Trip Perth 2018 : 7.1 Araluen Botanic Park, Ibrahim Mosque & Shopping Souvenirs di Megabes | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 7.1 Araluen Botanic Park, Ibrahim Mosque & Shopping Souvenirs di Megabes

/
10 Comments
March 21, 2019
09 December 2018 Ahad


ARALUEN BOTANIC PARK, SOLAT DI IBRAHIM MOSQUE, SHOPPING SOUVENIRS MURAH PERTH DI MEGABES FREMANTLE MARKET, RAINBOW CONTAINERS DAN MAKAN FISH AND CHIPS DI FREMANTLE. Lepas petik buah di S&R Orchard, kita sambung lagi perjalanan hari ketujuh di Western Australia meneruskan beberapa lagi aktiviti yang sudah dirancang. Kami nak lunch di Araluen Botanic Park. Lepas lunch kami pergi solat di Ibrahim Mosque kemudian terus pergi shopping dan makan di Fremantle. Dalam itinerary yang dirancang memang kena pergi Fremantle hari Ahad juga sebab kebanyakan tempat di Fremantle hanya buka hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, lebih-lebih lagi kawasan yang menjual souvenirs. Kena check waktu operation supaya tak silap hari nak terjah Fremantle. Disebabkan kami hanya balik ke Perth semula pada hari Sabtu, memang ada hari Ahad saja nak meronda di Fremantle. Kalau tunda memang tak dapatlah nak shopping di Fremantle.

MAKAN TENGAH HARI / LUNCH DI ARALUEN BOTANIC PARK

Aku excited nak pergi Araluen Botanic Park bila tengok ramai orang kongsi gambar dengan bunga tengah blooming cantik. Silap musim sungguh bunga tak banyak pun iyeeelah bukan musim bunga jadi ada sekadar ada saja. Memang tumpuan orang ramai adalah pada musim bunga. Bagi aku tak berbaloi sangat dan kalau tahu dari awal memang skip terus. Buang masa rasanya pergi walaupun boleh makan picnic dalam park. Entrance fee tak adalah mahal sangat hanya AUD6 (RM18.54 approx). Plan asal nak lunch ala-ala picnic gituuu.. Tapi panasnya Ya Rabbi !! Ingatkan ada gazebo ke pondok ke boleh juga selesa nak makan. Kawasan park tu besar yang amat tapi yang seronoknya boleh bawa masuk kereta. Tak adanya sanggup nak menapak keliling taman dengan cuaca terik. Pengunjung tak ramai sangat pun ada beberapa kereta saja. Itupun tak tahu diorang pergi meronda kawasan mana. Memang tak meriah langsung. Kalau pergi seorang dua seram jugalah sunyi sepi. Bunyi serangga kuat. Belek peta tengok mana nak pergi kami terus setuju nak ke Rose Garden, dengan harapan okaylah keadaaan disana. Ikut saja signage yang ada. Aku rasa itu sajalah kawasan yang okay at that time dengan cuaca dan suhu.




Sekitar kawasan Rose Garden.

Syukur ada sudut teduh sikit nak makan.
















Lepas makan meronda sekitar Rose Garden ambil gambar bunga sikit-sikit terus kami gerak ke Ibrahim Mosque sebelum sambung aktiviti shopping di Fremantle. Nak duduk lama melepak layan tengok bunga-bunga pun tak berapa nak layan sangat sebab bahang. Kebetulan masa kami singgah nak solat di Ibrahim Mosque ada aktiviti apa tak pasti. Ramai penduduk Muslims tempatan datang.  Ada juga jumpa beberapa keluarga Melayu yang dah lama menetap di Perth. Diorang tengah ada jamuan makan-makan dengan komuniti setempat. Kami disambut baik dijemput makan sekali dan ramah sangat dilayan. Tapi tak makan pun sebab baru lepas lunch dan petang hari nanti nak pergi makan lagi. Kena simpan ruang dalam perut. Dah selesai semua teruslah kami ke Fremantle.

