March 2019 | SITI.YANG.MENAIP


Kalau diberikan kesempatan memilih satu destinasi percuma..
korang nak pergi mana ?

Sebelum Avengers End Game ditayangkan, peminat mungkin boleh tengok balik movies yang lepas mengikut chronology diatas !! Selamat menonton.

#WhateverItTakes
ITINERARY DAN BUDGET PERBELANJAAN KE PERTH WESTERN AUSTRALIA SELAMA 10 HARI MUSIM PANAS. Alhamdulillah selesai perkongsian perjalanan ke Perth dan sekitar Western Australia. Aku dah kongsikan itinerary perjalanan selama 10 hari disana, budget dan perbelanjaan dan juga tempat-tempat menarik di Perth dan Western Australia yang boleh wajib singgah. Pengalaman cerita pahit manis semua pun aku dah share. Menjadi kebiasaan bagi aku untuk compile semua senarai entries dalam satu entry khas - niat untuk memudahkan semua yang memerlukan rujukan. Semoga ada manfaat yang boleh diambil dari hasil perkongsian kali ini. Pengalaman dan keinginan kita semua tak sama mengikut individu. Apa yang kita cari dalam setiap perjalanan pun tak sama. Jadi pandai-pandai tapis apa yang perlu diikut dan sebaliknya.


ITINERARY 10 HARI DI PERTH WESTERN AUSTRALIA

Day 1
031218
Monday

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Perth
  • Penerbangan Air Asia X ke Perth
  • Urusan kereta sewa dari No Birds Bayswater
  • Dinner di Charcoal Chicken Dianella
  • Groceries shopping di Coles Dianella
  • Check-in Comfort Perth City Hotel (1 Night)


Day 2
041218
Tuesday

Perjalanan road trip dari Perth ke Albany
  • Check-out Comfort Perth City Hotel 09:00AM
  • Singgah di Corica Pastries 
  • Perjalanan ke Albany melalui Katanning
  • Solat dan lunch (bekal) di Katanning Mosque
  • Teruskan perjalanan ke Albany
  • Groceries shopping di Coles Albany Orana
  • The Gap & Natural Bridge Albany
  • Check-in Big4 Emu Beach Holiday Park (1 Night)
  • Dinner (masak)

Day 3
051218
Wednesday

Dari Albany ke Pemberton
  • Check-out Big4 Emu Beach Holiday Park 08:30AM
  • Emu Beach Albany
  • Frenchman Bay
  • Albany Wind Farm
  • Solat dan lunch (bekal) di Albany Mosque
  • Gerak ke Denmark
  • Greens Pool & Elephant Rocks Denmark
  • Gerak ke Pemberton melalui Tingledale
  • Valley of the Giants Tree Top Walk
  • Check-in Best Western Pemberton Hotel (1 Night)
  • Dinner (masak)

Day 4
061218
Thursday

Dari Pemberton ke Margaret River melalui Augusta
  • Check-out Best Western Pemberton Hotel 08:30AM
  • Ke Augusta
  • Hamelin Bay Beach (Sting ray)
  • Cape Leeuwin Lighthouse
  • Gerak ke Margaret River
  • Groceries shopping di Coles Margaret River
  • Miller's Ice Cream 
  • Check-in Margaret River Tourist Park (1 Night)
  • Solat, lunch dan dinner (masak)

Day 5
071218
Friday

Dari Margaret River ke Bunbury
  • Check-out Margaret River Tourist Park 08:30AM
  • Yallingup - Dunsborough - Busselton - Bunbury
  • Injidup Natural Spa
  • Canal Rock
  • Busselton Jetty & Train Ride
  • Lunch di Busselton (bekal)
  • Gerak ke Bunburry
  • Check-in Bunbury Apartment Motel (1 Night)
  • Dinner (masak)

Day 6
081218
Saturday

Dari Bunbury balik ke Perth
  • Check-out Bunbury Apartment Motel 08:30AM
  • Bunbury Farmers Market
  • Lake Clifton Thrombolites
  • Mandurah Dolphin Cruises
  • Lunch di Mandurah
  • Gerak ke Rockingham
  • Solat di Ar Rukun Mosque
  • Rockingham Kebab & Pizza (Take away)
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)
  • Check-in Airbnb di Balcatta (4 Nights)

Day 7
091218
Sunday

Perth, Fremantle dan Fruit Picking !!
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Petik buah di S&R Orchard
  • Araluen Botanic Park + Lunch (Bekal)
  • Ibrahim Mosque Perth
  • Fremantle Market (Souvenirs Shopping)
  • Rainbow Sea Container
  • Dinner di Cicerello's Fish & Chips
  • Balik Airbnb

