October 2019 | SITI.YANG.MENAIP

Cerita tahun lepas baru sekarang nak kongsi. Alang-alang ada urusan di Kuala Berang lajak ke Tasik Kenyir, hanya 45 minit pemanduan. Kalau dari Kuala Terengganu pula lebih kurang 1 jam 30 minit. Jangan key in Tasik Kenyir semata dalam Google Maps nanti tak sampai pula. Kena set ke Pengkalan Gawi - pintu masuk utama dan tempat kita nak naik boat di Tasik Kenyir. Tasik Kenyir adalah tasik buatan manusia yang terbesar di Malaysia yang dibina pada tahun 1978 sehingga 1985 untuk menjadi pusat hydroelectric dan mengatasi masalah banjir di Terengganu. Tempat parking luas dan jangan risau, ada orang jaga kenderaan. Kami ke Pengkalan Gawi dan tengok package yang ada. Please note that trip ke Tasik Kenyir adalah decision last minute jadi tak sempat survey dan research dulu apa patut. Bila tengok brochure baru tahu ada banyak attractions di Tasik Kenyir. Aku ingat naik boat dan cruising saja. Kami sampai around 11:00AM dan banyak boats dah berlepas bawa pengunjung.

AKTIVITI-AKTIVITI DI TASIK KENYIR

Banyak pilihan dan package aktiviti-aktiviti yang ditawarkan berlainan harga. Boleh boat cruising, bermalam atas tasik di Houseboat, berkayak, jungle trekking, masuk hutan, pergi air terjun, ke taman herba dan macam-macam lagi. Ada juga Kenyir Elephant Conservation Village dan Kenyir Waterpark. Ohooo baru tahu ada taman tema air di Tasik Kenyir. Berdekatan juga ada Duty Free Shop dan aku baca review sikit, ada jual chocolates seperti di Langkawi. Tak tahu betul atau tak sebab tak singgah. Disebabkan kami sampai dah tengah hari, tak dapat nak ikut trip ke tempat-tempat yang agak jauh. Kami hanya boleh ke Taman Herba Tasik Kenyir memandangkan itu saja destinasi yang paling dekat dengan jeti. Disebabkan hanya aku dan MamiZ saja yang ada di jeti ketika itu, kami tetap kena bayar harga penuh untuk sebiji boat ke Taman Herba Tasik Kenyir berharga RM75.00 (harga pada bulan Jun 2018). Nak settle bayaran ada sekeluarga sampai jadi pakat kongsi ramai-ramai. 

Kalau nak enjoy Tasik Kenyir to the max, sila datang awal.


Jeti Pengkalan Gawi












TAMAN HERBA TASIK KENYIR

Lebih kurang 15 minit naik boat, sampailah di Taman Herba Tasik Kenyir di Pulau Sah Kecil. Sepanjang perjalanan air tasik hijau kebiruan sangat cantik. Tapi seram juga rasa mesti dalam. Jujurnya aku tak minat pun nak pergi taman herba tapi that was the only option yang ada jadi kita layan sajalah. Taman Herba ini merupakan produk pelancongan yang dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) sejak tahun 1995. Fungsi utama adalah sebagai pusat pelancongan, pendidikan dan penyelidikan. Ada lebih 200 jenis tanaman herba yang ditanam di Taman Herba Tasik Kenyir - Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Misai Kucing dan Mas Cotek. Seperti biasa dimana-mana taman herba, penerangan mengenai kebaikkan dan khasiat setiap herba dipamerkan pada pokok-pokok. Pengunjung boleh minum air Tongkat Ali, Kacip Fatimah dan Mahkota Dewa secara percuma. Kemas dan cantik juga tempatnya sesuai nak melepak santai. Walaupun cuaca panas terik, tapi redup dilindungi pokok-pokok tinggi disana. Kemudahan yang ada seperti tandas awam pun bersih dan kemas. Aku dan MamiZ tak meronda sangat pun. Kami hanya duduk dan enjoy the view.

Banyak Houseboats sedang berlabuh di Taman Herba Tasik Kenyir. Ramai pelajar sekolah. Extra ramah aku pergi tanya salah seorang pelajar. Budak Sekolah Menengah Sains rupanya. Diorang sewa Houseboats untuk tiga hari sebagai sebahagian daripada trip dan aktiviti kelab. Nampak kehulu kehilir kalut masing-masing berlari. Mesti ada tugasan yang nak disiapkan.

