Turkey 2019 : Tips Penting Dan Persediaan Travel Jalan-Jalan Ke Turkey | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : Tips Penting Dan Persediaan Travel Jalan-Jalan Ke Turkey

/
34 Comments
October 15, 2019
TIPS PENTING DAN PERSEDIAAN TRAVEL JALAN-JALAN KE TURKEY | Belum nak masuk lagi cerita hari-hari yang aku lalui di Turkey, aku nak membebel dulu kongsi segala tips penting yang barangkali berguna untuk korang yang berhasrat nak terjah Turkey - tak kiralah secara sendiri atau dengan travel agencies. Nanti baru kita cerita pasal tempat-tempat menarik disana. Focus tips dulu.. Ada tips yang general ada juga yang mendalam sikit. Semua adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku jadi apa yang aku kongsikan adalah dari sudut pandangan personal dari pihak aku. Kena explain jelaskan bab ini nanti tak adalah korang persoalankan kenapa pengalaman aku dan korang tak sama. Jadi sekali lagi aku jelaskan.. Semua tips, nasihat dan pengajaran yang aku dapat dan nak kongsikan adalah berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku selama berada disana. Yang baik dijadikan rujukan yang tak elok campak buang jejauh. Sebelum kita mula, mari kita berkenalan dulu dengan negara Turkey atau nama rasminya adalah The Republic of Turkey.


THE REPUBLIC OF TURKEY

Ohohoooi.. Kalau nak sembang sejarah Turkey sampai aku beruban belum tentu habis. Panjang sangat susur galur sejarah pembentukan, kebangkitan Islam, zaman kejatuhan dan bagaimana Turkey mampu bangun semula membina nama sehingga hari ini. Kalau korek sejarah lama Zaman Byzantine dan Turki Uthmaniyyah memang empat puluh muka surat tak habis aku taip. Aku kongsi sedikit sajalah, takut juga kalau salah bagi maklumat hihihi.. Turkey adalah sebuah negara Eurasia - sebab terletak diantara Eropah dan Asia. Sebahagian dalam border Europe dan sebahagian lagi dalam border Asia. Sebahagian besar terletak dalam border Asia dan sikit saja sebenarnya yang terpisah dalam border Eropah.

credit : https://www.nationsonline.org/oneworld/map/turkey-map.htm
Punyalah besar negara Turkey sampai ada 81 Provinces, tak dapat nak senaraikan semua tapi yang terkenal adalah - Istanbul, Ankara, Denizli, Izmir dan Konya. Kesemua 81 Provinces ini dibahagikan  pula kepada 7 Regions - Black Sea Region, Marmara Region, Aegean Region, Mediterranean Region, Central Anatolia Region, Eastern Anatolia Region dan Southeastern Anatolia Region. Ramai yang ingat Istanbul (Constantinople) adalah capital tapi sebenarnya Ankara adalah capital negara Turkey. Ada sejarah juga sebenarnya kenapa dipindahkan pusat pemerintahan di Istanbul ke Ankara walaupun Istanbul adalah bandar terbesar di Turkey. Kalau berminat boleh pergi buat research sendiri. Antara bandar yang menjadi tumpuan pelancong pula adalah - Istanbul, Bursa, Antalya, Goreme (Cappadocia), Kusadasi, Alacati, Denizly (Pamukkale) dan Aydin. Walaupun Islam adalah agama dominan dengan mengamalkan garis panduan Mazhab Hanafi, Turkey adalah negara secular jadi tak ada agama rasmi. Rakyat di Turkey bebas untuk menganut apa-apa agama tanpa sekatan. 

Okay cukup sekadar ini dulu perkongsian mengenai negara Turkey. Nanti bila dah masuk cerita sikit-sikit aku selit apa yang patut. Aku ni tak adalah minat sangat sejarah.. Tapi bila dah ambil tahu pasal Turkey jadi seronok pula bila tahu macam-macam sejarah disana. Gituuu..

Kita sembang pasal tips pula.

TIPS UNTUK TRAVEL KE TURKEY


Tak kisahlah korang nak pergi sendiri atau ikut travel agencies, ada saja benda yang penting untuk diambil tahu. Kalau pergi sendiri pun, tempat-tempat menarik di Turkey yang korang akan pergi sama dengan tempat-tempat yang aku pergi. Jadi sedikit sebanyak lebih kurang. Diingatkan sekali lagi, aku tak cakap cara aku betul dan korang wajib ikut. Masing-masing ada cara yang tersendiri jangan compare. Baca hadam dan buat pertimbangan sendiri. Aku kongsikan dari pengalaman yang aku lalui dan hasil observation aku sepanjang berada disana.