Day 8
101218
Monday

Day trip ke utara Western Australia
  • Gerak dari Airbnb 09:00AM
  • Yanchep National Park
  • Lobster Shack Cervantes (Lunch)
  • Pinnacles Desert Drive
  • Lancelin Sand Dunes
  • Balik ke Airbnb untuk solat
  • Charcoal Chicken Dianella (Take away)

Day 9
111218
Tuesday

Shopping Shopping dan Shopping !!
  • Caversham Wildlife Park + Lunch (bekal)
  • Swan Valley Mosque & Islamic Centre
  • Watertown Brand Outlet
  • Belmont Forum (Coles BigW Kmart Woolworth etc)
  • Balik ke Airbnb

Day 10
121218
Wednesday

Goodbye Perth !!
  • Check-out Airbnb Balcatta 08:30AM
  • Elizabeth Quay
  • Kings Park & Botanic Garden
  • Blue Boat House
  • Perth DFO
  • Pulangkan kereta di No Birds Bayswater
  • Airport transfer 
  • Penerbangan Air Asia X ke Kuala Lumpur 04:00PM



SENARAI ENTRY BERKAITAN TRIP KE PERTH 2018


Yass !! Dah selesai akhirnya perkongsian berkaitan trip ke Perth pada musim panas. Diatas adalah senarai entries yang boleh dijadikan rujukan. Semoga setiap satu pengalaman yang aku share dapat mendatangkan manfaat dan dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan info mengenai Perth Western Australia. Ilmu aku sangat cetek pengalaman aku sangat sikit tapi aku harap dengan yang sedikit ini dapat juga aku buat sumbangan untuk korang rancang perjalanan ke Western Australia. Macam mana aku dapat info dari perkongsian pengalaman orang lain, itu jugalah apa yang aku ingin lakukan in return. Jika ada sebarang isu yang masih lagi tak jelas, feel free to email me. Insyallah yang mana dapat dibantu akan aku bantu seadanya. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam menjayakan Trip Perth 2018 kali ini. Semoga murah rezeki semua untuk melangkah lebih jauh explore setiap inci dunia. Tetapkan niat hati yang baik saja sepanjang bermusafir di atas bumi ciptaan-Nya. Setiap perjalanan kita ada ibrah yang dapat dikutip. Jangan sesekali ada sekelumit rasa sombong sedangkan dah jelas nyata betapa kita ini hanya manusia yang hina dan kerdil. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
12 December 2018 Rabu


ELIZABETH QUAY, BLUE BOAT HOUSE CRAWLEY EDGE BOATSHED, KINGS PARK, DFO PERTH YANG BARU, SELAMAT TINGGAL PERTH & SOUVENIRS YANG DIBELI DI PERTH. Hari terakhir di Perth masih lagi dipenuhi dengan beberapa aktiviti yang santai. Tak mahu terkejar-kejar untuk pulangkan kereta dan gerak ke airport. Sengaja kami ambil penerbangan petang supaya boleh bersiar-siar lagi pada waktu pagi. Seawal 05:00AM aku dah bangun tengok langit mula cerah. Tak dapat nak lena sangat jadi aku kemas apa yang patut serba sikit. Pastikan luggage kami berempat dah disusun dengan baik. Pukul 08:00AM aku dan Neddy akan ke No Birds Bayswater untuk hantar semua luggage untuk disimpan terlebih dahulu sementara kami meronda sekitar bandar Tak adalah sempit sangat keadaan dalam kereta untuk meronda. Kami gerak lepas selesai urusan check-out dan pastikan semua bersih dan kembali tersusun. Cadangan asal nak makan nasi lemak di The Sarapan Victoria Park tapi kami ada banyak lagi lebihan makanan yang belum habis digunakan. Tak perlu membazir jadi kita masak dan makan sajalah apa yang ada.

ELIZABETH QUAY PERTH CBD

Elizabeth Quay adalah kawasan waterfront yang terletak di Perth CBD in between Barrack Street dan William Street. Pilihan terbaik untuk ke Elizabeth Quay adalah dengan menaiki public transportation. Boleh naik train ke Elizabeth Quay Train Station atau Busport. Selain train dan bus, boleh juga naik Transperth Ferry dari Mends Street Jetty di South Perth terus ke Elizabeth Quay. Perkhidmatan Blue CAT Bus yang percuma pun lalu kawasan Elizabeth Quay. Bagi yang bawa kereta, kawasan parking adalah limited dan sangat mahal jadi option terbaik adalah dengan menaiki public transportation sekiranya korang bercadang untuk singgah ke Elizabeth Quay. Bayaran parking mengikut jam dan berlainan harga mengikut kotak-kotak parking. Pening juga kami nak faham konsep parking yang digunakan. Aku personally rasa tak ada apa sangat disini tapi it is a nice place untuk berjalan santai dan menikmati permandangan bandaraya Perth. Jangan lupa naik Elizabeth Quay Bridge - aku tak naik sebab malas tapi tengok orang lain pergi nampak cantik juga. Ada juga beberapa spot yang iconic untuk bergambar seperti Spanda dan visit Perth sign. Aku lagi tertarik untuk cuba ice cream di Gusto Gelato tapi masa kesana belum buka pula.

