Percutian Ke Penang Dengan Budget Rendah Tapi Masih Seronok | SITI.YANG.MENAIP

Percutian Ke Penang Dengan Budget Rendah Tapi Masih Seronok

/
44 Comments
June 27, 2018

PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET SIKIT TAPI MASIH SERONOK

ENJOY PERCUTIAN KE PENANG DENGAN BUDGET YANG RENDAH : TEMPAT-TEMPAT MENARIK DAN TEMPAT-TEMPAT MAKAN SEDAP SEKITAR PULAU PINANG. Nak bercuti ke Penang sebenarnya tak perlu pening kepala sangat fikir mana nak pergi dan mana nak makan. Dengan budget perbelanjaan yang rendah pun dah boleh enjoy Penang to the max. Almost setiap ceruk di negeri ini cantik dan boleh dijadikan spot bergambar. Antara artikel yang mendapat sambutan di blog ini adalah mengenai Pulau Pinang. Be my guest aku sedia jawab segala pertanyaan yang diajukan. Ramai juga yang drop comments yang email untuk bertanya macam-macam soalan. Aku tolong mana yang boleh. Dalam entry diSINI, aku dah kongsikan serba sedikit tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap yang ada di Pulau Pinang untuk korang yang nak berjimat sepanjang berada di Penang. Kali ini aku akan kongsikan beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang lain pula. Sesuai juga untuk perjalanan singkat selama dua hari satu malam atau tiga hari dua malam. Janji korang atur perancangan dengan teliti supaya dapat menikmati keriangan berganda di Penang.

Few months ago KAK  SAL came to Penang dan together with MamiZ kami sama-sama buat mini trip ke beberapa tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan sedap di Penang. Since masing-masing dah pernah terjah tempat-tempat wajib singgah di Penang, kami skipped banyak tempat dan pergi ke tempat-tempat yang kami tak pernah pergi. Aku ni duduk membesar di Penang pun tak pernah habis pusing tempat sendiri. Inilah peluang nak meronda seronok bila ada geng. We went to Taiping first earlier that day sebab ada kenduri. By noon baru gerak ke Penang dan destinasi pertama adalah ke (1) Nasi 7 Benua Koo Boo Cafe di Bayan Lepas ni dah lama viral tapi aku tak pernah ada kesempatan nak pergi. Masukkan lokasi dalam GPS terus sampai depan kedai. Beroperasi dari pukul 11:00AM - 06:00PM / 09:00PM setiap hari. Tempat letak kereta pun banyak jadi jangan risau. Tujuh jenis nasi yang dihidangkan : Nasi Putih Nasi Lemuni Nasi Hujan Panas Nasi Lemak Pandan Nasi Kacang Nasi Tomato dan Nasi Minyak dihidangkan dalam satu pinggan bersama pilihan lauk yang banyak. Bunyi macam banyak sangat tujuh jenis nasi tapi semuanya ciput-ciput. Ngam-ngam untuk seorang makan. Menarik sangat konsep yang diketengahkan tapi aku tak berkenan Nasi Lemuni jadi next time nak minta ganti dengan nasi lain. Those yang baru first time nak cuba Nasi Lemuni bolehlah minta. Rasa dulu mana tahu kena dengan tekak.

 Ini namanya Asam Katok. Sedap makan ni ralit jeee.. Jumpa di RNR Gunung Semanggol terus rembat sebekas kasi orang KL rasa.

Comel kan nasi ciput-ciput tu.. Pilihan lauk banyak sangat rasa nak makan semua. Ended up dengan ayam masak kicap dan sambal sotong. Yuuums..

Soalan yang selalu aku dapat adalah : Lokasi mana yang sesuai kalau nak menginap di Penang ? Ni memang soalan cepumas. Okay kawan-kawan.. Nak berjalan ni kena tanya selera diri sendiri. Kita kena tahu dulu apa aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan, berapa orang yang terlibat, tahap keselesaan dan pengangkutan dan macam-macam lagi. Tapi antara lokasi-lokasi yang aku nak cadangkan dan sesuai untuk menginap adalah di sekitar Georgetown, Tanjong Bungah, Tanjong Tokong, Batu Ferringhi dan Gurney Drive. Aku personally tak berkenan bermalam di tengah-tengah Georgetown sebab sesak dan susah dapat parking unless hotel-hotel yang mahal. Tapi Georgetown sesuai untuk those yang nak cari tempat-tempat penginapan murah dan dekat dengan banyak tempat-tempat menarik. Tanjong Bungah, Tanjong Tokong dan Gurney Drive pula terletak di tengah-tengah laluan yang menghubungkan Georgetown dan Batu Ferringhi. Bagi aku agak strategic sebab balance. Kalau korang jenis yang suka lepak tepi pantai semestinya kena cari hotel-hotel di sekitar Batu Ferringi. Nak cari tempat penginapan macam mana itu terpulang. Semua jenis ada.. Untuk trip kali ini, aku pilih untuk bermalam di The Gurney Resort Hotel and Residences di kawasan Gurney Drive. 

