Trip Jeju Island South Korea 2018 : Bye Jeju Island & Barangan Souvenirs Yang Dibeli Di Jeju Island | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : Bye Jeju Island & Barangan Souvenirs Yang Dibeli Di Jeju Island

/
32 Comments
August 07, 2018
BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND

Entri sebelumnya diSINI.
22 January 2018 (Isnin)

TRIP JEJU SOUTH KOREA : BALIK KE MALAYSIA BYE JEJU DAN BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND. Setelah seminggu berada di Jeju hari kelapan adalah hari perjalanan pulang ke Malaysia. Tak ada melencong kemana-kemana terus bersiap pergi airport dah ready nak terbang balik. Cukuplah seminggu di Jeju sampai dah tak tahu nak kemana lagi. Bukan tak ada tempat-tempat menarik lagi untuk diterjah tapi dah tak ada mood. Flight balik adalah pada pukul 01.15PM jadi that morning kami masih bermalas-malasan. Luggage dah siap kemas cuma perlu simpan barang sikit saja. Lagipun perjalanan dari Jeju Hyundai Tourist Hotel ke Jeju International Airport hanyalah lebih kurang sepuluh minit saja. Memang nak tahan teksi depan hotel malas nak naik Airport Limousine. Around 10.30AM kami check-out dan bid goodbye pada Ahjusshi hotel. Sampai ke pintu dia hantar kami. Walaupun terseksa mencuba nak cakap in English untuk berkomunikasi dengan kami, he was so nice memastikan kami selesa sepanjang berada di hotel. Apa-apa pun kamsahamnida Ahjusshi !!






Kami tahan dua teksi untuk ke Jeju International Airport. Tambang yang dikenakan adalah sebanyak 9500WON (RM34.93 approx) untuk dua teksi. Walaupun aku rasa kami dah gerak awal tapi panjang gila line di kaunter Air Asia. Smooth tak adalah lama sangat kena beratur tapi kelakar pula ingatkan kami antara yang terawal rupanya lagi ramai yang lagi awal. Aku dah online check-in tapi tak tahulah kenapa macam kena check-in sekali lagi. Terima sajalah janji dapat balik Malaysia. Di Jeju International Airport ada Lotteria di 2F dan 4F tapi aku tak sempat nak pergi. Kalau tak boleh tapau Shrimp Burger yang sedap tuuu bagi yang lain rasa. Tapi dah menonong masuk ke Departure Hall. Sumpah bosan suasana di Departure Hall nak kill the time tunggu boarding pun tak tahu nak buat apa sebab tak ada benda yang menarik. Ada kedai dan tempat pick up barang-barang shopping duty free. Itu sajalah. Memang melangut menunggu duduk saja. Bagusnya Departure Hall di Jeju International Airport adalah disediakan prayer room untuk kita solat. Tak ada disediakan telekung seperti di Jepun tapi cukup selesa dan kemas untuk solat dengan tenang.

Alhamdulillah flight tak delay on time take off meninggalkan Jeju. Cuaca pun cantik cerah perjalanan lancar. Lepas makan mulalah lali nak tidur. Sembang punya sembang hanyut dalam mimpi. Terjaga dan sembang dan sembang lagi. Annyeong Jeju !! We had so much fun.




Beg-beg yang penuh barangan duty free hasil shopping tourists dari China.


Flight baru sampai.


Kemas Wiyo make sure charger dan wire semua ada sebelum dipulangkan.

 Selamat tinggal beautiful Jeju.

BARANGAN SOUVENIRS YANG DIBELI DI JEJU ISLAND : TEH ORANGE, CHOCOLATES, KEYCHAIN FRIDGE MAGNET DAN TSHIRT JEJU ISLAND


Ini adalah sebagai rujukan semata-mata benda-benda dan makanan yang boleh dibeli di Jeju untuk dibawa balik sebagai souvenirs. Kami tak adalah borong banyak benda sangat sebab bawa duit pun cukup-cukup saja tapi berpuas hati dengan hasil tuaian di sana. Majoriti yang dibawa balik adalah makanan. Senang bawa balik makanan semua orang boleh rasa. Teh Hallabong Oranges, Teh Limau Mandarin, Jem Hallabong, Chocolates pelbagai jenis, oranges dan seaweed. Beli jugalah keychain dan fridge magnets buat kenangan. Aku beli tshirt sehelai dan sekeping map Jeju. Cadangnya nak pin di board tapi board tak beli lagi. Peram dululah nampak gayanya..

Teh Hallabong yang boleh digunakan juga sebagai jem. Range harga adalah 5000WON - 12000WON (RM18.38 - RM44.12 approx) mengikut brand dan size. Sedap dan tak terlalu manis. Terasa orange dan ada pulp sekali. Selain Hallabong Oranges ada banyak lagi jenis pilihan dan rasa. Since Jeju sangat terkenal dengan Hallabong, kami beli Hallabong. Aku rasa lebih sedap dimakan sebagai jem daripada buat air. Nak dapatkan satu jug air kena guna dan bancuh banyak solution lebih kurang separuh jar. Sedar dah habis begitu saja. Kami borong tiga jenis chocolates saja dan jujurnya semua sedap tak menyesal kami beli. Ini baru tiga jenis saja kat Jeju ada macam-macam jenis lagi. Range adalah between 5000WON - 15000WON (RM18.38 - RM55.15 approx). Selalunya dijual combo sekali tiga atau lima kotak. Okaylah not bad tiga kotak chocolates lebih kurang RM20 saja. Lebih jimat daripada beli sekotak. Kali pertama ke Jeju Dongmun Traditional Market, kami tak membeli apa sangat. Ahjumma sangat murah hati kasi sample chocolates banyak sangat. Penuh jugalah plastic bila dah lalu each kedai dapat segenggam. Kenyang makan chocolates free. Marketing tau.. Bila kami makan sample kami rasa sedap dan decide yang mana nak dibawa balik. Sangat sesuai dibeli dijadikan souvenirs sebab didalam setiap kotak ada individual packaging. Beli ni then letak di office untuk kawan-kawan selesai masalah. Yang geramnya.. Kotak besar kemain isinya tak adalah banyak sangat. Geram sebab nak bawa balik kotak habis makan ruang. Kalau tak bawa balik kotak macam tak feel pula. Nasiblah semua aku sumbat aku tekan saja alhamdulillah tak rosak.

