Trip Jeju Island South Korea 2018 : 6.1 Jungmun Area Jeju, Yellow Cafe, Play K-Pop & Teddy Bear Museum | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 6.1 Jungmun Area Jeju, Yellow Cafe, Play K-Pop & Teddy Bear Museum

/
54 Comments
August 05, 2018
LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JUNGMUN JEJU, YELLOW CAFE, PLAY K-POP 플레이케이팝, TEDDY BEAR MUSEUM 제주 테디베어뮤지엄 DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM 믿거나 말거나 박물관

Entri sebelumnya diSINI.
20 January 2018 (Sabtu)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : LIMOUSINE BUS NOMBOR 600, TEMPAT-TEMPAT MENARIK DI JUNGMUN JEJU, YELLOW CAFE, PLAY K-POP 플레이케이팝 TEDDY BEAR MUSEUM 제주 테디베어뮤지엄 DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM 믿거나 말거나 박물관. Destinasi pertama kami di kawasan Jungmun adalah ke Yellow Cafe. Yellow Cafe adalah cafe milik syarikat Binggrae - pengeluar susu pisang terkenal di Korea. Iyaaa.. Susu pisang atau banana uyu yang korang suka sangat tu. Ini adalah outlet kedua selepas Yellow Cafe yang dibuka di Hyundai City Outlet Dongdaemun di Seoul. Jangan sedih kalau tak dapat pergi yang di Seoul boleh pergi di Jeju. Masa ke Jusangjeolli Cliff lagi aku dah nampak cafe ni jadi terus masuk list nak terjah bila dah jalan sendiri. Ada banyak menu dari aiskrim dan banana coffee untuk dipilih tapi banana uyu botol kecil tu tak ada dijual. Untuk ke Yellow Cafe ni kita boleh pergi menaiki bus Airport Limousine 600 - rujuk SINI dan turun di bus stop bertentang dengan Play K-POP. Tak ada bus stop khas jadi tak pasti nak suruh turun dimana. Aku refer Google Maps saja dah dekat nak sampai terus tekan loceng. Saja singgah nak lepak santai makan aiskrim.


YELLOW CAFE BINGGRAE JEJU

Nama pun Yellow Cafe (Banana Cafe) jadi semua menu pun berasaskan pisang dan susu. Kalau tak suka pisang memang tak berapa lalu nak telan. Aku suka pisang tapi kalau dah process jadi macam-macam krik krik jugalah. Kami order beberapa jenis menu dan kongsi ramai-ramai. Harga wise okaylah tak mahal sangat. Standard harga Starbucks dan Coffee Bean. Rujuk SINI. Tempatnya comel hipster sesuai sangat nak dijadikan lokasi posing untuk Instagram. Kalau korang tak pernah langsung singgah Yellow Cafe jadilah singgah sekali saja buat pengalaman. Bagi aku biasa-biasa saja hidangan yang ada sebab semua rasa pisang. Sedap lagi banana uyu dalam botol kecil tu..

Ada replica besar banana uyu. Atas bangunan ada KFC.

Kami order tiga benda total 13500WON (RM49.60).

Deco yang comel.

Bilik-bilik kecil bentuk botol banana uyu sangat famous selalu jadi spot pilihan. Nak bergambar tapi semua cube penuh dengan pengunjung melepak.

Kami ordered Banana Milkshake, Banana Latte dan Banana Uyu Ice Cream.

Yang ni paling sedap. Hiks..

PLAY K-POP, CHOCOLATE LAND, MOVIE LAND, TEDDY BEAR MUSEUM DAN RIPLEY'S BELIEVE IT OR NOT MUSEUM

Bertentang dengan bangunan Yellow Cafe ada Play K-POP, Chocolate Land, Movie Land, Teddy Bear Museum dan Ripley's Believe It or Not! Museum. Memang kawasan ni berkumandang dengan lagu-lagu KPOP saja. Semua walking distance jadi kalau berminat boleh terjah semua tempat sekali harung. Kami tak masuk pun sebab entrance fee macam agak mahal. Just jenguk-jenguk tinggal jejak. Walaupun aku suka KPOP tapi bila tengok pamphlet Play K-POP macam tak berminat pula nak masuk. Dibina oleh pihak pengurusan Jeju Jungmun Resort, Play K-POP adalah taman tema digital bertemakan K-POP. Nama pun digital jadi adalah beberapa benda yang berkonsepkan 'hologram' jadi kita bolehlah acah-acah rasa macam real padahal tipu belaka. Admission fee adalah 15000WON (RM55.12 approx) untuk seorang dewasa. Tak adalah mahal sangat tapi entahlah.. Kalau korang berminat bolehlah rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Aku dan Kak Sal panjangkan kaki meronda ke Chocolate Land dan Movie Land. Tapi tak masuk pun.. Chocolate Land obviously kedai jual chocolate dan Movie Land mungkin macam Madame Tussauds. Tapi sendu yang amat seorang manusia pun tak ada. Macam tak beroperasi pun iyaaa juga. 