Rehat sekejap sebelum keluar untuk ke destinasi lain pula ke (2) Penang Avatar Secret Garden di Tanjung Tokong. Ini pun tempat dah viral tapi baru ada kesempatan nak singgah. Kawasan sekeliling adalah kawasan tempat tinggal saja tapi diubah suai sikit dijadikan sebagai salah satu tarikan terbaru di Penang. Jangan datang waktu siang memang tak nampak apa. Kena datang waktu malam. Aku malas drive jadi naik Grab Car saja. Traffic was hectic orang tengah cuti jadi rancanglah perjalanan korang baik-baik. Pengunjung sangat ramai dan panas. Mungkin haba keluar daripada lampu-lampu yang dipasang. Parking kena bayar RM5 kalau tak silap. Bawalah camera canggih yang boleh shoot night view dengan cantik. Menarik ? Bolehlah cantik juga dan memang macam dalam film Avatar. Wajib singgah ? Wajib kalau tak pernah pergi lagi.

 Permandangan luar tingkap hotel The Gurney Resort Hotel and Residences.








Niat dihati nak makan (3) Pasembor Menari Joget di Gurney Drive tapi pemandu Grab Car turunkan kami di depan Gurney Plaza. Dah lama tak makan teringin pula tapi jauh nak menapak dari Gurney Plaza ke dataran dekat dengan roundabout. Haaaih !! Kalau korang berkesempatan, cubalah. Pasembor Menari Joget adalah antara kedai pasembor yang sedap di Penang selain Pasembor Padang Kota dan Pasembor Padang Brown. Sambil makan sambil tengok uncle joget. Hibuuuran.. Untuk lunch esok harinya kami decide nak makan nasi kandar. Restoran nasi kandar pilihan kami adalah (4) Nasi Kandar Deen Maju di Georgetown. Tak payah drive sebab seksa nak cari parking. Grab Car adalah solution terbaik terus turun depan kedai. Kedai dibuka 2.30PM tapi datanglah awal sebab orang beratur memang panjang. Kami sampai at 3.00PM jenuh beratur. Nak makan punya pasal tabahlah berpanas. Bawa payung sekali yaaa.. Restoran Nasi Kandar Deen Maju menyediakan banyak tempat duduk jadi jangan risau. Harga pun murah berbanding di restoran-restoran lain. Di Penang memang banyak restoran nasi kandar. Bagi aku sebenarnya rasa lebih kurang sama saja tapi haruslah ada beberapa yang famous dan extra sedap seperti di Restoran Kapitan Restoran Kassim Mustapa Nasi Kandar Line Clear Nasi Kandar Kampung Melayu dan Nasi Kandar Pokok Ketapang. Kalau malam Nasi Kandar Beratur sangat famous. Ikutlah mana satu nak pergi.

 Beratur panjang tak kisah. Janji dapat makan..

 Telur sotong telur rebus dan ayam goreng. Puuurfect !!

Sebelah petangnya pula boleh cover area Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Kalau nak buat aktiviti-aktiviti lasak boleh ke Escape Theme Park atau enjoy bermandi-manda di Escape Water Theme Park tapi kena allocate seharian suntuk. Singgah dulu beli air (5) Border's Tea di Tanjong Tokong. Kedai kecil bertentang dengan TESCO. Border's Tea memang famous dan sedap ada beberapa lagi kedai Border's Tea sekitar kawasan utara. Yang berdekatan dengan rumah aku dah tak beroperasi jadi bila terlajak ke pulau memang aku akan beli. Puas hati minum gelas besar dan harga pun murah. Semakin banyak flavours pilihan sekarang dulu ada sikit saja. My favourite adalah Peach Yogurt. Dah dapat minuman marilah kita meronda tepi pantai. Niat di hati nak singgah ke (6) Miami Beach atau pantai yang dekat dengan (7) Spice Garden tapi sesaknya tak jadi nak berhenti. Terus lajak ke Teluk Bahang singgah beli (8) Pulut Panggang / Pulut Udang Teluk Bahang sebelum lepak tepi pantai. Kedai pulut udang terletak dekat dengan roundabout Teluk Bahang. Di Teluk Bahang juga ada (9) Toy Museum dan sangatlah menarik kalau singgah. Rasa kembali ke zaman kanak-kanak. We ended up melepak tepi pantai dalam kawasan kampung di Teluk Bahang. Usually aku bawa kawan-kawan meronda sini sebab cantik perkampungan nelayan. Tapi kalau bukan local susah sikit nak explain how to get there jadi korang pergilah pantai-pantai lain yang famous di sepanjang Batu Ferringhi.