Musim-Musim Di Turkey
Turkey adalah negara empat musim dengan pecahan mengikut bulan seperti berikut : 

Musim Panas - June, July dan August
Musim Luruh - September, October dan November
Musim Sejuk - December, January dan February
Musim Bunga - March, April dan May

Penting untuk kita kenal pasti musim apa kita pergi untuk determine tempat-tempat yang dituju, pakaian-pakaian yang sesuai untuk dibawa, medium of transportation dan macam-macam lagi. Selalu semak website cuaca untuk persediaan yang sepatutnya. Musim Panas di Turkey sangat sesuai untuk aktiviti berenang, picnic dan pada malam hari suasana akan lebih meriah. Cuma di beberapa kawasan tertentu suhu panas agak extreme. Musim Luruh di Turkey sangat cantik terutamanya di kawasan luar bandar. Daun-daun mula kekuningan dan kemerahan sebelum masuk Musim Sejuk. I would love to experience Autumn foliage one fine day. Menggoda jiwa tengok warna-warna pokok pada Musim Luruh. Musim Sejuk dan Musim Bunga adalah dua musim ideal untuk melawat Turkey. Those yang nak experience pengalaman bermain salji dan ski, silalah kesana during winter. Tak semua region akan turun salji jadi sila study kawasan mana yang mendapat taburan sajli paling banyak, baru puas hati dapat golek atas salji. Aku pergi Musim Bunga dan dikatakan Musim Bunga adalah musim terbaik untuk melawat Turkey dengan angin yang nyaman dan cuaca yang moderate. 

But guys !! Please expect the unexpected. Nama pun hanya ramalan cuaca bukan 100% tepat. Kena juga prepare sebarang kemungkinan perubahan cuaca walaupun kita rasa tak mungkin itu tak mungkin ini. Sebarang possibility boleh terjadi dengan izinNya. Aku pergi Musim Bunga tapi masih ada rezeki untuk bermain salji bila tak disangka-sangka salji turun di Cappadocia. Ikut logic akal manusia memang tak patut salji turun sebab Musim Sejuk dah berlalu dan suhu memang sejuk yang amat tapi ikut hukum alam Allah SWT.. Suka hatilah salji nak turun musim apa pun.. Sejak sampai ke Istanbul suhu tak pernah lebih 10celcius dan sejuk sangat. Di Cappadocia suhu drop teruk sehingga -3celcius. Aku hanya ada sehelai jacket nipis dan cardigan sebab mengikut research yang aku buat, suhu Musim Bunga adalah in between 15celcius - 25celcius. Tahniah aku ucapkan pada 'kepandaian' diri sendiri !! At least sediakan down jacket sehelai kalau pergi Musim Bunga.

Pergi Sendiri Atau Dengan Package ?
Soal ini tepuk dada tanya selera dan poket masing-masing. Dua-dua pun seronok ada kelebihan dan kekurangan masing-masing dan pelbagai sudut. Kalau korang jenis adventurous suka terjah dan daring, elok pergi sendiri. Bila kita rancang perjalanan sendiri, kita dapat jimat dari sudut perbelanjaan. Boleh jimat banyak. Sejenis macam ni tak akan suka terikat dengan atur cara Travel Agencies dan akan rasa terkongkong. Kalau korang jenis tak kisah macam aku janji dapat jalan (jujurnya aku prefer jalan sendiri kalau diberi pilihan) semua on !! Seronok jugalah duduk dalam bus selesa layan perasaan tengok permandangan. Tak penat memandu.. Turkey memang dalam wishlist aku tapi aku plan nak pergi later not now. Dah jadi rezeki nak pergi mana sempat nak study dan rancang perjalanan, eloklah dengan package. Sekiranya ada ahli-ahli rombongan korang yang tak larat jalan sangat (naik turun public transportation dan usung luggage besar) elok juga pergi dengan package. Semua dah diuruskan - makan, pengangkutan dan tempat tinggal. Walaupun rasa terikat, tapi tetap puas sebab kami diberikan masa yang cukup untuk explore satu-satu lokasi yang singgah. Tak adalah terkejar-kejar atau rasa ralat. 

