Trip Jeju Island South Korea 2018 : 6.0 Airport Limousine Bus 600, Jeongbang Waterfall & Jeju World Cup Stadium | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 6.0 Airport Limousine Bus 600, Jeongbang Waterfall & Jeju World Cup Stadium

/
20 Comments
August 04, 2018
LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, JEONGBANG WATERFALL 정방폭포 DAN JEJU WORLD CUP STADIUM 제주월드컵경기장

Entri sebelumnya diSINI.
20 January 2018 (Sabtu)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, JEONGBANG WATERFALL DAN JEJU WORLD CUP STADIUM. Hari keenam di Jeju kami bergerak sendiri tanpa tour guide. Free and easy dan itinerary dirancang dan disusun pada malam sebelumnya sebelum tidur. Jangan ikut perangai macam ni.. Aku aware ada banyak tempat-tempat menarik di Jeju yang boleh dilawati tapi kena susun elok-elok. Plus ada elderly ikut jadi kena make sure perjalanan smooth. Kami sepakat untuk cover tempat-tempat menarik yang boleh kami terjah di sepanjang laluan Bus Airport Limousine Nombor 600. Untuk memudahkan perjalanan menggunakan public transport di Korea, T-Money card diperlukan. Fungsi T-Money sama saja dengan Touch&Go kita. Top up dan scan itu saja. Boleh juga kalau tak mahu guna T-Money tapi kena bayarlah setiap kali naik bus renyah pula rasanya. A day before aku dah pergi kedai beli T-Money dan top up siap-siap untuk lima orang. Jalan sendiri kenalah ada transportation card. Berdekatan dengan Hyundai Tourist Hotel ada lebih kurang lima atau enam bus stops yang berdekatan jadi kena make sure betul-betul Airport Limousine 600 berhenti di bus stop yang mana.

LALUAN BUS AIRPORT LIMOUSINE 600 JEJU KE JUNGMUN DAN SEOGWIPO


Ini adalah laluan Airport Limousine Bus 600. Nama pun Airport Limousine jadi first pit stop haruslah dari Jeju International Airport. Tambang bus sedikit mahal berbanding service bus lain di Jeju. Kami naik dari The Sun Hotel since itulah bus stop yang paling dekat dengan Hyundai Tourist Hotel Jeju. Bus ini menuju ke arah Jungmun dan Seogwipo. Memang laluan hot yang digunakan oleh pelancong-pelancong. Kawasan Jungmun ada banyak hotel-hotel mewah (warna hijau) jadi it is normal kalau nampak orang usung luggage besar naik Limousine 600. Bus ini akan berhenti di beberapa spots utama di Jungmun untuk turunkan penumpang. Dapatlah cuci mata tengok bangunan-bangunan mewah hotel-hotel mahal. Menarik sangat laluan Airport Limousine 600 tapi sayang aku kesana tanpa sempat study habis-habis jadi tak dapat nak fully utilized laluan Airport Limousine 600. Insyallah kalau rajin aku buat satu entry khas untuk kongsikan tempat-tempat menarik yang boleh diterjah hanya dengan menaiki Airport Limousine 600.

Bus stop Yoendong betul-betul depan casino (The Sun Hotel).

Yeay.. Dah naik bus.

Bus cantik. Limousine 600.

Memasuki kawasan Jungmun yang penuh hotel-hotel mewah.




Destinasi pertama adalah ke Jeongbang Waterfall. Tempat ni tak termasuk dalam senarai lawatan bersama Jeju Muslim Travel. Aku dah nekad macam mana sekali pun aku nak pergi juga. Memang jatuh cinta pandang pertama sejak tengok gambar yang aku jumpa. Jauh sedikit tapi tak apa perjalanan tak membosankan pun.

