Trip Perth 2018 : 7.0 Petik Buah Di S&R Orchard Perth | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 7.0 Petik Buah Di S&R Orchard Perth

/
66 Comments
March 19, 2019
09 December 2018 Ahad


PENGALAMAN PETIK BUAH SUMMER STONE FRUITS DI S&R ORCHARD DI PERTH VALLEY. Hari ini aku khaskan untuk aktiviti petik buah dan shopping santai. Enam hari sebelumnya dah penat berjalan-jalan road trip jadi hari ini kita relax saja. Kalau korang pembaca setia mesti tahu aku suka aktiviti petik buah kalau berkesempatan dalam setiap trip. Three years ago aku ke Perth, alhamdulillah dapat merasa petik buah apples di Donnybrook. Petik buah di negara orang memang seronok lebih-lebih lagi buah yang tak tumbuh di Malaysia. Musim panas di Australia memang synonym dengan buah-buahan stone fruits seperti cherry, peaches, nectarines, apricots dan plums. Di sekitar Perth memang ada banyak orchards dan ada pelbagai jenis buah-buahan. Kita kena tahu jugalah buah-buahan mengikut musim disana. Sebulan sebelum ke Perth lagi aku survey orchards yang menawarkan pengalaman 'Pick Your Own' dan jumpa beberapa options. Memang tunggu masa untuk orchard buka slot untuk booking session nak petik buah.

ORCHARD BATALKAN SESSION PETIK CHERRY

Hancur gila hati !! Aku teringin sangat nak petik cherry tiba-tiba pihak orchard batalkan session 'Pick Your Own' ikut tarikh yang aku dah tempah. Aku dah sampai Perth baru dapat tahu orchard akan tutup during weekends yang sepatutnya dibuka untuk orang ramai pergi petik buah. Serabut jadinya sebab memang dah confirm kena tukar itinerary. Aku cari orchard lain tapi semua tutup untuk petik cherry. Hairan.. Sebab sebelum pergi memang banyak yang buka. Tak tahulah kenapa tiba-tiba semua shut down. Syukur dah prepare back up tapi bukan orchard cherry cuma ada masalah juga.. Aku memang selalu search juga S&R Orchard tapi orchard ni buka during Summer Festival saja. Memang meriah dengan pelbagai aktiviti dan aku tak pasti selain dari tarikh yang ditetapkan orchard akan dibuka kepada public atau tak. Kalau ikut tarikh memang tak kena dengan tarikh masa kami disana. Summer Festival berlangsung dua minggu lepas tarikh balik ke Malaysia. Aku beranikan diri untuk message pihak S&R Orchard di Facebook, tanya boleh ke nak pergi orchard sebelum tarikh Summer Festival and I told them apa yang terjadi. Nervous tunggu reply sambil dalam kepala bertambah serabut kalau tak ada jawapan. Alhamdulillah.. Dilayan baik dan kami berempat dapat keizinan untuk datang orchard walaupun bukan during tarikh untuk Summer Festival.




S&R ORCHARD PERTH

Masuk ke perkarangan S&R Orchard dah nampak deretan pokok-pokok buah-buahan yang kemas ditanam mengikut kelompok. Kami terus ke bangsal di hujung orchard dan disambut baik oleh seorang Uncle. Maaflah aku tak ingat nama dia. Memang tak ada orang lain selain kami. Dengan bayaran sebanyak 10AUD (RM30 approx) seorang kami diberikan plastic bag sekeping. Sepatutnya kami hanya boleh petik sebanyak 1KG saja seorang (akan ditimbang dan antara rules yang aku baca during Summer Festival) tapi rezeki kami that day, petiklah banyak mana nak petik dan makanlah banyak mana nak makan. Uncle explain area mana yang buah-buahan dah masak dan cara nak petik buah dengan betul. Kalau nak makan pilih yang dah lembut dan ranum tapi kalau nak simpan bawa balik Malaysia, pilih yang keras sikit. Dia lepaskan kami meronda suka hati. Dah puas makan dan petik buah boleh terus balik. Dia nak pergi tengok ladang sayur. Seluas ladang hanya untuk kami berempat !! Ya Allah excited sangat aku rasa.


