Trip Jeju Island South Korea 2018 : 3.1 Pengalaman Petik Orange Di Seogwipo, Yongmeori Coast, Osulloc Green Tea Farm Cafe & Innisfree House | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 3.1 Pengalaman Petik Orange Di Seogwipo, Yongmeori Coast, Osulloc Green Tea Farm Cafe & Innisfree House

/
73 Comments
July 30, 2018
PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO, YONGMEORI COAST 용머리해안, OSULLOC GREEN TEA FARM CAFE DAN INNISFREE HOUSE

Entri sebelumnya diSINI.
17 January 2018 (Rabu)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PENGALAMAN PETIK ORANGE DI SEOGWIPO, YONGMEORI COAST 용머리해안, OSULLOC GREEN TEA FARM CAFE DAN INNISFREE HOUSE. Selepas kepenatan meronda sekitar Cheonjeyeon Falls, kami teruskan perjalanan ke ladang Hallabong Orange yang banyak terletak di Seogwipo. Kalau korang adalah antara pembaca yang rajin sudi singgah blog aku, mesti dah boleh agak perangai aku yang suka terjah ke ladang buah-buahan. Aku tak akan lepaskan peluang kalau dapat pergi fruit farm dan petik buah. Sedikit sedih kerana kami tak dibenarkan petik walau sebiji pun buah oren (atas faktor quality control) tapi alhamdulillah sangat-sangat, kami diberikan kesempatan dapat tengok ladang buah oren dan sangat puas hati. Selama ni asyik tengok pokok limau purut limau kasturi saja. Kalau korang datang musim luruh (autumn) mungkin boleh petik sebab itu adalah waktu terbaik untuk harvest oranges. Bila winter buah semakin kurang sebelum batch baru tumbuh jadi kenalah control sikit hasil pengeluaran.

PENGALAMAN KE LADANG HALLABONG ORANGE DI SEOGWIPO

Jeju dan oranges memang berpisah tiada. Aku ada kongsikan diSINI macam mana keadaan di Jeju Dongmun Market yang kiri kanan vendors menjual oranges. Di Seogwipo, it is normal untuk tengok pokok-pokok oranges ditanam even ditepi jalan. Hampir semua rumah di Jeju mesti ada pokok orange - dah dianggap simbol. Buah oren tumbuh subur tepi jalan tak ada orang kacau dan curi. Ada sejarah tersendiri macam mana oranges boleh jadi sangat terkenal di Jeju. Boleh rujuk SINI. Aku tak minat sangat sejarah jadi malas nak explain. Bolehlah baca sendiri. Kalau korang pun berminat untuk merasai pengalaman di ladang Hallabong orange, boleh singgah mana-mana ladang yang ada dan tanyalah owner sama ada dia izinkan untuk masuk ke ladang atau tak. Memang banyak sangat kawasan yang tanam oren tak kira besar atau kecil. Jangan main terjah saja takut nanti kena halau. Lepas dah singgah ladang tu belilah sikit buah oren dari Ahjusshi dan Ahjumma owner ladang. Barulah diorang pun happy bagi kita masuk ladang.






Rasa gatal tangan nak petik. Hahaha..







Chocolates yang dalam kotak biru hijau dan pink itu saaangat sedap !!



Sedap !!

Buah oren yang dijual di sekitar Seogwipo jauh lebih murah berbanding di Jeju City especially Jeju Dongmun Market. Tapi yang kami beli di Jeju Dongmun Market lebih manis. Untuk orang yang suka makan oranges tak kisah pun masam atau manis tetap sedap. Kali pertama ke Jeju Dongmun Market aku dah jot down harga chocolates yang dijual disana tapi di kedai Ahjumma Oren harganya lebih murah jadi kami terus borong chocolates juga since harganya jauh lebih murah. Dah selesai semua kita pergi lunch sebelum ke destinasi seterusnya. Grilled mackerel adalah hidangan yang wajib dicuba sekiranya dah sampai ke Korea. Tapi di restoran-restoran Korea di Malaysia pun boleh dapat juga. Kalau rindu boleh pergi makan. Disini juga kami perform solat - owner izinkan guna satu sudut kedai untuk solat. Selesai segala urusan wajib kami teruskan perjalanan ke Yongmeori Coast 용머리해안. Aku personally vote Yongmeori Coast as the best place ever yang aku pergi di Jeju. Semua pun best tapi inilah yang paling best dan cantik. Wajib singgah dan kalau nak spend masa berjam-jam disini pun tak apa. Take your own sweet time jalan dan enjoy the view. Setiap sudut sangat cantik walaupun hanya batu.