Terganggu pandangan tengok renovation kiri kanan.

Elizabeth Quay Bridge dari jauh. Sebiji Transperth Ferry menghampiri jetty.

Binaan wajib bergambar di Elizabeth Quay - Spanda. Sebut betul-betul naaa..


Sekejap saja kami singgah nak bergambar di beberapa sudut. Kami bayar parking untuk setengah jam saja jadi tak bolehlah nak berlengah sangat. Jom ke destinasi seterusnya.

BLUE BOAT HOUSE CRAWLEY

Masa first time ke Perth, aku pernah lalu tepi Blue Boat House ni tapi tak tahu menahu rupanya itu adalah iconic spot untuk bergambar di Perth. Memang nampak ramai orang beratur ingatkan ada event tertentu. Bila balik kaji semula ohooo rupanya memang spot popular orang ambil gambar. Aku rupanya yang tak tahu. Jadi this time kenalah singgah. Bagi yang memandu kena menapak sikit untuk ke Blue Boat House sebab tak boleh sesuka hati berhenti tepi jalan. Boleh parking di Blue Boat House Car Park berdekatan dengan Perth Dinghy Sailing Club. Korang key in sesiap dalam GPS untuk cari dua kawasan ni untuk parking. No parking fee (setakat December 2018) jadi kalau sekarang dah kena bayar aku tak pasti. Korang boleh juga parking di kawasan Kings Park tepi jalan Kings Park Avenue Street tapi tak pasti dibenarkan atau tak. Itu adalah kawasan perumahan jadi pandai-pandailah decide macam mana. Yang menggunakan public transportation boleh naik Green CAT Bus dan turun di Mounts Bay Road. Kena beringat satu perkara, disini ramai sangat orang nak bergambar jadi agak lama menunggu dan beratur untuk bergambar. Majoriti adalah Malaysians dan Singaporeans. Hihihi.. 

Hampir lima belas minit menapak dari tepat parking.

Akhirnya sampai. Setengah jam beratur menunggu giliran untuk bergambar.



Bila nampak ramai beratur tunggu turn, kita kena consider orang lain juga. Jangan ambil masa setengah jam hanya untuk seorang posing sakan di setiap sudut dan ceruk. Jangan jadi selfish just because kita sampai dulu jadi kita rasa boleh conquer sesuka hati. Beberapa orang sebelum giliran kami ada sekumpulan pelajar tengah photoshoot sempena Graduation Day dan ada professional photographer lagi. Bila dah ramai dan macam-macam gaya bergambar, haruslah lama nak susun kasi nampak cantik. Penat menunggu sebab seolah-olah diorang buat-buat tak nampak barisan manusia yang semakin panjang beratur. Orang lain dah mula bising merungut sebab terlalu lama menunggu baru nak beredar. Memang bengang rasanya sebab tak memikirkan orang lain. While waiting, fikir siap-siap nak posing macam mana. Check forecast dulu sebelum pergi sebab kalau hari hujan memang tak ada tempat berteduh. Bila cuaca teruk, ada possibility jambatan kayu ditenggelami air. Jangan datang terlalu awal sebab takut air surut nanti tak cantik. Haaa.. Pandai-pandailah decide macam mana dan apa yang terbaik.

Kami singgah Kings Park sekejap, park tepi jalan area lookout point untuk bergambar. Tak ada niat nak meronda pun. Touch and go. Okaylah dah selesai ada gambar di Kings Park dan Blue Boat House, jom kita singgah Coles beli chocolates shopping last minute nak habiskan coins dan singgah DFO Perth cuci mata dan isi minyak sebelum pulangkan kereta.

DFO PERTH

DFO Perth baru saja beroperasi beberapa bulan sebelum aku kesana. Memang dah target nak singgah walaupun sekejap sebab lokasi dekat dengan airport. Dari Perth International Airport ada disediakan perkhidmatan shuttle bus untuk sesiapa yang nak ke DFO Perth. Macam perkhidmatan shuttle bus KLIA/KLIA2 ke Mitsui Outlet Sepang. Kami singgah sekejap dalam satu jam setengah sebelum terus pulangkan kereta di No Birds Bayswater. Ada outlet yang ada di DFO Perth tak ada di Watertown Brand Outlet jadi it is a good thing juga kalau nak singgah kedua-dua lokasi. Tak reti nak jawab kalau orang tanya nak pergi yang mana satu. Sendiri kena compare outlets yang korang suka ada dimana. Semua items ada discount tapi yang aku berkenan bila dah tolak tambah rasa macam sama pula harga seperti yang dijual di Malaysia. Fossil di Watertown Brand Outlet lebih murah dan meriah berbanding di DFO Perth. Tak sama discount yang diberikan. Syukur aku dah rembat siap-siap masa di Watertown Brand Outlet. Kalau tidak.. Penyesalan tak sudah. Menarik di DFO Perth pun aku rasa sebab ada Coach Outlet. Tapi.. huurm harga tak boleh bawa bincang. Boleh tengok dan telan air liur saja. Kalau korang memang sejenis yang suka shopping, satu jam setengah memang tak cukup. Kawasan luas jadi more time diperlukan untuk explore. Rancang perjalanan sebaik mungkin ya...