Selamat Atau Tidak Untuk Ke Turkey ?
Ini antara soalan favourite aku dapat dari kawan-kawan kenalan di Instagram masa aku buka session soal jawab. Secara general, insyallah selamat dan tak adalah menyeramkan. Aman damai bahagia saja keadaan disana. Iyaaa faham keadaan disana yang kadang-kadang tak stabil dan pengaruh media yang tayang macam-macam isu. Menurut Ali (Tour Guide), kerajaan Turkey dah tetapkan had kawasan yang pelancong boleh pergi especially yang kesana dengan Travel Agencies. Diorang tak boleh suka hati bawa pelancong untuk ke tempat yang tidak-tidak walaupun atas request pelancong itu sendiri. Aku aware dengan isu disana tapi alhamdulillah semua okay dan selamat. Military mengawal ketat beberapa kawasan dan ada juga beberapa laluan yang kami lalu dipenuhi askar kawalan. Kawasan mana yang terlarang tu ? Mana-mana provinces yang dekat dengan border negara Syria. Kena ada valid reasons kenapa nak sangat ke tempat-tempat 'war prone'. Kawasan terlarang ni tidaklah bermaksud tak boleh pergi langsung tapi kalau boleh elak. Jangan terlebih berani sampai mengundang bahaya.

Insurance Perjalanan
Wajib !! Tak ada hukum Sunat dah memang sekarang semua orang wajib beli. Aku pun tak ingat sama ada package yang aku beli bersama Juara Travel & Tours include Travel Insurance sekali atau tak tapi aku memang beli asing. Tak payah berkira sangat bab Travel Insurance ni.. Invest sikit untuk kesenangan hati. Ini adalah langkah berjaga-jaga. Nauzubillah, minta jauh dari perkara yang tidak-tidak. Untuk trip kali ini, aku masih gunakan Etiqa Travel Insurance dan Takaful yang aku beli masa nak ke Perth December 2018. Masih valid untuk tempoh satu tahun. Nak beli Travel Insurance dari syarikat mana ? Ikut suka korang.. Dah besar panjang jadi pergi compare dan nilai sendiri. Aku pilih Etiqa sebab ada option Takaful

Itinerary Perjalanan Dan Tempat-Tempat Menarik
Disebabkan aku pergi dengan Travel Agency, tak pening kepala nak susun perjalanan. Bawa duit dan diri saja semua orang lain yang uruskan. Cuma sedikit terikat sajalah.. Alhamdulillah dengan trip ini aku dapat pergi hampir semua tempat-tempat menarik di Turkey yang aku teringin nak pergi. Adalah satu dua tempat yang tak dapat pergi tapi yang wajib semua dah terjah. Bila jalan sendiri lebih bebas nak explore tak ada time limit semua at your own pace. Perjalanan untuk road trip di Turkey agak panjang dari satu lokasi ke lokasi yang lain. Nak cover tempat-tempat menarik disana kena allocate masa untuk tempuh perjalanan bandar ke bandar. Boleh naik train inter-city atau terus naik domestic flight. Jadi pandai-pandailah korang rancang perjalanan supaya dapat menikmati Turkey dengan jayanya. Antara tempat-tempat yang wajib korang terjah adalah - Hagia Sophia, Blue Mosque (Istanbul), Cappadocia, Goreme dan Pamukkale (Dinizli). Turkey adalah negara yang kaya dengan sejarah, peradaban dan permandangan. Bagi peminat sejarah, banyak bandar di Turkey yang masih mengekalkan sejarah peninggalan lama untuk dijadikan kenangan pada hari ini. Bangunan-bangunan dan monumen-monumen pun banyak yang dikekalkan dari dulu. Permandangan pula berbukit, kawasan ladang tumbuh-tumbuhan, bangunan-bangunan berbatu, rumah dalam gua, tasik-tasik yang besar dan juga tepian pantai. Alhamdulillah aku dapat experience semua sekali untuk trip kali ini.

Tukar Duit Di Malaysia
Ini tak tahulah berapa kali nak pesan.. Tolong tukar duit siap-siap di Malaysia. Jadi isu juga dalam group rombongan kami bila ada ahli yang minta singgah ke Money Changer sebab nak tukar duit. Laaa.. Celah mana nak selit dalam itinerary pula singgah ke Money Changer ? Jenuh Tour Leader nak tolong selesaikan masalah.. Tapi bagusnya diorang sebab ada banyak USD jadi maybe tak jadi tukar ke Lira kot sebab dah tahu shopping dengan USD lagi jimat. Kalau jalan sendiri mungkinlah boleh cari Money Changer sebab tak melibatkan orang lain. Itu pun aku still rasa elok kalau tukar siap-siap di Malaysia. Tak kisahlah ralat berapa sen tapi at least senang hati tak perlu susah payah cari tempat tukar duit di negara orang.

