Trip Perth 2018 : 8.0 Day Trip Ke Utara Western Australia (Yanchep National Park, Lobster Shack, The Pinnacles Desert & Lancelin Sand Dunes) | SITI.YANG.MENAIP

Trip Perth 2018 : 8.0 Day Trip Ke Utara Western Australia (Yanchep National Park, Lobster Shack, The Pinnacles Desert & Lancelin Sand Dunes)

/
18 Comments
March 24, 2019
10 December 2018 Isnin


PERJALANAN DAY TRIP KE UTARA WESTERN AUSTRALIA PERTH - YANCHEP NATIONAL PARK, MAKAN LOBSTER DI LOBSTER SHACK, THE PINNACLES DESERT DAN LANCELIN SAND DUNES. Hari kelapan di Perth adalah hari day trip untuk cover kawasan-kawasan menarik dan wajib singgah di utara Western Australia. Kalau korang ke Perth memang kena luangkan masa sekurang-kurangnya sehari suntuk untuk cover kawasan utara. Tempat-tempat seperti Lancelin Sand Dunes dan Pinnacles Desert adalah tempat-tempat wajib dilawati alang-alang dah sampai ke Perth. Kalau memandu sendiri seronok lagilah sebab dapat singgah tempat-tempat yang kita nak. Tak terkejar-kejar dan dapat spend masa ikut kehendak kita. Tapi kalau tak sewa kereta pun tak apa, jangan risau. Ada banyak tour agents yang menawarkan day trip ke utara Perth. Bagi yang memandu sendiri, lajak sikit ke Cervantes untuk makan lobster yang sedap di Lobster Shack. Perjalanan agak jauh dan permandangan kosong kawasan lapang tanah rata kekeringan. Bagi aku bosan sedikit tapi ada masa cantik juga view. Ahli-ahli rombongan jangan tidur nyenyak sangat kesian driver nak drive seorang diri. Sediakan air dan snack untuk mengunyah elak mengantuk. Pastikan minyak kereta dah diisi penuh sebab tak ada petrol station sepanjang perjalanan melainkan korang melencong masuk ke pekan-pekan kecil. Kami isi sebelum gerak dan sampai di Cervantes isi lagi. Harga petrol di pedalaman sedikit mahal berbanding di bandar tapi pejam mata sajalah.


Laluan day trip ke utara Western Australia :

Perth - Yanchep National Park - Lobster Shack (Cervantes) - 
Pinnacles Dessert Drive (Nambung) - Sand Dunes (Lancelin) - Perth

TENGOK KANGAROO DAN KOALA LIAR DI YANCHEP NATIONAL PARK

Yanchep National Park adalah destinasi pertama yang kami tuju setelah memulakan perjalanan dari Perth, hanya 45 minit pemanduan. While I was searching for other places to visit di kawasan utara, terbaca suggestion di Facebook untuk tengok kangaroo dan koala liar di habitat yang masih terjaga dengan baik. Tengok location Yanchep National Park berada dalam laluan yang sama nak ke destinasi-destinasi yang lain jadi apa salahnya kalau singgah sekejap. Kami guna Google Maps saja untuk cari lokasi dan alhamdulillah tak sesat. Nak masuk ke Yanchep National Park akan dikenakan bayaran sebanyak 13AUD (RM40.00 approx) untuk sebuah kenderaan. Masa di pintu masuk nak beli tiket, pekerja akan tanya sama ada kita akan ke Nambung National Park atau tidak dalam hari yang sama ? Kalau kita akan ke Nambung National Park (Pinnacles Desert) dalam hari yang sama, nanti di entrance Nambung National Park dah tak perlu buat bayaran masuk dah. Simpan receipt bayaran yang diterima nanti di Nambung sebelum masuk hanya tunjuk saja. Cuaca sangat panas terik berpeluh teruk. Orang tak ramai sangat ada satu dua family saja. Kami jalan mencari kangaroo dan koala liar, adalah jumpa beberapa ekor. Takut nak pergi dekat.. Kangaroo liar jangan dibuat main. Silap gaya lebam mata kita. Kalau berminat nak picnic boleh bentang tikar atau duduk melepak di kerusi-kerusi yang disediakan. Permandangan sangat serene kehijauan tapi sebab terlalu panas memang tak ada selera nak singgah lama.


Nampak dah seekor !!

Comel !!

Tengok dari jauh saja. Takut nak pergi dekat..


Tak banyak pun Kangaroo yang kami nampak, dalam tujuh ekor macam tu. Ada yang kongsi siap nampak sekumpulan Kangaroo lagi jadi memang bertuah dan ikut rezeki masing-masing. Kalau tanya aku sama ada berbaloi atau tak untuk singgah, jujurnya aku akan cakap tak. Tapi kalau nak singgah pun tak ada masalah sebab tempatnya cantik dan mendamaikan. Mana tahu.. rezeki nak jumpa Kangaroo liar banyak-banyak. Tak sampai satu jam pun kami di Yanchep National Park, terus bergerak meninggalkan Yanchep National Park dan gerak ke destinasi seterusnya.