HOUSEBOATS DI TASIK KENYIR

Sangat classic dan cantik. Tapi nak sewa kena make sure ada minimum 20 orang ahli baru Houseboat boleh jalan. Alamak.. Jenuh nak cari 20 orang. Kena bawa semua ahli keluarga baru cukup quota. Ak tak pasti boleh atau tak kalau kita nak sewa satu bilik saja dan kongsi dengan orang lain atau kena ada 20 orang dalam satu booking baru boleh tempah. Harga sekitar RM2000.00 - RM10000.00 mengikut jenis boat dan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan. Mesti ada yang rasa harganya sangat mahal. Tak adalah mahal mana kalau dah divide 20-25 orang. Walaupun dengan harga yang begitu, kalau berminat kena booking awal. Sentiasa on demand. Masa kami kesana pun ada banyak Houseboats sedang beroperasi.


Selamat datang ke Taman Herba Tasik Kenyir.



Houseboats sedang berlabuh.










MENARIK ATAU TIDAK ?

Menarik jugalah trip singkat aku dan MamiZ ke Tasik Kenyir. At first aku tak ada expectation yang tinggi sangat tapi bila dah sampai, seronok juga. Aku lebih enjoy pemandangan sekeliling dan menghargai the boat ride. Terkilan sikit sebab tak dapat pergi ke tempat-tempat menarik yang lain. Teringin nak ke Air Terjun Langsir dan Kelah Sanctuary tapi tak apa.. ada rezeki kita pergi lagi. Kena datang awal dan buat perancangan yang lebih teratur. Yang berada di kawasan berdekatan bolehlah masukkan Tasik Kenyir dalam destinasi korang. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com
TRIP TURKEY 2019 : ITINERARY & BUDGET PERBELANJAAN KE TURKEY. Alhamdulillah selesai juga akhirnya perkongsian pengalaman perjalanan aku ke Turkey. Lama betul rasa nak siapkan sebab mood pun ada pasang surut nak menaip. Aku ke Turkey bersama Juara Travel & Tours jadi kali ni tak jalan sendiri. Semua diuruskan dengan baik dan layanan super tip top from A to Z memang puas hati sangat. Kalau korang malas nak rancang perjalanan sendiri boleh consider untuk pergi dengan Juara. Dalam post kali ini, aku akan kongsikan itinerary dan budget perbelanjaan perjalanan kami selama berada di Turkey. Untuk budget, aku senaraikan yang penting saja bukan segalanya. Harga barang-barang yang dibeli dan gambaran harga souvenirs semua aku dah kongsikan dalam entries lepas. Terlalu banyak kalau nak aku senaraikan jadi aku hanya pilih few things yang selalu ditanya. Perkongsian ini hanya untuk bagi gambaran saja bukan niat negatif sebaliknya. Tak suruh ikut bulat-bulat tak kata inilah yang terbaik dan sebagainya. Buat timbang tara dan judgement sendiri. Yang baik bolehlah korang cedok dan yang mana tak sesuai jangan ikut.


BUDGET DAN PERBELANJAAN DI TURKEY

Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03

Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00

Tukar USD100.00 :
RM403.00

Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)

Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja

Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)

RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00 
RM7412.09 approx

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Disebabkan aku pergi dengan travel agency, jadi kena bayar mahal sikitlah untuk package. Dah dibawa berjalan makan minum disediakan tempat tidur mewah jadi kenalah bayar untuk semua services yang diberikan. Boleh jimat banyak kalau pergi sendiri tapi kena atur baik-baik perjalanan dan sebagainya. Kedua-dua cara pun ada kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Aku memang bawa duit belanja untuk beli souvenirs untuk family members dan kawan-kawan rapat. Wajiblah dah berjalan jadi kita bawa balik kenangan sikit untuk diorang yang tak dapat ikut. Banyak jugalah aku belanja tapi untuk keluarga aku tak akan berkira dan tak akan aku pertikaikan. Ada rezeki kita kongsi sama-sama. Kalau ada duit banyak memang semua aku bawa berjalan sekali. Aku bawa duit untuk aktiviti wajib juga seperti Hot Air Balloon Ride di Cappadocia. Dari awal memang dah asingkan jadi kat sana tak adalah lari budget. Memang dah sedia maklum harga akan mahal sampai sana tak terkejut sangat. Rancanglah perbelanjaan korang baik-baik sebab kita berjalan ni tak mahulah stress kalau tak cukup duit atau tiba-tiba kena keluarkan belanja dah jenuh nak cari kat mana. Asingkan juga wang kecemasan dan simpan jangan kacau. Activekan juga Debit atau Credit Card senang nak swipe bila perlu - biasalah perempuan kalau shopping semua nak beli bukan ingat duit dah kurang. Kenalah cari jalan lain nak membeli. Apa-apa pun.. soal budget ni kena tanya selera masing-masing. Ada orang pandai sangat manage perbelanjaan jadi memang tip top dapat berjimat. Aku ni tak berapa pandai sangat sebab jenis boros. Tapi ikut kemampuan jugalah - kalau tak ada budget nak boros pun tak boleh. Apa yang ada sajalah.. You know yourself better dari orang lain so you are free to plan your trip the way you want it to be.


ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS

Aku pergi dengan travel agency jadi perjalanan dah ditetapkan dan aku rasa kalau pergi dengan travel agency mana-mana pun lebih kurang saja itinerary yang dah dirancang. Mungkin kalau berbeza pun beberapa tempat mengikut kesesuaian musim.

Day 1
17042019
Wed

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul

  • Berkumpul di KLIA pada pukul 06:00AM
  • Penerbangan ke Muscat, Oman menaiki Oman Air pada pukul 09:30AM
  • Kuala Lumpur - Muscat (07 jam 10 minit)
  • Transit di Muscat selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul
  • Muscat - Istanbul (05 jam 30 minit)
  • Tiba di Istanbul disambut oleh Ali
  • Check-in Ramada Encore Hotel Istanbul

Day 2
18042019
Thurs

Dari Istanbul ke Bursa

  • Lawatan sekitar Istanbul - Hippodrome, Blue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia
  • Meneruskan perjalanan ke Bursa 
  • Istanbul - Bursa (175KM / 02 jam 30 minit)
  • Shopping Turkish Delight di Munira Bursa
  • Check-in Ramada Nilufer Hotel Bursa

Day 3
19042019
Fri

Dari Bursa ke Kusadasi

  • Lawatan sekitar Bursa - Ulu Mosque, Silk Market (dibatalkan kerana jalan ditutup sempena aktiviti berbasikal kebangsaan)
  • Green Mosque dan Bursa Silk House
  • Meneruskan perjalanan ke Kusadasi
  • Bursa - Kusadasi (181KM / 02 jam 45 minit)
  • Isa Bey Mosque
  • Temple of Artemis
  • Sekitar Kusadasi - free and easy
  • Souvenirs shopping - Baklava etc
  • Check-in Carina Hotel Kusadasi

Day 4
20042019
Sat


Dari Kusadasi ke Pamukkale

  • Lawatan sekitar Kusadasi - Leather Factory, Ephesus Ancient City
  • Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
  • Kusadasi - Pamukkale (191KM / 03 jam)
  • Lawatan di Pamukkale - Hierapolis Ancient City Ruins - Cotton Castle
  • Check-in Pamukkale Triopolis Hotel

Day 5
21042019
Sun

Dari Pamukkale ke Cappadocia

  • Perjalanan ke Cappadocia melalui Konya
  • Pamukkale - Konya (150KM / 02 jam)
  • Lawatan di Konya - Mevlana Museum, Sultanhani Caravanserai
  • Meneruskan perjalanan ke Cappadocia
  • Konya - Cappadocia (225KM / 03 jam 45 minit)
  • Check-in Tassaray Hotel Cappadocia (2 malam)

Day 6
22042019
Mon

Cappadocia

  • Lawatan sekitar Cappadocia - Goreme Open Air Museum, Turkish Turquoise Store, Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill dan Pottery In Avanos
  • Aktiviti malam (optional) - Whirling Dervishes

Day 7
23042019
Tues

Cappadocia ke Bolu

  • Aktiviti awal pagi (optional) - Hot Air Balloon Ride
  • Meneruskan perjalanan ke Bolu - kami bersepakat untuk tidak ke Ataturk Mausoleum di Ankara
  • Cappadocia - Bolu (500KM / 06 jam)
  • Bolu - free and easy (shopping)
  • Check-in Hampton by Hilton Bolu

Day 8
24042019
Wed

Dari Bolu ke Istanbul

  • Bolu - Istanbul (290KM / 03 jam)
  • Lawatan sekitar Istanbul - Bosphorus Cruise, Grand Bazaar
  • Tukar itinerary - rancangan asal adalah ke Suleymaniye Mosque dan Ayub Al Ansari Mosque
  • Itinerary baru - Emirgan Park
  • Bergerak ke Istanbul Airport

Day 9
25042019
Thurs

Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur

  • Penerbangan pulang awal pagi ke Muscat, Oman
  • Transit dua jam di Muscat
  • Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur



Alhamdulillah selesai. Satu pengalaman manis untuk dijadikan kenangan. Aku dah senaraikan cerita-cerita berkaitan sepanjang berada di Turkey buat rujukan. Rasanya semua dah dikongsikan yang mana patut. Mana baik rasa korang rasa sesuai boleh jadikan panduan. Yang tak okay tak sesuai buang jauh. After all, it is your journey jadi rancanglah perjalanan korang sebaik mungkin supaya berbaloi setiap langkah menapak dan setiap sen yang telah dibelanjakan. Aku doakan semoga murah rezeki semua untuk terjah meneroka bumiNya. Stay safe dan happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com

24 APRIL 2019

TRIP TURKEY : SHOPPING SOUVENIRS DI GRAND BAZAAR DAN BARANGAN YANG DIBELI DI TURKEY. Ada beberapa jam lagi ada sebelum kami dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Cukup untuk diisi dengan aktiviti membeli-belah yang dinanti-nantikan oleh ahli jemaah rombongan yang lain. Aku dan Idiq biasa tak teruja sangat sebab kami berdua practically dah beli apa yang kami nak untuk keluarga dan kawan-kawan. Shopping juga tapi ala kadar sajalah tak bersungguh sangat. Kami dibawa ke Grand Bazaar - salah satu tempat tujuaan orang ramai untuk shopping souvenirs dan barang-barang yang sesuai dibawa pulang sebagai kenangan. Kalau sesiapa yang ke Istanbul wajiblah singgah ke Grand Bazaar untuk shopping sebab ada banyak pilihan dan rambang mata sungguh nak membeli. Orang kata harga murah tapi aku tak rasa murah sebab benda yang sama boleh dapat lagi murah di tempat lain. Kena pandai tawar menawar dah jiwa kena kental nak membeli di Grand Bazaar. Janji bawa duit cukup semua pun boleh beli.. Di Istanbul, selain di Grand Bazaar ada satu lagi bazaar yang terkenal iaitu Spice Bazaar. Tak jauh pun dari Grand Bazaar jalan kaki pun boleh sampai. Aku sebenarnya lagi teruja rasa nak ke Spice Bazaar berbanding Grand Bazaar tapi ikut rombongan ni kami dibawa ke Grand Bazaar saja. Dah balik Malaysia baru aku discover jarak Grand Bazaar dan Spice Bazaar tak adalah jauh mana. Terkilan jugalah sebab disana tak check lebih awal. Aku dan Idiq dekat tiga jam berlegar-legar dalam Grand Bazaar cuci mata kalau tahu lebih awal dah lajak ke Spice Bazaar pun tak apa. Di Spice Bazaar lebih kepada rempah ratus dan makanan. Ada juga jual souvenirs tapi tak semeriah di Grand Bazaar. Teringin nak pergi sebab nak beli rempah ratus masakan Turkish tapi tak ada rezeki. Mungkin inilah antara alasan untuk kembali ke Turkey satu hari nanti.

SHOPPING DI GRAND BAZAAR ISTANBUL TURKEY

Soal suka membeli-belah ni sangat subjective. Ada orang suka sangat-sangat shopping sampai kemana-mana pun wajib shopping. Ada orang tak minat sangat ala kadar saja jadi terpulanglah ikut suka yang mana pilihan korang. Aku tengah-tengah kot.. Aku suka dan so so sajalah kalau ada duit aku excited kalau tak ada duit aku berpijak di bumi yang nyata. Tapi pandangan aku sendiri, aku suka pergi tempat membeli-belah dinegara orang sebab ditempat-tempat macam inilah kita boleh belajar diversity satu-satu kaum. Tengok peradaban dan cara hidup diorang. Grand Bazaar di besar memang antara tempat utama process menjual beli dan jadi tumpuan pelancong-pelancong. Dibahagikan pada beberapa sections dan ada banyak pintu masuk. Antara barangan yang boleh dibeli di Grand Bazaar adalah barangan kulit seperti beg dan pakaian, barang kemas - tak ingat berapa carat kalau emas di Turkey, barangan antik dan barangan tembaga, carpets, ceramics dan macam-macam lagi. Di Grand Bazaar juga kita boleh beli baklava, turkish delight, safron dan beberapa lagi makanan yang synonym dengan Turkey. Kawasan Grand Bazaar di sentiasa sibuk dengan lautan manusia. Jadi kena hati-hati sentiasa pastikan barangan peribadi kita sentiasa diawasi. Aku memang akan galas beg di hadapan kalau pergi tempat ramai manusia. Pastikan kita letak wallet di tempat yang kita senang nak monitor. Jangan lalai dan beri ruang kepada pick pocket untuk ambil kesempatan. Baca doa selalu semoga Allah lindung kita. Bila aku kongsi macam ni nampak macam buruk pula Istanbul. Tidak !! Dimana-mana saja sekalipun kita kena berhati-hati. Di Kuala Lumpur pun kena hati-hati sebab manusia jahat ada dimana-mana. 

