Trip Jeju Island South Korea 2018 : 2.0 Saebyeol Oreum, Jeolmul Forest & Jeju Mysterious Road | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 2.0 Saebyeol Oreum, Jeolmul Forest & Jeju Mysterious Road

/
46 Comments
July 26, 2018
SAEBYEOL OREUM 새별오름, JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양 DAN JEJU MYSTERIOUS ROAD

Entri sebelumnya diSINI.
16 January 2018 (Selasa)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : SAEBYEOL OREUM 새별오름, JEOLMUL FOREST 제주절물자연휴양 DAN JEJU MYSTERIOUS ROAD. Woot woot dah hari kedua di Jeju. Itinerary di Jeju untuk hari kedua adalah ke Saebyeol Oreum, Jeolmul Forest, Mysterious Road dan Dongmun Market. Lena tidur kepenatan tak menyembang sangat pun dengan Kak Sal. Buka TV biarkan lagu-lagu KPOP melalak sendiri. Masa memang tak menunggu kita cepat saja berlalu. Breakfast disediakan oleh pihak Hotel Champion. Ada roti dan telur goreng. Mushroom soup pun ada jadi just nice untuk kita mulakan hari. Kalau rasa tak kenyang bawalah bekalan makanan sendiri. Seronok bila breakfast sebab dapat jumpa groups lain yang ambil package dengan Jeju Muslim Travel (JMT). Meriah.

Around 08:30AM kami dah siap sedia nak mulakan perjalanan mengikut itinerary yang telah ditetapkan oleh pihak JMT. Sayangnya cuaca sedikit sendu sekejap hujan lebat sekejap renyai. Tapi kena jugalah teruskan perjalanan nak buat macam mana. Elok sediakan payung dan baju hujan untuk berdepan cuaca yang gloomy. Jujurnya kalau korang ada masa yang singkat untuk jelajah keseluruhan Jeju boleh skip saja tempat-tempat ini silalah pergi ke tempat-tempat lain yang lebih gempak. These places adalah tempat-tempat wajib singgah di Jeju, tapi mengikut pemerhatian dan pengalaman, aku rasa boleh skip. Nak singgah juga tak jadi masalah haaaih !! Cadangan saja. Dalam senarai tempat-tempat menarik yang kami tuju, Jeolmul Forest adalah yang paling best. Tapi kalau tak singgah pun tak apa. Dongmun Market kena pergilah pasar-pasar memang wajib singgah.

SAEBYEOL OREUM 새별오름

Destinasi pertama adalah ke Saebyeol Oreum 새별오름. Kalau korang drive sendiri di Jeju, it is very important untuk tahu nama location dalam ejaan Hangul dan coordinate yang tepat. Kadang-kadang nak cari route di Jeju boleh jadi tak jumpa. Eloklah prepare dari awal. Cuaca masih sendu dan hujan semakin lebat. Kami redah juga. Dah sampai mana boleh tak singgah. Terbentuk hasil daripada volcano eruption, perkataan 'Saebyeol' bermaksud 'lonely star'. Seketul bukit yang terbentuk dianggap sunyi tak ada teman. 'Oreum' pula bermaksud macam huurm.. Bila kita tengok kuah gulai tengah menggelegak ada buih-buih kan ? Masa letupan gunung berapi ada juga lebih kurang process yang sama. Bahagian yang 'menggelegak' itulah yang membentuk 'oreum'. Ada 360 jumlah 'oreum' disekitar Jeju dan Saebyeol Oreum adalah antara yang bersaiz sederhana. Lupa dah mana aku baca ni.. Kalau salah maaflah.

Season terbaik untuk terjah Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. The whole area dipenuhi dengan lalang berwarna silver. Aku tengok gambar memang cantik. Antara spot terbaik untuk bergambar. Kalau terjah musim sejuk tak ada lalang silver.. tapi ada lalang kering warna emas. Kalau cuaca elok kami dah menapak memanjat. Apakan daya.. I think lawa juga cuma tak dapat nak posing sebab hujan makin lebat. 



Imagine kawasan ni penuh lalang cantik berwarna silver.

Ikut laluan yang disediakan memanjat ke atas bukit. Sedih sebab hari hujan.