SELAMAT TINGGAL PERTH.. JUMPA LAGI

Kami ke No Birds Bayswater untuk pulangkan kereta. Masa pulangkan kunci aku ingat dia akan spot check kereta tapi tak. Dia suruh drop kunci saja. Alhamdulillah tak ada kejadian yang tak diingini berlaku dan kami dihantar ke airport menaiki van airport shuttle. Banyak gilaaa luggage dan barang-barang kami berempat. Memang elok sangat aku top up jumlah KG jadi 120KG. Senang semua sekali kami check-in dan berlenggang masuk flight. Tinggal hand carry yang ringan saja. Sebelum check-in sekali lagi pergi timbang untuk pastikan tak lebih muatan dan beg sudah dikemas rapi. Aku sumbat Corelle MamiZ dalam luggage tapi Neddy dan AcikE pegang jadikan hand carry. Sekotak lebih kurang 4.8KG ke 5.5KG mengikut jenis. Buah-buahan yang kami beli dan petik pun dibalut rapi dalam kotak dan hantar sekali untuk check-in. Masa nak drop barang-barang ada juga pekerja dikaunter tanya sikit mengenai buah-buahan dan syukur alhamdulillah lepas. Buah-buahan dibawa keluar tak jadi masalah sebenarnya. Yang mungkin sangkut adalah di kastam Malaysia. Ada beberapa jenis buah-buahan yang tak dibenarkan dibawa masuk ke negara kita. Aku tak ingat buah apa tapi adalah pernah nampak amaran tentang buah-buahan tu semua. Tawakal sajalah kalau pihak berkuasa nak ambil tak boleh buat apa.

Beg sudah beranak-pinak.

Good bye Perth. Ada jodoh jumpa lagi..


Selesai kisah sepuluh hari di Perth, Western Australia. Syukur semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang dan tak ada kejadian yang tak diingini berlaku. Walaupun dah dua kali pergi tapi masih rasa macam tak puas sebenarnya. Ramai kata Perth bosan dan tak banyak benda nak tengok berbanding dengan negeri-negeri Australia yang lain. Tapi tak tahulah.. Selain Melbourne aku memang rasa Perth adalah satu lokasi holiday yang tenang dan menyeronokkan. Cuma jarak dari satu lokasi ke lokasi yang lain adalah jauh. Penat memandu jadi kena rancang perjalanan sehabis baik. Tapi bila dah sampai ke lokasi yang dituju, hilang lelah. Subhanallah - memang puas hati dan mata yang memandang. Kalau ada rezeki insyallah nak pergi lagi tapi kena tunggu banyak tahun lagilah. Lepas dah terjah tempat-tempat lain yang ada dalam bucket list apa salahnya repeat Perth lagi. Banyak pengajaran dan pengalaman yang aku dapat sepanjang berada di sana. Tetapkan niat hati kita untuk berkelana di bumi ciptaan-Nya insyallah setiap langkah kita akan dilindungi dan dapat pahala. Terima kasih kepada semua yang dah menjayakan trip Perth 2018 kali ini terutamanya MamiZ, AcikE dan Neddy.


BARANGAN / SOUVENIRS YANG DIBELI DI PERTH AUSTRALIA

Aku dah kongsikan itinerary, tips dan perbelanjaan jadi sekarang aku nak kongsikan pula barang-barang yang aku beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Dah pergi jalan mestilah shopping serba sedikit kan.. especially souvenirs untuk dijadikan kenangan. Tak ada niat nak menunjuk, aku tak shopping benda mahal pun. Hanya niat nak kongsikan harga supaya korang semua dapat bayangan berapa harga barang-barang disana. Senang nak budget nanti berapa nak asingkan untuk dibelanja. Selalunya ramai yang akan borong chocolates, perfumes dan set pinggan mangkuk Corelle dan barangan dapur Pyrex dan Corningware. Beberapa barangan memang jauh lebih murah disana dan berbaloi kalau nak borong. Ada juga few things kalau kita convert ke RM harga lebih kurang saja. Boleh shopping di Watertown Brand Outlet dan juga DFO Perth yang baru saja beroperasi.