CARA UNTUK KE JEONGBANG WATERFALL MENAIKI LIMOUSINE 600

Sangat mudah. Menaiki Airport Limousine 600 terus saja ke Paradise Hotel dah terus nampak signage ke Jeongbang Waterfall. Lebih kurang satu jam setengah perjalanan. Boleh tidur dulu rehatkan badan sepanjang perjalanan. Kami turun di satu stop lebih awal - Seobok Exhibition Hall pun sama saja lebih kurang jaraknya kena menapak. Kalau turun di Seobok Exhibition Hall akan lalu pintu gerbang dan tempat pameran. Seobok Exhibition Hall pun termasuk dalam list tourist attraction di Jeju. Dibina sempena mengingati siapa tah aku tak ingat.. Bab sejarah memang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi bangunan memang klasik macam hall yang kita selalu tengok dalam drama lama Korea. Teruskan menapak kedepan sampai nampak booth jual tiket. Pelancong-pelancong lain pun ramai jadi meriah. Tak akan sesat jangan risau. Parking area sangatlah luas jadi tak perlu risau tak ada tempat nak parking. Untuk orang yang berusia dan handicap.. Tempat ni tak sesuai untuk dilawati. Tak ada access untuk wheelchair sebab jalan menurun guna tangga.

Pintu gerbang Seobok Exhibition Hall.


Jalan terus ke depan sampai nampak tempat jual tiket ini.

Beli tiket.

Orang Korea memang minum air kelapa tua ke ? Sana sini kelapa tua yang dijual.

Deretan kedai-kedai menjual snacks dan souvenirs.


Ituuu dia Jeongbang Waterfall yang cantik !! Kena menapak turun ke bawah.

Dah sampai bawah nak pergi dekat kena panjat batu-batu pula.

MamiZ dan MNgah bergambar dari jauh saja.


Air mengalir terus ke laut.


Jernih !!

Berjaya sampai setelah gigih memanjat batu.



Bayaran tiket sebanyak 2000WON (RM7.35 approx) dikenakan untuk seorang dewasa. Jeongbang Waterfall adalah antara tiga air terjun yang ada di Jeju dan satu-satunya air terjun di Asia yang mengalir terus ke laut. Tinggi !! Tak dibenarkan mandi tapi nak celup kaki boleh kot. Yang dah mengalir tu bolehlah kalau nak main. Worth it atau tak bersusah payah nak sampai ke Jeongbang Waterfall ? Gila tak worth it !! Lawa sangat dan alhamdulillah cuaca sangat baik hati tak dengki dengan kami. Kalau hari sebelumnya hujan memang tak nampak view macam ni. Jumpa ramai juga kawan-kawan dari Malaysia dan semua mesra murah senyuman. Bertukar-tukar cerita sambil tunggu turn nak ambil gambar. Lama jugalah kami melepak di kawasan Jeongbang Waterfall sebab aku rasa setiap sudut lawa. Cabaran yang paling susah adalah nak memanjat tangga naik ke atas semula. Lemah lutut panjat Seongsan Ilchulbong tak habis lagi dah kena memanjat tangga pula. Rujuk SINI untuk extra info mengenai Jeongbang Waterfall. Kami patah balik ke bus stop yang sama dan tunggu Airport Limousine 600. Tak lama pun tunggu bus dah sampai. Frequency bus sangat cepat. Next destination adalah ke Jeju World Cup Stadium. Ada fan football ikut sama jadi haruslah kita layan Kak Sal cuci mata tengok stadium bola sepak.

JEJU WORLD CUP 2002 STADIUM

Korea Selatan pernah menjadi host perlawanan bola World Cup pada tahun 2002 dan salah satu stadium yang digunakan untuk perlawanan bola sepak adalah di Jeju. Dibina khas dengan structure kawah gunung berapi dan bumbung pula berbentuk jaring tradisional yang digunakan oleh nelayan-nelayan di Jeju menjadikan Jeju World Cup Stadium antara stadium bola sepak yang unik. Dari jauh baru boleh nampak bayangan macam mana bentuk stadium ni.. Bila dekat nampak biasa saja. Untuk ke Jeju World Cup Stadium, dengan menaiki Airport Limousine 600 boleh turun di bus stop World Cup Stadium. Lintas jalan terus sampai entrance stadium.