Jalan punya jalan sampai di Teddy Bear Museum. Alaaahai comel sangat haaa.. Ramai jugalah orang Korea sendiri yang pergi ke Teddy Bear Museum bawa anak-anak kecil. Sesuailah untuk aktiviti bersama keluarga. Admission fee pun hanyalah 10000WON (RM36.74 approx) untuk dewasa dan 8000WON (RM29.40 approx) untuk kanak-kanak. Rasanya berbaloi dah harga tu not bad. Kami just masuk ke entrance dan baca-baca sikit info yang ada. Rujuk SINI untuk extra info. Comel tapi tak apalah kami tak berminat juga.



Disambut baik oleh G-Dragon.




Hey yooo Mr. Hulk !!





Bangunan awesome Ripley's Believe It or Not Museum.




Peta kawasan Ripley's Believe It or Not Museum.


Singgah tinggal bau saja.

Kalau kena pilih satu saja tempat yang boleh diterjah dalam banyak-banyak tempat di Jungmun, aku akan pilih Ripley's Believe It or Not Museum. Bangunan sangat cantik dan unik berjaya buat aku rasa teruja nak masuk. Tapi tak masuk pun.. Ripley's Believe It or Not Museum ada 32 lokasi serata dunia dan salah satunya di Jeju inilah. Kita pun membesar tengok program Ripley's Believe It or Not jadi rasa macam mengimbau kenangan masa kecil pula. Dibina hasil daripada inisiatif pengasas iaitu Robert Ripley. Entrance fee hanyalah 12000WON (RM44.09 approx) untuk seorang dewasa dan 10000WON (RM36.74 approx) untuk kanak-kanak. Rujuk SINI. Bagi aku sangat berbaloi sebab ada 12 galleries, outdoor park, souvenir shop dan coffee house. Tengok peta lokasi yang ditampal pun nampak menarik. Menariklah dari Play K-POP dan Teddy Bear Museum. Tergedik-gedik nak masuk tapi aku tau MamiZ bukan orang yang berkenan benda-benda macam ni. Tak sampai hati nak masuk dan tinggal yang lain kat luar.

Berdekatan dengan tempat-tempat ni semua ada Yeomiji Botanical Garden. Cantik juga nak melepak tapi aku tengok MamiZ dan MNgah dah macam tak larat jalan. Marilah kita pulang ke Jeju City. Selesai pusing-pusing few places di Jungmun kami balik ke hotel. Singgah makan di kedai seafood belakang hotel yang aku dan Kak Sal dah pergi survey hari sebelumnya. Banyak kedai makan satu-satu kami masuk nak tengok menu. Ada kedai jual seafood tapi ada juga jual daging. Memang tak yakin langsung kami terus jalan sampai jumpa satu kedai ni langsung tak ada hidangan berasaskan daging. Dengan ability aku syok sendiri cakap bahasa Korea dapat jugalah kami communicate. Boleh guna Google Translate atau apa-apa application yang canggih sekarang tapi nak juga cakap ayam itik. Rasa lebih puas dan alhamdulillah kami makan sampai kenyang masing-masing pun melepet kepenatan di hotel dan berehat.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

54 comments:

  1. bestnya! harap harap sampai sini satu hari nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin insyallah. boleh menabung dulu meanwhile =)

      Delete
  2. macam tak ada orang melawat pun hii, tapi suasana sedap mata memandang,, yang menu pisang saja tu rasa kalo peminat pisang boleh lah masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa macam tak ada orang hahaha tapi kereta penuh. tak tahula mana depa semua pi. tapi yang suka pisang pun bila da olah pelik2 tak lalu jugak.

      Delete
  3. Teddy bear museum tu syok kalo dapat bawa anak2. Mesti diaorang suka. Kalo ibunya pilih coklat museum. Nyum..nyum..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee memang penuh kanak2. kalo yang dewasa ni krik2 la sikit masuk =D

      Delete
  4. stamina mahu kuat dan mantap sekiranya nak melancong nie..

    banyak guna tenaga untuk berjalan-ja;an

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. lagi2 kalau tersesat salah jalan. adeh jenuh =D

      Delete
  5. banyak juga tempat menarik kat jeju ni ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak. cuma kena fikir route yang sesuai sebab jarak jauh2..

      Delete
  6. HAI SAYA ORANG BARU KAT BLOG JOM LA FOLLOW SAYA!SAYA DAH JADI FOLLOWER AWAK!

