Bercuti Budget Di Penang : Jalan-Jalan Santai Dan Makan Sedap | SITI.YANG.MENAIP

Bercuti Budget Di Penang : Jalan-Jalan Santai Dan Makan Sedap

/
60 Comments
December 27, 2018
Bercuti Budget Jalan-Jalan Santai & Makan Sedap di Pulau Pinang | Bagi aku yang membesar di Pulau Pinang, tak adalah rasa nak bercuti sangat di negeri sendiri. Biasalah tu normal tapi setiap kali ada kawan-kawan yang nak datang berjalan aku pun sama teruja. Merancang nak kemana, tinggal dimana, apa aktiviti yang nak dibuat dan perbelanjaan mestilah yang budget kalau boleh. Nak jalan ke Penang pun kena buat perancangan rapi walaupun hanya bercuti dalam negara. Ada banyak lokasi percutian dan aktiviti-aktiviti budget yang boleh dilakukan di Penang. Ada yang aku sendiri tak pernah cuba pun. Banyak sangat benda baru tak dapat nak kejar semua. Antara entry di blog aku yang selalu dicari adalah entry pasal Pulau Pinang, jadi rasa nak cerita pasal Pulau Pinang banyak kali pun tak apa. Hampa memang suka mai jalan ke Penang kan ? Marilah aku cerita lagi trip aku ke Penang bersama kawan-kawan. Kali ini aku kongsikan pula trip aku, MamiZ, Ain dan Azie beberapa bulan lepas. Kami cadang trip yang santai makan-makan dan relax. A trip with a bunch of good people.




Kami dah booked apartment di Butterworth untuk dua malam melalui Booking.com. Memang cadang nak bermalam di Butterworth dan enjoy santai jalan-jalan cari makan yang sedap di seberang. Asyik pulau saja jadi kali ni nak cari kelainan. Semuanya okay kami hubungi manager dan dapatkan confirmation. Tapi hakikatnya ketika nak check-in unit yang kami booked dah penuh. Dilayan macam sampah oleh guard sementara tunggu manager yang aku dah contact turun. Cakap nak naik suara sambil perli-perli. Oii !! Dia ingat dia siapa. Orang dah booked kot bukan mai mengemis. Seriously perangai low class punya fikiran. Panas hati mendidih lambat pula manager nak sampai. Dah sampai buat muka sekupang macam tak bersalah. Dia suruh kami tunggu sekejap buatlah kalut call sana sini. Seriously guys !! For the entire dua puluh minit dia berbincang dengan kami sepatah 'Sorry' tak keluar dari mulut dia. Alhamdulillah kami tak buat apa-apa bayaran lagi. Memang pangkah terus apartment tu.. Disebabkan hari dah mula hujan dan kami tak mahu cancel trip, carilah hotel lain.  Aku dah report pada Booking.com dan syukur masalah kami dilayan baik. Cepat pihak Booking.com selesaikan dan kami sangat berpuas hati. Kami terus walk in ke Pearl View Hotel Seberang Prai dan bermalam disana. Tak ada family room penuh sudah. Kami terpaksa ambil dua bilik connected. Nampak tunggang langgang sikit pada mulanya walaupun perancangan rapi dah dibuat. Biasalah ujian dan cabaran. Permulaan yang mengganggu mood tapi tak apalah. Adalah hikmah setiap apa yang berlaku. Masuk check-in rehat dan solat.

PAPAROGER CAFE & DELIVERY DAN AHMAD LIM BLACK PANCAKE

Disebabkan hujan makin lebat tak ada selera nak bersiap cari dinner. Nak makan Shell Out dan aku dah cari tempat makan yang best kami nak terjah tapi cuaca pula tak mengizinkan. Tapi di Paparoger Cafe & Delivery kita boleh pesan Shell Out dan dihantar terus ke rumah. In our case, hantar terus ke hotel. Penghantaran percuma sebab hotel dekat sangat dengan cafe. Kalau jauh kena extra charge. Urusan tempah menempah dibuat melalui Whatsapp saja. Mudah. Dalam setengah jam siap dah turun pergi ambil di lobby. Aku dan Ain pergi Bandar Sunway kejap beli Ahmad Lim Black Pancake. First time nak rasa. Bentanglah semua makanan dan makan ramai-ramai. Ditemani hari hujan..

