Trip Perth 2018 : 2.0 Road Trip Perth Albany (Corica Pastries, Katanning Mosque & Groceries Shopping) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 2.0 Road Trip Perth Albany (Corica Pastries, Katanning Mosque & Groceries Shopping)

/
58 Comments
February 15, 2019
04 December 2018 Selasa


PERJALANAN ROAD TRIP KE ALBANY, SOLAT DAN LUNCH DI KATANNING MOSQUE DAN GROCERIES SHOPPING DI COLES ALBANY ORANA | Hari kedua di Perth adalah permulaan road trip ke selatan Western Australia. Kami melalui pekan seperti Wandering, Wagin, Katanning dan Tambellup sebelum ke Albany. Kami singgah untuk solat dan lunch di Katanning. Perjalanan road trip hari pertama adalah yang paling panjang dan jauh, lebih kurang enam jam memandu dari Perth. Set alarm pukul 05:30AM nak solat Subuh, terjaga selak langsir tengok cahaya terang diluar. Blur sekejap nak digest apa terjadi. Kemain siap print waktu solat mengikut kawasan tapi silap tengok jadual. Waktu solat Subuh ketika summer rupanya pukul 03:15AM !! Padanlah matahari dah mencanak naik. Hamek kau.. Semua terlajak solat. Jalan waktu summer untung kitaran waktu siang lebih panjang. Advantage kalau nak berjalan jauh dan rancang untuk gerak awal. Ingatkan bila siang panjang di Australia maksudnya Maghrib lambat, rupanya Subuh yang cepat. Lain ceruk dunia lain waktunya. Matahari dah naik tinggi seawal 05:00AM, jalan raya masih sunyi sepi. Lengang..

FAMOUS APPLE STRUDEL HALAL DARI CORICA PASTRIES

Check-out dari Comfort Perth City Hotel pukul 08:00AM terus ke Corica Pastries nak beli Halal Apple Strudel yang orang kata sedap sangat tu.. Bagus, Corica Pastries beroperasi awal jadi tak perlu tunggu lama. First time ke Perth dulu tak tahu menahu pasal apple strudel ni. Hairan bila orang tanya pasal apple strudel rupanya diri sendiri yang terlepas pandang tak tahu. Kali ini harus beli dan rasa. Kedai tepi jalan saja tak jauh dari hotel dan tak susah nak cari. Guna Google Maps. Kami beli sekotak apple strudel berharga 25AUD (RM75.00 approx) untuk breakfast dan bekal kudap sepanjang perjalanan. Pejam mata sajalah bayar, dah ada ditempat orang nak buat macam mana. Sekotak cukup nak makan empat hingga lima orang, just nice untuk kami. Boleh juga beli untuk dibawa pulang ke Malaysia. Kotak kemas dan senang nak packing. Ada packaging khas kalau beli banyak kotak.

Kedai pastries Corica di Perth CBD. Lengang..


Almond Slice pun famous. Ramai kata sedap tapi aku tak cuba pun..

Sedap nampak semuanya.

Tarts dan cookies. Tema Christmas.

Sekotak saja kami beli.

Apple Strudel Corica Pastries. Very yummy !!

I have tasted something similar tapi tak ingatlah dimana. Not the best apple strudel yang aku pernah makan tapi boleh masuk kategori sedap layak dirindui oleh sesiapa yang pernah rasa. Walaupun disimpan dalam chiller, puff pastries tak lembik, masih crunchy. Tak terlalu manis. Rancang nak bungkus sekotak dua bawa balik Malaysia, tapi tak sempat nak singgah beli sebelum balik. Elok sediakan pisau dan bekas kalau nak makan dalam kereta. Berterabur teruk !!

Jomlah kita mulakan perjalanan jauh ke Katanning sebelum ke Albany.