Tak ada orang pun. Hihihi..

Peta macam ni ada di semua tourist spots famous di Jeju.

Pasukan-pasukan negara yang terlibat dalam World Cup 2002.




Permandangan dalam stadium. Jenuh hulur tangan nak ambil gambar.

Sebabnya tak boleh masuk pun terkurung diluar.

Bawah stadium ada underground cinema. Dengar jugala bunyi riuh rendah.






Aku tak ingatlah aku pernah pergi stadium bola sepak ke atau tak pernah langsung. Yang pastinya walaupun tak minat bola sangat aku pun rasa teruja bila singgah ke Jeju World Cup Stadium. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut mengenai Jeju World Cup Stadium. Bayangkan kalau ada match mesti lagi meriah. Next time kita pergi stadium football yang lain pula yeee Kak Sal. Kita cari Hazard dan Courtois jom. Hihihi.. Mengikut hasil pembacaan katanya boleh kalau nak masuk kedalam stadium tapi seorang pekerja pun tak nampak. Selesai private tour sekitar stadium yang kami buat sendiri, kami terus gerak patah balik ke kawasan Jungmun. Disebabkan Jungmun adalah area tumpuan pelancong-pelancong yang banyak duit ataupun lebih sesuai untuk yang bawa ramai family members, ada banyak tarikan menarik yang boleh diterjah. Yang sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan kawan-kawan. Menarik jugalah dan kalau ada budget boleh masuk ke semua tarikan yang ada. Haaa.. Jomlah kita terus ke Jungmun pula.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

20 comments:

  1. naik airport bus mmg selesa..cantik waterfall, jarang ada waterfall yg terus ke laut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak tu yang tergedik2 nak pegi sebab tak pernah tengok. tapi yang cantik tu seven sisters kat Norway !! aaargh lawa !!

      Delete
  2. Cantiknya Jeongbang Waterfall tu! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat Farah. kalaulah boleh pi mandi lama da terjun situ hahha..

      Delete
  3. Kita tak pernah g lagi Jeongbang ni...kat area mana eh? x boleh nak recall..hmm..kena pi lagi sekali ni..hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas sikit je dari kawasan Jusangjeolli tu. sehala kot rasanya tapi jauh sikit hehehe...

      Delete
  4. Cantiknya pemandangan..bestnya dengan waterfall lagi..

    ReplyDelete
  5. wah... waterfall cantik!

    ReplyDelete
  6. Yang waterfall tu memang cantik..worth it menapak/memanjat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes. syukur lawa baru berbaloi memanjat menapak semua tu haha..

      Delete
  7. perghhh lawa betoi waterfall kt korea ni hahaha.. cantik pokok2 ala bonsai.
    awat muka sal mcm tu? hahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi gambar Kak Sal banyak candid nye gambar. pokok besar tu cantik kan.. a ah bila Nina cakap bonsai baru terpkir jugak macam bonsai =D

      Delete
  8. air terjun tu, view nya hmpr sm mcm Kawasan Waterfall, filipina.... cantikkkk...

    sal frust mnonggeng ke tak bla x dpt msk stadium tu? hahahahhahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha stadium tu macam tak bukak je. okay je Kak Sal. rasanya kalo pi europe kalo tak masuk tu baru dia frust hehe.. ni Jeju United jeee =P

      Delete
  9. cantik. boleh ke kita bwak balik orange? beli sekotak? masuk kargo lps x

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita boleh bawak balik dari sana ke Malaysia. tapi kat kastam kita tu tak pasti. ada beberapa jenis buah yang x boleh dibawa masuk.. ikut nasib jugak yang tu. so far CT lepas alhamdulillah tapi x letak skotak orange tu kami pack masuk luggage..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.