PERMANDANGAN CANTIK DI YONGMEORI COAST 용머리해안 YANG WAJIB SINGGAH DI JEJU

Kawasan Yongmeori Coast bercantum dengan Sanbangsan Mountain sampailah ke kawasan laut. Dalam perjalanan ke Yongmeori Coast mesti akan lalu Sanbangsan Mountain. Kawasan rehat dibina untuk orang ramai berhenti singgah. Orang Korea memang hargai nature jadi penuh sentiasa dengan orang ramai. Boleh juga kalau nak mendaki Sanbangsan Mountain tapi kami lebih tertarik dengan kawasan coastal area Yongmeori Coast. Banyak parking spaces disediakan jadi sesuai untuk yang memandu. Entrance fee sebanyak 2000WON (RM7.27 approx) dikenakan untuk seorang dewasa. Silalah pakai pakaian yang sesuai sebab keadaan permukaan coastal area yang berbatu sekejap tinggi sekejap rendah agak bahaya. Sneakers and boots are the best options. Kami dah tengok beberapa orang jatuh tergolek tergelincir pakai heels. Bagi yang menaiki bus, boleh naik mana-mana bus dari Jeju Intercity Bus Terminal yang menuju Sanbangsan dan turun di Sanbanggulsa dan menapak sikit menuju kawasan pantai.

Jangan risau.. Memang sunyi macam ni di kawasan entrance.


Ramai Ahjusshi datang sini untuk memancing ikan.

Yup.. Kita akan berjalan di tepi laut sampai ke hujung sana.





Kalau kawasan tak ditutup boleh panjat. Keselamatan ditanggung sendiri.

 
Ahjumma jual fresh seafood dimana-mana. Lepas tangkap terus jual.


Hallasan dari Yongmeori Coast.

Hati-hati. Ada kawasan yang belumut jadi sangat licin.

We met new friends as well. (Credit : Kak Ain).


Dihujung trail kena mendaki sikitlah. Tabahlah kaki !! Lenguh di Cheonjeyeon Falls tak hilang lagi dah kena memanjat lagi.

Jenuh mencungap mendaki. (Credit : Kak Ain).

Bunga canola yang cantik di musim sejuk.


(Credit : Kak Ain).

Sayang sangat MamiZ dan MNgah tak dapat sama-sama join kami sekitar Yongmeori Coast. Memang permukaan tak rata jadi bahaya kalau tak sihat nak menapak. MamiZ teman MNgah yang kaki masih bengkak. Mampu tunjuk gambar saja kongsi pengalaman apa yang kami tengok dan lalui. Kalau korang ke Jeju tolonglah singgah ke Yongmeori Coast. Aku pilih ini sebagai tempat paling best di Jeju yang aku terjah. Kami bergegas gerak untuk ke Osulloc Cafe dan Innisfree House yang juga terletak dalam kawasan Seogwipo. Aku tak kisah sangat tempat ni tapi dah alang-alang sampai pergi sajalah.