DARI PERTH KE KATANNING (KATANNING MOSQUE)

Minyak kereta masih full. Kalau nak isi pun nantilah bila dah sampai Katanning. Jujurnya aku mengantuk gila memandu memang pedih mata. Bosan sangat permandangan kiri kanan yang gersang kering. Kenderaan pula tak banyak. Makin jauh dari Perth, makin sunyi. This is one of the reason kenapa tak dinasihatkan memandu pada waktu malam. Siang pun sendu apa lagi waktu malam. Lampu jalan pun tak ada. Nak memandu perjalanan jauh silalah memandu pada waktu siang. Teringat dulu cantik permandangan hijau saujana mata memandang. Ladang-ladang lembu dan kambing. Tak sangka pula bila musim panas kiri kanan jalan kering kontang. Sepanjang perjalanan ada dua tiga hentian sebelah tapi seram sungguh. Hutan keliling dan disediakan meja dan kerusi. Amaran binatang liar merata-rata, nak berhenti rehat pun rasa takut jiwa tak tenang. Kalau seorang diri memang tak berhenti. Ada juga pekan-pekan kecil, ada cafe dan petrol station tapi semua nampak macam pekan cowboy.

Jarak Perth ke Katanning dan Albany.

Meninggalkan Perth CBD.

Jalan raya lengang sunyi sepi. Kiri kanan kering kontang.


Sejuk tapi matahari terik. Kambing pun berhimpit nak berteduh.


Lalang cantik menari mengikut rentak angin bertiup.


Singgah hentian sekejap. Stretching dan tukar pemandu.

Pekan Wagin. Sikit lagi nak sampai Katanning.



Optional sebenarnya singgah ke Katanning. Nak terus ke Albany pun elok juga. Jimat satu jam. Kami detour sebab nak singgah solat di Katanning Mosque. Katanning adalah satu pekan kecil yang penduduknya ramai terdiri daripada Muslims dari Kepulauan Cocos. Kalau nak tahu lebih lanjut, sila buat pembacaan sendiri mengenai sejarah macam mana mereka yang dulunya tinggal di Kepulauan Cocos boleh berhijrah ke Australia. Trip yang pertama, aku singgah ke Katanning sebab pernah baca dalam Novel Julia masa Tingkatan 5 dulu. Antara latar tempat yang dipaparkan adalah pekan Katanning. Pengalaman disambut mesra komuniti Muslims dan dapat solat Maghrib berjemaah dengan penduduk Melayu Cocos di Katanning Mosque adalah sangat bermakna. Kali ni singgah nak tunaikan solat Zohor dan Asar pula. Sayangnya tak ada seorang manusia lain selain kami berempat. Sunyi sepi suasana di Katanning Mosque. Mungkin hanya meriah ketika Maghrib dan Isyak.

Dua pintu utama kunci, cuak dah. Syukur pintu ketiga tak kunci. Kalau tak memang berkelah makan lunch dan solat diluar nampak gayanya. Nampak notice didinding. Sepatutnya waktu lain memang pintu masjid akan dikunci. Rezeki kami dapat juga masuk. Semakin ke selatan Western Australia, waktu solat juga semakin cepat. Ruang solat wanita sangat selesa. Telekung juga ada disediakan. Selepas solat kami makan dulu sambil hilangkan penat memandu. Bunyi angin kuat sangat diluar dan suhu pun sejuk. Tinggalkan sedikit wang dalam tabung masjid, tanda terima kasih bagi tumpang solat. Semoga ada jodoh kita berjumpa lagi, Katanning Mosque.

Bekalan nasi dan sambal sotong instant. Lunch box bawa dari Malaysia.


Perkarangan Katanning Mosque. Tengah check pintu yang tak berkunci.


Kosong. Tapi pintu pagar utama terbuka luas..

Dari Katanning, perjalanan diteruskan ke Albany. Dua jam pemanduan..

BELI BARANG DAPUR DI COLES ALBANY ORANA

Selepas dua jam memandu, alhamdulillah sampai juga ke Albany. Jalan raya makin cantik kemas dan lebih lebar. Kenderaan pun banyak sebaik saja masuk Albany Highway, tak adalah sunyi sangat. Kami singgah ke Coles Albany Orana dulu sebelum ke destinasi seterusnya untuk beli barang-barang dapur. Untuk trip kali ini, memang kami akan singgah banyak kali ke groceries stores untuk beli barang-barang nak dimasak. Kalau beli siap-siap takut rosak sebab nak commute dari satu tempat ke tempat lain. Groceries shopping adalah sangat seronok. Geram rasa macam-macam nak dibeli. Buah-buahan dan sayur yang segar. Konon nak beli sikit saja, akhirnya penuh cart. Cuma kena ingat satu perkara, banyak groceries stores yang tutup awal kalau di kawasan-kawasan luar bandar. Kena rancang perjalanan elok-elok.



