Trip Jeju Island South Korea 2018 : 4.1 - Seongeup Folk Village & Seopjikoji Lighthouse | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 4.1 - Seongeup Folk Village & Seopjikoji Lighthouse

/
46 Comments
August 02, 2018
PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지

Entri sebelumnya diSINI.
18 January 2018 (Khamis)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : PERKAMPUNGAN TRADISIONAL JEJU DI SEONGEUP FOLK VILLAGE 성읍민속마을 DAN RUMAH API CANTIK SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE 섭지코지. Dah kenyang dengan makanan sedap kami teruskan perjalanan ke kawasan perkampungan tradisional di Jeju - Seongeup Folk Village sebelum ke Seopjikoji Lighthouse. Jujurnya aku yang tak minat sejarah tak rasa teruja sangat nak pergi Seongeup Folk Village tapi dah orang bawa jadi ikutkan saja. Disini dapatlah kita boleh tengok dengan lebih dekat macam mana peradaban manusia dulu-dulu hidup di Jeju. Dalam cerita historical Korea selalu tunjuk rumah-rumah lama. Haaa.. Sebiji rumah-rumah dalam drama ada di Seongeup Folk Village. Keadaan setempat dan binaan rumah-rumah tradisional masih dikekalkan sehingga ke hari moden. Uniknya.. Masih ada banyak rumah-rumah tradisional di Seongeup Folk Village yang masih didiami oleh penduduk tempatan. Boleh nampak asap berkepul-kepul keluar dari serombong asap. Sama ada mereka masih menggunakan dapur kayu api atau tak aku tak pasti. Once upon a time, back in 2003 drama Korea 'Jewel In The Palace' (based on real story) sangat famous di Malaysia. Memaparkan kisah seorang perempuan bernama Jang Geum dari bekerja di dapur istana kena frame kena buang negeri terus berusaha jadi doctor pula. MamiZ adalah antara peminat setia Jang Geum jadi elok sangatlah kita pergi Songeup Folk Village yang juga menjadi tempat pengambaran utama drama 'Jewel In The Palace'. Kalau korang pun peminat Jang Geum wajiblah singgah.

CARA UNTUK KE SEONGEUP FOLK VILLAGE JEJU

Jujurnya aku rasa kalau nak skip Songeup Folk Village pun tak apa sebab nothing much to do there. Tapi aku mengerti ada orang yang suka sejarah dan dengan travel around dapat timba ilmu dan pengetahuan tentang satu-satu tempat. Nope tak salah langsung I totally respect that. Bagi yang berminat silalah singgah. Ada banyak juga options untuk ke Songeup Folk Village. Dari Jeju Intercity Bus Terminal gerak ke Boennyeong-Ro dan turun di Seongeup 1(il-ri) dan menapak sikit ke entrance. Dari Seogwipo Bus Terminal pula boleh naik bus ke Dongilju Bus dan turun di Pyoseon-Ri Samuso. It is not impossible to travel by bus di Jeju tapi renyah sikit. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut.

Jang Geum yang famous.


Ini dah ada campuran unsur-unsur moden sikit.







Di Seongeup Folk Village juga kita boleh tahu tentang sejarah pentadbiran Jeju suatu ketika dahulu. Ada banyak lagi peninggalan zaman dulu yang masih dikekalkan. Semua dijaga rapi. Overall, our visit to Seongeup Folk Village tak adalah membosankan sangat tapi kalau korang nak cepat dan ada very limited time di Jeju bolehlah skip. Perkhidmatan tour guide juga disediakan untuk mengelilingi Seongeup Folk Village. Next, selesai solat kami teruskan perjalanan ke Seopjikoji Lighthouse. Bagi aku, it is a must untuk visit Seopjikoji Lighthouse. The view was great dan sangat menenangkan dan juga menjadi tempat pilihan pengambaran beberapa drama Korea. Waktu terbaik untuk ke kawasan Seopjikoji adalah in April. Canola flowers would be everywhere dan aku rasa permandangan akan jadi super duper lawa. Nak ke Seopjikogi Lighthouse kena guna tenaga sikit menapak untuk sampai ke hujung. Disebabkan kaki aku dah lembik mendaki Seongsan Ilchulbong jadi aku tak ada energy sangat nak menapak sampai ke hujung.





Menapak sampai ke hujung sana ada lighthouse.




Macam rumah chocolate dan gula-gula Hansel dan Gretel.


Zoom saja dari jauh. Tak sanggup menapak.


Kak Sal yang masih bertenaga menapak sampai ke hujung.




CARA UNTUK KE SEOPJIKOJI LIGHTHOUSE

Dari Jeju City kena naik bus ke Seogwipo Intercity Bus Terminal. Ambil bus 910 dan turun di Seopjikoji Bus Stop. Nak sampai ke Seopjikoji agak jauh jadi rancang perjalanan korang carefully. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. 

