Pilihan Menu Seafood Sedap Di Fish & Co IOI City Mall | SITI.YANG.MENAIP

Pilihan Menu Seafood Sedap Di Fish & Co IOI City Mall

/
54 Comments
January 30, 2019
PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH N CO IOI CITY MALL. Kalau korang pun peminat makanan laut atau seafood yang sedap, kita geng !! Selain daripada The Manhattan Fish Market, salah satu restaurant franchise yang menyediakan hidangan seafood yang aku suka adalah Fish & Co. Kalau di IOI City Mall tu memang banyak sangat pilihan tempat-tempat makan kadang-kadang sampai tak tahu nak makan apa. Kalau The Manhattan Fish Market, franchise ada dimana-mana lebih banyak tapi Fish & Co hanya ada di beberapa lokasi saja seperti di One Utama Shopping Centre, Paradigm Mall, IOI City Mall dan Setapak Central. The nearest untuk aku pergi adalah di IOI City Mall sebab dekat dengan kampung. Beberapa kali jugalah aku kesana, melepak dengan kawan-kawan dan makanan yang dihidangkan tak mengecewakan. Ruang makan di Fish & Co IOI City Mall bagi aku sangat cosy dan cantik. Selesa dan tak terlalu padat. Decoration pun just nice. Pekerja-pekerja yang okay dan layanan yang diberikan pun memuaskan hati pelanggan. 

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
My first visit. Makan seorang diri..

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fish and chips dan fried calamari.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
 My recent visit last December dengan kawan-kawan.
We ordered seafood platter with rice dan Seafood Pizza.

PILIHAN MENU SEAFOOD SEDAP FISH & CO IOI CITY MALL
Fried calamari dilupa jangan.

Haaaih !! Lapar pula tengok gambar-gambar ni. Pergi ramai lebih berbaloi boleh kongsi dan order lebih banyak menu. Kalau pergi seorang diri, limited nak makan memang Fish & Chips jadi pilihan tak bolehlah nak order Seafood Platter dan makanan-makanan lain. Aku yakin Fish & Co akan berada lama dalam senarai tempat makan yang menyediakan hidangan seafood yang sedap dalam senarai pilihan aku selain daripada The Manhattan Fish Market. I won't say no kalau diajak lepak makan seafood. Ini adalah pilihan peribadi mengikut selera aku tak dibayar untuk sebarang promosi. Kalau korang pergi tapi tak kena dengan selera, jangan marah na.. Soal harga pula, standard harga makanan-makanan restaurants franchise macam ni. Tak adalah murah sangat dan tak juga terlalu mahal. You choose nak makan ditempat macam ni, kenalah standby nak bayar. Yang penting sedap dan mengenyangkan. Rujuk SINI Fish & Co Malaysia untuk maklumat lanjut. Happy eating everyone !!



You may also like

54 comments:

  1. seafood platter tu nampak mengancam.. Kalau pergi berkumpulan memang seronok.. Boleh cuba banyak jenis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. pegi ramai2 best. sampai ke butir nasi terakhir kikis hahaha..

      Delete
  2. terus rasa mcm ngidam lak nengok segala seafood tuh lahai

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau pergi IOI City Mall tu, lalu je. Tak pernah stop nak tengok menu pun sebab family saya lagi suka makan ayam dan daging. hahaha. Nampak sedap juga makanan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ok lepas ni pegi IOI City Mall dengan akak =P

      Delete
  4. pergh..tgk gambar pun thu sgt menyelerakan..:)

    ReplyDelete
  5. Menggiurkan sungguh lerrrr sotong goreng tepung dia tuuuu..

    ReplyDelete
  6. Wowwww tengok tempat memang selesa, dan tengok menu, macam lagi best dari ManHattan ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada pro n con jugakla. lebih kurang sama tapi ada kelebihan masing2..

      Delete
  7. byk juga order sorg tu smp 2 menu hehe...air tu trus rasa hausss....dlu ms opis lama kt area pavilion ...ada la juga singgah fish & co...skarang opis pindah shah alam tkde dh la pegi

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa tu first time tak sangka calamari tu sebnyak tu.. tapau bawa balik sebab tak habis pun. dahla air tu gelas beso. sengkak nak habiskan..