Selalunya kalau nak bawa balik buah-buahan, aku just simpan dalam bekas makanan dan sumbat dalam luggage. Tapi this time sangat banyak lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran. Sayang sangat rasa kalau nak tinggal jadi a night before balik ke Malaysia, aku dapat ilham nak minta kotak di Coles dan balut kotak dengan cling wrap. Sumbat semua lebihan buah-buahan dan sayur-sayuran sekali, balut elok-elok dan check-in sekali dengan luggage. Jangan balut cincai dan comot, sekurang-kurangnya pihak sana nampak kita memang serious nak bawa bungkusan balik. Aku cuak juga kalau tak lepas tapi alhamdulillah tak ada masalah langsung. Buah-buahan dan sayur-sayuran semua masih dalam keadaan baik. Aku tak sarankan korang ikut cara ni- kalau jadi apa-apa do not blame me. Aku dah ingatkan.. unless ini adalah option terakhir yang korang ada seperti aku. Kalau ada cara yang better, silakan buat.


Ini adalah suku dari hasil tangkapan chocolates yang diborong. This time aku banyak beli TimTam dan Lindt. Memang ada dijual di Malaysia tapi harga disana sangatlah murah. Lindt hanya 3AUD - 5AUD mengikut jenis. Kalau di Malaysia hampir RM60.00 jadi wajiblah kita borong. TimTam pula memang rezeki kami dapat 3 bungkus untuk 4AUD. Usually aku selalu jumpa 2 bungkus untuk 5AUD. Mana nak dapat TimTam harga kasih sayang macam ni kalau di Malaysia. Borong jangan tak borong !! MamiZ pula sangat suka chips Coles Sour & Cream tu.. Tak tahulah sepanjang disana berapa botol kami makan. Memang wajib diborong bawa balik juga sebab sedap. Tak terlalu masin. The funniest part adalah - chips itu adalah hasil keluaran syarikat di Malaysia. Selain daripada Lindt dan TimTam, boleh juga beli Whittakers dan Cadbury. Banyak pilihan flavours yang menarik. Pastikan kita check ingredients dulu jangan terlalu yakin sangat. M&Ms pun aku borong sebab tengah sale dan flavours yang diborong belum pernah nampak dipasaran Malaysia. Mungkin masa kami disana demam Christmas sedang melanda jadi murah-murah belaka harga barang.


3 sets untuk AUD10 di Megabes Fremantle Market.

Disebabkan dah beberapa kali ke Australia, aku tak borong beli souvenirs sangat dah. Souvenirs beli dulu pun masih ada dalam simpanan. Just bought few things yang orang kirim dan souvenirs untuk kawan-kawan MamiZ. Aku beli souvenirs hanya di kedai Megabes di Fremantle Market. Kami tak jenguk kedai lain dah memang tumpu disitu saja. Dulu Megabes dibuka di E-Shed Markets tapi dah pindah ke Fremantle Market. Harga memang yang paling murah tak akan dapat harga yang sama dimana pun.. Tapi satu sajalah kena - dah barang murah jadi quality pun murah juga. Untuk standard souvenirs original Australia, harga mahal juga seperti dikedai-kedai lain. Pilihan ditangan masing-masing. Range harga topi bermula 3AUD - 10AUD dan choices tshirt di Megabes cantik-cantik. Range harga adalah sekitar 4AUD - 30AUD. Nak yang kain elok kena bayar mahal sikit. Kami beli keychains, fridge magnets, mugs, totes, topi dan seekor patung Koala. MamiZ belikan mugs untuk kawan-kawan baik, sebiji berharga 4AUD. Antara souvenirs yang aku suka beli adalah beg totes dan di Megabes boleh dapat semurah 2AUD untuk size yang paling kecil. Tuala mandi, kitchen towel dan set apron antara souvenirs yang menjadi pilihan ramai.


Sampai di satu-satu lokasi tertentu, aku lebih suka kumpul souvenirs yang exclusive begini untuk koleksi peribadi. Selalunya beli seketul saja fridge magnet. Kalau harga fridge magnet terlalu mahal aku hanya beli postcards. Postcard kosong tak perlu tulis apa-apa. Kalau rajin beli yang lain untuk post kepada diri sendiri. Seronok juga kumpul postcards bila rindu boleh belek balik tengok koleksi. Thanks sangat kepada kawan-kawan yang rajin send postcard sebagai tanda kenangan. I really appreciate it. Kalau harga fridge magnets mampu beli, aku akan beli seketul. Seperti fridge magnet Cape Leeuwin Lighthouse diatas, hanya 3.50AUD jadi bolehlah beli seketul sebagai kenangan.