    ReplyDelete
  7. jeju!!! bucket list idaaa. hehe tapi tak tahu nak pegi musim apaa hehhehe, semua cantik!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya the best season spring kot. macam just nice bunga semua lawa =)

      Delete
  8. Banana uyu! Sebotol kecil tu dekat rm10 kat KL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu jumpa yang dalam kotak tu.. x feel yang tu nak yang botol jugak =D

      Delete
  9. Wow menarik ar yellow cafe.. lain dr yg lain.mmg sesuai utk peminat susu pisang hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. peminat susu pisang wajib singgah Yellow Cafe =D

      Delete
  10. wah bestnya.. warna pisang tu menarik hati

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe warna kena terang nak tarik pengunjung =D

      Delete
  11. bestnyaaaa kak.. lama xwindow2 sini.. lamaaa sgt xpanggil kak siti gojesss..hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak ni laa ni gojeees ni hahaha.. kita jarang jenguk2 each other. xpe ada masa singgah lagi hihi..

      Delete
  12. Wow....best nyer jln2

    http://www.rahsiaummi.com/pengedar-vivix-ipoh-perak/

    ReplyDelete
  13. cantik2 dan menarik tempat yang siti singgah .kalau banyak masa memang ase nak masuk semua kan..

    comel sangat deco cafe dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak masa dan bawa banyak duit hehe baru boleh masuk semua tu =D

      Delete
  14. Wahhh bestnya jalan-jalan. Nak kena baca cerita travel siti ni. terima kasih tau selalu singgah dan tinggal komen. Akak ni ikut dan aje menulisnya. Dah add blog siti dalam bloglist tak adalah terlepas pandang kalau siti update.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak sudi singgah baca. hihi really appreciate that =)

      Delete
  15. ape niii...nak suruh kita balik kampung lagi ke macam mana? hahaha...kita prefer masuk teddy bear museum daripada ripley's, tapi actually kita dah masuk semua yg ade kat situ...byr macam sikit je 10k, 12k..balik menghadap dinding kira duit tak cukup..ni masa first time pergi dulu laa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahha awak bukan memang nak balik kampung ke ? tau2 je kang da sampai sana je dia tu huuu. dia memang mur mur je wak.. tapi kalo masuk semua memang balik hotel tenung dinding hahaha.. insaf =P

      Delete
  16. Ya Allah sedapnya nampak aiskrim kat yellow cafe tu. Saya terus bangun cari makanan lepas baca entry ni..hurm

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bestnya ada makanan tengah malam. boleh krup krap krup krap =D

      Delete
    2. Tapi kalau dapat makan kat Korea lagi lah heaven wak..

      Delete
    3. haaa betul la yang tu hehe =D

      Delete
  17. macam sunyi sepi saja jeju ni based on gambar2 tu, tapi semua gambar2 tu cantik, terus rasa mcm nak pergi PLay Kpop tu cari hologram Jang Keun Suk ... muehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa ah kami pun heran mana pergi nya orang2 kat sana hahaha tapi kereta memang banyak yang amat. mungkin diorang masuk kat tempat2 attraction tu kot..

      Delete
  18. sedapnya tengok ice cream tu. saya tak pernha lagi pergi jeju

    ReplyDelete
    Replies
    1. ice cream tu sedap. macam banana uyu tu frozen tapi lagi creamy =D

      Delete
  19. Banyaknya tempat menarik. cantik2 semuanya. Tapi macam tak ramai pulak erk. ke mmg ramai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kawasan ni banyak tarikan yang kena masuk dalam bangunan kot hahaha kereta banyak yang amat hahaha..

      Delete
  20. susu yang hot kat korea tu tak pernah try pun..sedap bebenor ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau peminat susu okay kot. macam CT tak sangat tapi bolehlah rasanya. dah sampai kenalah rasa gitu. kalau kat Malaysia mahaai..

      Delete
  21. bestnya ke siniii.. smua tmpat menarik. bilalah dpt jejak kaki ke sini. hehe

    ReplyDelete
  22. Syoknay dapat travel ke Korea.Nak sangat pergi Korea =__='

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. boleh tu jiom jiom kita bukak tabong =D

      Delete
  23. tak pernah ke korea.. tgk movie je la.. hehe

    ReplyDelete
  24. Teruja tengok Cafe pisang tu.. Comel dengan warna kuning..

    ReplyDelete
    Replies
    1. fresh je warna kuning. kalo ada minions lagi perfect hahaha..

      Delete
  25. kwn nk p korea 9/9 ni memang nk kirim susu pishang. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe kirim jangan tak kirim. cuba melon sekali. sedap =D

      Delete
  26. teddy bear museum tu laa antara sbb sy nk g jeju lps tgk princess hours hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kami masuk kat entrance amek2 feel je tengok Teddy Bear Museum tu. tengok ramai families jela bawak anak2 kcik.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.