LOKASI PAPAROGER CAFE & DELIVERY


 Sedap dan puas hati makan. Plastic lapik pun diberikan sekali.

Teringin Ahmad Lim Black Pancake dah lama. Baru dapat cuba.. Sedap !!

Esoknya kami check-out dan terus masuk ke pulau. Breakfast pagi lebihan pancake dan tembikai yang dibawa dari rumah. Tak boleh kenyang sangat seharian suntuk nak pergi mencari makanan. Kami akan bermalam di pulau pula. Last minute aku scroll Booking.com dan jumpa penginapan yang awesome. Ahli jemaah semua bersetuju jadi marilah rombak semula perancangan asal. Aku suka trip kami kali ni sebab memang drive santai. Tak ada benda nak dikejar sangat.

LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU GERTAK SANGGUL PULAU PINANG

LOKASI LAKSA TEMPURUNG TELUK BAYU


Aku bukan peminat laksa walaupun dah bermastautin lama di Pulau Pinang. Aku makan tapi tak suka. Tak reti nak kasi gred laksa sedap atau tak. Masih tak mampu membuka hati meminati laksa sepenuhnya. Tapi kawan-kawan yang lain dan MamiZ memang suka laksa. Jadi marilah kita pergi cari laksa. Laksa Tempurung Teluk Bayu memang famous dalam kalangan masyarakat tempatan di Pulau Pinang. Kalau tengok hashtag di Instagram memang ramai yang dah cuba. Selain daripada laksa yang dihidangkan di dalam tempurung kelapa, lokasi yang cantik tepi pantai angin bertiup sepoi menambah lagi tarikan pengunjung ke Laksa Tempurung Teluk Bayu. Kalau korang jenis tak makan laksa macam aku jangan risau. Ada banyak lagi pilihan makanan yang lain untuk dipilih. Aku makan Char Kuey Teow dan okaylah sedap juga.



Aku tanya MamiZ berapa bintang dia nak kasi - 3.5 Bintang. Hihihi.. Memang seronok duduk tepi laut sambil makan. Ramai yang datang bawa anak dan keluarga. Seronoklah kanak-kanak main pasir main kejar ombak. A good spot untuk hanging out dengan kawan-kawan juga. We ordered ABC dan Mango Shake juga. For me, Mango Shake sedap. Char Kuey Teow also not bad. Habis aku makan kira sedaplah tu. Bolehlah korang pun masukkan Laksa Tempurung Teluk Bayu dalam list Jalan-Jalan Cari Makan ke Penang kalau minat makan laksa. Dah kenyang eloklah pergi check-in. Kami akan bermalam di The Southern Boutique Hotel di Muntri Street Georgetown. Aku sebenarnya tak berkenan sangat bermalam di Georgetown sebab susah cari parking. But for those yang bermalam di The Southern Boutique Hotel akan dapat pass parking dan boleh parking dikawasan berdekatan hotel. Menariklah hotel ni dahlah cantik. Konsep boutique selalunya mahal tapi harga family room untuk satu malam sangatlah berpatutan.

THE SOUTHERN BOUTIQUE HOTEL YANG CANTIK DAN SELESA

LOKASI THE SOUTHEN BOUTIQUE HOTEL






Cantik sangat deco dalaman family room dan semualah cantik. Konsep minimalist hitam dan putih memang sangat menarik perhatian. Biliknya tak adalah besar sangat just nice nak melepak dan berehat. Ruang nak solat pun okay selesa tak adalah sampai berlanggar dengan katil. Cuma kalau bawa anak kecil tak cukup ruanglah nak berlari-lari dalam bilik. Kami sampai dalam tengah hari, lepas solat Zohor terus decide untuk keluar berjalan-jalan. Few weeks before trip kami, aku ada ternampak seorang kawan kongsi di Instagram, tempat makan di Padang Brown yang agak famous di Penang. Nampak tak ? Walaupun aku dah duduk lama di Penang, aku bukan tahu semua tempat pun. Masih kena refer posts dan suggestions orang lain. Hihihi.. Selain Padang Kota dan Gurney Drive, Padang Brown juga adalah salah satu lokasi tempat makan yang mengumpulkan hidangan-hidangan terkenal Pulau Pinang seperti Pasembor, Mee Goreng Mamak dan Mee Sotong. Tapi kami tak mahu makan itu semua !! Kami lebih tertarik nak cuba cucuk-cucuk bebola yang semakin hari semakin famous di Padang Brown. Macam makan steamboat juga cuma dicelur dengan air biasa tak ada kuah.

