July 2018 | SITI.YANG.MENAIP

PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PANTAI CANTIK DI JEJU GIMNYEONG SEONSEGI 김녕 성세기 해변 DAN WOLJEONGRI 월정리해수욕장 SERTA MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG 성산일출봉. Pejam celik dah hari keempat di Jeju. Hari ini kami akan ke Gimnyeong Beach dan Woljeongri Beach yang cantik, memanjat Seongsan Ilchulbong, ke Seopjikoji Lighthouse dan Songeup Folk Village. Pagi hari cuaca mendung kelam sendu tapi alhamdulillah sehingga ke malam tak hujan. Destinasi pertama adalah ke Gimnyeong Beach. Selalunya boleh nampak Haenyeo Divers (penyelam wanita) yang selalu menyelam kutip abalone dan lain-lain. Mungkin sebab cuaca mendung tak ada pun nampak haenyeo. Seriously air laut di Gimnyeong Beach saaangatlah jernih. So crystal clear rasa tergedik-gedik nak terjun masuk laut mandi. Tapi tak dibuat orang mandi laut during winter. Kalau korang kesana during summer atau spring pergilah picnic dan berenang-renang. Hihihi..

CARA UNTUK KE GIMNYEONG BEACH

Kalau naik kereta senang sangatlah guna GPS dah boleh sampai. Parking spaces pun banyak. Kalau dari Jeju International Airport boleh naik bus 100 dan turun di Jeju Intercity Bus Terminal. Boleh terus ambil bus ke Gimnyeong Beach. Pilihan lain adalah menaiki bus bernombor 38 dari Jeju International Airport dan turun di Hamdeok-Ri 함덕리 kemudian naik pula Eup-Myeon Bus menghala ke East Coast dan turun di Gimnyeong Beach. Ini adalah suggestion yang aku dapat dari internet. Apa-apa pun sila buat rujukan sendiri untuk mendapatkan kepastian.


Dari tepi pantai dah nampak kejernihan air laut.








Sekejap saja kami singgah di Gimnyeong Beach. Kalau cuaca okay musim sesuai bolehlah nak berendam. Datang waktu musim sejuk memang tak ada harapan nak berkuak lentang. Celup jari pun rasa sejuk yang amat.. Untuk rujukan lanjut mengenai Gimnyeong Beach boleh rujuk SINI. Dari Gimnyeong Beach kami singgah pula ke Woljeongri Beach. Rasanya tak jauh sangat pun perjalanan dari Gimnyeong Beach. Woljeongri Beach lebih famous berbanding Gimnyeong Beach sebab ada banyak cafe comel dan selalunya menjadi tempat pilihan orang ramai untuk singgah. Pantai-pantai di Jeju kalau tak silap ada waktu-waktu tertentu saja yang dibenarkan mandi. Jadi kena always alert dengan waktu yang telah ditetapkan.

CARA UNTUK KE WOLJEONGRI BEACH

Dari Jeju Intercity Bus Terminal, boleh naik bus bernombor 701 dan turun di Gujwajungang Elementary School dan menapak sikit untuk ke Woljeongri Beach. Aku rasa berbaloi jugalah ke Woljeongri Beach untuk lepak santai minum kopi sambil layan perasaan duduk tepi pantai. Rujuk SINI untuk info.



Wajib bergambar dengan kerusi-kerusi comel ini.

Sempat juga beli coffee peneman sepanjang perjalanan. Beli untuk MamiZ dan yang lain-lain. Saja nak rasa coffee Korea katanya hihi.. Aku tak minat jadi tak teruja sangat. Kami teruskan perjalanan ke Seongsan Ilchulbong yang terletak di Seogwipo. Seongsan Ilchulbong adalah lokasi wajib sekiranya ke Jeju.

