Trip Ke Pulau Perhentian Terengganu Bersama Perhentian MJ | SITI.YANG.MENAIP

Trip Ke Pulau Perhentian Terengganu Bersama Perhentian MJ

/
78 Comments
October 01, 2018
2 HARI 1 MALAM KE PULAU PERHENTIAN TERENGGANU BERSAMA PERHENTIAN MJ. Niat asal adalah untuk ke Pulau Redang tapi fully booked. Option kedua adalah Pulau Perhentian. Aku dan MamiZ went to Pulau Perhentian hanya untuk dua hari satu malam saja dengan package dari Perhentian MJ. Aku tengok reviews semua okay dan positif jadi terus message tanya ada kalau masih ada slot yang kosong. Harga package dari Perhentian MJ pun sangat berbaloi dan murah. Antara perkhidmatan service di Pulau Perhentian yang bagus. Penginapan dan makan inclusive jadi tak perlu nak arrange lain. Package 3Hari 2Malam dah penuh. Yang tinggal hanyalah package untuk trip 2Hari 1Malam saja. Ini memang last minute punya perancangan jadi tak adalah ralat sangat kalau ke Pulau Perhentian pun penuh. Orang rancang lebih awal kami tembak saja kalau ada rezeki mengena. 

DAY 1 - Taman Laut Pulau Perhentian
Dari Kuala Berang kami gerak ke Jeti Kuala Besut. Kereta boleh tinggal di tempat yang pihak Perhentian MJ dah tetapkan. Insyallah selamat diawasi setiap masa. Disambut baik oleh PIC yang dah janji nak jumpa pukul 11:00AM. Sepatutnya dah boleh gerak tapi kena tunggu satu group yang masih belum sampai. Lama juga tunggu sebab kami sampai awal around 10:30AM ended up pukul 12:15PM baru gerak. Kami tak tahu kena tunggu another group, PIC menghilangkan diri did not tell us the real situation jadi tertanya-tanya. Orang lain datang kemudian selamat tujuh lapan trip naik boat. MamiZ memang merungut tak puas hati. Layaklah sebab lama sangat kami terpaksa tunggu. Sedih jugalah sebab macam terbiar begitu saja tanpa arah clueless tak tahu apa jadi. At least inform daripada biarkan orang lain tertunggu-tunggu. Sepanjang trip ke Pulau Perhentian dengan Perhentian MJ, ini sajalah isu yang aku kurang berpuas hati. Yang lain semua okay dan memuaskan. Part paling irony adalah, salah seorang dari ahli rombongan group yang lambat tu adalah kawan aku di universiti, Iqa dan kami sebenarnya rapat jugalah. What a small world boleh jumpa atas boat nak ke Pulau Perhentian.



Pulau Perhentian Kecil dan Pulau Perhentian Besar.

Demam perang bendera parti masing-masing.


Kami menginap di Hotel Perhentian MJ, sama nama rasanya dengan package yang terletak di Pulau Perhentian Kecil. Sampai saja terus ke hotel Perhentian MJ. Bangunan tak jauh dari jeti memang dekat. Kami dah selesaikan bayaran sebelum pergi tak perlu bayar apa-apa lagi kecuali bayaran sewa set snorkeling dan life jacket RM10.00 untuk seorang, boleh digunakan sepanjang berada di Pulau Perhentian. Set snorkeling yang dicuci bersih dan life jacket masih nampak baru. Briefing sikit tentang itinerary masing-masing. Itinerary aku dan geng Iqa tak sama. Diorang akan ke Taman Laut Pulau Perhentian while aku dan MamiZ akan snorkeling di lima points - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani. Tapi entahlah kenapa rasa nak ikut geng Iqa dan kawan-kawan jadi kami minta tukar itinerary supaya jadi sama dengan geng Iqa. Disebabkan diorang kesana selama 3Hari 2Malam, diorang ada extra day jadi kami kena korbankan sikit itinerary kami supaya boleh jadi sama. Itinerary ke Long Beach dan hiking ke Kincir Angin terpaksa dibatalkan. Tak cukup masa. Okay saja ada rezeki pergi lagi.

