Trip Jeju Island South Korea 2018 : Itinerary & Budget Perbelanjaan Musim Sejuk 8 Hari Di Korea | SITI.YANG.MENAIP

Trip Jeju Island South Korea 2018 : Itinerary & Budget Perbelanjaan Musim Sejuk 8 Hari Di Korea

/
45 Comments
August 16, 2018
ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

TRIP JEJU SOUTH KOREA : ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU. Alhamdulillah selesai perkongsian trip lapan hari ke Jeju. Banyak juga tempat-tempat menarik di Jeju yang kami berjaya pergi, kiranya yang wajib singgah dah checked. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Jeju. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs dan tambang pengangkutan semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya - tambang flight dan penginapan. Idea perkongsian kali ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Apa yang akan aku kongsikan adalah yang bersesuaian dan telah dipersetujui oleh kelima-lima orang yang turut serta sekali ke Jeju. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


PERBELANJAAN UMUM BUDGET KE JEJU ISLAND KOREA MUSIM SEJUK

Currency Exchange
1000WON : RM3.58

Air Asia X Kuala Lumpur - Jeju - Kuala Lumpur [60KG Luggage + Seats + Meals]
= RM4929.24 / 5 = RM985.85 pax

Jeju Muslim Travel 5H 4M Ground Package [Hotel + Transportation + Entrance Fee + Meals]
= RM9600.00 / 5 = RM1920.00 pax

Takaful Etiqa Travel Insurance = RM60.19 pax

Duit ground [Hotel + Food + TMoney + Entrance Fee]
= 500 000WON / 5 = 100 000WON pax / RM358.00 pax

Pocket money [Optional : Ikutlah budget masing-masing]
= 400 000WON / 2 = 200 000WON pax / RM716.00 pax

TOTAL : RM985.85 + RM1920.00 + RM60.19 + RM358.00 + RM716.00
= RM4040.04 (plus minus)

Total perbelanjaan adalah sebanyak RM4040.04 plus minus seorang selama lapan hari. Budget mungkin bertambah atau berkurang bergantung pada 'pocket money' masing-masing. Bawa lebih maka bertambahlah belanja dan sebaliknya. Itu adalah amount yang aku bawa untuk diri aku sendiri. Aku kutip setiap seorang 100000WON (RM358.00 approx) seorang untuk digunakan sebagai perbelanjaan ground kami bersama selama 4H 3M selepas selesai tour bersama Jeju Muslim Travel. Cukup untuk bayar duit penginapan, travel expenses : TMoney, bus dan teksi, entrance fee dan juga makanan. Alhamdulillah cukup dan kami berjaya merancang perjalanan dengan baik supaya tak over budget. Untuk perbelanjaan shopping pula asing dan itu ikutlah budget masing-masing. Untuk aku dan MamiZ, kami bawa 400000WON (RM1432.00 approx) dan dari duit inilah kami beli souvenirs dan benda-benda lain yang nak dibeli. Dibawah adalah pecahan perbelanjaan kami selama lapan hari di Jeju.

Total amount : 500000WON [Perbelanjaan untuk lima orang]

Jeju Hyundai Tourist Hotel : 4H 3M
= 213000WON / 5 = 42600WON pax

TMoney Card
=2500WON x 5 = 12500WON

TMoney Top Up 
= 50000WON / 5 = 10000WON pax

Taxi Fare
= 2900WON + 3900WON + 10000WON = 16800WON

Jeongbang Waterfall Entrance Fee
= 2000WON x 5 = 10000WON

Eco Land Theme Park Entrance Fee
= 12000WON x 5 = 60000WON

Food + Yellow Café Binggrae
= 13500WON + 60000WON = 73500WON

Miscellaneous [Banana Uyu + Strawberry + Tea Coffee + Ice Cream etc]
= 6500WON + 15000WON + 13500WON + 5000WON + 5300WON
= 45300WON

TOTAL : 213000WON + 12500WON + 50000WON + 16800WON
+ 10000WON + 60000WON + 73500WON + 45300WON
= 481100WON

Bagi aku jujurnya agak berpuas hati dengan perbelanjaan kami. Shopping banyak juga dan we did not restrain ourselves kalau nak makan atau beli apa-apa. Cuma selections tempat-tempat menarik untuk diterjah kenalah tapis dan pilih yang mana sesuai dengan budget. Apa-apa pun most places yang wajib singgah di Jeju kami dah pergi dengan Jeju Muslim Travel. 