Deretan pokok-pokok buah plum yang belum masak.

Semua kawasan boleh pergi. Ikut suka korang nak buat apa..

Kawasan pokok-pokok buah peach. Kecil saja pokoknya tapi buah lebat.




Subhanallah !! Geram sangat tengok buah peaches ni..


Buah peaches ada bulu-bulu halus macam lapisan baldu.


Dah penuh suku plastic. Belum pergi kawasan buah-buahan lain..




Buah peaches lebih lembut dan sangat juicy.


Ready tripod. Kat tangan dah ada peach sebiji..



Rasa macam VVIP sangat sebab dapat petik buah tanpa gangguan. Tak perlu berebut dengan orang lain. Hikmah disebalik kesedihan tak dapat petik cherry. Di S&R Orchard ada pelbagai jenis buah-buahan. Yang sedang masak elok masa kami kesana adalah peaches dan nectarines. Lebih kurang sama saja peaches dan nectarines cuma ada berbeza dari segi texture dan rasa. Buah-buahan lain seperti apricots, pears dan plums dah berbuah tapi belum ready untuk dipetik. Peaches dah terlalu masak jadi tak banyak sangat kami petik, banyak yang kami ngap saja. Takut rosak atau hancur sebelum dapat bawa balik ke Malaysia.

Dah puas di kawasan peaches, jom kita petik Nectarines pula.

Pokok-pokok nectarins yang besar.

Ladang yang kemas dan bersih.

Nectarines yang menggoda !!





Nectarines ada pointed end. Kulit licin dan sedikit keras.


Crunchy bila digigit.





They look like apples but they are not !!

Kulit buah nectarines sangat berkilat.



Kakak dah penat jalan !!


Di Malaysia, pernah juga sebenarnya makan buah nectarines tapi ini first time jumpa nectarines jenis macam ni. Lain sikit daripada yang diimport masuk ke negara kita. Tak tahulah jenis apa yang kami petik. Sepanjang kami bersiar-siar dan petik buah, Uncle langsung tak datang jenguk. Nampak dari jauh memang dia focus tengok batas-batas sayur yang ada di S&R Orchard. Tahap percaya tinggi sungguh.. Kami lalu juga kawasan buah-buahan lain walaupun tak masak lagi. Pears masih muda dan plum masih hijau. Uncle kata, apricots maybe ada yang dah boleh petik tapi pokok-pokok apricots sangat tinggi. Berbanding peaches dan nectarines, apricots tak tumbuh di dahan yang rendah. Lagi tinggi lagi bagus dan elok menjadi buahnya. Kalau kami sampai nak petik bolehlah petik. During Summer Festival akan disediakan tangga jadi orang ramai senang nak petik apricots. Dah pergi berempat memang tak adalah tangga bagai. Tapi rezeki.. Memang ada beberapa biji apricots yang dah ranum. Dapatlah nak rasa seorang sedikit. Apricots macam peaches juga, ada bulu-bulu halus seakan lapisan baldu. Memang banyak yang masih keras dan muda. Jenuh lompat juga nak petik, masing-masing rendah. First time dapat makan buah apricots yang fresh, selalunya makan yang kering saja.

Pokok-pokok apricots.








Manis !! First time tengok buah apricots yang fresh.

Baby pears.





Baby plums. Masih hijau..


Dah nak mula tukar warna..

Peaches, nectarines dan apricots.


Video petik buah di S&R Orchard.

Alhamdulillah seronok sangat dapat petik buah di S&R Orchard. Sekali lagi nak highlight, aku tak pasti sama ada S&R Orchard dibuka untuk public pada hari biasa atau tak. Macam mana kami berempat dapat pergi adalah rezeki kebetulan ketika buah-buahan memang dah masak dan tarikh untuk Summer Festival lagi dua minggu. Atas budi bicara pihak S&R Orchad, dapatlah kami pergi. Aku nasihatkan korang email atau message pihak S&R Orchard terlebih dulu kalau ada perancangan nak datang dan petik buah. Rujuk SINI untuk maklumat lanjut. Rujuk website atau S&R Orchard Facebook Page untuk check tarikh yang available untuk petik buah. It was a great experience dapat merasa pengalaman memetik buah di negara orang. Kalau korang ada minat yang sama macam aku, silalah add mana-mana orchard yang available untuk pergi dan petik buah disana. Pengalaman yang kita dapat sebenarnya lagi mahal dari apa nilai sekalipun. Tunggu Uncle di bangsal tapi tak nampak bayang langsung. Ended up kami gerak keluar dari orchard dan lalu kawasan sayur-sayuran. Jerit dari jauh ucap thank you dan goodbye. Ada jodoh kita jumpa lagi..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
SitiYangMenaip | Facebook Page | Youtube Channel |