Korang tolong tukar duit siap-siap k..

Penginapan Sepanjang Di Turkey
Pergi dengan Juara Travel & Tours semua tempat tidur mewah belaka. Ada juga bilik yang kecil tapi tetap cosy dan selesa. Dua orang sebilik dan aku berkongsi bilik dengan AcikM. Kalau pergi sendiri, faktor harga, lokasi dan kemudahan memang wajib kita ambil kira untuk memudahkan perjalanan. Aku nak senaraikan nama hotel-hotel yang aku duduk, tengah menaip entry terfikir pula nak check harga bilik hotel-hotel yang aku menginap disana. Sekadar rujukan, masukkan saja mana-mana tarikh check-in untuk satu malam. Mari kita check..

- Ramada Encore Istanbul Bayrampasa (RM250.++ / per night)
- Ramada Nilufer Bursa (RM260.++ / per night)
- Carina Hotel Kusadasi (RM290.++ / per night)
- Pamukkale Tripolis Hotel (RM290.++ / per night)
- Tassaray Hotel Cappadocia (No information)
- Hampton By Hilton Bolu (RM270.++ / per night)

Dari observation aku, tak ada satu hotel pun yang aku duduk disanan exceed RM300.00 which is not bad at all. Sebilik berkongsi dua atau tiga orang jadi sangatlah berbaloi. The best hotel adalah Hampton by Hilton di Bolu sebab sangat cantik, modern dan nampak so exclusive. Dengan harga macam itu nak duduk Hilton di Malaysia memang tak dapat. Wishlist aku nak lodging dalam bangunan-bangunan batu di Cappadocia tapi belum ada rezeki. Insyallah next trip kita rancang untuk tidur di hotel dalam batu pula. Hotel yang paling least favourite tapi masih kemas dan cantik adalah Tassaray Hotel di Cappadocia. Cosy tapi sempit..

Roaming, Beli Simcard Atau Portable Wifi ?
Aku tak buat research pun pasal Simcard di Turkey. Aku memilih untuk menyewa Portable Wifi untuk trip kali ini. Boleh kongsi ramai orang - in my situation, aku dan Idiq share berdua and later aku kasi password kongsi dengan dua lagi insan. Selalu sewa dengan Wiyo tapi this time sebab depart dari KLIA aku sewa dengan Roaming Man. Unlimited data dan coverage pun sangat superb. Masuk pedalaman pun masih steady connection. Kalau hilang pun sekejap sangat lepas tu ada balik. Aku rasa sangat penting untuk rent a portable wifi sebab perjalanan jauh dari satu bandar to another kadang-kadang rasa bosan. Ada internet bolehlah buat macam-macam.

Bungkus semua snacks dalam kotak.

Souvenirs Yang Boleh Dibeli Di Turkey
Antara souvenirs yang boleh dibeli adalah - Turkish Delight, Baklava, Saffron, Olive Oil, Rose Oil, Keychain, Fridge Magnet, Carpet, Lampu dan macam-macam lagi. Aku ada TL1800 saja dan alhamdulillah aku mampu juga beli macam-macam souvenirs. Disebabkan mata wang tak jauh beza,  jadi sedap memborong. Aku beli 3KG Baklava dan 3KG Turkish Delight. Family members di kampung ramai jadi tak cukup kalau beli sikit. Baklava disana sumpah sedap gilaaa. Aku tak pernah rasa Baklava yang sesedap itu di Malaysia. Harga pula berbeza mengikut jenis dan kena timbang. Aku beli yang standard 1KG lebih kurang dalam TL80.00 dan campur-campur jenis dan size 2KG lebih kurang TL200.00. Di Grand Bazaar pun ada dijual Baklava tapi aku tengok sangat kering dan tak inviting at all. Korang jalanlah sikit sekitar Istanbul cari Baklava yang dijual di kedai khas. Di Istanbul ada kedai Baklava yang famous - Hafiz Mustafa. Aku teringin nak kesana tapi tak kesampaian. Untuk Turkish Delight pula, aku tak beli yang dah siap pack dalam kotak commercial. Tak nak sebab asyik jumpa review yang negative saja. Turkish Delight dijual ikut berat dan sememangnya sangat mampat dan padu. Boleh campur perisa mana kita nak.. Favourite aku adalah chocolate, rose dan pistachio. Mahal jugalah harganya lebih kurang TL300.00 tapi puas hati. 1KG aku beli di kedai Munira di Bursa dan 2KG lagi di Grand Bazaar. Siapa yang ikut travel agencies mesti akan dibawa ke kedai Munira. Mula-mula aku skeptical sikit sebab iyaaalah tempat yang travel agencies bawa mesti ada commision jadi aku beli 1KG saja. Murah juga sebab kongsi beli ramai-ramai. Dapatlah 1KG around TL100.00 daripada harga asal TL150.00 sebab di Grand Bazaar harga mencekik. Bila dah rasa perbezaan diantara Turkish Delight di Munira dan Turkish Delight di Grand Bazaar, ternyata aku menyesal beli sikit di Munira. Yang dibeli di Grand Bazaar tu sedap juga tapi yang dibeli di Munira lagi sedap. Padan muka.. 