ITINERARY MUSIM SEJUK 8 HARI DI JEJU

Selama lapan hari di Jeju, lima hari yang pertama diuruskan oleh pihak Jeju Muslim Travel dan tiga hari berikutnya kami jalan sendiri. Kami hanya ikut saja itinerary yang telah ditetapkan malas nak fikir panjang. Aku berpuas hari dengan service dari Jeju Muslim Travel. Disebabkan kami naik kereta, aku tak alert sangat soal public transportation. My observation, it is not hard to travel in Jeju dengan public transportation cuma kena rancang perjalanan dengan teliti dan allocate extra time untuk perjalanan. Aku akan kongsikan tempat-tempat yang kami pergi.


Day 1


ü Depart dari KLIA2 ke Jeju International Airport
ü Check-in Hotel [Champion Hotel]
ü Mount Halla / 1100 Road / 1100 Altitude Wetland Nature Discovery Trail - Sledding
ü Dinner

Wajib ke Hallasan kalau dah sampai ke Jeju. Aktiviti berbeza mengikut musim. Aktiviti di Hallasan ketika musim sejuk adalah sledding dan hiking mengikut trail yang ditetapkan. Kalau tak silap boleh saja nak hiking sepanjang tahun selagi laluan tak ditutup atas faktor keselamatan.


Day 2

ü Saebyeol Oreum 새별오름
ü Jeolmul Forest 제주절물자연휴양
ü Jeju Mysterious Road 
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장
 Jeju Jungang Underground Shopping Center 제주 중앙지하상가


Waktu terbaik untuk ke Saebyeol Oreum adalah ketika musim luruh. Musim lain biasa saja permandangan. Kalau ada extra time tak terkejar-kejar bolehlah singgah because genuinely nothing much disana. Jeolmul Forest is okay just nice tapi kalau nak cepat tak perlu singgah pun tak apa. Mysterious Road pun tak adalah gempak sangat. Souvenirs yang dijual di Jeju Dongmun Traditional Market lebih murah daripada ceruk Jeju yang lain. Allocate more time untuk shopping because markets in Korea are always fun dan sekejap tak cukup nak explore.


Day 3

ü Jusangjeolli Cliff 주상절리대 대포동지삿개
ü Cheonjeyeon Falls 천제연 폭포
ü Ladang Hallabong Orange di Seogwipo
ü Yongmeori Coast 용머리해안
ü Osulloc Green Tea Farm Cafe
ü Innisfree House

Jusangjeolli Cliff wajib !! Kena pergi kalau dah sampai ke Jeju. Cheonjeyeon Falls for me biasa saja. There is another falls – Cheonjiyeon Falls. Nama nak sama tapi view completely different. Pengalaman ke ladang oranges yang sangat awesome. Singgahlah ladang oranges di Jeju. Since I love orchards jadi I enjoyed the visit so much. The best place ever adalah Yongmeori Coast. Cantik sangat-sangat. I think Osulloc Green Tea Farm Café dan Innisfree House kalau tak sempat pergi pun tak apa. Walaupun tersenarai dalam senarai tempat menarik wajib singgah, aku rasa biasa saja.


Day 4

ü Gimnyeong Seonsegi Beach 김녕 성세기 해변
ü Woljeongri Beach 월정리해수욕장
ü Seongsan Ilchulbong 성산일출봉
ü Seongeup Folk Village 성읍민속마을
ü Seopjikoji Lighthouse 섭지코지


Hari keempat aku rasa paling best walaupun mendung sepanjang hari sebab pergi tempat-tempat menarik. Semua best dan seronok. There are many beaches in Jeju dan kami pergi dua saja : Gimnyeong Seonsegi dan Woljeongri. Both are nice dan kalau kena pilh satu saja, I would recommend Woljeongri sebab lebih famous dan meriah. Kalau ada banyak masa singgahlah Gimnyeong Seonsegi juga. Air jernih menghijau rasa nak terjun mandi !! Walaupun tak minat aktiviti hiking, tapi dah sampai wajiblah kena mendaki Seongsan Ilchulbong. Slowly pun tak apa janji panjat. Seopjikoji is beautiful as well especially the coastal line yang Nampak dari atas. Superb view.. Kalau minat sejarah masukkan sekali Seongeup Folk Village.



Day 5

ü Check-out Champion Hotel
ü Yongduam Rock 용두암
ü Yongyeon Pond 용연
ü Check-in Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü The Shilla Duty Free Jeju 신라면세점 - 제주점

Hari terakhir tour bersama Jeju Muslim Travel. Kami transfer ke hotel lain yang lebih dekat dengan Jeju International Airport. Sempat singgah Yongduam Rock dan Yongyeon Pond. Bagi aku, Yongduam Rock okay not bad sebab view cantik boleh tengok kapal terbang landing tapi Yongyeon Pond biasa saja. Kalau tak singgah pun tak apa. Hari kelima aku sikit terkilan sebab tak rancang perjalanan dengan elok. Kami ke The Shilla Duty Free Jeju konon nak shopping tapi hampeh tak seronok dan penuh dengan tourist dari China. Balik hotel melepak sampai malam tak buat apa-apa.