MAKAN HIDANGAN LOBSTER SEDAP DI LOBSTER SHACK CERVANTES

Dalam trip yang lepas tahun 2016, aku tak berkesempatan makan disini sebab sampai dah lewat petang. Kena check waktu operasi supaya korang tak putih mata macam aku. Kali ini memang dah dipastikan dari awal supaya kami dapat makan disana. Itulah aku letak pergi Lobster Shack dulu kemudian baru ke tempat-tempat lain. Dah lain rupa tempat Lobster Shack tak macam dulu. Semakin cantik dan kemas. Masa kami kesana pun renovation masih berjalan. Tempat parking dan ruang makan lebih luas jadi lebih ramai boleh datang makan.

Hanya menu yang aku letak kotak itu saja yang kita boleh order.

Kalau cari sijil dan logo halal di Lobster Shack memang tak jumpa tapi seperti biasa, lakukan apa yang sepatutnya untuk memastikan makanan yang kita order boleh dimakan. Rujuk menu yang aku kongsi, hanya pilihan yang ada dalam kotak saja sesuai untuk Muslims. LF bermaksud Lactose Free dan GF bermaksud Gluten Free. Kami order dua hidangan dengan chips dan dua lagi dengan nasi goreng. Nasi goreng tu.. Aku masak sedap lagilah. Hahaha.. Add on juga Prawn Bucket dan Fish and Chips. Total kerugian kami hari itu adalah sebanyak 202AUD (RM615.00 approx). Aku tahu aku tahuu !! Melampau yang amat bila tengok harga tapi ini adalah antara bucket list kami dan masing-masing dah bersetuju untuk spend duit dan makan. Hidangan yang dah highlight semua tak ada alcohol dan kandungan-kandungan lain yang meragukan. Aku dah double check tentang minyak dan cara penyediaan. TAPI !! Untuk kepuasan dan keyakinan diri sendiri, sebelum order korang tanyalah lagi. Kalau dah terbit rasa ragu dan syubhah.. Jangan makan.


Rasa wise bagi aku sedap dan lobster sangat juicy just nice. Grilled biasa saja dengan salt and pepper tapi naik rasanya. Mungkin sebab fresh kot.. Kalau nak datang sini, korang pejam mata sajalah belanja sebab bukan selalu. Dah alang-alang jalan jauh menempuh onak duri apa salahnya reward diri sendiri sesekali. Jangan kongsi tau terus saja order seorang satu set. Kalau kongsi nanti sedih dapat makan sikit lepas tu teringat-ingat. Alhamdulillah seronok sangat bila dapat rezeki makan di Lobster Shack setelah dua tahun tahan kempunan dan teringin. Itulah padah tak rancang perjalanan elok-elok dulu. Memang fikir harga boleh buat menangis tapi kepuasan yang dicari. Lepas dah kenyang.. kami isi minyak di pekan Cervantes dan terus ke Pinnacles Drive.


PINNACLES DESERT DRIVE DI NAMBUNG NATIONAL PARK

Aktiviti lain yang wajib dilakukan di utara Western Australia adalah memandu di laluan padang pasir berbatu kapur yang terkenal disana. Disebabkan kami dah singgah ke Yanchep National Park, untuk masuk ke Nambung National Park dalam hari yang sama dah tak perlu bayar entrance fee. Hulur saja tiket di pintu masuk dah selesai. Boleh bawa masuk kenderaan sendiri untuk meronda di laluan yang disediakan atau kalau rajin nak menapak silakan. Misteri sangat tempat ni sebab ini adalah fenomena alam semula jadi yang dah terbentuk ribuan tahun dulu lagi dan masih kekal bertahan sehingga hari ini. Formasi batu kapur yang boleh jadi setinggi 3m dan pasir emas kekuningan yang unik menjadikan kawasan Pinnacles sangat menarik. Dulu kesana cuaca sangat terik walaupun ketika musim sejuk. Berpeluh-peluh matahari mencanak atas kepala. Alhamdulillah kali ni redup mendung dan berangin sejuk walaupun tengah musim panas. Pelik.. Pelik.. Tapi iyalah soal kawalan cuaca bukan kerja kita. Aku suggest pakai topi dan shades dan pakaian yang nipis sikit tak kiralah musim apa korang datang. Senang pakai topi kalau panas dapat berlindung sikit. Shades pula nak halang pasir-pasir halus masuk selain daripada bergaya. Elak pakai baju warna terang nanti ambil gambar tenggelam tak dapat bezakan korang dengan background.

