January 2019 | SITI.YANG.MENAIP

Wall's Ice Cream Unicornetto Unicorn

WALL'S ICE CREAM UNICORNETTO BERTEMAKAN UNICORN. Bagi peminat ais krim bolehlah dapatkan ais krim terbaru dari Wall's iaitu Unicornetto yang bertemakan Unicorn dimana-mana kedai serbaneka dengan harga RM3.20 saja. Tengok rupa macam rasa Wall's Rainbow Pop tapi tidak. Katanya berperisa 'Cotton Candy' dan 'Marshmallow' tapi ditekak aku rasa macam flavour Strawberry yang kuat. I like the Strawberry Jam yang ada ditengah-tengah ais krim. It is delicious. Well sedap itu subjective. Mungkin pada orang lain biasa-biasa saja. Cone pun warna merah. Ramai yang viral dah cuba ais krim Wall's Unicornetto yang baru. Aku pun dah cuba sekali !! Kena dengan selera aku dan sedap jugalah. Somewhere in the middle between sedap sangat dan biasa saja. Haaa.. Fikir sendiri. Last two weeks aku cuba tapi sebenarnya masa tu tak tahu menahu rupanya ice cream ini tengah viral. Tergoda dengan packaging sebenarnya biasalah girls kan.. Pantang nampak benda-benda comel. Unicorn pula tu.. Singgah Petronas saja jenguk peti ice cream tengah hari tekak kering nampak macam menarik terus beli. Korang cubalah kalau terjumpa nanti. Happy eating !! 
PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH N CO IOI CITY MALL. Kalau korang pun peminat makanan laut atau seafood yang sedap, kita geng !! Selain daripada The Manhattan Fish Market, salah satu restaurant franchise yang menyediakan hidangan seafood yang aku suka adalah Fish & Co. Kalau di IOI City Mall tu memang banyak sangat pilihan tempat-tempat makan kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa. Kalau The Manhattan Fish Market, franchise ada dimana-mana lebih banyak tapi Fish & Co hanya ada di beberapa lokasi saja seperti di One Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, IOI City Mall dan Setapak Central. The nearest untuk aku pergi adalah di IOI City Mall sebab dekat dengan kampung. Beberapa kali jugalah aku kesana, melepak dengan kawan-kawan dan makanan yang dihidangkan tak mengecewakan. Ruang makan di Fish & Co IOI City Mall bagi aku sangat cosy dan cantik. Selesa dan tak terlalu padat. Decoration pun just nice. Pekerja-pekerja yang okay dan layanan yang diberikan pun memuaskan hati pelanggan. 

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
My first visit. Makan seorang diri..

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fish and chips dan fried calamari.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
 My recent visit last December dengan kawan-kawan.
We ordered seafood platter with rice dan Seafood Pizza.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fried calamari dilupa jangan.

Haaaih !! Lapar pula tengok gambar-gambar ni. Pergi ramai lebih berbaloi boleh kongsi dan order lebih banyak menu. Kalau pergi seorang diri, limited nak makan memang Fish & Chips jadi pilihan tak bolehlah nak order Seafood Platter dan makanan-makanan lain. Aku yakin Fish & Co akan berada lama dalam senarai tempat makan yang menyediakan hidangan seafood yang sedap dalam senarai pilihan aku selain daripada The Manhattan Fish Market. I won't say no kalau diajak lepak makan seafood. Ini adalah pilihan peribadi mengikut selera aku tak dibayar untuk sebarang promosi. Kalau korang pergi tapi tak kena dengan selera, jangan marah na.. Soal harga pula, standard harga makanan-makanan restaurants franchise macam ni. Tak adalah murah sangat dan tak juga terlalu mahal. You choose nak makan ditempat macam ni, kenalah standby nak bayar. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Rujuk SINI Fish & Co Malaysia untuk maklumat lanjut. Happy eating everyone !!

ISI MASA LAPANG BERSAMA KELUARGA DI FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN. Musim cuti sekolah memang anak-anak buah bising ajak berjalan. Aku pula lama plan nak ke Farm In The City di Seri Kembangan memandangkan tak adalah jauh sangat dari Bangi. Tempat-tempat boleh pegang haiwan ni bukan kanak-kanak saja yang excited, kita yang dewasa pun teruja. Asalnya nak pergi dengan kawan-kawan, tak rajin nak jaga nak kepung anak-anak buah kat tempat macam tu tapi akhirnya setelah dibawa bincang, bawa juga diorang sekali ditemani kakak saudara yang lain. Kalau aku seorang memang surrender unless anak-anak buah yang dah dewasa. Yang kecil-kecil jujurnya aku bukan seorang yang penyabar. Itulah sebabnya kena ada yang lebih dewasa dan penyabar dari aku ikut sekali. Set the date dan kami pun ke Farm In The City. Ugut suruh tidur awal malam sebelumnya kalau tak mahu kena tinggal.