Day 6

ü Jeongbang Waterfall 정방폭포
ü Jeju World Cup Stadium 제주월드컵경기장
ü Yellow Cafe Binggrae
ü Play K-POP 플레이케이팝
ü Teddy Bear Museum 제주 테디베어뮤지엄
ü Ripley’s Believe It or Not Museum 믿거나 말거나 박물관


Hari keenam kami hanya pergi tempat-tempat sepanjang laluan Bus Airport Limousine 600. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh pergi. Tambang mahal sikit sebab bus exclusive. Sekitar Jungmun ada few places yang walking distance saja tapi kena bayar entrance fee. Rasanya seharian cukup nak cover tempat-tempat menarik sepanjang laluan Airport Limousine 600. Bus pun punctual tak perlu tunggu lama boleh rely tengok Google Maps.


Day 7

ü Eco Land Theme Park Jeju 에코랜드테마파크
ü Jeju Dongmun Traditional Market 동문재래시장

Ada juga plan nak ke Udo Island tapi perjalanan sedikit jauh untuk MamiZ dan MNgah. Akhirnya kami pilih ke Eco Land Theme Park saja. Menarik juga untuk pencinta alam sekitar. Tapi bila pergi musim sejuk banyak yang kering mungkin sesuai pergi musim lain. Sekali lagi ke Jeju Dongmun Traditional Market untuk borong barang-barang nak dibawa pulang. Before balik sesuailah beli oranges dan strawberry pack nicely dan masuk dalam luggage.


Day 8

ü Check-out Jeju Hyundai Tourist Hotel
ü Jeju International Airport

Hari terakhir memang terus saja check-out dan gerak ke Jeju International Airport naik teksi saja sebab hotel dekat. Departure Hall sangat bosan tak ada benda yang menarik jadi kalau sampai awal mungkin boleh meronda sekitar airport dulu before masuk ke boarding hall. Airport ada 4 Level dan ada Lotteria boleh makan Shrimp Burger. Souvenirs di airport berganda-ganda mahal jadi jangan membazir. Prayer hall juga disediakan bolehlah perform solat before boarding.



Alhamdulillah selesai satu siri yang lama terperam. Lama betul ambil mana nak siapkan tapi yes !! Dah berjaya siapkan. Penuh pengalaman suka duka dan penuh makna. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Tak ada istilah trip aku terbaik trip aku terhebat dan trip aku yang paling betul. Semuanya kena tepuk dada tanya selera minat kita semua tak sama. Any confusion atau soalan boleh terus email dan insyallah akan cuba dibantu secepat mungkin mana termampu.  It is a big world out there lets go and explore. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

45 comments:

  1. ok i need this for my next trip. yayy

    ReplyDelete
  2. Ni sape2x nak ke korea elokla rujuk kat sini, boleh juga buat panduan utk sediakan bajetnya kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang mana elok diambil.. yang tak sesuai jangan diikut =)

      Delete
  3. Orang yg nak travel ke Jeju mesti suka baca entri ni CT.... senanglah diaorang nak bajet. Banyak manfaatnya.
    Seronok dapat jalan jalan negara org ye CT. CT bajet utk sorang oklah , hakak ni kalau dah 5 orang berpeluh jugaklah hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tunggu yang lain2 da boleh simpan duit sendiri nanti akak kurangla belanja. CT pun mula jalan bila da ada duit sendiri. takpun.. akak berdua jelaaa honeymoon =D

      Delete
  4. akak ke Jeju pegi sendiri.. Masak sendiri sebab duduk kat hostel. enjoy drive sendiri..
    tak lama takat 3 hari je.. pun rasa best dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami plan 3 weeks before pegi memang xdan nak plan apa2 tu terus tanya package ehehe lagipun memang nak pegi santai2 je malas fikir. tapi dapat drive sendiri mesti lagi best dapat brenti mana nak pegi =D

      Delete
  5. LAMA JUGA SITI BERCUTI DI JEJU MSTI SERONOK SITU

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya sekejap saja tapi tiket balik mahal sangat. kenalah extend =)

      Delete
  6. peh bagusnya entry ni lengkap selengkap lengkapnya ha hehehehe sapa nak gi jeju boleh refer entry ni nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh thanks. yang baik diambil yang tidak buang jauh2 =D

      Delete
  7. Perkongsian yang bagus siti..
    Untuk perancangan kewangan tu memang akak setuju dengan cara Siti.. Collect jumlah tertentu untuk hotel, tiket bas/keretapi dan makan.. Perbelanjaan lain duit asing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu tak reti gitu tapi penah practice skali and rasa senang gitu. jangan campur2 dah dengan duit lain pandai2 jimat. kutip xtra xpe janji jangan tak cukup =D