Aku borong pencil cases Smiggle di Watertown Brand Outlet. Sebenarnya tak plan pun nak beli Smiggle sebab di Malaysia pun ada. Cuma bila dah convert ke RM memang jauh lebih murah kalau dibeli di Australia, pakat borong. Seronok shopping sebab ada extra discount lagi sempena nak Christmas. Dapatlah aku belanja anak-anak buah yang dah bersekolah seorang sebiji Smiggle. Yang besar dapat yang kotak yang kecil dapat yang transparent. Oooh !! Tak tahan sebab comel sangat - aku beli sebiji untuk diri sendiri juga. Geram tengok macam-macam ada tapi memikirkan usia aku yang tua ni kenalah control diri. Kalau tak memang dah beli dengan pen bulu-bulu, buku nota dan berkemungkinan bag pack pun aku beli. Huhuhu..

Pakaian kanak-kanak yang dibeli di BigW.

Pakaian kanak-kanak yang dibeli di Cotton On Kids.

Aku ni memang suka sangat nak memborong pakaian untuk kanak-kanak. Bertuahlah anak-anak buah aku dapat makcik penyayang macam aku. Geram sebenarnya sebab sangat comel. Bila dah balik baru sedar untuk anak-anak buah lelaki tak pula aku belikan baju baru. Maaflah.. Terlupa terus sebab focus beli baju-baju anak-anak buah perempuan. Baju-baju di BigW sangatlah murah hanya sekitar 1AUD - 3AUD sehelai. Aku beli semua yang 1AUD saja. Eloklah buat pakai seharian. Walaupun murah, jahitan tetap kemas dan puas hati beli. Seluar pun murah sangat. Dapatlah seorang sepasang dua. Jenama pakaian baby brand Bonds pun famous disana. Di BigW ada pelbagai jenis design. Kalau boleh memang nak beli lagi banyak sebab cantik-cantik semuanya. Aku ni belum ada anak lagi, kalau dah ada memang lagi banyak borong agaknya. Yang mahal sikit aku beli di Cotton On Kids di Watertown Brand Outlet. Dapatlah baju sekitar 3AUD - 5AUD. Masih murah jika dibandingkan dengan harga Cotton On Kids di Malaysia.

Selain daripada barang-barang diatas, kami beli set pinggan mangkuk Corelle di BigW. Aku suka sangat peralatan dapur disana, set pisau sudu dan garfu tapi jenuh nak bawa balik sebab berat. Bagi aku Pyrex dan Corningware lebih kurang saja harga dengan yang dijual di Malaysia jadi jangan seksa diri nak angkut berat-berat bawa balik. Beli juga kasut, handbag dan jam tangan. Ada kesempatan beli dengan harga murah disana eloklah kita beli. 

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
11 December 2018 Selasa


CAVERSHAM WILDLIFE PARK, SOLAT DI SWAN VALLEY MOSQUE, SHOPPING DI WATERTOWN BRAND OUTLET DAN BORONG CORELLE DI BIGW BELMONT FORUM. Berbaki sehari lagi untuk meronda di Perth sebelum pulang ke Malaysia. Sekejapnya dah sepuluh hari hampir berlalu. Masa mula sampai bercinta sangat rasa lama. Hari terakhir dipenuhi dengan aktiviti santai bermanja dengan Kangaroo dan Koala di Caversham Wildlife Park dan shopping sehingga lenguh kaki dan tangan memborong di Watertown Brand Outlet dan Belmont Forum. Fuuuhh !! Marilah kita mulakan perjalanan hari kesembilan di bumi Western Australia. Kami breakfast dulu di Airbnb sebelum gerak dan tapau makanan untuk lunch.

DATANG AWAL KE CAVERSHAM WILDLIFE PARK UNTUK ENJOY SEMUA SHOW DAN TAK BEREBUT DENGAN ORANG RAMAI

Ini adalah antara soalan yang aku selalu dapat daripada pembaca sekalian. Selalu dapat soalan pukul berapa nak pergi atau waktu terbaik untuk ke Caversham, pagi atau petang ? Seronok atau tak dan macam-macam lagi. Inilah yang aku dapat kongsikan. Pergilah seawal yang mampu supaya korang dapat enjoy sepuas hati. Caversham Wildlife Park beroperasi mula pukul 09:00AM dan kami berempat sampai awal at 08:45AM, seorang pengunjung pun tak ada lagi selain kami dan kamilah group pertama yang beli tiket that day. Inilah yang kami buat untuk memastikan kami dapat enjoy semua show yang ada di Caversham Wildlife Park mengikut masa show time yang pertama. Boleh refer website untuk tengok show time. After one show atau satu-satu session bersama animals, terus sambung show lain jadi aku susun siap-siap supaya kami dapat enjoy semuanya. Trust me !! Perjalanan kami smooth sangat dan tak perlu beratur panjang atau tak dapat tempat duduk ketika show. Setengah jam lepas Caversham dibuka memang manusia menderu-deru datang tapi alhamdulillah kami tak sangkut dimana-mana station. The choice is in your hand. Bekalan makanan yang siap tapau boleh bawa masuk sekali ke Caversham Wildlife Park dan tinggal di kawasan yang disediakan. Dah penat berjalan rasa lapar sebelum gerak balik boleh makan dulu. Ada juga cafe yang menjual makanan jadi terpulang.