Baca dulu peraturan keselamatan.

Kita sediakan tripod dulu..


Baca : TIPS DAN PERSEDIAAN KE PERTH AUSTRALIA 

Sebab cuaca mendung jadi seronok nak meronda. Berangin sejuk sedap rasa. Kami cari juga mana-mana batu yang tinggi sesuai nak bergambar tapi tak adalah explore jauh sangat. Yang mana ada cukup cantik jadilah buat bergambar. Ikutkan peraturan tak dibenarkan panjat batu-batu disini tapi ramai yang panjat. Batu-batu ni walaupun dah terbentuk beratus tahun dulu, ada sesetengah yang rapuh. Takut kalau panjat batu pecah jatuh tergolek pula jadi panjat at your own risk. Sejarah pembentukan batu-batu di Pinnacles Desert dipercayai daripada jutaan seashells yang wujud dikawasan ni pada zaman dulu kala. Ikut scientists ada banyak theories jadi aku pun tak pasti masa satu yang betul. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, kajilah sendiri. Dikawasan Pinnacles Desert ni pun boleh nampak Kangaroo liar dan Emu berlari-lari. Aku tak pernah nampak.. tapi pernah tengok gambar-gambar yang orang lain kongsikan. Lepas dah habis satu pusingan laluan di Pinnacle Desert, kami terus gerak ke Lancelin. Ingat nak solat di taman berdekatan dengan Lancelin Sand Dunes tapi tengok jam macam sempat drive balik ke Airbnb. Aku bawa juga Neddy dan AcikE masuk ke kawasan Lancelin Sand Dunes tapi diorang tak berminat nak turun. Lawat kawasan dari jauh saja. Ada ramai juga pengunjung walaupun dah petang. Disebabkan diorang tak nak main sandboarding, kami gerak balik terus. Alhamdulillah by pukul 06:00PM dah sampai dan sempat solat di Airbnb. Aku dan Neddy saja yang keluar beli dinner dan isi minyak siap-siap untuk perjalanan hari esok. Rehat yaaa esok kita nak jalan-jalan lagi.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

18 comments:

  1. Pinnacles Desert tu nampak cantik..
    Dah datang jauh-jauh kenalah cuba juga makanan yang menarik macam tu walaupun harganya tu agak pricey.. bukan selalu kan siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harganya tu da balik Malaysia baru rasa penyesalan yang amat. tapi tu untuk empat orang la kak.. kalo sorang cemtu lagi murung dibuatnya. bendaaa da berlalu usah dikenang hahaha..

      Delete
  2. OMG why everything looks so amazing?!
    This whole post makes me so eager to cancel my current trip plan and just fly to Australia instead.
    I'm a huge seafood lover, I mean I'm a pescatarian so I love seafood and those shrimp and lobster looks so mouthwatering right now.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe i love seafood as well !! *gimmefive*
      where are u gooooing ?? wheree whereeeeee..

      Delete
  3. uiiiiii mengoda betul dia punya lobster...

    kt pinnacles tu x ramai org ke yg datang ms tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kalau harga dia x mencekik gitu terus amek sekor seorang. xyah amek sparuh ja sedihhhh hahaha sebab sedap.

      ramai je.. masa nak bergambar kat certain spots orang lain akan tunggu kita amek gambar dulu.

      Delete
  4. Sedapnya tengok semua seafood tuuu, aduh terliur 🤤😆

    ReplyDelete
  5. Cantiknya pemandangan kat pinnacles tuh. Ngences la tengok lobster tuh. Adoii bila la tabung ayam nak penuh ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngences tengok lobster pastu nangeh dah bayar. huwaaa awat dia mahai sangat !!

      Delete
  6. Pinnacles Desert ni antara tempat popular yang ramai orang suka datang sini. view dia cantik dalam gambar kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib pergi kalau dah sampai sana. tak lengkap trip kalau x singgah =)

      Delete
  7. sedapppp tgk makanan yg enak2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap memakan tapi sakitnya tuh disini nak membayar..

      Delete
  8. bestnya dapat tengok kangaroo live depan mata!
    lobster tu nampak besar gilerrr...dahsyat ek bila fikir, tengah makan sepinggan hidangan bernilah RM200++..hahahah! tapi bila lagi khennnnn!

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah alang2 sampai ko pejam mata sajalah. saja2 memang idook.. sesekali buat kepuasan hati dah penat2 berjalan. besar jugalah tak kecik sangat..

      Delete
  9. sedapnyaaa lobster !!! mahal janji puas hati dpt mkn dh alang2 ke sana. kereta Toyota apa tu? smart

    ReplyDelete
    Replies
    1. Toyota Hatch.. memang tak masuk Malaysia rasanya. comel kan..
      compact dan sangat luas.

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.