      Delete
  8. Bagus entry ni. Rujukan terbaik bagi sesape nak travel ke Jeju. Pandai siti merancang bajet. Nampak affordable sangat dengan masa 8 hari di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena catu kak sebab sendiri pun duit krik krik hehe.. alhamdulillah cukup. yang mana baik boleh apply. yang tak tu buang jejauh =D

      Delete
  9. wau lengkap sungguh program perjalanan.. bagus ni.. boleh jadi rujukan for next trip Jeju.. hehe

    ReplyDelete
  10. Wowwiee 8 hari berjimba di Jejudo waktu winter dengan bajet yg sangat berbaloi-baloi lagii... niceee! *thumbs up* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh kurangkan lagi ikut range duit pocket.. tapi CT jenis yang belanja besar juga so memang kena bawak extra. kalau x nanti sedey nak pape kena fikir banyak kali nak beli ke tak.. baik beli !!

      Delete
  11. Kombinasi ground tour & tour sendiri..terbaik..ya, betul..jgn restraint diri nk mkn/beli yg berkenan di hati..hihi..asalkan reasonable..on je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo mak nak beli pape tula CT belikan je tapi kat Jeju ni x ada shopping teruk sangat. banyak beli souvenirs makanan tu jela untuk ahli keluarga hehe.. betul tu selagi oookay beli sajaala nanti tingat2..

      Delete
  12. Sitiiii.... kita nk bca hbis semua entry jeju ni.. next year nk p... tp x ler lama mcm u... dpt 4 hr ja... cuti takdak... kmi dok jeju city, blh jln kaki ke shila duty free tu... nanti kita email rough plan.. nk tnya pendapat eh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe sila2 yang mana dapat bantu tu alhamdulillah. takyah lama2 bosan. unless lajak Busan ke Seoul ke okayla tu. Shila Duty Freeeee bosan hehe. entahla CT rasa bosan. best lagi nyopping kat streets2 lain =D

      Delete
  13. kalau travel ni, mmg kena ikut bajet masing2..tak boleh nak agak, exactly bajet yg patut dibawa...kalau banyak ongkos, bawak la lebih..especially yg suka shopping...makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe CT la tu kak yang suka shopping and makan tu ahaha. betul.. paling penting kena tahu duit yang wajib dibawa sebab nak bayar itu ini. pocket money pandai2 lew tepuk dada tanya selera =D

      Delete
  14. deposit kpd travel agent berapa ya ct? ke.... bayar semua bla selesai tour?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak ada deposit. terus bayar.. lgipun book ni masa lagi tiga minggu nak pergi so terus sajalah dia suruh langsaikan =D

      Delete
  15. Bila la dpt jln2 luar negara ni.. Seronok tgk p tgk p sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. plan la pegi jalan2 ngan abam. ehe boleh lovey dovey berdua =D

      Delete
  16. Ok..jeju memang ada dlam wishlist..nanti akan rujuk kat sini...siti kat sana semua makan kt luar or ada masak2?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang pakej dengan JMT tu makan luar and ada yang diorang tapaukan makan kat hotel. masa jalan sendiri makan luar. halal option x banyak tapi ada. what we did.. kita bersoal siasatlah dengan tokey kedai cari yang jual seafood. kemudian tawakal.. kalo nak masak xde prob kak i think lagi awesome seafood sana gemok2 tengok geram. kena book lodging yang benarkan masak jela =D

      Delete
  17. Dah boleh jadi tour agent bawakan orang Malaysia ke sana nih. Ada berangan nak ke Jeju Island tapi belum kesampaian lagi angan-angan itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih yang tu tak boleh haih ceq tak reti. lagipun banyak dah pakej menarik jadi biarlah orang lain buat yang tu =)

      Delete
  18. kagum akak, sangat detail dan tersusun!
    mudah untuk yg lain buat rujukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. semoga ada manfaat untuk orang lain =)

      Delete
  19. Assalamualaikum....tertunggu2 entri trip siti ke Jeju..seronok baca..inshaallah.November akn join jejumuslimtravel..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaah November tengah autumn mesti cantik view disana. best JMT hopefully akak akan have fun jugak macam kami sekeluarga =)

      Delete
  20. Tak sabar nak pegi jeju lepas baca entry ni..hehe.. saya pon join JMT autumn ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah wah maaf lambat respond. best tak trip tu ? hehe diorang best kan..
      nanti share citer k.. nak baca =)

      Delete
  21. wow seronok eh.. ok nanti study sini kalau nak g jeju.. lengkap ni siap bajet berapa.. senang nak kira duit cukup ke x.. hihihihi

    ReplyDelete
  22. bilalah agaknya boleh sampai ke Jeju ni hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.