 Peach Yogurt Border's Tea.

 Gerai kecil saja jual pulut udang sedap di Teluk Bahang.





 Khas untuk Kak Sal. Hihihi..

Nak enjoy sunset di Penang boleh pergi ke (10) Empangan Teluk Bahang selain di pantai Batu Ferringhi. Selalu lalu tapi tak pernah terlintas nak berhenti singgah. Selalu jadi port orang jogging dan cantik juga view di Empangan Teluk Bahang. Yang penting tak ada entrance fee. Dari atas boleh nampak Escape dan Escape Waterpark. Nak mandi air terjun ? Boleh ke (11) Taman Rimba Teluk Bahang. Banyak aktiviti-aktiviti menarik di Teluk Bahang dan Batu Ferringhi. Jangan lepaskan peluang untuk enjoy sepuas hati di Penang. Dah seharian meronda mesti lapar. Selain nasi kandar, Penang pun terkenal dengan restoran-restoran yang menyediakan hidangan laut yang sedap. Di Batu Ferringhi pun ada banyak tapi aku nak recommend (12) Idrus Ikan Bakar Batu Uban. Kedai ni personally kedai favourite kami sekeluarga. Tempat-tempat lain pun sedap juga seperti Nurul Ikan Bakar dan Hammer Bay. MamiZ tak mahu ikut jadi aku dan Kak Sal saja pergi makan. Bagi aku harga makanan di Idrus Ikan Bakar adalah berbaloi dan tak mahal sangat. 




We ended our trip dengan menaiki (13) Feri Penang dari Georgetown ke Butterworth. Sempat singgah di (14) Ali Nasi Lemak Daun Pisang di Sri Weld Food Court Georgetown nak merasa nasi lemak bungkus yang viral. Tapi yang tak berapa best adalah - gerai berada dalam kawasan food court gerai-gerai makanan cina. MamiZ memang dah merungut habis tapi aku sendiri baru first time nak cuba jadi tak tahu keadaan macam mana. Parking lots ada tapi hectic sangat. Limited tempat duduk jadi the best option adalah beli bungkus dan makan di tempat lain. Kalau ada tempat kosong pun tak berapa sanggup nak duduk dengan keadaan sekeliling. Menarik sebab nasi lemak dibungkus panas dan ada few pilihan lauk. Walaupun beratur panjang tapi service laju dan sedap jugalah. Selain daripada nasi lemak, ada juga cucur udang dan kuih.

Banyak juga tempat-tempat menarik dan tempat-tempat makan best yang berjaya kami cover dalam tempoh yang singkat. Jalan santai saja enjoy dengan perbelanjaan yang limited. Jangan risau sangat. Dengan budget yang rendah pun dah boleh berseronok sakan di Penang. Mungkin kena allocate extra money untuk makanan sebab banyak sangat untuk dicuba. Kalau tak cuba nanti teringin dan kempunan pula jadi alang-alang dah sampai kita makan. Tak ada dah alasan lagi untuk korang tak jadi datang ke Penang. Selamat bercuti.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

44 comments:

  1. penang memang banyk tempat makan best2.. ehh kurus pulak sal dalam gmabr tu.. tercabar kitew hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula yang dok Penang ni pun tak sempat nak cover semua tempat2 makan best tu. geram and teringin tapi xdak geng. hihi dia memang gituu marila tercabar bersama =P

      Delete
  2. good sharing siti..:)

    ReplyDelete
  3. wow meriahnya
    bagus nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu jalan2 dengan kawan memang sronok =)

      Delete
  4. nasi kecik2 tu cute mute...hah nasi kandar femes tu banjir btul..meriah menu jjcm penang die..lama tk pi penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya tak minat sangat banjir gitu tapi lajuu benar dia kaut kuah sis redha sajalah tak sempat nak stop =D

      Delete
  5. Penang mmg best, tak puas jalan..huhu..