Aku memang berpuas hati dengan view di Seopjikoji Lighthouse. Kami sampai hari dah senja dan the sunset was so gorgeous. Just nice untuk cuci mata melihat keindahan alam. Kalau kaki tak meragam rasanya pelan-pelan menapak sampai juga ke hujung. Di kawasan Seopjikoji ada banyak parking lots jadi tak perlu risau kalau kena berebut-rebut. Bayaran parking sebanyak 1000Won (RM3.66 approx) dikenakan. Harga parking adalah bergantung pada jenis kenderaan yang digunakan. Ada juga Ahjumma-Ahjumma menjual raw seafood yang menjadi kegemaran rakyat Korea. Meriah jugalah kawasan di Seopjikoji tak adalah sendu sangat. Balik ke Jeju City dan had dinner. Trip dengan Jeju Muslim Travel bakal sampai ke hujungnya sekejap sangat rasa masa berlalu. Marilah kita kemas luggage..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. Bestnya. Cantik² je view dia 😊

    ReplyDelete
  2. Best.. teringin nak g sana :)

    ReplyDelete
  3. Serupa... saya pun kurang berminat tempat2 bersejarah...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo pergi rasa krik krik. tapi ada orang yang suka.. kalau boleh semua museum dia nak pi =D

      Delete
  4. Cantik gila rupanya Seopjikoji Lighthouse ni. Masa kita pergi dulu macam dah nak ribut dengan hujan lagi so mata lagi banyak terpejam dari tengok kawasan sekeliling.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe Farah awak memang kena pergi lagi skali. skali je lagi kena pegi puaskan hati. the view memang superb. nothing much just duduk2 enjoy tengok scenery =)

      Delete
  5. rindunya nak travel balik...Korea masih dlm bucketlist...tak tau bila nak boleh pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe moh moh kita jalan2.. insyallah tu ada rezeki mesti sampai =)

      Delete
  6. Ntah bila terbuka hati nak gi Jeju ni. Nak gak layan feeling among those canola flowers. Kat Busan mesti lai ngan kat Jeju. Hihihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe alaa akak da selalu ke sana lajak terus ke Jeju. skrng ada direct kan lagi senang. tapi kalau Busan or Jeju i prefer Busan =D

      Delete
  7. emmm bila nak sampai sini jugak nii

    ReplyDelete
  8. Cantiknya view, someday nak pergi 😊

    ReplyDelete
  9. cantiknya view dia..rumah2 tradisional dia pun mcm zaman dulu2..masih ada yeak perkampungan mcm ni..ingtkan serba serbi moden kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Jeju ni pembangunan x pesat sangat kak.. tak advance train pun xdak. tapi sistem pengangkutan diorang okay jugalah. masih lagi kampung2. yang maju2 tu semua kat Seoul bangunan tinggi2 semua tu.

      Delete
  10. Wow, bestnya ke Jeju Island, teringin nak gii.....Oh, banyak jugak kena mendaki eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada few places jela kena mendaki. kena tabah hahahaha..

      Delete
  11. Jang Geum tuh adalah favourite KDrama den dari dulu sampai sekarang. Jalan cerita memang terbaik. Skill memasak pun hebat sangat. Bila la tabung kura-kura nak penuh nih, nak berjalan juga ke Korea

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tuuu tabung kura2 tu kena isi tau jangan tak isi baru cepat penuh. haaa ingat Jang Geum time sek rendah. kalut malam2 semua nak tengok Jang Geum. part masak tu kita pun rasa macam da sedap sangat dah tu =D

      Delete
  12. Subhanallah cantiknya pemandangan di sekitar lighthouse tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun hanya rumput2 kering.. tapi cantik =)

      Delete
  13. Sambung lagi baca...
    Best sungguh! Getar je kaki ni, bilalah nak ke Jeju ni..
    Wishlist!

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan daaaa tu. insyallah ada rezeki pasti sampai =)

      Delete
  14. Suka betul LZ tengok pemandangan Seongeup Folk Village..
    Rasa tenang.. Jalan jauh pun tak rasa penat kot Siti, cuaca pun best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. alhamdulillah it was during winter. kalau time panas hehe mau bebal jugakla. cantik dan classic tapi kawasan yang kita boleh masuk terhad. tak boleh explore sangat..

      Delete
  15. Teringin ke Jeju. Nampak gambar pelakon Jewel In The Palace pula tu. Kena kumpul dana ni nak kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe peminat cerita tu ke ? memang kena kumpul dana. cukup jeee boleh terus jalan hehe.. this year CT pun gigih menabung..

      Delete
  16. Macam menarik je... teman tak pernah lagi pegi Jeju nie...😉😏

    ReplyDelete
  17. suka citer Jang Geum, masa kt jeju, dia belajar jd doktor..jauhnya kena jalan, lalang2 tu cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe suka time dia masak2 masakan istana kan nampak sedap2 je semua. jauh Seopjikoji Lighthouse tapi perjalanan dia tak tinggi mendaki teruk sangat. jalan santai je..

      Delete
  18. indahnya, siti.
    kalu berjalan nih, mahunya gi balik lighthouse tu cukup 10k langkah :) hi hi hi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kalau tak memanjat Seongsan Ilchulbong tu mampu kot menapak kehujung. ni kaki daaaa sakit2 teruk da. tiba2 hiking time tak fit..

      Delete
  19. Menarik betul perkampungan dia.. cabtik cabtik gambar siti amik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami pi waktu senja sayup sayup jeee permandangan hihihi..

      Delete
  20. oooo, lighthouse tu menarik dari kejauhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi dekat lagi cantik. tapi tak larat menapak =D

      Delete
  21. Kak ekin pun tak minat sejarah gak.

    View dia memang lawa sangat.. Rumah yang unik tu mesti k drama ambik rumah situ kut hahah teka jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaaa ah kak memang kawasan rumah rumah traditional tu jadi tempat pengambaran kdrama pun yang lama2 tu..

      Delete
  22. ada 1 lokasi tu jg kt jeju ms penggambaran dae jang geum... tmpt tu lg lawa...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.