Lari lari !! Hujan makin lebat.

Untuk ke Saebyeol Oreum menaiki bus, boleh gerak dari Jeju Bus Terminal ke Pyeonghwaro Road. dan turun di Elysian CC. Tapi macam sendu sikit selalunya orang pergi naik kereta. Kalau korang sewa tour taxi cantiklah boleh suruh Ahjusshi Teksi singgah. Syukur kami tak teruskan niat mendaki Saebyeol Oreum sampai atas sebab suku perjalanan saja hujan makin lebat. Walaupun ada baju hujan tapi memang tak selesa. Hari masih hujan waktu kami semua dalam perjalanan ke destinasi seterusnya. Memang pasrah..

Next destination adalah Jeolmul Forest 제주절물자연휴양림. Terletak diarah bertentangan dengan kedudukan Saebyeol Oreum, ke utara Hallasan. MamiZ dengan MNgah tak turun sebab hari hujan dan kaki MNgah dah terseliuh teruk jatuh ketika meronda di wetland. Tak apalah.. Duduk rehat dalam kereta saja. Biarkan kami yang melawat kawasan mencemar duli.

JEJU JEOLMUL RECREATION FOREST 제주절물자연휴양림

Dalam senarai tempat-tempat yang kami terjah sepanjang hari kedua di Jeju, aku nak recommend Jeolmul Forest untuk korang terjah sekiranya ada banyak masa. Bagi aku berbaloi tenang dan cantik. Banyak parking spaces dan entrance fee sebanyak 1000WON (RM3.60 approx) dikenakan. Kami tak perlu bayar apa-apa dah inclusive dalam package bersama JMT. Di Jeolmul Forest ada Jeolmul Oreum, puncak tertinggi disekitar kawasan Jeolmul Forest. Kami tak panjat mana-mana pun just meronda kawasan sekitar saja. Luas oookay kawasan Jeolmul Forest ni memang tidaklah nak pusing satu kawasan. Kalau nak menginap disini pun boleh ada banyak cabin disediakan. Harga pun not bad dan sempat selisih dengan a group of young people yang nak pergi huha huha agaknya. Banyak betul Soju diangkut sama. Yang pasti.. Ahjumma Ahjusshi ramai siap sedia nak mendaki lagi. Kagum dan malu menyelubungi..

Sampai betul-betul gate Jeolmul Forest ada tiga laluan utama. Kami cuba tiga-tiga laluan sampai halfway kami patah balik. Rasanya bertembung kesemua laluan tapi jauh sangat tak larat. Hari masih hujan kami pura-pura redah macam tak hujan.

Peta besar macam ni ada di semua tempat-tempat menarik sekitar Jeju.

Harga forest cabin di Jeolmul Forest.

Peta kawasan sekitar Jeolmul Forest. Luas sangat tak mampu nak pusing.



Teringat bamboo forest Arashiyama di Kyoto.



Puas cari mineral spring tapi tak jumpa pun !!

Vibe yang berbeza dari laluan sebelumnya.

Snow hujan dan kabus. Rasa macam masuk fairy land.






Boleh guna alat ni nak sembur angin buang kotoran di kasut.


Rasa teringin nak menginap di cabin yang ada. Kalau pergi dengan kawan-kawan mesti meriah. Cantik sangat Jeolmul Forest jadi tak rugi singgah. Kena allocate masa lama sikit nak enjoy menikmati keindahan alam. Ramai orang Korea sendiri datang ke Jeolmul Forest. Yang tua yang muda kanak-kanak semua ada. Seronok tengok how these people enjoy and appreciate nature. They way diorang kagum dan express rasa impressive tu jelas sangat bila dengar diorang sembang. Kalau korang biasa dengan rancangan-rancangan TV dari Korea mesti pernah dengar istilah 'healing trip' yang selalu disebut-sebut. Kalau sebut 'healing trip' mesti trip masuk hutan.. hiking.. cari air terjun dan semua yang berkaitan nature. Tempat macam Jeolmul Forest ni sangat sesuai untuk mereka yang merancang 'healing trip'.

Untuk ke Jeolmul Forest menaiki bus, boleh naik bus bernombor 300 atau 38 ke Dongmun Rotary dan tukar ke bus bernombor 1 terus ke Jeolmul Recreational Forest. All the best.