Selesai lunch dan solat, naik ke bilik masing-masing dan rehat. Turun semula at 03:00PM untuk ke Taman Laut Pulau Perhentian. Dekat saja dengan Pulau Perhentian Kecil tapi air laut bergelora teruk seram juga. Kami ditinggalkan di Taman Laut Pulau Perhentian dan pukul 05:00PM boatman akan datang semula ambil kami. Ramai juga tourists dari negara lain. That day, ramai orang putih tengah snorkeling dan berenang. Kami ditegur oleh seorang local (rasanya dia life guard) yang memang duduk saja melepak bawah pokok. Katanya jangan ke sebelah kanan pantai sebab ramai tourists disana. Orang Malaysia boleh snorkeling di belah kiri saja. Aaaik !! Dah kenapa pula jadi macam tu.. Dia cakap orang putih tak suka attitude orang Malaysia bila pergi pantai snorkeling. Bising dan meriah semacam. Diorang pula nak enjoy tengok corals dengan tenang tak nak diganggu. Wah !! Diva perangai tak sedar diri ada di negara orang. Kami ignored alasan tak boleh diterima. Geng Iqa pergi juga jalan sampai ke hujung. Memang dipandang dan dijeling tapi lantaklah. Tak ada pula ditulis larangan secara official. Kesian Malaysians.. Di negara sendiri dianak tirikan.

Cover sikit muka tak make up.



 MamiZ pun snorkeling juga di tepian pantai. Adalah lima enam ekor ikan.

Hahaha nak buat circle tapi tak cukup orang.

Bahagian sebelah sana lepas jeti yang kami tak boleh pergi. Duh !!



Dah jadi geng. Hihihi..

Overall aku rasa kawasan di Taman Laut Pulau Perhentian biasa saja. Taman Laut Pulat Tioman lagi cantik dan seronok. Mungkin di kawasan yang ramai orang putih sana lebih menarik. Ombak sangat kuat rasa pening nak muntah berendam asyik terhuyung hayang. Belum pukul 05:00PM boatman dah sampai katanya kena balik lebih awal sebab hari nak hujan. Boat tak dapat nak bawa kami semua kena dua trip. Memang bergelora sungguh air laut bukan main-main. Tak boleh laju slowly boatman bawa boat. Bila dah sampai di Pulau Perhentian Kecil tak boleh turunkan kami di jeti. Memang ombak tinggi dan besar. Kami turun di tepi pantai itu pun tiga empat kali percubaan baru dapat sampai ke tepi pantai. Langit tak gelap tapi angin kencang. Seramnya !! Syukur dah selamat sampai. Kami mandi solat dan dinner. Disebabkan kami hanya tidur satu malam saja, that night kami dapat set BBQ for dinner. Inclusive sekali dalam package bersama Perhentian MJ.

DAY 2 - Blue Lagoon, Turtle Point, Coral Garden, Shark Point dan Lata Air Berani
Breakfast yang sedap disediakan oleh pihak Hotel Perhentian MJ. Makan banyak sebab seharian nak guna tenaga pergi snorkeling here and there. Sepatutnya aku dan MamiZ kena naik boat ke Jeti Besut at 02:00PM tapi kami dah tukar itinerary, kami akan gerak ke Jeti Besut pukul 04:30PM. Extra hours sebab nak pergi snorkeling. Siap sedia dengan snorkeling set dan life jacket. Jomlah !!

Schools of fish !!





Sepanjang trip snorkeling, aku paling suka destinasi kami yang pertama - Blue Lagoon. Kalau kena duduk situ seharian suntuk pun tak apa. Geram tengok ikan-ikan semua manja. Air laut pula sangatlah bersih dan jernih. Memang puas hati sangat. Bawalah bekalan roti boleh bagi ikan-ikan makan. Kami tak tahu takut pun iyaa manalah tahu protected species tapi ada yang murah hati kongsi dengan kami. Serious seronok !! Kami diberikan lebih kurang 45 minit saja untuk snorkeling di Blue Lagoon sebelum bergerak ke next point. Di Blue Lagoon saja ada kawasan pantai boleh nak jejak tanah di lokasi-lokasi seterusnya semua tengah laut. For those yang nak biasakan diri terapung menggunakan life jacket, disinilah tempatnya.

