Ali bawa kami ke Grand Bazaar melalui Pintu 1 - ada masjid di perkarangan pintu masuk jadi semua pergi solat dulu baru pergi shopping. Jomlah kita meronda tengok apa yang patut.



Tak pasti nama masjid. Hahaha.. Dah selesai solat baru jalan.


Berhadapan dengan salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar.


Aku tak ambil gambar banyak sangat dalam Grand Bazaar sebab tak terjaga camera beg dan barang-barang yang dibeli. Aku jujurnya tak ada kenangan manis sangat shopping di Grand Bazaar sebab dapat merasai jugalah kenangan pahit sikit. Kena halau dengan penjual sebelum sempat nak tawar-menawar dan kena ignore semata-mata sebab minta kurang harga walaupun cakap nak beli banyak. Majoriti akan tanya sama ada kami dari Indonesia atau Malaysia. Hampir setiap kedai kami pergi tanya soalan yang sama. Dah banyak kali ditanya aku pun naik rimas jadi aku tanyalah kenapa nak tahu kami Indonesians atau Malaysians - katanya pelancong-pelancong dari Indonesia jarang minta discount berbanding pelancong-pelancong Malaysia. Jadi kalau Malaysia diorang malas layan sikit. Amboi jujur sungguh dia explain kat aku kemudian baru aku cakap aku Malaysian. Sengih-sengih minta maaf. Lepas tu baru kasi kurang sikit harga untuk fridge magnet yang aku beli. Kemain !! Memang kena expect perangai peniaga-peniaga yang pelik dan extreme. Kalau dah mula tawar menawar dan dapat harga yang kita nak jangan tak jadi beli pula. Memang minta kena maki kalau macam tu.. Hati-hati juga dengan peniaga-peniaga yang ambil kesempatan kurangkan timbangan atau tak pulangkan baki. Kalau boleh jangan bayar guna duit besar kalau beli benda yang murah.

Inilah antara reality yang aku tengok di Grand Bazaar dan baca perkongsian dari orang lain.  Menakutkan jugalah tapi sentiasa kita berhati-hati. Ingat.. kena sabar juga nak shopping disini sebab ramai gilaaa umat manusia dan setakat kita yang nak beli sekeping dua ni memang dilayan kurang mesra berbanding pelancong-pelancong lain yang beli lebih banyak. Unless korang memang nak borong dan bersungguh haaa.. bersungguh jugalah layanan yang diorang akan beri. Aku beli jugalah fridge magnets, keychains dan turkish delight. Aku rasa harga di kedai-kedai luar Grand Bazaar lagi murah. Kalau ada masa lebih ronda dululah diluar. Aku sengaja tunggu nak borong di Grand Bazaar tapi sayangnya harga mahal dan ada peniaga-peniaga tak mahu pun kurangkan harga. Fridge magnets yang aku beli 3TL saja di kawasan luar bandar Turkey dijual dengan harga lebih mahal sekitar 5-10TL di Grand Bazaar. Keychains yang aku beli di luar bandar hanya 1TL saja tapi di Grand Bazaar standard 2.5TL. Aku dapat murah sikit 2TL sebiji sebab aku cakap nak beli 50 biji. Minta kurang jadi 1.5TL pun peniaga tak bagi. Kalau dia turunkan harga insyallah aku beli 100 biji terus. Bila aku dan Idiq meronda di kawasan luar nampak ada kedai jual keychains yang sama hanya 1TL. Haaaih !! Memang normal standard harga bandar tapi kalau korang akan ke outskirts, belilah siap-siap disana supaya tak terkilan. Aku just beli sikit top up yang mana sedia ada saja.

Selesai shopping kami terus dibawa ke airport. Lebih kurang pukul 08:30PM kami sampai dan pukul 09:00PM kaunter dah dibuka. Penerbangan kami ke Oman adalah pada pukul 12:00AM jadi ada beberapa jam lagi sebelum berlepas. Pergi awal senang tak terkejar-kejar dan semua diberikan masa untuk arrange barang-barang yang dibeli dalam luggage. Aku dah kemas barang-barang lebih awal di hotel jadi kami sediakan ruang siap-siap untuk letak barang-barang yang baru dibeli. Tak adalah renyah sangat nak susun balik luggage. Bagus betul Ali ni.. Dia tunggu sampai kami semua masuk ke Departure Hall. Sampai awal di airport baru Turkey pun tak ada makna sebab masih sunyi sepi lengang. Kedai-kedai pun belum dibuka jadi tak ada benda nak tengok pun. Terus kami ke Departure Gate dan duduk melayan perasaan. Alhamdulillah penerbangan on time dan kami pun selamat terbang ke Oman yang mengambil masa lima jam.