Keychains dan fridge magnets haruslah dibeli juga. Rata-rata harga keychains di Grand Bazaar bermula TL2.00 - TL5.00 mengikut jenis dan fridge magnets pula tiga ketul for TL10.00 - TL12.00. Pouches dan coin purses yang comel pun sekitar TL3.00 - TL15.00 mengikut size. Sumpah mahal dan peniaga-peniaga di Grand Bazaar memang susah bawa bincang !! Aku punyalah tunggu nak shopping semua souvenirs di Grand Bazaar ended up kecewa yang amat. Dahlah berlagak tak nak kasi kurang harga langsung jadi terpaksalah pejam mata beli. Sebab aku dah buktikan aku nak beli agak banyak dapat kurang sikit jadi TL1.50 each. Kalau dia kurangkan lagi confirm borong lagi. Aku banyak compare dengan Grand Bazaar sebab aku hanya sempat shopping souvenirs di Grand Bazaar saja. Jalan di kawasan luar Grand Bazaar rasa nak menjerit mengamuk - the same design dan kualiti hanya dijual dengan harga TL1.00. Jadi tak ada maknanya harga souvenirs di Grand Bazaar tu murah unless korang pandai bargain dan tahan kena maki dengan peniaga-peniaga disana. Padan muka lagi..

Conclusion : Kalau korang ke outskirt dan jumpa souvenirs murah, range harga TL1.00 sehingga TL3.00 silalah beli siap-siap. Alhamdulillah walaupun terkilan dengan harga souvenirs di Grand Bazaar, aku dah beli juga sikit souvenirs masa road trip. Kalau korang ke Grand Bazaar, spend time juga untuk meronda kedai-kedai di luar Grand Bazaar.

Untuk rumah di kampung, aku belikan alas meja tenun yang cantik. Harga asal adalah TL200.00 tapi makcik pakcik yang ikut rombongan ni semua pandai bargain. Terus jatuh harga TL70.00 sebab pakat ambil banyak. Tudiaaa.. Aku tak reti nak bargain aku selalu redha membayar. Seronok shopping dengan diorang boleh tumpang sekaki beli barang. Untuk MamiZ aku belikan Saffron dan sejadah. Saffron di Turkey kena hati-hati juga beli sebab ada yang menipu jual Saffron yang tak ada kualiti dengan harga tinggi. Saffron is really good untuk kesihatan. Tak ingat berapa gram tapi harganya TL450.00 untuk sebotol kecil berisi Saffron berkualiti tinggi. Kalau nak beli, tanya pada yang pakar dulu sebab takut kena tipu. Bayar mahal tapi dapat yang low quality. Buat research sikit dimana boleh beli Saffron yang bagus. Aku beli di Munira Bursa sebab dapat jaminan dari Tour Leader mengatakan Saffron di Munira antara yang bagus