Tak puas !! Nak berlama-lama lagi di Blue Lagoon tapi tak boleh. Kena gerak ke point seterusnya.  Kami ke Turtle Point dan Coral Garden. Sadly, aku tak ada keberanian nak turun langsung dari boat walaupun aku tahu berenang. They will drop you off di tengah laut sebab disitulah kawasannya nak tengok penyu. Ada dalam lima enam ekor that day dan seekor besar (lebih kurang besar meja tulis disekolah) timbul di permukaan. Dapat jugalah menjerit-jerit tengok dari atas. Ramai orang dan rasa teruja nak terjun sekali tapi entahlah. Tiba-tiba rasa tak sedap hati dan bila tengok air laut yang dalam rasa takut. Tak pernah ada perasaan macam tu selama aku pergi pulau atau berenang. MamiZ memang tak akan turun. Di Semporna last time, tour guide kami sangat prihatin jadi dia yang jaga kawal keselamatan kami especially MamiZ di tengah laut. Di Pulau Perhentian, pandai-pandailah sendiri. Aku decided untuk ikut kata hati dan tak terjun kedalam laut.

Sama juga di Coral Garden dan Shark Point. Shark Point memang dari awal aku niat tak mahu turun tapi tak sangka pula semua points aku tak turun. Haaaih hati !! Kenapalah berdegup kencang sangat that day tak tahulah. Seronok tengok kawan-kawan berenang enjoying their snorkeling trip. Aku dan MamiZ duduk sajalah melepak atas boat. Terhuyung hayang dipukul ombak. First time juga merasa motion sickness naik boat. Sumpah sebelum ni tak adanya pening kepala dan loya kalau naik boat. Ingatkan aku seorang saja, ada seorang lagi ahli rombongan yang dah berpaut di tiang boat kepeningan. Kesian dia memang nampak sangat lembik sambil pejam mata dia pegang tiang. Sudahnya kedua-dua kami terpaksa mencemarkan air laut. Dia lagi banyaklah lagi kronik dari aku. Syukur MamiZ bawa minyak angin. Pakat mengurut kepala masing-masing atas boat sementara tunggu yang lain-lain. Nothing worked out well for me that day in Perhentian.

Turtle Point. Boat akan turunkan kita di tengah-tengah (kawasan yang ramai orang tu) kemudian boat akan tunggu jauh sikit. Nak gerak ke next destination kenalah berenang ke boat.

Turtle Point. Cantik air laut jernih membiru.

Corals Garden. Lantai laut gelap penuh corals. Tetap takut nak turun.. Sedih !!




Di Shark Point.


Kelakar di Shark Point. Semangat semua nak turun bila shark datang dekat pakat lari balik ke boat. Mula-mula di dasar saja bila boatman turun terjun sekali bawa ikan fresh dipotong-potong terus shark datang dekat dengan diorang. Panic !! Nampak kecil dari jauh bila dah depan mata terkedu. Aku memang buat keputusan yang bijak. Tak payah turun dasar penakut nak buat macam mana. 