You may also like

66 comments:

  1. SubhanaAllah...indahnya..seronok ni dapat pergi dan petik terus daripada pokok..fresh..boleh terus makan..Ya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. satu pengalaman tak dapat dilupakan. alhamdulillah.. semoga semua yang baca ada peluang merasai pengalaman yang sama =)

      Delete
  2. WAH SERONOKNYA MEMETIK BUAHAN SEGAR DI POKOK...LUAS KEBUNNYA MESTI PENAT BERJALAN NAK MELIPUTINYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. penat tak terasa sebab ralit tengok dan petik buah. memang luas..

      Delete
  3. Ct......ya Allah seronoknya. Akak punya feveret ni kalau dapat pergi kebun dan petik buah apa lagi buah yang tak ada kat malaysia. huhuhuhu meroyan ni tenguk...tenguk buah pun dah kecur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe memang fevret jugak sebab seronok. teruja tengok kan ? ada orang suka ada orang biasa2 ada orang tak minat. itulaa tu bergantung pada apa yang kita suka..

      Delete
  4. Geram tengok buah2 tu... Geram juga sebab buah2 tu buat orang overstay kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau boleh stay lama2 memang nak stay PLM. nak stay untuk petik buah.. cari kerja sekali hehehe..

      Delete
  5. bestnye. that looks so much fun. but isn't it hot?

    ReplyDelete
    Replies
    1. it was a hot day but it was windy as well. jadi terlupa matahari terik.. sebab sejuk dibuai angin =)

      Delete
  6. wahhh bestnya, mmg ada hikmah di sebalik tak dpt petik ceri tuh... dpt petik lg mcm2 buah

    tgk mcm sama je nectarin ngn peach tu tp beza bsr jgk yek... bestnya mcm2 buah blh tgk n petik
    kalau dh boleh petik n mkn terus berapa kg yg msk perut tu yek... mmg rezeki betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula walaupun sedih sebab matlamat tu memang nak petik ceri tapi x kesampaian. Allah ganti juga dengan yang lain. rezeki =)

      Delete
  7. wah bestnye! nanti insha Allah bln 6 nanti , husband ajak ke Perth. tak sabarnya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bulan 6 nanti tengah winter tu.. seronok jugak. lagi sejuk =)

      Delete
  8. Bestnya. Ceri besar-besar.

    ReplyDelete
  9. Untungnya kak Siti. Ladang sebesar alam 4 orang je yang conquer :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula dalam sedih x dapat petik ceri Allah gantikan dengan yang lebih baik =)

      Delete
  10. Bestnya boleh petik buah2 yang segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok. semoga semua kawan2 dapat peluang rezeki yang sama =)

      Delete
  11. Wow bestnya boleh petik buah2 yg segar

    ReplyDelete
  12. Rezeki sungguh Siti and the gang dapat petik buah-buahan di ladang seluas-luas alam tanpa ada orang lain. Tak dapat petik cherry rupanya Allah nak bagi ganjaran lagi best ye. Dapat merasa jadi VVIP gitu ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula hikmah Allah kasi dalam bersedih2 tu.. rezeki alhamdulilah. tapi masih lagi mission memetik cherry belum tercapai. ada rezeki nak kena pergi cari juga =)

      Delete
  13. alhamdulillah rezeki...tak dapat petik cherry dapat petik buah lain...dan ronda ladang tanpa gangguan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang rasa bertuah sangat. sebab dapat ronda ladang buah tu sepuas hati. memang puas sangat =D

      Delete
  14. tengok gambar pun tau buah2 tu fresh. mesti best kan ada pengalaman gini

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah fresh sebab dari pokok lagi. cuma ada yang terlalu ranum jugak.. sebab tak petik2. hehe..