Yang paling aku suka borong adalah snacks dari Turkey yang sedap dan harga juga agak murah sekitar TL2.00 - TL10.00. Kami bungkus snacks yang diborong dalam kotak seperti gambar diatas. Ada dua kotak penuh dengan snacks. Disebabkan kami tak ada masa sangat meronda sekitar Istanbul, aku beli semua snacks masa di Kusadasi dan Cappadocia. Beli dan simpan dulu di tempat ruang atas kepala dalam bus. Sampai di Cappadocia, depan hotel ada hypermart jadi kami tambah lagi hasil borongan. Hari terakhir baru bungkus masuk kotak. Aku minta kotak dari kedai-kedai dan size kotak yang kami dapat seperti dalam gambar just nice untuk disimpan dalam luggage. Sekotak dalam luggage aku dan sekotak dalam luggage Idiq. Kisahnya adik aku bawa barang dia nak pergi Turkey dalam luggage hand carry size cabin tuuu saja..  Macam mana dia packing aku pun tatau muat pula semua barang dia. Siap bawa laptop dia nak transfer gambar. Stress aku tengok sebab masing-masing diberikan allocation 30KG seorang jadi rugilah kalau dia bawa luggage kecil. Aku suruh dia letak luggage kecil tu dalam another luggage size L yang aku ada. Nanti senang nak letak barang-barang shopping sebab ada banyak space. Masa balik, luggage kecil dia jadi hand carry dan luggage size L itu penuh dengan barang shopping semata. Hahaha.. puas hati luggage kami beranak-pinak.

*Bahagian souvenirs akan aku edit dari masa ke semasa. Tak ingat..

Hot Air Balloon Ride Di Cappadocia
Ada yang tanya pasal harga dan terus terang tak ada selindung, memang mahal. Aku dikenakan bayaran sebanyak USD230 (RM926.09 approx). Ada juga yang kongsi harga yang diorang pernah dapat lagi mahal sekitar TL1500.00 hingga TL2000.00. Wow !! Katanya harga berbeza mengikut musim - sejauh mana kebenaran isu ini aku tak pasti. Tapi ada dikongsikan oleh seorang rakan, macam mana nak dapatkan harga Hot Air Balloon Ride di Cappadocia dengan harga murah. Dia dapat harga Hot Air Balloon Ride dengan hanya TL300.00 saja dan buka kena tipu. Dia ambil package Hot Air Balloon Ride dengan owner hotel yang menginap ketika di Cappadocia. Owner hotel itu adalah salah seorang pilot Hot Air Balloon jadi dia sendiri kasi harga begitu. Mungkin korang boleh cuba cara ini juga. Check dengan pihak hotel yang korang dah tempah di Cappadocia sekiranya ada discount atau harga special untuk penginap hotel. After all aku percaya ianya adalah based on rezeki dan luck.

Seram tak naik Hot Air Balloon ? Seram !!

Sediakan Bekalan Duit USD
Aku tukar USD100.00 saja buat bekal di tangan and little did I know kalau shopping in USD jauh lebih murah berbanding menggunakan Turkish Lira. Kenapa ? Aku tak tahuuu !! Menyesal jugalah tukar USD sikit sangat. Kalau tahu lebih awal I might bring extras. Bayangkan - 1 cawan air delima berharga TL10.00 (RM7.80 approx) tapi kalau bayar in USD hanyalah USD1.00 (RM4.03 approx). Dimanakah logic nilai mata wang ini ? Ada sesiapa yang boleh explain ? Aku tahu Turkish Lira sedikit susut nilai tapi tak sangka sampai beza sangat harganya. Untuk benda-benda kecil yang aku boleh bayar dengan USD, aku bayar dengan USD. Aku shopping tshirt, total in Turkish Lira adalah TL150.00 (RM117.00 approx) tapi kalau dibayar in USD, hanyalah USD27.00 (RM108.81 approx) !! Apakaaah ini ?? Sama juga dengan bayaran Hot Air Balloon Ride - in Turkish Lira berharga TL1440.00 (RM1123.20 approx) tapi dipotong dari Credit Card hanyalah USD230.00 (RM926.09 approx). Jangan tanya aku kenapa.. Aku tak tahu jadi korang tukarlah sikit duit ke USD jangan bawa Turkish Lira semata.

Jangan Selfish Dan Pentingkan Diri Sendiri
Tak kira apa pun peringkat umur, tolong jangan pentingkan diri sendiri. Tak kira pergi dengan agencies atau kawan-kawan. Hello !! The trip is not about you alone. Kena ingat - Kau bayar orang lain pun bayar juga. Kena sedar hakikat pergi jalan dalam kumpulan jadi ada pelbagai ragam dan kerenah. Kau ada perangai kau dan orang lain pun ada perangai diorang. Kau nak orang faham dan tolerate dengan kau sila faham dan tolerate dengan orang lain juga. Lain orang lain minat jadi tolonglah jangan buat perangai kalau pergi dengan kumpulan. Perangai acah divaaa tolong campak jauh. Time pergi dengan kumpulan macam inilah kita boleh belajar jenis-jenis manusia - age does not define maturity. Walaupun ada seorang dua parasit, secara keseluruhan trip ke Turkey aku adalah happening dan menghiburkan. 

