Trip Jeju Island South Korea 2018 : 7.0 Eco Land Theme Park & Jeju Dongmun Traditional Market | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : 7.0 Eco Land Theme Park & Jeju Dongmun Traditional Market

/
32 Comments
August 06, 2018
ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크 DAN JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Entri sebelumnya diSINI.
21 January 2018 (Ahad)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크 DAN JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장. Hari ketujuh di Jeju adalah hari free and easy setelah beberapa hari menggunakan khidmat ground package dari Jeju Muslim Travel. Sebenarnya jiwa masing-masing dah meronta nak balik Malaysia tapi apakan daya kena extend tinggal di Jeju. Jadi marilah kita isi hari ketujuh dengan lawatan ke beberapa lagi tempat menarik di Jeju. Ini optional tak jatuh wajib singgah. Unless korang pun sama macam kami ada banyak masa extra di Jeju. Niat asal adalah untuk ke Udo Island tapi macam tak sesuai untuk veterans. Bila tengok gambar menarik juga Udo Island tapi jauh perjalanan yang terpaksa ditempuh. Muda remaja sesuailah jadi setelah dibincang semula kami memilih untuk ke Eco Land Theme Park dan sekali lagi ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk shopping. 

ECO LAND THEME PARK 에코랜드테마파크

Namanya 'theme park' tapi bukan ada roller coaster rides pening kepala semua tu. Ada train chut chut comel bawa keliling taman. Nama pun 'eco land' jadi lebih kepada nature. Kawasan luas yang dijaga rapi dalam kawasan Hutan Gotjawal. Bila pergi ketika musim sejuk, redha sajalah banyak pokok yang kering. Cara untuk ke Eco Land Theme Park menaiki public transport pun senang saja. Untung duduk di Jeju Hyundai Tourist Hotel sebab bus stop depan bangunan saja. Terus ambil bus ke Jeju Bus Terminal dan naik bus No. 730 ke Jeju Hannamri dan turun di Lee Gipung Missionary Memorial Hall. Kemudian kena menapak sikit. Untuk kepastian boleh pergi tanya staff di information counter. Sangat membantu.

Jeju Bus Terminal.

Laluan utama bus di Jeju. Ada tiga lines mengikut warna.

Bus line biru muda.

Bus warna merah usually lebih exclusive - Airport Limousine.

Di tiang-tiang sudah siap bertampal platform dan nombor bus.

Tak lama pun perjalanan dari Jeju Bus Terminal nak ke Eco Land Theme Park. Tak sempat nak tidur dah sampai. Walaupun aku dah bagitau Ahjusshi aku nak turun dimana, aku masih on Google Maps dan tengok route sama ada betul atau tak. Dah nak dekat tempat yang sepatutnya ada orang tekan loceng. Memang bus stop di Lee Gipung Missionary Memorial Hall tepi jalan sendu kereta pun tak lalu lalang sangat. Celah mana ada memorial hall pun aku tak pasti. Tapi jangan risau.. memang itulah tempat yang sepatutnya kita turun dari bus sebab bertentang dengan bus stop ada signage besar tulis 'ECOLAND'. Ikutlah anak panah yang disediakan untuk ke entrance. Surprisingly, pengunjung sangat ramai especially Koreans. Most of them yang sudah berkeluarga bawa anak-anak jalan-jalan agaknya. Kereta penuh dan ada banyak juga bus pelancong. Ingatkan sendu tak ada orang sangat tapi rupanya nampak sangat meriah. Entrance fee adalah sebanyak 12000WON (RM44.20 approx) untuk seorang dewasa dan 8000WON (RM29.47 approx) untuk seorang kanak-kanak.


Signage Ecoland di seberang jalan.

Kena menapak sikit.


Mari kita beli tiket dulu.

Tiket dah dapat. Jom kita explore Eco Land Theme Park Jeju.

Peta kawasan.

Kena naik train untuk ke next platform. Tak boleh jalan kaki.

Kuda berhibernasi. Hilang entah kemana..

Inilah 'the seven Baldwin train look-alike ' atau Lincoln Train yang digunakan sebagai medium pengangkutan utama di dalam Eco Land Theme Park Jeju.

Station pertama : Eco Bridge.

Pokok-pokok yang kekeringan.






Boleh jalan terus ke station seterusnya atau patah balik untuk naik train.

Station kedua : Lake side.

Sepatutnya ada 'Bumpy Boat' tapi during winter ditutup.