Kemudian kami ke Lata Air Berani singgah sekejap saja patah balik ke Pulau Perhentian Kecil. Aku dan MamiZ kena kemas barang sebab dah kena check-out. Ada dua jam lagi before boatman datang ambil kami jadi sempat nak tidur sekejap. Boleh guna bilik hotel sampai waktu check-out. Said goodbye siap-siap dengan kawan-kawan. Diorang akan ke Long Beach dan Kincir Angin pula. Tak apalah tak ke Kincir Angin pun sebab aku bukan minat sangat memanjat dan hiking. MamiZ mesti tak mahu punya ikut tak seronok pula kalau aku saja yang pergi. Overall, it was a nice stay in Pulau Perhentian. Package yang ditawarkan oleh Perhentian MJ adalah sangat berbaloi dan service juga tak mengecewakan. Definitely aku akan recommend kalau ada yang bertanya. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

78 comments:

  1. Cantiknya pulau Perhentian...lagi cantik kalau takdak bendera2 politikus tu semua, buat semak mata ja...hihi

    Haish diva sungguh ya perangai matsalleh minahsalleh yang datang snorkeling situ :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pegi time deman2 pilihanraya gitula jadinya. sana sini bendera. boat2 pun dihias dengan bendera =D

      Delete
  2. Rindu sangat Pulau Perhentian lepas baca post ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe meh balik Malaysia. panggilan pulau menanti =D

      Delete
  3. betul, tak baik orang tertunggu-tunggu dan tertanya-tanya. alahai. tapi bab ikan tu aduhh jeles sangat, nak jugak pegang ikan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula itu je kelemahan yang rasa sangat. sebab kat jetty tu kerusi pun xdak jadi tercangak2 tunggu. takut nak pi jauh kang tak jumpa pulak..

      Delete
  4. ya Allah jelesnya tengok! bestnya dapat main air!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe kena pergi Perhentian kalo gituuu =D

      Delete
  5. alahai.kita yg dkt ni pun xsampai lagi pulau perhntian..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. da boleh plan dah tu CikNor hehe dekat jee tu =p

      Delete
  6. Nani paling risau bila pergi laut, kena pulak time cuaca tak berapa nak okay. Allahu takut dia tu tak boleh nak describe macam mana. Cantiknyaaa perhentian ni, jernih betul air dia. Nani tak pernah sampai sana lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pegi langit cerah ja sampai sana baru cuaca tak menentu. syukurlah tak jadi yang bukan2. esoknya langit okay and cuaca okay. kena doa banyak2 pergi mana pun =)

      Delete
  7. Bila Siti pergi ni?
    Khay pun amik pakej MJ. Pergi awal bulan 8 haritu.
    :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pegi bulan 5.. tu yang penuh bendera parti tu =P

      Delete
  8. Kelihatan amat cantik tpi if saya, sumpah mmg takkan turun ke laut langsung. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa kenapa ? main2 tepi pantai tu ? hehe.. CT entahla tak tahu kenapa jadi takut pula nak terjun dalam air. selalu okay je..

      Delete
  9. Subhanallah cantiknya pemandangan... Entah berani entah tidak Tak tahulah ph ni. Seumur hidup belum pernah snorkeling lagi huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pegi cuba sekali mana tahu minat lepas tu.. cuba2 pergi tepi2 pantai je dulu sebab memang seram pun kalau tiba2 terjun dalam terus =D

      Delete
  10. wahhhh.. cantiknya gambar... teruja ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you. kena rancang pegi Perhentian tu =)

      Delete
  11. allahu cantiknya pulau dia siti, bila lah dapat sampai sini.

    ReplyDelete
  12. Geramnya tengok ikan cantik2!😍
    Dan geram gak dgn warning org tu. Eh..tempat kita kot!

    Akak pnh ke P.Perhentian Kecil sekitar 20thn lalu. Lama sgt dah. Mmg cantik jernih. Masa tu camping je, student takde bajet.😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal. sedih je Malaysians kena layan gitu kat negara sendiri. huurm.. da lama sangat da tu kak kena pegi lagi =D

      Delete
  13. Ruginya datang jauh2 cuma 2H1M... penat belum hilang dah nak balik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT gerak dari Kuala Berang. hehe kalau dari Penang memang penatla. QBer dekat je tak terasa penat tu =)

      Delete
  14. banyak syiok dikerumuni oleh ikan2

    ReplyDelete
  15. fuhhh.. laut dia, cantik sungguh!

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  16. Seronoknya scuba diving... kat situ ada jerung tak...