Isu yang sangat simple tapi bila dah 'hati jernih sangat' maka jadilah besar. DediS dan MamiZ tak ajar aku biadap dengan orang tua, maka aku tetap senyum pura-pura aku tak tahu apa jadi. Setiap kali kami sampai di satu-satu lokasi, Tour Leader selalu pesan "okay kumpul sini semula lima minit sebelum waktu bergerak.." dan aku dan Idiq tak pernah lewat masuk bus. Sekali lagi aku highlight, aku dan adik aku tak pernah lewat masuk bus. Kami akan sampai semula ke bus memang at least 5-10 minit sebelum waktu departure. Setiap 10 minit jeling tengok jam supaya kami tak lewat tapi setiap kali kami sampai ke bus memang majoriti ahli-ahli rombongan dah siap tunggu dalam bus. Bukan masalah aku kalau diorang sampai awal sangat sebab itu adalah pilihan diorang. I had so many things to explore and do jadi I made use of the time wisely. Ada yang complain kami berdua (dan satu pasangan husband and wife yang muda juga) selalu lambat. Tidak !! Aku dan Idiq tak pernah lambat, we arrived on time mengikut waktu yang diberikan. Siap merungut mengeluh kena tunggu lama dalam bus dan ajak Tour Leader tinggal kami. Allah !! Orang macam ini pun ada ? Yang hang sampai bus awal sangat kenapa ? Tak ada siapa suruh hang sendiri yang pilih. Aku menggunakan masa yang diberikan semaksima mungkin. Choooy weh kalau dalam group ada makhluk macam ni. Kau yang nak naik bus awal jangan salahkan orang lain kalau kau kena tunggu. Aku amalkan konsep 'lantak kau' sebab kalau kita asyik layan saja kita yang tak enjoy. Yang merungut mengeluh itu adalah no one bagi aku, bukan insan penting dalam hidup aku dan aku kesana bukan dengan duit dia. Ketika disana, apa yang lebih utama, aku tak datangkan masalah untuk Tour Guide dan Tour Leader sehingga menjejaskan perjalanan. Cuma ada satu ketika aku dah rasa geram sangat tak dapat nak cover rasa marah jelas jugalah muka biadap aku. Jadi ingat yaaa.. Jangan buat perangai yaaa.. Hari nak balik tu masing-masing peluk cium minta maaf salah silap. Uhuk..

Lain-Lain Tips Dan Persediaan Ke Turkey
Ini pula adalah tips sampingan yang aku ingat :