Stress sikit sebab dalam journey ke Oman aku dapat seat di Exit Row jadi kerusi tak boleh recline. Seksa sangat rasa tidur duduk tegak saja selama lima jam. Apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai di Oman pada pukul 06:30AM tapi harinya cerah terang benderang dan matahari pun dah mencanak naik. Perrrgh !!

Transit dua jam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.


Flyone Airlines - low cost airlines milik Moldova.


Salam Air - low cost airlines milik Oman.


Selamat tinggal Oman dan Timur Tengah. Ada rezeki bakal kembali.


Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia.

Perjalanan tujuh jam dari Oman ke Kuala Lumpur sangat smooth dan selesa. Menghampiri KL cuaca sedikit bumpy petir kilat jelas dapat tengok dari tingkap. Syukur semua okay. Lebih kurang pukul 09:00PM kami sampai dan ambil luggage dan selesaikan urusan yang patut. Masa untuk salam dan say goodbye pada ahli-ahli rombongan yang lain. Alhamdulillah sehingga hari ini masih lagi contact each other dan berkongsi cerita. Pejam celik dah selesai trip lapan hari di Turkey. Sekejapnya rasa !! It was a blast journey seronok sangat rasa. Insyallah ada rezeki nak kembali lagi bawa MamiZ. Semoga murah rezeki selalu. Nanti aku buat entry penutup dan senaraikan semua posts yang berkaitan. Sebelum tu jom tengok dulu apa yang aku sempat beli di Turkey.


SOUVENIRS YANG DIBELI DI TURKEY

Seperti selalu aku suka nak kongsikan barang-barang yang aku beli semasa pergi jalan-jalan. Ini hanyalah untuk beri gambaran tentang harga dan kalau ada tips yang boleh diguna pakai oleh orang lain. Yang baik diambil yang kurang baik korang pandailah campak jejauh. Dengan budget yang limited aku mampu jugalah beli macam-macam terutamanya khas untuk ahli-ahli keluarga. Aku tak mampu nak bawa semua sekali ikut berjalan jadi at least aku bawa balik rasa atau kenangan untuk dikongsi sama. Jadi kalau ada benda yang aku beli macam terbanyak tu sebab nak kasi semua orang merasa puas-puas. Aku prefer beli food as souvenirs sebab aku suka tengok muka-muka family members aku rasa makanan-makanan yang aku bawa balik.


Dah tertunggang terbalik sikit tapi rasanya tetap mantap.
Jenis campur-campur ditimbang asing mengikut setiap jenis.


Jenis kosong sebegini 1KG : 80.00TL (RM70.00 approx)

BAKLAVA

Bagi aku ini sangatlah wajib ditapau dan dibawa pulang walaupun sedikit. Pergi sajalah beli dimana-mana kedai yang bersepah-sepah sekitar Turkey. Baklava adalah pastry Turkish yang manis dan dipenuhi kekacang. Ada yang dijual kering dan basah - selalunya ada sira air gula atau madu. Kalau jenis premium nampak sticky sungguh kesan madu asli. Jenis ni kena sedia duit extra sikitlah. Jenis kering boleh dibeli di Grand Bazaar juga dan kedai-kedai baklava yang lain tapi tak authentic sangat sebab yang basah lagi awesome. Kami tak singgah mana-mana kedai yang specific jual Baklava pun tapi aku dan Idiq beli masa di Kusadasi, Cappadocia dan sebuah kedai di pintu masuk Grand Bazaar. Ada peluang kami meronda sikit dan cari kedai baklava. Tapi jangan risaulah sebab memang merata ada jual. Kalau kita beli cakap nak bungkus bawa balik diorang akan pack nicely dan kemas siap bungkus selamat untuk dibawa dalam perjalanan. Dikira mengikut berat dan jenis jadi kalau nak order kita tunjuk jenis yang kita nak kemudian cakaplah nak 500g contoh. Yang kosong lebih murah sebab tak ada kacang. In total rasanya dekat 5KG jugalah aku borong. Campur-campur pelbagai jenis.