JEJU MYSTERIOUS ROAD (DOKKAEBI ROAD)

Next destination adalah terus ke jalan penuh misteri di Jeju - Dokkaebi Road. We will defy the laws of gravity tanpa perlu berbuat apa-apa. Usually kita letak botol air untuk tengok kuasa tarikan gravity tapi hari hujan tak dapat nak buat apa-apa. Tapi janganlah sedih, dengan menaiki kereta pun kita boleh buat experiment ini. Sampai saja di kawasan Mysterious Road, neutral gear kereta dan tanpa tekan minyak pun kereta akan bergerak. The best part, kita sebenarnya menurun tapi ditarik ke atas. Kami test jugalah Anne tunjuk macam mana. Kalau tak silap di Malaysia ada juga few places yang macam ni. Masa ke Keningau dulu macam pernah lalu kawasan yang hampir sama. Mysterious Road ni jujurnya kalau tak singgah pun tak apa tapi kalau nak singgah pun apa salahnya. Boleh sekali lalu saja tinggal jejak tanda dah sampai.

Ambil gambar dengan signage dalam hujan.

Bus pelancong tengah buat experiment.

Kereta lalu lalang semua matikan enjin nak cuba juga experiment.

Hurm ini.. Tak patut tayang tapi nak tayang. Kita tutup mana yang patut k..

Kenapa ada statue B*** laki bini disini bersama anak-anak ? Besar okay dan happy family sangat nampak gayanya. Jeju sangat terkenal dengan hidangan Black Pig yang hanya ada di Jeju saja jadi it is normal kalau kat mana-mana ceruk nampak patung B*** sama ada kecil atau besar. Black Pig dibela secara besar-besaran disekitar Jeju. Restaurants di Jeju pula majoriti sediakan hidangan Black Pig. Jadi kalau nak cari makanan di Jeju kena buka mata luas-luas. Make sure restaurant yang diterjah hanya menjual seafood dan tak ada hidangan daging. Dah setengah hari meronda meredah hujan, haruslah lapar.

Untuk lunch kami dibawa ke kedai yang sama we had dinner hari sebelumnya. We were okay about it tak adalah picky sangat. Pilihan menu masih sama tapi this time aku order menu lain pula. Again guys, I am not sure about the location. Aku ambil gambar bangunan dari sudut lain pula mana tahu ada yang pandai baca Hangul boleh translate tulisan. Bila travel dengan tour jadi tak berapa alert pula dengan kawasan sekeliling especially jalan raya.




Seafood Kimchi Jigae.


Kak Husna makan Omurice. Nasi Goreng Pataya hihi..

Overall.. the food was okay. Aku lagi prefer Bibimbab yang aku makan sebelumnya. Seafood Kimchi Jigae aku dipenuhi clams dan beberapa jenis siput yang aku tak pernah makan jadi sedikit terganggu disitu. Makan sotong dan udang saja. Aku rasa Omurice sikit dan sedap. Rasa kena dengan tekak. Yang pasti semua orang makan sampai licin. Aku suka sungguh tengok. Dah kenyang dah dapat energy balik kita terus ke next destination yang wajib diterjah sekiranya dah sampai ke Jeju. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. harus makan habis sepingan utk energy nak berjalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. lapar sangat dah kami tu licin semua makanan. hehe..

      Delete
  2. Cantik cantik permandangan negara luar ni.. Dah tentu sejuk gila kat sana hmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk tapi boleh tahan dengan pakaian yang proper =)

      Delete
  3. Jeolmul tu memang cantik..Salju di danau rindu sangat. Hahaha. Mysterious road tu ok untuk orang yang minat benda-benda misteri ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kitalah yang melalak lagu tu tengah2 hutan. lawak tengok video. hurm kalo CT pass la Mysterious Road tu xpeee.. hihi..