      Delete
  15. uiiiii ranum2 buahnya... err ct... xde 'petik durian' ke kt sn?😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang ranum2 sedap nak makan kat situ. kalo nak bawa balik tak best la kena amek yang keras2 sket. amboooi durian ya !!

      Delete
  16. bestnyaaa ct! tak pernah lagi buat keje macam ni time travel ke tempat orang...boleh masukkan dalam wishlist untuk next destination ni!

    tumpang geram nengok nectarines tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo CT memang suka cari ladang2 buah-buahan ni. lagi2 yang buah takdek kat Malaysia. tapi kat Perth ni ada ladang mangooo pun geram rasa nak pegi.

      Delete
  17. Banyaknya buah..nampak best..

    ReplyDelete
  18. Masya-Allah Bestnya!! Pengalaman. Banyak tak dapat kutip? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bnyak kami kutip. hehe dia kasi kutip extra =D

      Delete
  19. Alhamdulillah, rezeki tak pernah salah alamat

    ReplyDelete
  20. uitt ranum ranum dan masak semuanya. gerammmm rasa! plus tertelan telan air liur ni hahaha. look very delicious yummyyyy~!

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun festime rasa nectarine yang macam ni.. selalu macam lain. sedap !! kalau kesana jangan lupa tau pergi petik buah =)

      Delete
  21. Siti bestnya dapat petik peach sendiri dari pokok. Kalau kat Malaysia ni petik dekat mall je la jawabnya. Pengalaman yang best!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kat mall pun tiga empat biji je mampu kak.. lebih2 memang menangis wallet kita. lepas buat rasa jadila =D

      Delete
  22. bestnyeee dapat petik buah import ni.Alahai,mesti tak lea tidur ni kalau Ina yang kaat situ.Hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe lena juga tidur sebab kepenatan =P

      Delete
  23. alahaiii geram tgk buah peach tuuu

    ReplyDelete
  24. Bestnya! teringat movie2 yang selalu mummy tengok.. Ada musim petik anggur, ada musim petik apple event petik zaitun dlm movie Turki pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kadang2 sbb tengok dalam movie ke documentary ke pasal kebun2 ni laaa dok tanam impian nak pegi sana jugak one day. sebab kat tempat kita xdak..

      Delete
  25. Tetiba teringin nak ada marka yang ada ladang buah-buahan.. Boleh dating sambil petik peach..haahaha #berangantaksudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi amboi Mummy.. tapi apa salahnya jom cari sorang hahaha..

      Delete
  26. Semua buah mahal2 kalau kat Msia nie..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. selalu kalo tingin sangat beli la dua tiga bijik. tapi kadang yang sampai kat kitaa tak adalah elok sangat. nak buat macam mana ye..

      Delete
  27. bestnya!! tgk picture buah-buah tu pun dh geram!

    ReplyDelete
    Replies
    1. jangan lupaa kalau kesana kena pergi petik buah =D

      Delete
  28. salam CT, mcm mana nak p orchard ni? Sila beri tunjukajar...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT guna GPS je cari location. but before pergi tu memang selalu check dengan FB page diorang untuk tengok update. seminggu sebelum da message diorang tanya nak pegi dan booking slot.. kalau ada event rasanya boleh walk in saja..

      Delete
  29. Suka dengan nectarin tu.. Ada hikmahnya ye ladang yang siti nak pergi tu tutup.. Terus dapat satu ladang tanpa orang.. Syok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yee betul. walaupun sedih sebab nak petik ceri tu adalah matlamat utama kesana tapi diganti dengan cara lain. xpe insyallah ada rezeki lain..

      Delete
  30. Ya Allah, geramnya tengok buah-buah tu masak meranum kat pokok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kak !! geram tengok. rasa nak petik semua sampai pokok jadi gondol hehe..

      Delete
  31. eh ada trip ke perth la sini. saya akan pergi masa terdekat ni. boleh la cari ilham di blog ni

    followed here #1042

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.