CHELOR CHELOR / LOK LOK MEDAN SELERA PADANG BROWN

Orang Penang panggil Chelor Chelor sebab kita akan celur bebola cucuk-cucuk dalam air panas. If I am not mistaken, Chinese people panggil Lok Lok. Presentation menarik tersusun kemas memanggil-manggil orang nak mencuba. Harga mengikut warna lidi. Dari RM1 hingga RM7 secucuk. Nak makan banyak boleh sedia duit saja. Personally aku rasa agak pricey sebab ridiculous tiga bebola RM2-RM3 yang sememangnya kita tahu harganya taklah semahal mana. Tapi exclusive di Padang Brown dan konsep unik jadi terima sajalah. Dah nak makan kenalah ready nak bayar. Kalau tak nak.. Banyak lagi hidangan yang ada.

 Pilih yang kita nak dan celur. Celur air saja bukan kuah sup atau tomyam.


Beberapa jenis sos disediakan untuk dipilih.

Colourful dan menarik kan ? Itu jadinya tergoda nak mencuba. Kami bertiga (MamiZ tak ikut) makan rasanya around RM45 jadi average RM15 seorang. Kenyang jugalah. Sebelum balik ke hotel sempat singgah Rollney Penang, kedai yang menjual Hungarian Chimney Cake dengan soft serve. Dah viral dan ramai kata sedap. Marilah kita cuba. Macam-macam dah masuk perut tapi namanya melayu nak juga makan nasi. Duduk sekejap lepak dalam bilik lapar semula. Terus pergi cari nasi kandar. Nasi kandar famous paling dekat dengan The Southern Boutique Hotel adalah Nasi Kandar Line Clear. Jalan kaki sikit dah sampai. Lama sangat aku tak pergi Nasi Kandar Line Clear, asyik makan di Deen Maju. Makan lagi satu round - dinner katanya. Kenyang sangat !!

Sebelum tidur berehat sempat lepak di rooftop area The Southern Boutique Hotel menghirup udara malam. Mulalah keluar topik membawang. Hahaha.. Tak adalah. More kepada luahan hati rasa dan perkongsian. Penat lelah ujian cabaran. Kongsilah dengan kawan-kawan. Sometimes, we just need someone untuk mendengar.

IKAN BAKAR SEDAP DI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS

LOKASI RESTORAN IKAN BAKAR DIN KEPALA BATAS


The next morning kami tak makan breakfast. Memang simpan perut nak makan ikan bakar di Restoran Ikan Bakar Din Kepala Batas. Masuk ke seberang menaiki feri terus sampai Butterworth. Lokasi kena betul yaaa !! Kalau guna GPS make sure ke 'Restoran Ikan Bakar Din'. Ini memang spot favourite kami sekeluarga. Kalau korang adalah pembaca setia blog aku memang dah patut tahu berapa kali aku mention Restoran Ikan Bakar Din. Sebulan sekali at least mesti kena pergi. Hidangan ikan bakar sedap untuk makan tengah hari. Selain ikan bakar, ada juga udang bakar, sotong bakar dan daging bakar yang menjadi pilihan utama pengunjung. Lauk pauk lain pun ada. Kari daging, sup daging, ulam-ulam dan macam-macam lagilah. Kalau orang tanya nak makan dimana yang sedap area seberang pulau, memang aku suggest ke Restoran Ikan Bakar Din. Tak akan menyesal punyalah.


Ikan Siakap Bakar, Sup Daging dan Daging Bakar.

Waktu yang sesuai nak pergi adalah pukul 11:30AM keatas. Masuk pukul 1:00PM tu berebut sikitlah dengan orang ramai. Kalau korang terlajak ke Kepala Batas pegilah makan di Restoran Ikan Bakar Din. Kami sampai dalam pukul 11:00AM lebih just nice nak brunch. We had a delicious lunch sambil sembang bercerita macam-macam. Lepas makan, semua pun bawa haluan masing-masing pulang ke rumah. Ain balik ke Kulim, aku balik Nibong Tebal dan hantar Azie naik ETS balik ke Taiping. It was a short trip tiga hari dua malam yang simple santai tak terkejar-kejar.