SHOPPING SOUVENIRS MURAH DI MEGABES FREMANTLE

Salah satu aktiviti wajib yang boleh dilakukan di Fremantle adalah shopping souvenirs dan perfumes. Kalau kakak-kakak dan makcik-makcik sekalian nak cari pinggan mangkuk Corelle di Fremantle mungkin bukan tempat yang sesuai. Kalau nak shopping souvenirs dan perfumes yang murah baru boleh dapat di Fremantle. Untuk perfumes, ramai yang selalu ke Chemist Warehouse di Fremantle. Ikutkan dimana-mana Chemist Warehouse pun boleh borong perfumes, tapi Chemist Warehouse di Fremantle agak besar. Aku lalu saja tak pernah singgah Chemist Warehouse di Fremantle.. Memang murah sangat perfumes yang dijual disana dan range pilihan adalah perfumes dari brands yang famous. Aku pernah beli Enchanted by Taylor Swift dengan harga 7AUD (RM21.63 approx). Hairan kenapa murah sangat - rupanya akan expired dalam masa setahun. Tapi masih sangat berbaloi. Kena check betul-betul sebelum beli. Jangan terus rambang mata bila tengok harga murah sangat-sangat. Disebabkan kami tak minat sangat perfumes, aku skip terus Chemist Warehouse dan terus ke Megabes di Fremantle Market untuk shopping souvenirs Australia yang murah.

Dulu kedai souvenirs Megabes dibuka di bangunan E-Shed Markets, juga di Fremantle. Tapi dah permanently closed dan dibuka di Fremantle Market. Di E-Shed Markets ada juga beberapa kedai yang menjual barangan souvenirs yang murah jadi nak terjah mana-mana satu pun okay. Kalau rajin dan ada banyak masa boleh terjah dua-dua kedai. Aku dah pernah shopping souvenirs di E-Shed Markets jadi this time nak merasa shopping di Fremantle Market pula. Satu saja yang aku meluat nak pergi Fremantle Market, susah gila nak cari parking. Memang tak akan dapat punya parking yang dekat dengan bangunan Fremantle Market sebab always penuh. Kalau dapat memang murah rezeki betul. Nak tak nak memang kena parking di kawasan parking area yang berbayar. Di E-Shed Markets pun parking kena bayar tapi tak jauh. Bayar di mesin berapa jam kita nak parking dan letak printed ticket di dashboard kereta. Gituuulah caranya..

Baca : SOUVENIRS MURAH DI E-SHED MARKETS DAN FREMANTLE MARKET


Antara souvenirs yang berbaloi dibeli sebagai kenangan - Tote bags.

TShirts pelbagai corak yang menarik. Check label dulu.. Made in China murah sikit dan quality sedikit low. Made in Australia obviously lebih mahal.

Suka beli beach towel as souvenir untuk diri sendiri. Dah ada dua dalam koleksi.

Terkejut aku tengok seorang kakak ni borong semua baju-baju di atas kaunter tu.. Sengih tuan kedai sambil scan dan bungkus baju-baju tu semua.

Antara yang selalu dibeli. Tak tahulah kenapa aku tak pernah berminat nak beli set apron dan kitchen gloves ni. Set kitchen gloves dan apron 6AUD (RM18.54 approx).

Kalau sebelah saja Kitchen Glove hanya 1.50AUD (RM4.64 approx).

Comel kan ? menarik semua design tea towel yang ada. Tapi again.. tak berminat nak borong atau beli sebab tak tahu nak buat apa.