MEET THE KOALA

Attractions yang ada di Caversham Wildlife Park adalah :
  • Farm Show
  • Molly's Farm
  • Meet The Wombat & Friends
  • Feed The Kangaroos
  • Meet The Koalas
  • Penguin Feeding

Setiap attraction ada show time tertentu kecuali untuk Molly's Farm dan Feed The Kangaroos yang boleh pergi all day. Rugi kalau tak rancang elok-elok sebab takut terlepas salah satu show. Rujuk SINI - Caversham Wildlife Park Show TimeFirst sekali kami ke kawasan Meet The Koala, sunyi sepi tak ada orang melainkan staffs bertugas. Puas hati sangat dapat pegang Koala lama-lama dan bergambar sakan sampailah ada pengunjung lain yang datang. Barisan untuk beratur semakin panjang untuk bergambar dengan Koala. Legaaa.. Tak payah beratur. Ada banyak Koala di dalam kandang.


Yang pertama sampai !!

Lengang !! Tempat ini kami yang punya !!

Nyenyak tidur.


Meet The Koala hanya setengah jam saja bermula pukul 09:00AM - 09:30AM untuk sesi pertama dan kemudian ada lagi. Kalau terlepas yang pertama kena tabah tunggu sesi seterusnya. Itulah penting untuk rancang perjalanan sehabis baik. Kami terus ke kawasan seterusnya untuk ke area Meet The Wombat & Friends, bersebelahan saja dengan kawasan Koala. Disediakan satu bangunan khas bertutup yang menempatkan Wombat dan binatang-binatang lain. Selain Wombat, ada juga animals lain seperti Possum, Birds dan Reptiles. Ada pekerja yang akan jaga dipintu masuk. Kalau dah crowded, pintu akan ditutup sehingga selesai sesi yang pertama jadi pengunjung lain kena tunggu diluar. Tak adalah ramai semua sekali bersesak dalam satu kawasan berebut nak tengok animals.

MEET THE WOMBAT AND FRIENDS

First time tengok Wombat secara dekat.

Neddy yang berani.

Possum. Comel !!

Around lima minit before waktu sesi pertama nak habis, staffs akan ingatkan pengunjung untuk beredar. Jadi faham sendirilah kena keluar. Panjang gilaaa barisan manusia yang tengah tunggu turn nak masuk. Nak keluar pun kena menyelit baru dapat lepas diri dari lautan manusia. Selesai sesi bertemu Wombat, kami ke kawasan untuk menonton The Farm Show. Kami antara yang pertama sampai dan dapat pilih untuk duduk dibarisan hadapan. Penuh dengan orang Malaysia hihihi..

THE FARM SHOW

Bagi aku, ini adalah show yang paling best yang ada di Caversham Wildlife Park jadi korang tak boleh terlepas dari tengok The Farm Show. Lebih kurang sama dengan show yang aku tengok di Phillip Island di Melbourne tapi ini lebih kemas dan menarik. Nampak tersusun dan sistematik. Content sama saja.. Potong bulu kambing biri-biri, hambat biri-biri masuk kandang dan perah susu lembu. Walaupun dah tengok benda hampir sama tapi tetap menarik.

Process menghambat biri-biri.

Semua orang diberi peluang untuk perah susu lembu.

Sepanjang show kita akan didedahkan dengan penerangan tentang process mengembala biri-biri, fungsi anjing yang dilatih khas untuk mengejar biri-biri, process mengetam bulu biri-biri dan macam-macam lagi. Penuh information dan kadang-kadang staffs ada juga berinteraksi dengan penonton jadi show tak bosan. Ada juga lawak terselit-selit menjadikan show lebih menarik.

FEED THE KANGAROOS

Habis saja The Farm Show, kami ke kawasan Kangaroos. Kami skip Penguin Feeding sebab rasa malas nak tengok. Jadi di kawasan Kangaroos kami boleh lepak lama sikit. Area untuk Feed The Kangaroo dibuka sepanjang hari jadi korang boleh pergi tengok shows dulu kemudian baru singgah sini. Cuma bila menjelang tengah hari, banyak Kangaroo dah lemau dan kerja nak tidur saja. Tak banyak yang active. Seronok di Caversham Wildlife Park, makanan untuk Kangaroo diberikan secara percuma. Ada banyak bekas makanan disediakan ambil saja untuk beri Kangaroo makan. Kalau di sesetengah tempat, makanan untuk haiwan kena beli asing pula.

Aktiviti tengah hari - tidur !!

Makan bekalan lunch yang dibawa.