Di Osulloc Cafe ada beberapa hidangan signatures yang famous tapi orang tersangatlah ramai. Nak cari tempat duduk pun seksa sangat. Jadi kami just tapau Hot Green Tea dan Green Tea Ice Cream. Sepatutnya nak rasa Green Tea Roll yang famous tapi apakan daya.. Semput tengok visitors yang ramai. Harga makanan pun agak mencekik juga jadi tak apalah. Singgah sekejap ke Innisfree House as product kecantikan Innisfree berasal dari Jeju. Beli few things (harga sama saja tak ada discount pun) cuma menarik tempatnya cantik. We ended our third day in Jeju dengan dinner yang disediakan oleh pihak JMT di Hotel Champion. Too tired to even nak bersembang masing-masing kepenatan. Lepas mandi solat memang terus hanyut. Chalja ~

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

73 comments:

  1. Baru nak kirim produk innisfree tadi. Lipstick dgn bedak dah habis...:D

    Jeju island ada lah tempat yg saya teringin nk pergi, tapi belum ada kesempatan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sama je harga yang di Althea dengan kat sana. masa da beli masker baru bukak website cis jauh lebih murah kat website hehe..

      insyallah. ada rezeki pasti sampai =)

      Delete
  2. ladang oren tu yang dalam drama my girl ke? Cantiknya lah tempat diorang memancing tu kak, jeles sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam drama My Girl tu besar lagi ladangnya. tu orang2 kaya punya kot tak tahu location tapi yang kecik2 ni pun dah seronok =D

      Delete
  3. Seronok tgk ladang oranges dan batu batan tu.berkobar2 rasa nak pergi, insyaallah one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes !! boleh plan da nak ke Jeju. even rumput pun cantik kat sini =D

      Delete
  4. Orange ritu tak sempat nak singgah plus dah ujung2 musim .beli je kat kedai dia tu. tapi a bit pricey lah kan.

    Rock formation tu cantik sangat kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak pricey.. kami beli beberapa biji je bawa balik untuk nenek hihi sebab macam ridiculous pula nak beli banyak2. tercekik rasa.. sedap tu sedap tapi tak sanggup nak bayar mahal sangat.

      Delete
  5. bukak la oren tu .. nak tgok isi dia..mesti isi dia lagi manis dari oren malaysia ..

    jom singgah blog kartun muncung manis yg baru.. Blog muncung manis yang lama, terdelete.. abis loss contact dgn readers lama..

    http://aliefmuncung.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. huurm sebab winter bukan musim terbaik nak harvest ornge.. Hallabong sedikit masam tapi sangat juicy dan sedap. dah balik dah tak boleh nak kupas hehe =D

      Delete
  6. hai siti yang menaip.tq follow cik maple.bestnya gi jeju ye.btw really love your blog.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya Yeongmori Coast! Teringin sangat nak pergi. Masa ke Jeju hari tu tak bernasib baik sebab tutup T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini memang wajib Farah.. nanti kalo Farah pegi lagi tolong pegi Yongmeori Coast. akak memang paling rindu kat sini hahaha..

      Delete
  8. Wah, cantiknya rasa terawang-awang nak pergi... Buah oren tu pun nampak menggoda. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang cantik. oren tu masam sikit tapi sedap je juice banyak puas makan walaupun kebil2 mata hahaa..

      Delete
  9. Bestnya pengalaman macamni, tak pernah buat di Malaysia. Sampai bila2 tak boleh lupa kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tu yang nak buat kat Malaysia ? hehe.. betul pengalaman sekali merasa.

      Delete
  10. Bestnya dpat tengok pokok limau sanquick tu, mummy ni limau purut tgk kat pasar malam je..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia bukan limau sunquick Mummy.. ni jenis limau seulas seulas tu. alaa samala kita Mummy dok tengok limau purut limau nipis kat pasar hehe..

      Delete
  11. Cantiknya view... Lawoo giloss!