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Best betul perkongsian siti ni.. terutama sekali nasi warna warni tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hee nasi macam2 jenis tu.. comel2 depa cedok susun ataih pinggan =)

      Delete
  7. Uishh bertampah happening Penang sekarang noo... lama dah cheq tak jenguk sana, bolehlah ai jenguk tempat2 ni juga bila ke Penang lagi nanti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam2 daaa sekarang ni kat Penang. tak dan nak singgah pi semua. nanti mai habaq laaa kat cheq. kalau free boleh banjee makan =D

      Delete
  8. omg! siti, sgt menjemputlah entri ni.
    terus inform mr.asben yg tgh baring tu hah :)
    "jom ayah kita gi penang, makan-makan" :)
    terkejut dia ha ha ha ha tgh mlm bini ajak gi penang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi skarang ni adee lagi banyak choices makanan. dengan food truck cafe2 hipster lagilaaa menarik. sedia duit jeee kalau nak mai Penang kan semua nak cuba.

      Delete
    2. bulan september nanti, in shaa Allah nak ke penang, siti.
      ada satu cuti panjang.
      still thinking samada penang or terengganu.

      Delete
    3. Penang !!!!! Terengganu pi lain kali hahaha..

      Delete
  9. Alahaiii.. bestnya Penang.
    Lama dah tak pegi. teringin sangat nak pegi lagi. tapi hubby akak dah tak berapa sihat nak travel2 ni.

    Food2 awak kat sini semuanya mengguda jiwa lara laaaaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau akak sampai Penang dont forget to let me know k.. kalau free boleh insyallah bawak pergi makan2. kena banyak rest jangan melasak boleh cepat sembuh =)

      Delete
  10. Memang purrrfect posting ni... tapi tak tau bila nak terjah Penang ni... kalau bawa CT jadi tour guide kena caj tak... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mailaaa PLM bawak acik hehe.. xde charge haih meh mai datang cheq banja ikan bakoo hehe..

      Delete
  11. lamanyaa tak gi penang. Last tahun 2007 tak silap. dah hampir 11 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi lama sangat dah tu kak.. bolehla plan mai Penang lagi =)

      Delete
  12. semua lokasi makanan tu tak pernah singgah lagi padahal bukannya jauh sangat kita ni. Bila tengok orang review dan dan rasa nak pergi mencuba ..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sungguh pun kak.. yang duduk Penang ni pun tak nyempat nak pegi cuba. kita sendiri dol google mana best kat negeri sendiri hihi..

      Delete
  13. sedapnya nasi 7 benua tu! Geram sangat tengok dah la comel belaka :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan comel je secipot secipot dia susun =D

      Delete
  14. banyak yang menarik dipenang ni tapi akak tak pernah lagi jalan2 yang sebetul2nya di penang nih, pernah la sampai sana tapi sekadar sampai tak jalan2 pun, satu hari nanti kena pergi nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun tak penah habis pusing tak sempatlah nak meronda. itula banyak juga tempat2 makan viral ke yang tak tahu. mailaa jalan Penang. jangan lupa hello2..

      Delete
  15. Replies
    1. itula lama kita tak jumpa. kena plan jiooom meeting =D

      Delete
  16. Kalau gi Penang, rugi kalau tak makan puas2. Lagi best kalau ada orang Penang yang bawa jalan2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi tapi kena cari orang Penang yang pro tau selok belok. kat cem CT ni macam pelancong jugakla kat Penang ni haaa hahaha..

      Delete
  17. bestnya entry ni,lama dah plan nak ke penang,belum sampai2 lagi,tak pernah lagi pergi penang tau awak,haha jadi jakun baca entry ni jap,insyaALLAH AKAN PERGI JUGA NANTI,NAK SAVE ENTRY NI..untuk rujukan.huhu,insyaALLAH lepas bersalin nanti nak pergi..nanti boleh roger awak kan kalau nak info apa-apa.heheh..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh boleh.. yang mana boleh dibantu akan dibantu. lepas pantang bolehla mai jalan2 dengan baby sekali =D

      Delete
  18. menarik.. cantik2 tempat ni :)

    ReplyDelete
  19. banyak lg tempat makan tak terjah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. yang dok Penang pun susah nak habis pusing kan ?

      Delete
  20. Tarot juga sering ke penang untuk hilangkan stress, makanan dia sedap dan banyak tempat untuk mencari ketenangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. makanan Penang sedap2 kan.. hihih..

      Delete
  21. wak baru try jamah nasi 7 benua hebat tuuuh., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheheh waahh Wak pi jalan2 Penang eyh..
      sedap kan hehe.. rindu pulak ayam masak kicap tu..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.