    ReplyDelete
  17. lama dah tak jenguk perhentian ni. huhu Rindu pun ada. best kan rasa nyaman je tengok laut terbentang luas yang nampak semua isi dalamnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul jernih puas hati sangat. ehhe da lama tak jenguk tu da boleh plan pergi lagi tu =)

      Delete
  18. Cantiknya laut di Pulau Perhentian. Dah lama berangan nak ke sana. Nak berendam tengok ikan je pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat berendam tengok ikan kasi ikan makan tu paling best. sila berlama2 disana sebab situ paling seronok =D

      Delete
  19. tak pernah pernah gi island.. teringin sgt2 bila tgk siti dalam air tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe da boleh plan da tu.. pegi main2 air =D

      Delete
  20. Mesti rasa eh keciknya dunia ni bila CT jumpa kawan yang di universiti tu jauh di Terengganu kan 😂

    Seronoknyaa berenang tu CT, kalau husniey okay je di laut tapi nak turun ke tempat dalam tu takut sikit sebab tak mahir berenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasal dahla tengah moody tiba2 alamak kawan baik aku rupanya hahahaha.. sembang dalam group whatsapp semua rupa2nya nak jumpa.

      CT boleh brenang pun rasa seram sejuk. tengok air laut tu haih gelap gulita je takut nak terjun tapi seronok ja..

      Delete
  21. bestnya, akk terengganu pun x pernah sampai... apatah lg pulau2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaa kena pi Terengganu jalan2. makan ikan celop tepong..

      Delete
  22. Banyaknya ikaaaan goreng pon sodaaap (tetiba, mau kena denda ni kalau buat perangai macam ni kat sana)...hahaha :P

    Yamboi yamboiii divanya perangai mat2 salleh tu, baling kulit durian baru tau *sengih keji* :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan2 yang banyak tu boleh dimakan tapi hanyir bau dan rasa. kata pakcik yang dok jaga kami berenang. dats why xdak sapa nak tangkap depa hehe..

      mohon baling !! geram..

      Delete
  23. baru tahu ada dua pulau perhentian! Cantik sangat permandangan dekat situ. Kak Siti punya gambar tak pernah tak cantik nak pulak part gambar ikan yang close up shots tu. Wow sangat! Kalau saya turun tengok sharks pun panik macam diorang agaknya. Tak pikir nak du du du du dah hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.. ada sekor tu macam tengah pandang camera pulak. geram tapi nak pegang tak dapat2. bila depa ngap makanan je blh pegang. takdeeee dudududu dahh ahaha x dan =P

      Delete
  24. Subhanallah! Cantiknya air dia! Indahnya view kat sana!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jernih air tu menggoda. tapi yang dalam tu gelap takut juga =D

      Delete
  25. cantiknya kat blue lagoon tu. view dalam air tengok ikan tu cam best. tapi tu lah kadang rasa ada aquaphobia dalam diri ni ha..kalau berombak kuat tu lagilah berderau risau je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh !! kat Blue Lagoon tu kalau dok lama2 pun tak apa dari pagi sampai petang. xyah pergi tempat lain hahaha. CT pun dok tepi2 hehe seram tengok yang air dalam gelap tak nampak dasar hehe..

      Delete
  26. Lama sangat dah tak pi terengganu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah masanya nak plan balik trip kesana. ikan celop tepung dok tunggu tuu..

      Delete
  27. Ya ALLAH, cantiknyaaaaaaaaa~ suka lah nengok~ semoga ada rezeki nak bercuti mcmni gakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn insyallah. pegi lama sikitlah baru lebih puas =)

      Delete
  28. SubhanaAllah.. lawa betul gambar gambar alam yang siti amik.. terasa rasa berada sama di sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. air memang jernih disana kak.. puas hati seronok. tapi bab panas matahari tu xleh buat gapoo memang panas teruk ehe.. sedia untuk sunburn =P

      Delete
  29. Seronok tenguk ikan ikan berenang-renang dengan air laut yang jernih tapi bab terapung di air dalam huhuhuhu akak fobia..takut lemas. Sebab tu lebih suka berenag di tepian pantai je....hehehehe jadilah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun takut turun yang tengah2 tu. main tepi2 saja hahaha sama2 penakutla kitaaa kak oi =P

      Delete
  30. Birunya air laut.... Best.