Di Station Lake Side ada trail untuk meneroka sikit kawasan Hutan Gotjawal. Laluan elok cantik bukan semak samun tapi masuk hutan jugalah sekejap. Ada trail pendek dan panjang untuk dipilih. While MamiZ dan MNgah duduk melepak santai, kami pergi jenguk laluan trail yang disediakan. Lain feeling dengan perasaan masuk hutan di Malaysia. Tak sama langsung jadi menarik jugalah pengalaman yang kami dapat. Tanah di kawasan Hutan Gotjawal berwarna merah. Pokok-pokok kering kiri kanan. Obviously kami pilih trail yang pendek tak kuasa nak jalan menapak jauh sangat. But !! Kagum gila tengok ada beberapa orang Haraboeji Harameoni gigih berjalan tak guna tongkat apa pun. Malu jugalah rasa tapi kami tetap memilih trail yang pendek. Tarikan di trail yang panjang, ada hotspring boleh duduk celup kaki tengah-tengah hutan.

Trail pendek dan trail panjang.


Berhati-hati sentiasa.



Tengok ni Harameoni gigih menapak. Yang guna wheelchair pun sama-sama menapak. Tersentap rasa bila tengok kegigihan Koreans beriadah.


Sini cantik. Batu-batu penuh lumut.


Errm.. seram jugalah tengah hutan ada buaian gini.

 Small animals pun ada hotel khas.


Running Man pun pernah shooting di Eco Land Theme Park.

Train chut chut..

Train ni dah penuh. Kena tunggu the next one.


Mari kita balik hotel.

Siapa minat replica Train chut chut boleh beli..

Comel tapi MamiZ tak kasi beli. Haaaish !!


Yang wall decoration ni unik dan cantik juga.

Fridge magnet Eco Land Theme Park.

Dah habis pusing hutan kami patah balik ke station untuk tunggu train. Dah nak balik sebab ada few places yang tak beroperasi during winter. Rugi jugalah sebab tempat-tempat yang ditutup aku rasa menarik. Secara jujurnya aku suka trip kami ke Eco Land Theme Park Jeju. Ada jugalah hikmah tak teruskan dengan idea nak ke Udo Island. Lebih tenang dan santai tak hectic sangat. Lagipun bukan selalu kita semua rajin nak mendekatkan diri dengan nature sesekali apa salahnya. Aku suka sebab kita boleh jalan sendiri ikut pace sendiri tak perlu rushing. Tempat duduk santai melepak juga banyak disediakan jadi kalau penat boleh rehat. Nak tapau makanan juga boleh dan picnic. Dah keluar singgah sekejap ke souvenirs shop rembat seketul dua souvenirs. Harga boleh tahan jugalah tapi signature souvenirs mana ada kat tempat lain. Pejam mata dan bayar.

Kami balik ke hotel rehat sekejap sebelum aku, Kak Sal dan Kak Husna keluar semula ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk shopping lagi. MamiZ dan MNgah tak mahu ikut. Tak larat katanya. Dari hotel kami sekali lagi ke Jeju Bus Terminal, withdraw duit sikit di ATM di Jeju Bus Terminal dan terus gerak pergi shopping. ATM di Korea sangat senang nak faham ada arahan in English. Either Mastercard atau Visa both types boleh guna. Banyak sangat bus yang boleh dinaiki kalau nak ke Jeju Dongmun Traditional Market tak perlu risau. Memang kawasan hot spot ramai pelancong pergi jadi banyaklah bus lalu sana. Kali kedua ke Jeju Dongmun Traditional Market kami nak beli fruits, seaweed, souvenirs yang mana tak cukup lagi dan beberapa benda lagi nak dibawa balik. Mission nak habiskan duit yang dibawa.



  
JEJU DONGMUN TRADITIONAL MARKET 동문재래시장

Hari cerah clear jadi tak ada tanda nak hujan. Berjalan-jalan di Jeju Dongmun Traditional Market rasa lebih selesa berbanding kali pertama kesana. Kami turun betul-betul di entrance lorong menjual buah. Kami jalan meronda dulu nak cari kawasan jual ikan. Aku dah rasa pengalaman pergi fish market di Korea di Busan dan Sokcho jadi this time aku nak Kak Sal dan Kak Husna pula rasa pengalaman itu. Menarik sangat keadaan di fish market di Korea jadi korang pun kenalah rasai juga. Ikan dan seafood yang bermacam-macam jenis tak pernah kita jumpa di Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk jenguk ke fish market di Korea. Jeju Dongmun Traditional Market ada banyak sangat pintu masuk aku pun tak pasti pintu berapa yang terus menghala ke fish market. Yang aku ingat.. Celah-celah kedai jual oranges aku nampak tangki-tangki ikan. Terus kami menyelit kesana. Kalaulah korang nak cuba boleh minta Ahjumma Ahjusshi steam seafood yang dipilih. Boleh makan di kedai tapi pastikan kedai tu tak jual pork. At least the kitchen utensils yang digunakan tak meragukan. If nak masak, belilah disini juga sebab harga jauh lebih murah dari tempat lain.



Sashimi ikan dan sotong.

Ikan kering.

Sotong sebakul hanya 10 000WON (RM36.81 approx). Besar !!

