka ? banyak jugak da masuk perut dulu depan rumah ada jugak sepokok. alhamdulillah tak ada apa2 ye kan. baik la xmo makan da ceri tu =P

      Delete
  11. Nampak pun merah ranum aje tu...mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ranum manis2 gitu selalu yang keras2 sket lagi sedap =D

      Delete
  12. mahal kalau beli kt sams groceria..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.