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Jalan Prima Tropika Barat 1, Pusat Bandar Putra Permai,
43300 Seri Kembangan, Selangor

Beroperasi setiap hari kecuali Selasa (melainkan cuti umum & cuti sekolah)

Harga tiket ke Farm In The City bagi aku tak adalah mahal sangat dengan pengalaman yang kita akan dapat disana. Harga tiket bagi seorang dewasa adalah RM37.00 dan RM30.00 bagi seorang kanak-kanak. Disebabkan pergi waktu cuti sekolah, kenalah tabah berdepan lautan pengunjung yang ramai.  Kalau nak pergi lagi memang aku akan avoid waktu cuti-cuti kemuncak, aku nak santai lepak dalam tu tanpa berebut-rebut. Ada beberapa station sangat sesak jadi ramai berebut-rebut nak pegang haiwan. Nampak juga beberapa staff bertugas kalut nak handle the situation. Sedikit tak selesa tapi nak buat macam mana.. kena bertolak ansur. Anak-anak buah aku yang kecil merengek jugalah nak pegang anak ayam nak pegang arnab asyik kena tolak dengan budak-budak lain walaupun dah beratur. Anak-anak buah aku jenis baik hati telus ikhlas memang tak reti nak 'mempertahankan hak', itulah jadinya kena tolak-tolak sampai terjatuh. Kecewa sikit parents yang ada tengok saja langsung tak tegur. Kalau Mekti dah mula campur tangan tegur kanak-kanak lain nanti Mekti takut ada yang menangis ataupun jadi scene lain antara Mekti dan parents, jadi pujuk sajalah suruh pegang yang lain. Syukur ada staff nampak terus dia ambil seekor dua anak ayam dan arnab bawa terus kat anak-anak buah aku kasi pegang. Exclusive lagi !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN



FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Susah sungguh nak tangkap Guinea Pig ni.. Geram !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN


FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Minta makanan..

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Tinggi sangat. Tak sampai..

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN
Geramnya !!

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

FARM IN THE CITY SERI KEMBANGAN

Secara keseluruhannya memang aku puas hati sangat dapat ke Farm In The City. Yang bab ramai orang tu tak boleh nak dibuat apa. Mungkin pihak Farm In The City kena fikirkan cara untuk atasi masalah pengunjung yang terlalu ramai dan masalah berebut-rebut. Supaya semua kanak-kanak dapat peluang fair and square untuk pegang haiwan yang ada. Tak adalah rasa terkilan bayar harga sama tapi tak dapat pegang itu ini. Pandai-pandailah tangani masalah itu.. Sekurang-kurangnya kena spend at least dua hingga tiga jam untuk explore dan rasa puas meronda di dalam Farm In The City. Lagi-lagi kalau pengunjung ramai, kena tunggu giliran dan sebagainya. The idea is fresh, di tengah-tengah bandar ada satu kawasan 'back to nature' yang memberi peluang kepada orang ramai untuk rasai pengalaman berada dekat dengan haiwan-haiwan yang manja dan jinak. Aku pun excited tengok anak-anak buah aku teruja tengok haiwan-haiwan yang pertama kali diorang tengok in real life. A good exposure untuk kanak-kanak. The animals are all very clean jadi tak risau sangat nak pegang. It is definitely a place yang sesuai untuk bawa anak-anak beriadah hujung minggu dan isi masa lapang bersama. Happy travelling !!
IKAN BAKAR SEDAP DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR. Kalau korang antara pembaca yang rajin singgah di SitiYangMenaip, mesti dah tahu aku memang peminat hidangan ikan bakar. Banyak juga hidangan ikan bakar di beberapa restaurant yang aku dah recommend. Kalau ada yang bagitau ikan bakar disini disana sedap, mesti nak singgah. Samalah macam di Seri Iskandar, Perak ni.. Selama setahun setengah menetap di kawasan sana, adalah beberapa kali singgah makan ikan bakar yang sedap di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Usually aku hantar Whatsapp untuk tempah makanan dan booking meja. Setiap kali pergi tak pernah lagi kecewa dengan menu-menu pilihan yang dihidangkan.