Aku tak shopping sangat sebab kebanyakan benda-benda aku dah pernah beli. Cuma MamiZ nak tambah mugs dan keychains untuk kawan-kawan. Beli patung Koala seekor sebab ada orang kirim. Itu sajalah dan selebihnya tunggu Neddy dan AcikE membeli. Megabes dah tak sediakan plastic bag tapi ada beg shopping yang dikenakan bayaran 1AUD each. Kalau tak mahu bayar extra sila bawa shopping bag sendiri. Harga souvenirs di Megabes memang dah paling murah yang kita boleh jumpa diserata Western Australia. Boleh compare dengan harga souvenirs kedai sebelah Megabes pun memang berbeza sangat. Pergi kedai souvenirs lain memang tak jumpa harga yang sama. Jadi sabar tahan diri dari shopping dikedai lain dan terus saja membeli di Megabes. Dimiliki oleh anak beranak dari Singapore yang dah lama berhijrah ke Australia jadi bolehlah sikit cakap Melayu. Cuma.. Kedai Megabes di Fremantle Market ni kecil dan padat dengan barangan jadi bila ramai ahli jemaah datang serbu memang berlanggar bahu. Belum lagi tambah yang cerdik pandai usung stroller anak masuk kedai kemudian suka hati nak u-turn. Celah mana nak kasi ruang pun tak tahulah. Kita akan dapat tengok pelbagai gelabat manusia - yang takut stock souvenirs habis jadi dia seorang conquer rak-rak souvenirs, yang buka semua lipatan tshirt walaupun dah ada sample display lepas tu tinggal bersepah macam tu saja, yang menjerit panggil pasangan masing-masing yang tunggu diluar kedai, yang shopping express main ambil saja janji penuh bakul sebab nak cepat, yang terus duduk atas lantai tak peduli pun orang lalu lalang dahlah lorong sempit dan yang slow and steady membelek satu-satu sampaikan orang lain mengantuk tunggu turn. Sayangnya.. majoriti orang Malaysia yang buat macam ni. Orang negara lain cool dan relax saja. Paling terkesan aku tak boleh lupa kakak yang nak u-turn stroller di lorong sempit. Setepek kena 'stupid lady' depan muka terus dari seorang English Guy yang ada disitu. Aku yang rasa panas muka tumpang malu dengar kena label macam tu. Jalan sajalah terus kemudian pusing lorong sebelah ini gigih juga nak u-turn. Ni realiti oookay !! Kalau korang sampai ke Megabes boleh saksikan sendiri. Bukan cakap aku baik tapi aku tak buat perkara-perkara diatas. Kita kena ada common sense ya kawan-kawan.. Bukan kita saja yang nak shopping disitu. Jaga manners dan nama baik negara.

Di Fremantle Market ada dijual macam-macam benda lagi selain daripada ada kedai Megabes. Ada bahagian food dan ada juga beberapa kedai yang menjual Halal Food untuk dicuba. Kena pastikan betul-betul yaaa.. Aku tak berkenan sangat walaupun ada dijual makanan halal disini. Sebelah kedai doughnut yang halal ada menjual pie berinti pork. Aku rasa oookay saja ramai yang beli tapi aku personally tak minat nak cuba. Terpulang ikut pendapat dan keyakinan masing-masing. Diorang disana tak sensitif bab-bab begini jadi kita yang lebih faham halal haram kena beringat sentiasa. Kami ronda sikit saja di sekitar Fremantle Market kemudian terus gerak ke destinasi seterusnya.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. Assalam Siti, Salam Lebaran Maaf zahir batin, lama tak jenguk blog... aktif nye berblog siti, cantik sungguh la view taman bunga tuuu... bila laa dpt jenjalan jejauh gitu... take care.. nnt akak singgah n komen lagi yea...

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT pun jarang2 online skrng. banyak cerita yang tergendala dan tak terkejar nak kongsi. rindu nak jenguk kawan2 n update tapi x sempat lagi..

      Delete
  2. akak pun pernah dapat apron tu. memang popular lah. 2 kali dapat tau dari org yg berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihih memang selalu orang beli itula buat souvenirs. tapi sronok kalau dapat souvenirs kita tahu orang tu ingat kita =D

      Delete
  3. Nice sharing Siti. Cantik dan colourful souvenirs nya. Harus rambang mata kalau masuk ke sini lagi-lagi kalau umur macam ksarie ni ha hehheheehhee. Selamat Hari Raya Siti. Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalau niat xnak shopping banyak pun mesti akan terbeli jugak apa2. rasa tergoda sangat2 nak membeli hehe..

      Delete
  4. Memang payah nak dapat parking kat Fremantle market. Ada yang limit cuma sejam saja. Lepas sejam kena top up semula...

    Selamat Hari Raya buat CT dan mummy...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula kalau kat kawasan tepi bangunan memang seksa nak jumpa. kena pegi yang berbayar tu kan.. tapi ada mesin yang kita isi duit siap2 tu PLM.. masuk banyak makin lama boleh parking..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.