Happy shopping barang dapur.

Memang kami plan untuk beli kuali disana.

Tukang punggah barang.

Tukang bayar.


Tak ada restriction nak beli barang-barang dapur buah-buahan atau sayur. Ikutlah our moms nak makan apa yang diorang teringin. Janji makan sampai habis jangan membazir. Paling puas hati beli peach, mango dan cherry. Sedap !! Aku rasa harga tak adalah murah sangat tapi tak apalah, sesekali. Duit untuk perbelanjaan barang-barang dapur memang kami dah asingkan dari awal. Tak akan ganggu perbelanjaan lain. Neddy yang pegang semua duit jadi bab bayar membayar, memang dia yang uruskan. Aku tak masuk campur, memang serah pada seorang saja untuk manage. Simpan receipt dan rekod semua perbelanjaan untuk dijadikan rujukan. Baru tahu duit kita dibelanjakan untuk apa. Sebelum check-in dan berehat, kami sempat singgah ke satu destinasi hot spot di Albany. Jalan-jalan cuci mata enjoy sunset. Jom !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

58 comments:

  1. bestnya..dapat pengalaman kat negara org..bila la blh smpai sana jgk..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah ada rezeki pasti sampai. ada bukak tabung x ? jom menabong sama2. slow2 xpa nanti dia penuh jugak =D

      Delete
  2. Fuhhh lapar pulak tengok pastry semua tu dah la hantu suka pastry2 lol... pandu sendiri ke,, hebat ah gi melancong pandu sendiri plak,, lagi best nak explore ,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini berani jugakla memandu. kat kawasan lain tak pernah cuba.. sebab driver belah kanan sama macam kat Malaysia. geng..!! antoo pastries =D

      Delete
  3. Kenapa apple strudel dia besar macam tu? Ke memang original size memang macam tu? :O

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha Farah.. dia memang jual dalam kotak gabak gitu. pandai2 potong sendiri hehe..

      Delete
  4. Ya Allah bestnyaa Siti...
    Mesti seronok trip dengan Siti kan..semua tempat dan ceruk pergi..
    Bila dah tempat orangkan, kalau boleh nampak apa pun nak di beli..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu bab jalan dengan CT tu tak tahula nak kata seronok ke tak ngeh3.. tapi kalau berkesempatan mmg semua ceruk kita terjah habis2 hihi..

      Delete
  5. bestnya berjalan-jalan dekat perth....masa kecil2 dulu teringin nak ke ausie,, nak tengok kanggaroo..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jom kita pergi ? hihi.. akak kecik2 pun berangan macam-macam dik. alhamdulillah dah besar walaupun berpuluh2 tahun tunggu simpan duit pelan2 dapat pergi.

      Delete
  6. Albany lagi... pergh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejuk walaupun summer tapi banyak lalat..!! stress hahaha..

      Delete
  7. Memang lengang je jalan tu Siti, memang berdebu la mata driving. Nampak menyelerakan apple strudel tu walaupun harga pejam mata. Tapi takpelah portion besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. lengang yang amat kak.. mengantuk2 drive. kiri kanan kuning jeee pedih mata hahaha.. sabar jelee mmg org lain xleh tidur kena teman driver. apple strudel tu okla harga tu share empat orang =D

      Delete
  8. wahh, bestnyaa baca pengalaman orang yang dah banyak travel sendiri ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok dan puas. tapi penat kak hihi..

      Delete
  9. pernah gak makan corica apple strudel tuuu, kawan bawak balik dari sana...sedappppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan.. menyesal pun ada jugak sebab x sempat bawa balik. kalo tak lagi puas makan hihi..

      Delete
  10. Bestnya baca pengalaman Siti ke Western Perth ni. Entah bila la nak berjaya penuhkan tabung untuk berjimbaan ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. slowly simpan. kena disiplin at least sebulan kena simpan jugak. ada target location hehe.. nothing is easy tapi kita kena tabah hehehe =D

      Delete
  11. sedap2nya nampak pastry2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. menggoda semua. kalo tak fikir hargaa bedal juga macam-macam tuuu..