MENDAKI SEONGSAN ILCHULBONG

Seongsan Ilchulbong adalah gunung berapi tak aktif yang terbentuk hampir 100 000 tahun yang lalu dan tersenarai dalam senarai UNESCO World Heritage. Aktiviti utama di Seongsan Ilchulbong adalah mendaki ke puncak dan kawah gunung berapi. Kawah Seongsan Ilchulbong adalah sedalam 90M dalam dan mempunyai diameter sepanjang 600M. Satu bahagian mengadap laut dan sebahagian lagi bercantum dengan Seongsan Village. Aku dengar kena mendaki memang lemah lutut tak berkenan sungguh tapi kugagahi jua !! Memang sejenis yang tak fit langsung nak buat aktiviti fizikal walaupun tak adalah extreme sangat. Dah sampai kena jugalah buat. Kak Sal dan Kak Husna excited sungguh nak naik baiklah aku pun menanam keazaman yang tinggi untuk mendaki. Kalau next time ada rezeki kembali ke Jeju aku nak kena fikir sepuluh kali nak mendaki lagi atau tak. Seronok tapi penat !! MamiZ dan MNgah tak mendaki obviously. Duduk melepak dibawah saja.

Di Seongsan Ilchulbong juga ada persembahan Haenyeo Women Divers tapi ada waktu tertentu. Rasanya dua kali sehari. Kami ambil masa agak lama untuk mendaki tak sempat nak tengok persembahan. Just mengintai dari atas saja nampak jugalah Ahjumma Ahjumma menyelam.





Perjalanan mendaki pun bermula..


Panjat jangan tak panjat !!

Bawah sana tuuu Ahjumma Ahjumma menyelam.

Satu laluan mendaki dan satu lagi untuk turun.


Nak 'shishi' dalam perjalanan mendaki jangan risau..

Semakin tinggi mendaki. Senyum terpaksa dalam kepenatan.

Seongsan Village dari atas.



180M lagi nak sampai ke puncak. Rasa macam 180KM. Hahaha..


Pelantar dibina dipuncak gunung.

Kawan Seongsan Ilchulbong yang dah ditutupi dengan tumbuhan.

Sampai okay !! Berjaya sampai ke puncak.


Ikut signage untuk laluan turun.




Selesai mendaki dan pulang ke pangkal jalan.

Waktu persembahan Haenyeo di Seongsan Ilchulbong.


Ahjumma Ahjumma Haenyeo sedang bersiap sedia.



Kami tak turun pun kebawah sana sebab nak kena lalu laluan bertangga juga. Kaki dah menggigil-gigil memanjat Seongsan Ilchulbong. Okay kawan-kawan.. Aku tak ada isu pun panjat memanjat ni tapi kita lebih tahu keupayaan dan kemampuan diri sendiri. Eventhough aku tak minat tapi I am glad I made it to the top. View sangatlah cantik dan sememangnya sangat berbaloi mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly mendaki akhirnya sampai juga. Average masa diambil adalah sekitar 20-30 minit kalau pace orang fit bertenaga. We took more than that. Hahaha.. Di sekitar Seongsan Ilchulbong ada beberape kedai souvenirs dan barangan yang dijual lebih menarik berbanding di Jeju Dongmun Market. Sempat masuk ke dalam satu kedai tapi kami tak sempat nak membelek tour guide dah panggil sebab nak pergi makan. Terkilan juga tapi salah sendiri sebab kami dah ambil masa yang lama mendaki. Jadi untuk korang semua, bolehlah spend masa untuk cari souvenirs di kawasan Seongsan Ilchulbong. 

CARA UNTUK KE SEONGSAN ILCHULBONG

Dari Jeju Intercity Bus Terminal boleh terus naik direct bus Dongilju Bus ke Seongsan dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Perjalanan dari Jeju City menaiki bus mengambil masa lebih kurang dua jam. Kalau dari Seogwipo International Bus Terminal pun boleh naik bus yang sama, Dongilju Bus dan turun di Seongsalliipgu Bus Stop. Dari bus stop dah boleh nampak Seongsan Ilchulbong jadi menapak sikit untuk ke entrance. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.
 
Orange juice dalam botol dimana-mana. They are good. Kena cuba !!

Sempat masuk ambil gambar saja.







We had lunch di kedai berdekatan Seongsan Ilchulbong and the food was scrumptious. Portion besar dan mengenyangkan. Antara makanan tersedap yang kami cuba di Jeju. MamiZ dan MNgah pun makan dengan berselera jadi sedap sungguhlah. Lepas makan kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Masih ada beberapa tempat-tempat menarik yang akan dituju. Sejak turun dari Seongsan Ilchulbong aku memang dah zero energy. Lembik lutut semua ada rasa. Nak jalan pun mood dah hilang syukur naik kereta bolehlah relax sikit. Apa-apa pun marilah kita teruskan perjalanan sebelum balik semula ke Jeju City.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.