    Oh ye, cikla nk bgtau. Siti terpilih h sebagai top commentator Pilihan cikla Oktober. Tahniah...

    https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/11/pengumuman-top-commentator-pilihan.html?m=1

    ReplyDelete
    Replies
    1. biru jernih air lautnya memang puas hati berendam. terima kasih CikLa.. tapi bulan ni tenggelam timbul tak sempat menjenguk sangat kawan2. bizi sikit..

      Delete
  31. Rindunyaaa Pulau perhentian. Memang sangat2 cantik dan jernih air kat sini kan? Nak mandi pun syiok tengok air diaa. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. jernih sangat memang puas hati nak berkuak =)

      Delete
  32. Seronoknya baca kak. yana tak pernah sampai pulau perhentian ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena pi dengan kawan2 syiok sket. adventurous ehehe.. ajak rmai2 pegi Yana =)

      Delete
  33. walaupun dekat dengan terengganu sebab nya mak tak bagi pergi pualu bahaya katanya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa kalo mak tak kasi tu kena dengar cakap makla. ooor ajak mak sekali =D

      Delete
  34. insyaAllah oneday mana tahu lepas kawen suami bawak hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe nnti dah kawen boleh plan pergi macam2 tempat. dah ada teman mak tak risau =)

      Delete
  35. subhanallah...cantik sungguh dalam laut tu penuh dengan ikan yang cantik2 air laut pun jernih sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat tempat ikan2 tu.. duduk seharian kasi depa makan pun xpa. xyah pi tempat lain hahahaha..

      Delete
  36. mcm xpecaya je yg view cantik2 ni rupanya ada di malaysia😊

    ReplyDelete
  37. saya pegi tahun 2018 on Sept ngan PerhentianMJ..percutian PALING TERUK..kami pergi 9 orang (ahli keluarga+pengantin baru) dgn bayaran rm380/pax utk pakej 3hari2malam..total byrn RM3,420...kami sampai kt jeti pkul 11 pagi. naik bot pukul 2pm.sampai sana kena tggu lg. kemudiannya dimaklumkan xde bilik. dlm pkul 3.30pm kami diberi sebuah rumah (klu x salah nama homestay nabila) kt belakang resort diorg. Rumah tu, MasyaAllah...bayangkan kami semua kena tido atas toto.bilik pun sangat teruk..Ohh PERCUTIAN APA NIII..ohya, x join apa2 aktiviti ptg tu sbb masalah ni..RUGI..esoknya pagi2 kami disuruh keluar oleh pemilik rumah tu..bermula masalah2 yg next..next..next...puncanya PERHENTIANMJ TAMAK terima byk tempahan melebihi kemampuan..saya SERIK nak gi Pulau Perhentian...LAGI SERIK DENGAR 'PERHENTIAN MJ'..semoga Allah membalas mereka dengan sebaik-baik pembalasan.
    Setahun tahun 2019 kami sekeluarga tidak bercuti kemana-mana sebab betul-betul terkesan dengan 'percutian' tu..terlalu perit pengalaman tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. allahuakhbar.. dasyatnya sampai begitu sekali. saya faham kalau ada rasa marah tu kalau saya ditempat encik/puan pun memang akan marah. kita dah bayar dan kita nak pergi bercuti tapi jadi macam tu pula..

      cuma apa yang saya kongsikan diatas adalah pengalaman saya saja dan kalau orang tanya i have to be honest yang layanan saya dapat memuaskan dari pihak PMJ. di jetty saja sedikit kesal sbb kena tnggu lama tapi overall okay. terima kasih kongsi pengalaman semoga dapat jadi rujukan pembaca lain.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.