      Delete
  12. Alahai... rindu kat apple struddle tu... nyesal ritu beli 1 kongsi dua.. kalau tau sedap, borong lebih sikit.. nak g sana lagi sebab ritu pergi cover belah north.. nnt pergi sekali lagi nak cover south belah2 albany sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena beli bawak balik Malaysia sekali. itula plan asal tapi xde rezeki nak kasi adik bradik lain rasa. hehe pegila lagi best best =D

      Delete
  13. bohonglah kalu cakap x terliur tgk dessert2 tu hehehe... jauh juga ya nak smpi albany. dah mcm alor setar - KL jaraknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat kedai tu rasa nak borong semua. disebabkan harga diaaa mahal2 je buat fikir lima enam kali hahaha..

      Delete
  14. nampak menarik semua pastry tu.. mesti sedap rasanya kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang lain2 tak rasa. beli apple strudel tu je =D

      Delete
  15. wow.. bab shopping barang dapur memang best..hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. ralit je pilih macam2. tau2 dah penuh cart =P

      Delete
  16. orang kita memang suka travel Autralia kan..tempatnya memang best...teringin juga nak ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi sebab dekat agaknya kan dan experience pergi negara omputih hehe.. insyallah ada rezeki akan sampai =)

      Delete
  17. memang terliuq tengok desert tue ;)
    memang terbaik awak @sitiyangmenaip

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite beli apple strudel je nak cuba. memang sedap =D

      Delete
  18. perth mmg best
    rasa nak pergi lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. best. ye inilah masanya merancang pergi lagi =D

      Delete
  19. sedap pula tgok gmbo roti ngn kek2 kat ats tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo tengok depan2 lagi rasa nak beli semua =D

      Delete
  20. Terasa pulak suasana panas kat sini. Huhu. Btw, jauhnya 5 jam. Erkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la.. skarang cuaca panas yang amat !! angin pun panas..

      Delete
  21. Bestnya dapat pengalaman macam ni..teringin juga nk ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. ada rezeki pasti sampai. lagipun belanja ke Perth tak mahal macam bandar2 Australia yang lain.. kena buka tabung =D

      Delete
  22. Suka jalan yang macam ini.. Asingkan duit makan, duit grocery dan juga duit lain-lain.. Bila berjalan part ini paling seronok sebenarnya.. berbelanja tanpa perlu risau.. Apple Strudel tu nampak best..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. dulu tak praktik macam ni. baru2 ni je pelan2 belajar dari pengalaman. biar duit yang diasingkan tu lebih xpa. nanti boleh pulangkan. daripada tak cukup baru kalut nanti..

      Delete
  23. Hopefully one day dpt travel sini. Hehe

    ReplyDelete
  24. Kalau g tempat orang, apa yg menarik semua wajib beli. Hehe.
    Memang agak scary jalan tu tp bila ternampak sekumpulan tu rasa seronok pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang rasa nak beli semua. mujurlah masih sane sebab tengok harga dan tukaran mata wang semua pun boleh buat stress hehe..

      Delete
  25. menarik kisah org Melayu di Katanning, Pulau Cocos & Pulau Christmas..Masjid Katanning dirasmikan oleh PM Malaysia..

    best road trip, boleh singgah pekan2 kecil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ooh ya a ah dirasmikan oleh PM kita. ada baca tu depa tampal kat dinding kan.. dats why kot orang Malaysia selalu diraikan kat Katanning.

      Delete
  26. Bestnya..kat sana jalan dia macam tu,kan..sunyi sikit.kat sini nak berhenti rehat kat R & R pun tak la sunyi..tempat makan pun meriah...tapi lain tempat, lain la suasana dia..kata bercuti so kita enjoy je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. R&R depa hampeh kak mana ada macam R&R tempat kita. kita patut bersyukur tempat kita meriah hahaha.. depa ada semak samun n rumput kering ja. seram haih xdak rasa dapat berehat dengan aman hehe..

      Delete
  27. Bestnyaaa. Manisan manisan tu aduhh nampak sedap sgt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap. kongsi berempat tak habis2.. besar =D

      Delete
  28. Sedap2 pastries Dan kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa nak beli macam2 tapi mahai2.. hehe so beli yang famous je =D

      Delete
    2. Jadi la Kan yg femes tu yg penting..

      Delete
    3. hehe betul tu Mama. jadila dah rasa yang famous tu =D

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.