TURKISH DELIGHT

Apalah erti berjalan ke Turkey kalau tak beli Turkish Delight. Turkish Delight adalah manisan Turkish yang famous dan wajib dicuba. Dibuat daripada gula atau madu. Yang dari madu obviously mahal lagi tapi aku pun tak pasti macam mana nak identify jenis yang dibuat dari gula atau madu. Ada orang tak suka sangat sebab terlalu manis dan melekat lekit kalau makan. Jenuh nak kunyah tapi aku suka. Makan sikit-sikit bila teringin dan beli extra nak share dengan family dan kawan-kawan. Aku sarankan beli yang ikut timbang macam ni berbanding yang dah siap dibungkus dalam kotak. Bila yang ditimbang ni kita boleh minta sample nak rasa jadi boleh pilih perisa yang kita suka. Aku suka yang rose, chocolate, pistachio dan kelapa. Kalau yang dalam kotak tu kita tak nampak rupa dia macam mana dan ada kes yang aku baca terbeli yang dah expired. Yang dalam kotak tu sebenarnya sesuai kalau nak buat souvenirs nak kasi kawan-kawan tapi itulah.. aku takut nak beli takot kena tipu. Nayaaa !! Jenis timbang ni pun korang kena perhati betul-betul jangan sesekali lalai terlepas pandangan setiap pergerakan peniaga. Ikut mana saja diorang pergi dan masa timbang tu pergi berdiri depan penimbang sekali. Take note berat yang terpapar dan sendiri kira berapa jumlah perlu dibayar. Masa kami nak beli Turkish Delight, time itu jugalah diorang akan offer apple tea. Jemput duduk sambil sengih ajak bersembang mesra tapi aku tolak cara baik. Aku tetap ikut pekerja kedai tu pack Turkish Delight yang aku dah tempah. Biarlah diorang nak fikir apa sebab aku tak rela kalau kena tipu.. Aku nak bawa balik untuk family. Tak semua peniaga di sana jujur yaaa. Kena ingat tu. Terima kasih pada semua yang kongsikan pengalaman diorang sepanjang membeli di Grand Bazaar buat aku lebih berhati-hati.


Dua bekas Turkish Delight lebih 3KG aku beli di Grand Bazaar. Harga asal katanya 1KG : 130.00TL (RM120.00 approx) tapi sebab aku beli lebih dikurangkan kepada 80.00TL (RM70.00 approx).


Ini yang dibeli di kedai Munira di Bursa.

SNACK DAN COKLAT TURKEY

Snack dan chocolate di Turkey bagi aku sangatlah murah dan berbaloi untuk diborong beli banyak-banyak. Aku dan Idiq borong sampai penuh dua kotak kami bawa balik. Kotak tu kami minta di kedai groceries dan pilih size yang sesuai untuk disumbat dalam luggage. In total aku habis sekitar hampir 200.00TL (RM170.00 approx) saja untuk snacks dan chocolates Turkey. Disebabkan ini ada trip aku bersama travel agent, tak adalah specific time nak pergi shopping snacks jadi aku dan Idiq curi-curi cari peluang pergi beli sikit-sikit. Paling seronok bila di Cappadocia, groceries mart depan hotel. Puas hati sangat dan snacks seperti ini pun sesuai untuk diberikan pada kawan-kawan. Aku perasan beberapa perkara jugalah mengenai snacks yang available di Turkey ni.. Majoriti ada perasa kacang especially pistachio dan banyak snacks berbentuk jenis biskut, kek dan wafer. Range harga pula sekitar 1.50TL ke 10.00TL bergantung pada jenis.


Kotak 1 - Penuh biskut dan chocolate wafers.


Kotak 2 - Penuh mini cake dan chocolates.


Suku daripada hasil total just nak kongsi dengan korang. Semua sedap !!!

FRIDGE MAGNETS, KEYCHAINS & POUCHES

Ini memang wajib. Souvenirs paling senang nak dapat dan cost pun tak mahal sangat. Aku beli banyak juga fridge magnets dan keychains dan aku beli ketika di outskirt dari Istanbul. Bagi aku range yang murah adalah sekitar 2TL - 5TL tapi kalau di Istanbul, paling murah pun 5TL untuk sebiji fridge magnet. Aku dah cerita pengalaman di Grand Bazaar diatas jadi aku rasa kalau korang akan keluar dari Istanbul elok beli siap-siap souvenirs kalau korang rasa murah. Di Grand Bazaar aku beli juga tapi sikit just nak top up yang aku dah borong di tempat-tempat lain. Locations yang ada jual banyak souvenirs adalah di kawasan Kusadasi, Ephesus, Pamukkale dan Cappadocia. Lebih kurang saja design dan kualiti dengan yang dijual di Grand Bazaar tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Kalau jumpa kedai-kedai kecil yang jual souvenirs pun kadang-kadang diorang jual murah. Kebetulan kami berhenti lunch, ada kedai kecil tepi restaurant dan semua fridge magnets hanya 3TL saja sebiji. Beli jangan tak beli..