Paling sedap adalah yang kotak orange paling besar tu.. Nyuums !!

Tiga-tiga jenis sedap. The best would be yang bentuk cube comel. Tolong beli banyak-banyak oookay tak cukup sekotak dua. They just melt in your mouth.


Tshirt, map Jeju, fridge magnets dan keychains Jeju. Ini wajib kenalah beli tak kira pergi mana sekalipun. Di Jeju Dongmun Traditional Market ada jual fridge magnet dan keychain jadi tak perlu nak susah-susah cari kat tempat lain. Keychain boleh dapat serendah 1000WON (RM3.68 approx) dan fridge magnet pula around 3000WON - 5000WON (RM11.03 - RM18.38 approx) ikut design dan jenis. Boleh juga dapat murah ada yang tiga ketul untuk 10000WON (RM36.77 approx). Souvenirs Korea yang famous macam chopsticks, sudu dan nail clippers yang selalu orang beli tu agak mahal di Jeju. Kalau korang akan travel ke Busan atau Seoul, lebih baik beli souvenirs Korea disana sebab jauh lebih murah. Hanya borong Tapi kami tak jumpa tshirt di Jeju Dongmun Traditional Market. Tshirt yang tulis Jeju. The one I bought aku beli di kawasan Dragon Rock berharga 12000WON (RM44.12 approx). Banyak sangat pilihan di kawasan Seongsan Ilchulbong jadi kalau kesana jangan lepaskan peluang beli tshirt. Belilah sehelai kalau tak nanti teringat-ingat.

Yup selesai !! Pengalaman pahit manis suka duka selama lapan hari disana rasanya semua dah dikongsikan. Tinggal nak kongsikan itinerary dan perbelanjaan sepanjang disana saja sebagai rujukan.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

32 comments:

  1. seronoknye dpt jenjalan ke luar negara. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali bila tabung penuh jew.. tabung kosong kita duduk rumah =D

      Delete
  2. Memang mereputlah kalau duduk dekat Jeju Airport tu lagi lagi dekat departure area sebab takde apa apa sangat T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula salah tengok. ingatkan Lotteria tu kat Departure Hall. tengok tengok krik krik gilaaaa Departure Hall diorang. syukur tak delay kalo tak lagi bertambah bosan hahaha..

      Delete
  3. bye Jeju nanti siti datang balik >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee tunggu bertahun2 lagila kalo kot ya nak pegi lagi ahak ahak =D

      Delete
  4. byk giler tourists china shoppinggg...huhu...coklat jeju, sedapp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyeee kak teruk benor banyak diorang shopping. tak faham kenapa diorang borong brang2 branded macam kat tempat dia xdak.. Jeju’s chocs r unexpectedly delicious..

      Delete
  5. Seronok tgk org pergi travel ni...
    dan suka baca sebagai rujukan..

    ReplyDelete
  6. Seronoknya baca pengalaman siti travel Jeju.
    Akak yang tak pi oversea pun kalo cenderahati suka beli t-shirt dan fridge magnet sebagai kenangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT kongsi serba sikit thanks pada kawan2 yang sudi singgah baca bebelan iolss kak hihi.. itu wajib tu tshirt fridge magnet dan keychain. kalau tak beli rasa tak lengkap..

      Delete
  7. Tak puas pergi Jeju dulu sebab hari2 hujan...

    ReplyDelete
  8. menunggu kat aiport mmg cukup membosankan melainkan kita kaki shopping hehe..kalau sy memang bila sampai airport jer fikiran dh melayang nak sampai Malaysia..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kak departure hall depa bosan gila nak shopping apa pun tatau. kedai alahai alahaaai sangat. maybe sebab aiport kecik je..

      Delete
  9. syoknya dh sampai jeju island.. salah satu wishlist akak ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti sampai jugak tu.. skrang tiket murah murah =)

      Delete
  10. hi siti. lama tak singgah sini. jangan lupakan kita ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaai tak lupa haih. kita pun susah nak keep up dengan blog nak blogwalking hehehe nanti kita jenguk balik ya =)

      Delete
  11. plis share iti n budget yer...next year mmg plan nk kesana. lepastu klu travel jeju solo ok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. travel solo insyallah selamat je tapi better ada geng tak la sunyi sangat sebab more to nature. ada geng meriah sikit. okay nanti CT share budget dan itinerary =)

      Delete
  12. bestmnye cuci mata tengok gamba2 cantik semua nya.

    ReplyDelete
  13. apalah erti berjalan2 kalau x beli souvenir kannnn ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul !! ahahaha apalah jalan2 kalo tak labur duit =P

      Delete
  14. dream destination ni hehehe

    ReplyDelete
  15. hi, okay tak guna wiyo wifi dekat Jeju? Laju?

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay guna di Jeju.. xde masalah sangkut2 semua okay =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.