Puas hati jugalah bermain dengan Kangaroo walaupun ada banyak yang dah tidur. Waktu tengah hari memang gitulah gelagat binatang-binatang ni semua. Kami singgah sekejap ke kandang Penguin menjenguk tapi show belum mula. Tak nak tunggu sebab memang plan tak tengok Penguin Feeding. Makan bekalan lunch yang dibawa di kawasan yang disediakan. Ramai yang bawa bekalan makanan sendiri. Masa kami makan ada dua tour agencies yang bawa orang Malaysia tengah unpacked makanan juga. Overall kami spend hampir empat jam di Caversham Wildlife Park. Berbaloi untuk datang ke Caversham Wildlife Park especially yang bawa kanak-kanak. Kawasan luas untuk explore boleh berjalan bebas dan ada banyak juga haiwan yang kita boleh dapat close encounter. Kalau ke zoo aku rasa banyak animals dalam kandang dan sangkar. Jadi aku recommend Caversham Wildlife Park untuk semua.

SWAN VALLEY MOSQUE AND ISLAMIC CENTRE

Ini adalah masjid baru yang terletak berdekatan dengan kawasan Whiteman Park dan Swan Valley. Kalau seharian korang dah plan untuk meronda sekitar Swan Valley elok sangat singgah solat disini. Aku guna Google Maps saja untuk cari lokasi insyallah tak sesat. Masjid ini dibina hasil kutipan derma masyarakat Muslim tempatan. Bagus kan.. Masa kami kesana bangunan ruangan solat untuk wanita belum siap sepenuhnya jadi kena solat di ruangan solat lelaki. Tak ada orang pun sebab dah lepas waktu solat Zohor agaknya. Selesa dan sangat cantik.

SHOPPING DI WATERTOWN BRAND OUTLET DAN BELI CORELLE DI BIGW BELMONT FORUM

Lepas solat kami terus ke Watertown Brand Outlet untuk shopping. Orang tak ramai jadi tak stress nak shopping. Banyak brands yang tengah offer kaw kaw dan rugi kalau tak memborong. Hasil hasutan dan pujukan, MamiZ beli handbag Fossil sebiji dan aku dapat sambar jam tangan. Bila convert harga ke RM, memang murah banyak. Patutlah ramai yang suka jadi personal shoppers. Neddy dan AcikE pun memborong juga. Masing-masing beli kasut Puma yang sangatlah murah. Aku pun tak lepaskan peluang membeli kalau dah sepasang Puma Soft Foam Suede hanya AUD29 (RM90 approx). Memang tak akan jumpa punyalah harga macam tu di Malaysia. Rugi yang amat kalau tak beli. Daripada tak nak terjebak beli kasut, terus beli sepasang. AcikE beli untuk semua anak-anak lain seorang sepasang. Puas hati !! Ni nak sembang sikit bab discount dan sale. Benda-benda macam ni tak boleh nak jangka bila ada sale dan brand apa yang sale. Kena pergi tengok sendiri. Masa aku pergi tu, Vans, Puma, Nike dan Fossil memang sale teruk. Penuh kedai orang serbu tapi Converse dan Adidas harga tak mesra alam. Berbeza dengan waktu aku kesana tahun 2016, Adidas menggila sale dan Levi's pun sama. Menjawab pertanyaan korang tentang sale, maaflah. Kena pergi sendiri baru tahu. Sediakan saja duit sebab aku yakin korang akan beli juga something.


Lepas dah melabur di Watertown Brand Outlet, kami ke Belmont Forum pula untuk beli Corelle. Corelle bukan terjual di Belmont Forum saja tapi kat tempat lain pun ada juga. Usually di BigW memang ada terjual Corelle. Aku tak pasti pula outlet Corelle di Perth dimana. Aku dah selesa di Belmont Forum dan yakin di BigW ada jual jadi terus kesana sajalah sambil memborong chocolates dan jajan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Seronok our moms memborong Corelle. MamiZ beli sekotak lagi tambah collections sedia ada dan beli loose set. Range harga sekotak Corelle 16 pieces di BigW adalah lebih kurang 48.00AUD - 70.00AUD (RM145.00 - RM250.00 approx) bergantung pada design. Murah jugalah harga Corelle disana sebab tu ramai borong. Berat sekotak pula lebih kurang 4.8KG - 6.0KG jadi pandai-pandailah korang tambah tolak dengan berat luggage yaaa.. Dah selesai memborong, kami terus pulang ke Airbnb untuk rehat dan packing barang-barang. Alhamdulillah cukup semua muatan dan terlebih KG. Buah-buahan yang lebih pun kami bungkus balut kemas dan bawa balik. Untuk urusan check-in buah-buahan di kastam Australia tak ada masalah. Kita bawa buah tempatan keluar tak apa jangan kita bawa masuk dari luar. Selamat berkemas.. Esok dah nak balik.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.