AKTIVITI MENCANTING BATIK DI CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR | SITI.YANG.MENAIP

AKTIVITI MENCANTING BATIK DI CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR

/
46 Comments
July 09, 2016
SEPETANG DI CENTRAL MARKET KUALA LUMPUR DAN AKTIVITI MENCANTING BATIK. Petang-petang meronda bandaraya Kuala Lumpur, aku dan Aniz tak tahu nak pergi mana. Ended up melencong ke Pasar Seni Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Central Market. Menarik juga merayau di kawasan Central Market tengok gelagat manusia. Ramai pelancong asing dari pelbagai negara datang shopping sebab disinilah antara tempat yang sesuai nak membeli souvenirs traditional dan macam-macam lagi. Central Market Dibina pada tahun 1928, asalnya Central Market adalah pasar basah yang akhirnya pada tahun 1980-an diubah suai menjadi pusat kraftangan. Ada dua tingkat saja, Ground Floor dan Mezzanine Floor. Banyak sangat kedai yang menjual pelbagai jenis barangan memang menarik mencuci mata. Selain membeli-belah dan makan, ada banyak juga aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan di Central Market. Salah satunya adalah aktiviti mencanting batik. Hanya dengan bayaran RM30.00 kita akan diberikan kain batik yang sudah siap dilukis untuk diwarna menggunakan warna-warna batik yang disediakan. Aku dan Aniz tak lepaskan peluang untuk cuba, saja suka-suka nak hilangkan stress.






 






Errrm.. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Eh !!

Hasil seni tak berapa nak seni. Dibungkus elok untuk kita.

Teringat zaman sekolah menengah aktif Kelab Seni dan Kebudayaan, buat aktiviti mewarna melukis mengecat. Rindu pula jadi sesuailah sesekali pergi buat aktiviti yang kita suka. Selain daripada beberapa aktiviti menarik, di Central Market pun ada Fish Spa juga. Bolehlah pergi rendam kaki buang dead skin setelah seharian penat berjalan-jalan. Simple tapi menenangkan. Disini, kita boleh experience semua budaya yang ada di Malaysia under one roof. Setiap Sabtu pukul 8.00PM akan ada pertunjukkan kebudayaan, mesti menarik especially untuk tourist supaya lebih kenal dengan Malaysia. Barangan-barangan yang dijual pun memang majoriti adalah products tempatan dan ada nilai traditional mengikut kaum. Kami pun teruja tengok barangan-barangan yang ada, apa lagi pelancong-pelancong asing.

CARA UNTUK KE PASAR SENI / CENTRAL MARKET | GETTING THERE


The easiest way adalah dengan menaiki kenderaan sendiri, senang nak kehulu hilir. Sejam pertama, RM3.00 dikenakan diikuti oleh RM2.00 untuk jam berikutnya. Selepas pukul 5.00PM, flat rate per entry, RM5.00 dikenakan. Tapi kalau malas bersesak-sesak dalam traffic, naiklah public transportation, Kelana Jaya Line, MRT, Ampang Line dan juga KTM Commuter. Stations yang berdekatan adalah Pasar Seni Station, Masjid Jamek Station dan juga Kuala Lumpur Station. Naik bus pun senang, Rapid KL, KL Hop On Hop Off dan bus GOKL. Ataupun nak jalan kaki, hanya lima minit saja dari Petaling Street. Terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur, jadi mudah untuk pergi. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. dah lama tak ke sini.. bertahun jugak la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe xpe bila da lama x pegi baru pegi lagi menarik =)

      Delete
  2. pernah pegi lah sekali dua dulu2... macam best jgk kalau bwk aiyn jln situ... mencanting tu mmg ada all the time ke dik? boleh jgk nk try suh aiyan menconteng klu ada bila2 masa

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ada all the time sbb dia memang kedai jual batik dan ada meja kerusi semua siap dah. mini bengkel canting batik.. jalan ke bahagian belakang sikit ground floor jaa hehe..

      Delete
  3. Wow.. aktiviti yang menarik.. Ada sekuang calit.. Makanan kesukaan time sekolah dulu nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klasik kan sengkuang calit hehe.. traditional sangat =D

      Delete
  4. wah sudah semakin cantik CM. Dah lama tak meronda kat sana.