Sotong kurita.

Abalone sepinggan 20 000WON (RM73.61 approx). Abalone dimana-mana pun memang mahal tapi aku rasa disini harganya lebih murah.

Ahjumma tengah korek abalone.


Ikan-ikan di fish market Korea.

Ahjumma tengah siapkan Yangnyeom Gejang 양념게장 (spicy raw crab). Ini antara hidangan favourite Koreans.



Pelbagai jenis seaweed.







Periuk emas nak masak ramen.

Fish market sangat lively dan menarik. Kiri kanan tengok orang bargain untuk dapat harga yang paling murah. Ahjumma Ahjusshi jerit panggil customer dan bersaing cara sihat nak jual makanan. Kami berhenti tengok dan ambil gambar Ahjumma potong abalone dan prepare spicy raw crab pun tak kena marah. Ada yang sudi nak melambai bila nampak camera dan senyum. Dah habis labur duit di Jeju Dongmun Traditional Market marilah kita balik ke hotel. Nak patah bahu galas beg berat dan usung plastic sana sini. Borong saja apa nak beli lepas tu fikir takut tak muat luggage. Sudah sudah tu marilah kita balik. Kami singgah kedai seafood belakang hotel tapau makanan untuk dinner. Order lebih sikit maklumlah dah nak balik. Hihihi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. Seronoknya tengok pasar diorang, kalau saya sampai sana mau berejam duk kat pasar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ralit tengok macam2 jenis tak penah jumpa. memang boleh makan masa duduk melepak kat pasar disana =D

      Delete
  2. Cantik² gambar nya....
    entry macam ni memudahkan org yg nak pergi travel buat rujukan...
    Tahniah! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. semoga bermanfaat dan membantu apa yang patut =)

      Delete
  3. Maakkk bestnya dapat pergi! myra belum sempat lagi pg Seoul. target 2019!

    https://hunnyandvanilla.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best !!! dah boleh mula cari tiket skarang ni untuk tahun depan =D

      Delete
  4. SERONOKNYA SITI N SAL JELAJAH JEJU ISLAND

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak.. dapat kongsi mana yang boleh disini =)

      Delete
  5. Cantiknya theme park tu... rasa berkenan train replika yg cute tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. replika tu comeeey huwaaa mak tak kasi beli pulak T.T

      Delete
  6. I knew that I actually saw the Ecoland while watching Running Man. Sebab nama tempat tu macam tak pernah dengar tapi based on your pictures, tempat tu nampak macam familiar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. i didnt know because tempat ni x ada dalam prancangan. while waiting for the train ternampak their pictures hehe..

      Delete
  7. Cantik betul Korea. Bestnya selalu jalan-jalan. Gambar pun semua cantik. Boleh rujuk sini nanti kalau ada rezeki ke Korea :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. harapnya sedikit sebanyak membantu kawan2 yang nak kesana. thank you =D

      Delete
  8. Bestnya dahla tempat²nya menarik belaka. Cantik kan... Terasa ingin nak pergi jugak. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh plan dah tu cari geng pergi ramai2 =)

      Delete
  9. bestnya pergi Jeju. Dah lama teringin nak ke sana. insyaAllah satu hari nanti. Boleh ikut itinerary blog nie =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. cari geng pegi ramai2 best meriah hihi. hopefully membantu apa yang patut. happy travelling =D

      Delete
  10. Bestnya!!!dapat baca ni pun dah excited gile,tak pergi lagi tu..tq share!! :-D

    ReplyDelete
  11. kalau datang jeju ni memang geram tengok hasil laut dia jelah xD sakit hati bentul tgok sotong kurita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal tapi tak brani nak cuba. ada je keinginan nak cuba tapi tak jadi jadi hahahaha.. takut =P

      Delete
  12. Ya Allah geramnyaa tengok sotong tu CT, 10000 won banyak tu.. Besar tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. besar and harga tu sangaaat la murah banding dengan kat Malaysia. tapi cem takut pulak nak makan sotong2 besar tu ahahha..

      Delete
  13. Fuhh, segar bugarrr ...........nak naik train chut chut jugakk ....arghhh, teringin nak jugak ke sanaaa..............semoga tercapai impiankuu..hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahah train chut chut.. insyallah ada rezeki tu nanti. mari kita menabong beramai and pergi jalan2 lagi =D

      Delete
  14. Cantiknye keretapi tu!

    View pun cun.

    Bila I nak pi Korea pulak niiii.... -___-

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah soon boleh pi Korea. tapi awak tu jalan lagi kemain jauh2nyaa heheeh.. apa sangatla Korea ni haaa =P

      Delete
  15. memula baca tajuk - LEGO LAND hahahaha....

    ct, mahal x periuk mas tu? berat x? ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe harga periuk emas tu meh PM belakang. ahah xleh expose sini unless yang dah memang tahu =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.