Selain fridge magnets dan keychains, ramai suka beli pouches yang memang synonym dengan Turkey seperti dalam gambar dibawah. Aku tak beli sebab aku ada dapat beberapa dah dari kawan-kawan yang pernah ke Turkey. Aku kongsi sebab nak tunjuk dekat korang kot berkenan nak jadikan souvenirs juga. Aku ada jumpa pouch yang kecil dijual dengan harga 1TL saja tapi di Grand Bazaar memang tak dapat harga semurah itu. Paling murah untuk size kecil mungkin 3TL jadi kalau dah jumpa 1TL tu memang paling murah sangat dah tu. Size yang kecil just nice untuk dijadikan coin purse jadi sesuai untuk dijadikan souvenirs buat kawan-kawan.

Antara fridge magnets dan keychains yang aku beli.

Contoh pouches comel dari Turkey.

TEH TURKEY, ROSE OIL, SABUN MINYAK ZAITUN & TSHIRT

Selain daripada barang-barang wajib borong, aku beli benda lain juga. Aku beli Teh Turkey seperti Apple Tea dan Chamomile Tea. Sedapnya !! Apple Tea aku beli yang pre mix serbuk campuran balik bancuh saja terus. Segala minyak yang digunakan untuk kecantikan pun sangat banyak disana tapi aku beli Rose Oil saja sebab kat tempat kita mahal. Macam-macam jenis sabun ada memang sesiapa yang suka beauty products mesti teruja. Aku beli sebiji saja buat syarat.

Haaa.. Cerita pasal Tshirt ni panjang lebar juga kalau boleh nak kongsi. Kualiti sama saja diceruk mana kedai pun sebab aku tengok cop logo sebiji semua tshirt pun. Harga saja yang berbeza dan itulah rezeki kitalah nak dapat beli di kedai yang mana. Aku pergi few locations dan range yang aku jumpa sekitar 15TL - 45TL sehelai. Yaaa ada yang sehingga hampir 50TL sehelai. Alhamdulillah aku dapat yang agak murah juga dan ada yang aku beli 30TL sebab aku takut nanti tak jumpa design yang sama dengan harga murah. Luckily aku beli walaupun mahal sikit sebab memang tak jumpa. Di Grand Bazaar choices memang banyak tapi nak dapat murah kena beli banyak. Nak dijual mahal tu diorang akan pack cantik dan kemas dalam plastic nampak mahal tapi aku tengok semua sama saja. Setakat sehelai dua memang diorang pandang sipi sajalah kita ni. Tak dilayan atau berkemungkinan besar tak dapat harga murah. Masa kami meronda di kedai-kedai luar Grand Bazaar, dah pujuk sakan barulah dapat kurang 15TL daripada 25TL sehelai. Itupun kena ambil extra jadi win win situation katanya.


Olive Oil Soup dalam bekas comel. Boleh dijadikan souvenirs juga.
Hanya 10TL sebekas.


Antara tshirts yang aku beli.

Selain daripada souvenirs yang aku kongsikan, ada juga beberapa benda lain yang aku beli. Untuk MamiZ aku beli sejadah dan untuk rumah di kampung aku belikan alas meja. Sebab pergi dengan geng makcik-makcik, aku tumpang sekaki diorang beli perhiasan dan beli banyak dapatlah discount. Safron pun aku beli untuk keluarga supaya semua dapat minum air Safron. Kami sempat singgah ke shopping mall di Bursa dan dapatlah juga kidnap sepasang baju dan skirt. Best juga pengalaman shopping di Turkey. Bagi yang minat membeli-belah tu bolehlah selit pergi mall juga. Banyak lagi benda yang menarik boleh dibeli untuk dijadikan souvenirs janji sediakan duit yang cukup seadanya semua pasti boleh beli. Ralat juga sebab ada benda aku nak tapi tak boleh beli sebab duit bawa ngam saja tapi tak apalah janji yang untuk keluarga dah selesai. Alhamdulillah perkongsian perjalanan ke Turkey akhirnya dah sampai ke penghujung. Nanti seperti biasa aku akan buat entry khas untuk senaraikan semua posts yang berkaitan senang kalau nak dijadikan rujukan. Pengalaman kita semua berbeza dan masing-masing ada keinginan dan kehendak masing-masing. Kita baca pengalaman orang untuk kita ambil yang baik dan sesuaikan dengan perjalanan impian kita. Happy travelling !!

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.