HIDANGAN MAKANAN DI PAK TEH IKAN BAKAR SERI ISKANDAR

Menu di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar
Ini gambar pertama kali pergi, tahun 2016.

Ikan Jenahak Bakar, Sotong Goreng Tepung, Tomyam dan Kailan Ikan Masin.

Udang Butter sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Pernah sekali order Udang Butter.

Ikan Bakar sedap di Seri Iskandar Pak Teh Ikan Bakar
Jenahak Bakar lagi. Memang favourite yang ini..

Senarai Tempat Makan Sedap di Perak

Selalunya aku akan order Siakap Bakar atau Jenahak Bakar, tapi di Pak Teh Ikan Bakar aku suka order Jenahak Bakar. Bagi aku, simple sangat kalau nak nilai ikan bakar di satu-satu kedai tu sedap atau tidak, bergantung kepada sambal yang digunakan. Setuju tak ? Kalau sambal sedap, mesti sedap dan sebaliknya. Di Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar, sambal yang digunakan sedap dan lulus ujian anak tekak aku. Itulah jadinya asyik pergi makan disana. Harga wise normal standard kedai-kedai yang jual hidangan ikan bakar. Tak adalah terlalu mahal just nice. Kalau korang berada disana, tak tahu nak makan dimana, singgahlah ke Pak Teh Ikan Bakar Seri Iskandar. Sekarang dah pindah semula ke Pulau Pinang, rindu nak makan ikan bakar disana. Happy eating !!

SITI YANG MENAIP
MAKANAN KOREA SEDAP DI RESTAURANT SOOPONG IOI CITY MALL. Di Malaysia sekarang dah banyak sangat restaurant yang menghidangkan makanan Korea sedap-sedap belaka. Salah satunya adalah Soopong di IOI City Mall. Ini memang restaurant yang dah famous bukan kedai baru nak up. Not the best in town but they serve delicious Korean cuisine. Aku suka makanan-makanan Korea yang ada di Soopong, lebih lima kali pergi dan bolehlah masuk carta makanan Korea yang sedap untuk dicuba kalau nak ubat rindu, sesekali boleh pergi dan makan disana. Favourite menu yang aku suka di Soopong adalah Beef Bulgogi, Steamed Egg (Gyeran Jjim) dan Topokki. Pernah sekali MamiZ rindu nak makan Grilled Mackerel ala Korea, aku bawa ke Soopong. Puas hati makan.. Ajak kawan-kawan pergi sekali baru meriah makan ramai-ramai. Portion adalah besar jadi makan seorang tak seronok. Bila ramai, boleh order menu macam-macam.

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall

Makanan Korea yang sedap di Soopong Ioi City Mall
Grilled Mackerel, Kimchi Jigae, Gyeran Jjim dan Beef Bulgogi.

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall
Seafood Ramyeon, Cheese Toppokki dan Bibimbap.

Toppokki cheese sedap di Soopong
Cheese Toppokki.

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall
Gimbab.

Grilled Mackerel yang super yummy.

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall
Gyeran Jjim dan Beef Bulgogi.

Makanan Korea Sedap di Sooping IOI City Mall
Manduu dan tak ingatlah noodles apa.

Bab rasa adalah isu yang sangat subjective sebab soal anak lidah anak tekak masing-masing orang tak boleh paksa. Pernah bawa kawan-kawan, ordered Seafood Fried Rice (Haemul Bokkeumbab) dan katanya tak kena dengan selera. Aku cuba rasa sedap.. Jadi ended up kita sendiri yang buat judgement sama ada sedap atau tak. Out of five stars aku kasi 3.5 stars. Ada menu yang betul-betul kena dengan citarasa jadi ulang alik asyik order menu yang sama. Ada yang sekali cuba and thats it !! Tak nak cuba dah kali kedua. Service bagus tak perlu tunggu lama, kedai spacious dan bersih selesa nak makan. Jadi ada plus minus disitu. Memandangkan aku dah pergi beberapa kali, boleh buat kesimpulan yang aku suka makan makanan-makanan Korea yang dihidangkan di Soopong. Kalau korang ingin cuba, pergilah and have fun. Happy eating guys !!

SITI YANG MENAIP

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.