      Delete
  8. tengok calamari tu terus rasa lapar balik.. kita memang suka calamari, squid ward dan adik beradiknyaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. haahhaha samalah. segala adik bradik sotong kita suka. nyummm..

      Delete
  9. Lembut tak calamari tu? sebab pernah try fried calamari like that and dia punya kunyah tu mak aih macam kunyah selipar, esok tu terus gusi bengkak.
    Fish & Co. ni antara my fave seafood place jugak sebab tqa ni pescatarian so cuma kalau datang sini tak pernah order benda lain selain fish n chips haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah fish n chip dia mmg sedap kan.. batter dia pun okay je tak oily sangat. oh for me the fried calamari is okay. tak liat.. sedap je =D

      Delete
  10. Sedapnya, masuk blogg akak ni menjamu mata lah jawabnya hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sesekaaaali. lepas ni nak publish entry travel. saja publish yang makan2 dulu..

      Delete
  11. Lain kali jangan makan sorang diri, makan ngan kak Sal OK. Pernah makan kat One utama. Memang sedap teringat-ingat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe okay nanti kite balik KL kite claim k waktu dating hahaha..

      Delete
  12. Sedapnyaaa Siti. Nani tak pernah try pulak makan dekat sini, okay done masuk dalam wishlist. Hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi okay nanti pergi cuba k.. ala2 The Manhattan sesekali tukar selera pi kedai lain pula.

      Delete
  13. Tengok gambar pun dah macam boleh terasa kat tekak kesedapan seafood yang ada di kedai ni. Oh my cholesterol sungguh:)))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha alaaa jangan la sebut kolestrol nangeh kite nanti. cheat day cheat day.. dun everyday hahaha..

      Delete
  14. tak pernah lagi makan kat fish n co ni tapi seafood platter tu mcm sedap ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo ada chance nanti pegi cuba k.. sedap sama lebih kurang je dengan the manhattan. saja tukar2 selera =)

      Delete
  15. Tgk ni trus rasa nak bdesus ke f & c. Terbayang kesedapannya 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe yang up entry ni pun rasa cemtu each time tengok gambar hehe..

      Delete
  16. sekali sekala layan pun best. cuma nya makan cenggini lepas 2 jam lapar balik.hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahha anda benar !!! macam mana pun nanti balik cari nasik jugak kan hahaha..

      Delete
  17. Alaaaaa...lama dah x makan kat sini...last makan kat sini 2015 kot..giler lama kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uish lama da tu kak.. inilah masanya untuk pergi lagi =D

      Delete
  18. Tengok gambaq pun dah lapar...huhuuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. marilaa kita lapar besama kak.. cheq tengah lapar gak ni =D

      Delete
  19. Wah sedapnya.. bolehlah masuk dlm list mama ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes Mama..!! nanti2 pegi cuba k.. sedap =D

      Delete
  20. nampak sedap2 belaka. kalau compared dgn manhattan FM, mn lg sedap siti?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je lebih kurang.. pilih menu pun hampir2. hehe..

      Delete
  21. Sedapnya..nanti nak minta encik abe belanja laa bday mggu dpn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi paw kak jangan tak paw. time besday lagi tu =D

      Delete
  22. Sedapnya. Nyum2! Pernah try Manhattan je, ni xpernah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang je xde yang obvious sangat bezanya. tapi kalo dapat try nanti tryla. sedap je =D

      Delete
  23. baru try gak last month. berbaloi, sedap tak muak pun fish and chip dia..lapar pulakk hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. batter fish & chips dia okay kan ? xde rasa muak.. betul2.

      Delete
  24. pernah sekali makan kat paradigm mall beberapa tahun lepas..nmpknya kena p lagi ni bila tgk fried calamari tu, terliur..;-))

    ReplyDelete
    Replies
    1. beberapa tahun lepas ? hihi okay da kena repeat balik tu =P

      Delete
  25. Betul2 menyelerakan seafoad dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. banyak pilihan jadi rambang mata nak cuba yang mana =P

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.