    ReplyDelete
  12. ahkak pun suka kalau dapat pergi kebun buah-buahan siap dengan pakage nak panjat pokok lagi. Erkkk rupanya pokok limau tu rendang je kan. Teringat adegan my girl curi limau kebun orang lepas tu jual kat tepi jalan dengan hero yang sebenornya tuan ladang. sejak tu berangan nak pi jeju nak manjat pokok limau....hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang My Girl tu kalo dapat pergi mesti lagi ohsem sebab luas and besar and dekat dengan laut semuala lagi lawa. tapi tu ladang orang orang kaya kot. hehehe ni ladang kecil je tapi boleh tahan jugak buahnya =D

      Delete
  13. Subhanallah sungguh cantik batu tepi laut tu. Scene bunga canola tu mesti cantik siot...perghhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe canola tu ada sikit2 je dapatla merasa tengok canola dekat2. tunggu spring baru banyaaak boleh siap golek2 tu semua =D

      Delete
  14. Bestnya dapat baca pengalaman ni...rasa macam ada sekali pulak. Cantik gambar-gambarnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT bawa kawan2 sekali dalam cerita ni.. yang mana sudi boleh sama2 join hihi mudah2an semua ada rezeki kesana satu hari nanti =)

      Delete
  15. Seronok kan kalau kita pergi satu ladang ni ada ladang epal sebelahnya ada ladang limau sebelahnya ada ladang pic sebelahnya ada ladang anggur....fuyooooo pengsan nak panjat semua. hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tolonglaaa ada ladang cemtu senang kami nak terjah kan kan ? tapi usually sejenis buah je ada. next nak aim cherry peach pear and isk semualah !!

      Delete
  16. Bestnya dpt masuk Yeongmeri Coast. Kak ana hari tu terpaksa berhuhu sebab ombak kuat. Ni yg buat nak ke sana lagi ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa itula kan factor cuaca memainkan peranan penting kat Jeju. kena pegi lagi kak !!!! Yongmeori dok tunggu tu =D

      Delete
  17. Subhanallah cantiknya pemandangan. Biru je airnya. Bertuah Siti dapat jalan2 negara orang. Dapat pengalaman, dapat ilmu,dapat kenalan seronoknya...


    Buah oren tu....geram je tengok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. sesekali bawak mak sementara tak ada komitmen lain sangat. memang geram sangat tengok airnya. tapi kawasan Yongmeori ni dalam kot tak sesuai mandi sangat..

      Delete
  18. Bestnyaa..moga ada rezeki nak ke sana..😊

    ReplyDelete
  19. Baca entry blog SYM pun dah ferfiling Korea ngeh! ngeh! ngeh!
    Oh! kat sana memang yang turun ke laut ahjumma sebab biasa tengok dalam kdrama pun ahjumma juga yang ke laut lelaki jarang-jarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jeju ni ada sejarah kenapa perempuan yang ramai turun ke laut. dari dulu memang perempuan yang lebih kuat bekerja. budaya di Jeju =)

      Delete
  20. Bestnyaa dapat pergi ladang oren tu. Kalau Nani pun rasanya geram jugaklah nak petik, tengok pulak buah besar gitu. Hahahah! Cantik betul pemandangan dekat Yongmeori Coast tu, memang tempat paling best lah nak bergambar kann.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nasib makcik tu tak kasi petik.. dia kasi bergambar je.. nak jugak buat2 terpetik tak sengaja saja gatai nak cuba. tapi tak berani laaa hahahaha.. takuit =P

      Delete
  21. ada beli lebih tak produk innisfree..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde pulak hihi cukup2 je lagipun sama je harga thru Althea ke Hermo ke kadang2 lagi murah..

      Delete
  22. Seronoknya tengok ladang limau tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. geram kan.. memang menarik kalau ladang besar macam citer My Girl tu lagilaaa siyook..

      Delete
  23. rs nk petik2 je limau tu. saja buat org geram n gatal tangan knnn😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah betul2.. kami semua ada rasa begitu. sambil bergambar sambil rasa gatai tangan nak petik buah =P

      Delete
  24. Yongmeori Coast mmg lawa...ada byk jual fresh seaweed, rasa nk beli bawa balik m'sia..hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh seaweed tak pernah rasa.. sedap ye ? selalu makan yang dalam paket tu je..

