August 2019 | SITI.YANG.MENAIP

Pertama kali mencuba bubble drink atau boba dari The Alley.

30072019 - The Alley Kuantan featuring Pantai Teluk Cempedak.


Masih mahu mengikut trend dan tak nak terlepas dari cuba benda yang viral. Kali ni kita cuba minuman bubble tea atau 'boba' dari brand The Alley pula. Packaging cantik dan comel. Harga berpatutan dan mampu beli untuk minum minuman manis sekali sekala.

Yang famous adalah Creme Brulee tapi pada hari kejadian, dah habis.

Jadi.. aku dan kawan-kawan beli tiga flavours lain - Milk Tea, Dark Chocolate dan Milk (kami bersepakat hanya Dark Chocolate saja yang boleh diterima tekak).

Aku punya Milk Tea dan kecewa kerana rasa susu yang berlebihan berbanding rasa teh dan gula perang walaupun dah dikacau sehabis baik. Cannot imagine yang Milk punya rasa macam mana. Sebagai seorang manusia yang tak minum susu, bagi aku tak sedap langsung. Aku tak minum susu putih jadi semua makanan dan minuman yang kuat rasa susu putih memang aku reject tapi kalau dah dicampur elok dengan perisa lain okay saja. Macam tak fair pula nak tuduh semua bubble tea drink dari The Alley tak sedap sebab kami hanya cuba beberapa saja. Jadi.. aku akan kembali lagi ke The Alley dan akan redha beratur lebih setengah jam untuk beli Creme Brulee yang dikatakan flavor paling sedap untuk dicuba. Mungkin bila dah cuba Creme Brulee.. aku akan jatuh cinta rasa pertama dengan The Alley.

Jangan marah aku kalau korang rasa The Alley sedap.
Tekak dan selera kita tak sama !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

S-E-D-A-P !!

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.