    ReplyDelete
  5. I love Central Market sebab dia macam vibrant :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. satu centre semua budaya ada sekali dalam tu =D

      Delete
  6. Assalam. Nice blog. Rindu CM. berbelas tahun tak gi. hehehe

    ReplyDelete
  7. Bestnya.. tak pernah ke sini lagi walaupun selalu ke KL.. Huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe lepas ni masuk dalam list sesiap. nanti boleh pi =D

      Delete
  8. Selalu ke Stesen MRT Pasar Seni sebab nak balik rumah mak, tapi jarang menyinggah ke sana. Lama dah kot, last sekali awal tahun lepas la. Huhuhu :)

    https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2019/01/segmen-drop-your-link.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kadang2 trip saja singgah x sngaja tu lagi best. lepas ni singgah kejap cuci mateee =D

      Delete
  9. Dulu masa belajar rajin ke sini sebab nak sewa novel di kedai buku yang ada dalam CM ni. Tak sure ada lagi tak kedai buku tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sebab bukan sejenis kaki buku jadi tak alert yang tu.. kami meronda tengok batik je banyaknye hehe..

      Delete
  10. Zumal kalau pergi KL ada juga beberapa kali lalu depan pasar seni tapi tak pernah masuk sebab yang jalan sama tu tak ada sorang pun nak masuk maybe kena pi jalan sorang-sorang la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ajak ja depa pi singgah. menarik dalam tu =D

      Delete
  11. Rindu dgn tpt ni, dulu tiap thn pas course mesti overnite kl n antara faberet spot lepak, skrg if course pun dh tak turun kl lagi, stakat di bangi

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay tu Bangi ngan KL x jauh mana hehe pi lajak KL sesekali. naik MRT jee skrang ni senang ngeh2..

      Delete
  12. lama giler tak pergi CM, dulu zaman naik bas setiap kali dtg CM wajib singgah, dah ada kete ni tak terpergi2 plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe ritu tu lajak sebab malas nak balik lagi. singgahla kejap.. tapi tngk skrng memang dengan public pun senang sangat nak pegi =D

      Delete
  13. best nyer... dulu kala ni la tempat akak selalu lalu tau nak balik Uni.
    CM jugak la tempat pertama akak & mr.asben bertentang mata kali pertama.
    lama giler tak jejak kaki sini, siti.
    tq for sharing. ada la idea akak nak berjalan ke mana nanti time cuti panjang CNY.
    naik komuter & lrt jer la. takkan nak naik kereta. takut takut highway jem teruk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. woah woah !! tempat pertama bertentang mata tu mesti CM special. pergi baaalik cepattt mengimbau kenangan =D

      Delete
  14. yang tak berapa nak seni tu pun cantik oiii...kagummm

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngeh2.. maceh maceh. main tibai je colour tu =D

      Delete
  15. Lama giler tak pi CM macam dah berubah sahaja... one day nak rondalah... KL pon tak habis ronda lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah. ni sebenarnya cerita lama yang amat ni.. CT pun dah bertahun tak pergi sana hehehe.. sesekali meronda KL sronok jugak kan =)

      Delete
  16. antara salah satu tempat yang akan disinggah masa zaman muda remaja dulu kala.. hihihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe mesti banyak kenangan ni kat sini kan kan..

      Delete
  17. menariknya! first time tahu ada macam ni, boleh jugak ni nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sesekali rasa nak cari ketenangan dengan cara berbeza boleh cuba pergi canting batik kat sana hehe..

      Delete
  18. Dah lama tak pergi sana.. dulu masa duk kl boleh kata setiap minggu mesti pergi hehe seronok tengok orang kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergh each week pergi. buat apeee tu ? hehe tengok gelagat orang ramai eh. macam2 boleh jumpa kan..

      Delete
  19. Macam dah lama gila akak tak ke situ. last tahun 2000 rasanya. ha ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. oookay dah lama sangat tu. dah boleh repeat.. sempena tahun 2020 maybe hehe..

      Delete
  20. Dah lama tak pergi CM..masa study kat bangi ja pernah pi situ..lama dahhh tahun 2000..

    ReplyDelete
    Replies
    1. inilah masanya nak repeat pergi CM. sempena 20 tahun.. next year boleh pergi k sambil imbas kenangan dedulu..

      Delete
  21. Tempat ni tempat jalan-jalan cuci mata masa zaman remaja dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah.. memang syok tengok gelagat orang kat sini. macam2 gaya =D

      Delete
  22. hiii berapa ye untuk canting batik tu? and available lagi keee tempat ni? tq ya 😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. dalam range rm10-rm30 ikut size dan design. usually mmg ade sbb mmg tempat2 arts kan tapi musim2 Covid ni saya tak pasti keadaan macam mana..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.