      Delete
  4. Wah cantiknya suasana kat sana...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. menarikla kalau nak repeat tapi mungkin sepuluh tahun lagi hehe =P

      Delete
  6. Cantik2 pemandangan dekat sana.
    Moga satu hari diriku berjaya pula ke sana.. Aamiin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin amin.. ada rezeki pastikan sampai juaa =)

      Delete
  7. hujan2 pun cantik juga pemandangannya,malah bersih je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu negara ni memang bersih. haaaaih.. bagusnya depa ni =D

      Delete
  8. Suka sangat dengan Jeju. Walau tak pernah sampai sana lagi tapi sebab tgk cerita Korea tu yang alahaiii bestnya. Ni pulak rakn blogger share story lagilah haihh.. suka tgk tempat2 kat Jeju cantik romantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tengok kdrama jugakla dok tingin nak pi.. memang cantik dan yes romantik. kalau pegi dengan partner sesuai nak lovey dovey =)

      Delete
  9. seronoknya... syok tengok gambar

    ReplyDelete
  10. bestnya gi sana.pernah tgk dlm cerita running man pasal mysterious road tu...nak pergi sana jugak nanti. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. best kak.. bawak family semua skali mesti seronok =)

      Delete
  11. uwahhh, besarnyaaaaaa replika Mr B and family. hahahaha.
    tak hairanlah kalau mereka makan macam tu secara terbuka. cuma kita je lah kan yang susah nak cari makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha besar kan ? kami nak pegang takut harooom haha padahal xde apa pun. cuma x elokla tenung lama2 ke apa ke. tu yang tutup muka dia.. sedikit susah nak cari di Jeju tapi ada je kena berusaha sket. Jeju x mesra muslim sangat lagi..

      Delete
  12. Akak suka yang forest tuh..luasnya lahai..tapi memang cantik betul tengok gambar yang Siti share ni. Makanan tuh pun kalau kita tengah sejuk dapat makanan yang panas memang puas hati anak tekak dan usus perut. HAHAH~

    ReplyDelete
    Replies
    1. forest tu memang cantik. bayangkan tengah autumn ke kan ooowh imagine the foliage !!!! mesti lagi lawa gila. duduk jee picnic kat situ makan2 lepak2 bbq ke haih..

      Delete
  13. Mysterious Road tu kira kita berundur ke belakang neutrally la kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul.. lebih esok kalo kita songsang ikut arah bertentang lagi terasa. and selalu tengok orang guna botol air..

      Delete
  14. cantik sungguh lalang2 tu ya..dah sesejuk tetiba dapat makan makanan panas memang heavent..seronok tgk sym jejalan sokmo

    ReplyDelete
    Replies
    1. lalang tu kalau musim lain lagi best kak.. winter ni kering kontang je.. makan sup panas2 legaaa haih. pedas semua letak tepi..

      Delete
  15. Forest tu cantik sangat! Teringinnya nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi Farah jangan tak pegi.. kalau ada geng boleh tidur kat cabin tu 1 malam mesti menarik..

      Delete
  16. Cantiknya tempat ni...
    Bagus utk lokasi bergambar...

    ReplyDelete
  17. cantik okey view dia..ala, kena menabung ni nak ke jeju..

    ReplyDelete
  18. kalu nk teroka hutan tu mkn ms 1 hari ckp x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cukup rasanya.. ahjumma ahjusshi dari awal pagi dok siap2. kalau tak silap trail dia xdela setinggi mendaki Hallasan. hehe..

      Delete
  19. agaknya restoran ni je kot yg ok utk Muslim..Jeolmul Forest cantik, lalang tu pun cantik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada rasanya kedai lain.. tapi ini yang da deal dengan tour agent hehe.. skrng ni Jeju dalam perubahan la sikit2 ke arah Muslim friendly jadi adala kot nanti few options lain. okay je janji kenyang =D

      Delete
  20. slh 1 gmbr kt hutan tu dah mcm kt pulau nami laa pulak ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaah pokok susun2 tu kan. memang ada vibe2 Nami sikit =D

      Delete
  21. cantiknya pemandangan kat sana...

    ReplyDelete
  22. Replies
    1. snow sikit je saki baki baru turun da cair..

      Delete
  23. Kat kedai tu akak pekena asam pedas mackerel....fuh berasap-asap mangkuk. Sedap sebab asam pedas ada kimchi korean style. yummy.

    ReplyDelete
  24. menarik nih..jeju ada dalam list saya tapi belum berkesempatan pergi huhu

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.