Perbelanjaan kasar secara general kali ini - RM250 seorang.
Penginapan dan makan. Happy travelling everyone !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

60 comments:

  1. Wah, cantik tengok hotel tu

    ReplyDelete
  2. wahhhh.. menarik ni :)

    ReplyDelete
  3. Ya allah sedapnya semua makanan tu ha...terliur akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. marila kak jalan2 sini. meh cheq bawak jalan =)

      Delete
  4. SERONOKNYA CT RONDA2 PULAU PINANG SAMBIL JAMU SELERA..MAKANAN KAT SINI SEDAP SEMUANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap. hehe saja cuba makanan yang orang jarang cuba. banyak lagi yang menarik sebenarnya =)

      Delete
  5. aduhhhh... tak tau nk ckp apa, sedih perut tengok makanan sedap2 nih...
    almaklum kita lunch sekut ngn kopi o je...

    belum penah sampai penang lg nih, mmg teringin sgt jln2 sana... banyak makanan sedap2 kn

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak janganlah sedih gitu. nanti pujuk perut tu balik k..
      meh sini meh jalan2. kalau dah sampai jangan lupa hello2..

      Delete
  6. wah affordable lah tu 250 , seronok baca. insyaAllah nak pergi jugak . nanti kena buat tabung travel hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyaa.. untuk mini trip makan makan kira okaylah tu RM250. cuma x campur expenses minyak ke parking ke. roughly makan dan penginapan =)

      Delete
  7. bestttttt.. mostly tempat2 ni semua saya tak pergi lagi walaupun dah berpuluh kali mai Penang hahaha. ok done save.. nxt trip mai Penang boleh refer tempat2 makan & hotel yang cantik tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak lagi tempat2 best makan sedap kat Penang selain yang viral2 belaka. as a Penangite pun CT still tak pernah habis pusing Penang. ada jee benda baru..

      Delete
  8. Banyaknya makanan! lama dh x ke Penang. Huhu.

    ReplyDelete
  9. Waah~ dah boleh start menabung dah ni. Tengok ramai orang review tempat best kat Penang. Boleh save ni. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe menabung memang kena start dah !! mehla sini meh jalan2..

      Delete
  10. bestnya..JJCM di Penang...Southern Hotel tu pernah snap gambar dia masa gi Penang haritu, suka tengok bangunan lama diberi nafas baru..klasik..

    Iaksaaa..favourite nih..unik, bubuh dlm tempurung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa CT book kan last minute sebab da berdepan kes apartment kureng tu.. main book jela tengok hrga ok. tahu bangunan macam klasik tapi tak sangka cntik kemain.

      kena cari kelainan kan.. baru unik ^^

      Delete
  11. Tudiaa ni memang betoi2 jalan2 cari makan nih 😋👍

    Ish ish teruknya lahai layanan apartment yang tiba2 kena cancel tu..🤦‍♀️

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi itula memang makan sungguh kerja kami. hihi.. sentiasa ada ruang untuk makanan. memang geram betul dilayan teruk. menyampah..!!

      Delete
  12. apartment mana yg lousy service tu..cer kabor agar yg lain tak terkena

    ReplyDelete
    Replies
    1. niat memang nak tulis nama sekali itulah biar orang lain berwaspada.. tapi skrang ni maciam2 boleh dimanipulasi kembali walaupun kita tak salah. kalo nak tahu kena nk sembang tepi hihi..

      Delete
  13. lawa hotel butik tu..rate berapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk family room dalam RM250.++ untuk berempat okaylah kan..