      Delete
  25. tengok buah oren diaaaaaaaaa.. bulat dan oren nye..

    ReplyDelete
  26. mmm cantiknyaaa. bunga canola cantik sangat, teringat kt satu citer korea tu. huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau time spring lagi banyak canola tu penuh kiri kanan. rasa nak baring golek2 atas canola. ni sipi2 je sikit..

      Delete
  27. Cantik giler view kebun limau dengan laut tu... semakin teruja nak pi !

    ReplyDelete
  28. Ya Allah cantiknya tempat! Oren tu rasa nak ngap je, gebu sangat :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh geram kan tengok oranges tu.. gatai tangan rasa nak petik =D

      Delete
  29. wow bestnya...bukan semua orang ada pengalaman petik buah oren. awak beruntung sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah rezeki. tak petik pun sebenarnya kami just posing. bukan musim sepatutnya boleh petik =D

      Delete
  30. singgah cuci mata kat sini pula..cntiknya pemandangannn

    ReplyDelete
  31. terbaek. cantik tempat ni.. sedap buah limau tu. fresh. hehe

    ReplyDelete
  32. Alaaaa bestnya Yeongmori Coast! Too bad when I went there tengah high tides, Yeongmori Coast tutup T.T

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaaa.. kena pegi lagi. CT vote Yeongmori Coast yang paling best hehehe..

      Delete
  33. Yongmeori Coast ?? Ok Noted, hope one day sampai ke sana gakk.....
    View nya cantikkkkkkkkkkkk sangat.........subhanallah !

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. wajib singgah ke Yeongmori Coast sebab sangat lawa =)

      Delete
  34. ya Allah geram tengok limau,, besau - besau pulak tu,, ni bukan limau sunkist kan.. kalo dapat petik lagi nikmat hii.. dan lagi satu view tempat yang siti singgah kat pantai tu cantikkk sangat...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada jenis yang biasa n yang jenis sunkist. tapi sebab bukan musim spatutnya buah2 nya masam sikit tapi sedap jugakla makan. itula kalo dapat petik lagilaaa best..

      Delete
  35. wahhh, saya paling happy kalau dapat tanam pokok oren di rumah ....
    mesti best dapat makan oren petik sendiri depan laman ... I suka! hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Malaysia ada pokok oren yang kulit warna hijau tu kan. tu pun best jugak tu limau tu. and kita ada limau bali hehehe..

      Delete
  36. Aduhhh buah oren fresh la berair air mulut tengok hahaha.. Syok kalau ada ladang pokok oren ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo dapat tanam kat Malaysia ni best ni.. tapi macam tak edop je kat tempat kita. memang sedap masam2 manis. hehe..

      Delete
  37. Patutlah tak jumpa bunga canola sebab tak habis menyusuri yongmeuri coast tu sebab separuh jalan balik kepangkal jalan. Tak berani nak teruskan sebab jalan yang tak rata dan takut nanti akak yang last sebab jalan macam semut. Orang lain dah ke depan kita masih lagi jalan tak sampai-sampai. huhuhuhu

    ReplyDelete
  38. honey butter mandarin chips tu sedap tapi beli 2 paket je lepas tu menyesal. Dah borong coklat jekiss banyak kat kedai lain tu beli 1 kotak coklat perisa banyak kat situ. Kalau tahu borong yang itu huhuhuhu masa tu fikir nanti berat nak bawa. Kan dah nyesal...huhuhuhu repeat le nampaknya. eh

    ReplyDelete
  39. Kitorang tak sampai pun kat batu2 ni T......yang ader replika bahtera tu ye? mula2 kiter parking dekat sanbangsan, tak mendaki, depa nak g toilet pastu nak cari kopi, sempat solat kat bangunan apa ntah. pastu nak turun jalan kaki, nampak macam jauh, tu yang drive sampai bawah jumpa yongmoeri coast. yang ader banyak kapal2, boat....tapi tak jumpa replika kapal tu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.