      Delete
  14. RM250 seorang dengan penginapan dan makan yang sangat ohsem.. memang berbaloi nie.. lapar pula bila baca entry Siti ini.. hadoi ai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sesekali nak goda kakak2 semua dengan makanan. nak suruh mai Penang ramai2 mai jjcm sini =D

      Delete
  15. cantik dekorasi bilik air hotel tu. bagi akak pun akak lebih percutian yang santai2 macam ni, akak tak suka kalut2 semua tempat nak kena pegi. lama sebenarnya akak tak ke penang ni rasa teringin sangat nak pergi kalau ada rezeki boleh pergi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau first time okaylah kot nak kalut2. oor yang jiwa2 muda cergas lagi nak explore macam2 tempat. hihi sejak makin berusia ni memang rasa nak slow pace jeee jalan santai2. haaa da tiba masanya kena repeat tu kak =P

      Delete
  16. cik siti..alahai terliurnya tgk hidangan shell out tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. kena pergi cari Shell Out lepas ni =D

      Delete
  17. Seriously ini memang jalan-jalan cari makan sungguh ni hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha itula tanpa sedar. jadi trip makan2.. keje makan je kami =P

      Delete
  18. Kalau ke Penang mmg trip makan jela hehe tapi tak pernah pergi pulak semua tempat makan yang siti pergi ni, nampaknya kena second trip lah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang saja nak share tempat2 lain. lain dari yang orang selalu pergi. tapi ini ada yang CT first time pergi juga. kawan2 yang kerja Penang recommend ^^

      Delete
  19. Cik Siti,ikan bakaq Din kepala batas dah tak sedap mcm dulu. Apa kata cuba nurul ikan bakar special kg sungai gelugur.boleh review kat sini.
    Nk minta tlg Cik Siti tanya budak letrik kenapa dah tak boleh baca blog dia walaupun dah update cerita Jeju. Kak tak ads acc fb. Terima kasih

    Kak Zainab kuala lumpur

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi Kak Zainab ^^ oo CT pernah pergi Nurul beberapa kali okayla not bad juga. tapi dua tiga kali pergi layanan tak berapa menarik. jadi kurang gemar. di Din suka daging bakar. ikan bagi CT standrd rasa.. tapi tak dinafikan Nurul sedap.

      ooh yaaa ada bukak juga blog dia pasal entry Jeju tapi kosong. tak tahu kenapa. tak ada FB dia kak maaf..

      Delete
  20. Hai Siti. Miss you. Kim salam kat mak ok. Nanti bawak akak gi tempat2 ni. Dengar cite stesen bas Butterworth dah cantik sekarang. Betui ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iye kak.. kemain lawa bertingkat2 skrng hihi. xde la building2 kontena mcm rituu. mai lain laaa na kita pi jjcm lagi. kita pi cari tempat famous lain pulak nak terjah.

      Delete
  21. semua dalam list ni tak pernah pi lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi Nina lagi dekat.. boleh terjah selalu ^^

      Delete
  22. Lama dah tak ke Pulau Pinang dan semua tempat yang ada di atas tak pernah pergi lagi. Bolehlah letak dalam list makanan untuk dicuba jika ke Pulau Pinang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe dah lama tak datang tu.. marila datang lagi ^^

      Delete
  23. seronok tengok sambil imbau kenangan..sejak kecik lagi, penang dah jadi negeri kedua..family tok ada sana.. makanan penang toksah cakaplah memang marvelllous... rindu

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak kenangan tu kalo dari kecik.. kena mai Penang lagi reminiscing memories. makanan memang toksah cakap la.. sendiri ingat balik pun telan ailioo..

      Delete
  24. Padang Brown? akak tak pernah dengar even pernah duduk Penang in 1991 - 1993.

    akak suka lah hotel tu..
    teringin nak ke Penang. nak cari2 makan lah.. nnt akak refer your hotel ni..
    suka laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. i think that Padang Brown just got famous kot.. padang bola sebenarnya and later they built kedai2 makan. kalooo tak silap hihi.. hotel tu cute kan ? deco luar pun dah cantik. so classic.. hihi they should pay me laaa dok promote ni jkjkjk =P

      Delete
  25. Aduhai, kejamlah! Masuk sini terus lapar.
    Craving tengok pancake dengan laksa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. pancake tu kat KL ada bolehla akak terjah. suka laksa ka ? okay mai jalan Penang cheq bawak pi makan laksa hihi..

      Delete
  26. Bila nak buka pakej ronda2 Pulau Pinang?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi untuk akak bebila jeee insyallah terbuka =D

      Delete
  27. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  28. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  29. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  30. alaaa nape xjupe pn ahmad lim black pancake ms g sunway dulu? yyyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kat dalam Sunway tu.. kat bangunan2 kat luar. celah2 kedai tu hehe..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.