  • Tolong bawa iron - Aku tak pernah bawa iron kalau pergi travel sebab semua tempat aku pergi ada sedia iron. Not this time.. Walaupun kami menginap di hotel yang besar dan selesa tapi hanya tiga hotel saja yang menyediakan iron di dalam bilik. Kalau tak ada iron dalam bilik pun sekurang-kurangnya buatlah section untuk iron. Jangan mimpi dan berharap. Tak ada langsung..!! Kalau korang nak pakaian kena iron kena hantar ke laundry service. Saat tak ada iron dalam bilik buat aku rasa sangat rindu pada negara tercinta. Aku minta iron orang di reception gelak saja. 'No no iron.. must wash first..' Baru sedar perlu invest untuk beli travel iron tapi..
  • Bawa extension untuk charge segala jenis gadget yang kita bawa. Aku selalu bawa yang ada lima slots senang sekali harung semua aku charge. Itu pun tak cukup dan kena tunggu turn untuk charge dah macam-macam benar aku usung.
  • Dah bawa extention jangan lupa international adapter kalau tak rugi satu apa kerja pun tak jadi. Beli yang berkualiti sikit jangan kedekut nak labur duit beli benda macam ni. Boleh pakai lama dan selamat. Mana nak beli international adapter ? Aku ada few dan aku beli di Aeon, Giant dan Lazada. Make sure ada cop SIRIM.
  • Powerbank ? Sangat penting. Aku bawa tiga powerbank setiap kali pergi jalan. Bahagia sangat sebab disana kami naik bus yang ada port untuk charge gadget. Jadi powerbank hanya perlu bila dah turun bus dan tengah jalan-jalan handphone nyawa-nyawa ikan.
  • Payung - Walaupun tak guna langsung masa disana aku tetap bawa payung. Aku tak sanggup nak keluarkan duit beli payung waktu emergency. 
  • Orang di Turkey ada ramai yang tak faham Bahasa Inggeris walaupun di kawasan hot spots tarikan pelancong. Simple English pun aku rasa stress nak converse dengan diorang. Di Istanbul maybe tak ada masalah sangat. Di outskirt yang problem.. Peniaga-peniaga souvenirs mungkin okay tapi kami ada masuk kedai Baklava di Cappadocia memang fail sungguh nak order Baklava. Alhamdulillah ada seorang customer tolong jadi translator. Masuk hypermart minta kotak pun pekerja dah kerut dahi. Mujur dia faham lepas aku guna Google Translate untuk communicate.
  • Di Grand Bazaar, peniaga-peniaga ada yang agak aggressive. They don't mind kalau diorang jerit atau maki pada customers. Nak tawar menawar pun tak berani takut kena marah.  Aku rasa syukur aku jalan dengan adik aku dan bukan keseorangan. Masa minta kurang harga keychain, boleh dia gelak kata harga aku minta tak logic. Aku nak beli 100 pieces kalau dia setuju kurangkan harga. Bukan banyak pun aku minta kurang.. few cents only. Tapi kedekut yang amat dan sangat berlagak. Aku explain nak beli banyak tapi dia keluarkan handphone dan main game depan aku, ignored me just like that. Lepas tu aku borong keychains kat kedai bertentang dengan kedai dia dengan harga yang aku nak. Puas hati !!
  • Peniaga-peniaga disana selalu tanya sama ada kita Indonesians atau Malaysians ? Bila cakap Malaysians macam ada riak muka yang tak berapa best kami dapat. Memang nampak jelas layanan super meriah diberikan kepada Indonesians. Aku curious jadi aku tanya salah seorang peniaga yang nampak macam ramah sikit. Katanya.. Malaysians suka minta discount melampau-lampau tapi Indonesians pula redha dan tak banyak ragam. Letak berapa harga pun diorang bayar saja. Gituuu pula !!
*Bahagian ini juga akan aku edit from time to time..

Dah ready ? Jom kita pergi Turkey.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

34 comments:

  1. Bestnya..mereka yg negatif kita abaikan..yg penting kita enjoy & sentiasa displin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang abaikan kak tapi nanti kata biadap pula. tak sangka jadi cemtu..
      hadap jelee lepas trip x jumpa dah..

      Delete
  2. berguna sangat enrtry boleh jadi rujukan kpada sesiapa nak bercuti ke turki. Good saharing siti..:)

    ReplyDelete
  3. nak pergi travel negara orang memang perlu kaji dulu dan sediakan keperluan yang wajib ada. banyak juga kisah turkey ni ye. banyak kena ambil tahu. Thank you share.

    ReplyDelete
    Replies
    1. banyak drama kumpulan dan drama tempatan. nanti pelan pelan kayuh nak cerita.. drama much sana sini.

      yess betul. kena study betul2. walaupun pergi dengan agent tapi kena ambil tahu juga supaya nanti tak adalah clueless sangat bila da sampai sana.

      Delete
  4. Insurans travel tu memang wajib ambil. Sekarang ni macam2 cerita dengar, paling sedih terpaksa keluarkan belanja ratus ribu sebab duduk negara orang, jadi bad things yang tak dijangka. Dah la beza currency tu mahal gila, better ambil insurans la jawabnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tapi apa2 pun kita kena always doa dijauhkan segala yang buruk. moga Allah lindung kita semua dimana saja kita berada.

      Delete
  5. Yang bab tawar menawar tu macam gerun sikit. Kalau dkt Kelantan mak yg tukar tawar menawar, I yg lari jauh jauh takut pape. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Kelantan okay sangat apa apa pun orang kita. ni kat sana depa kasaq dan ganas la jugak bab jual beli. lagi marah kalau minta discount..

      Delete
  6. tp dr yg sy bc kalu compared naik hot ballon kt cappadocia dengan kat bagan, myanmar, laaaaagiiiii mahal hot ballon kt Bagan. tp kalu nak paling murah, pegi laa Luxor, mesir. tukar duit kita dalam rm100++ je hehehe

    btw, kami tgh tggu souvenir turki ni hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu murah sangattt tu kenapa sampai murah sangat begitu ? takut pula nak naik wakakaka.. sama macam di Cappadocia ke ? yang Bagan tu CT tengok dalam rancangan Korea Battle Trip ada diorang ke Bagan. boleh tahan nice viewnya..

      dukacita dimaklumkan kepada anda..
      diri sendiri masih mencari souvenirs2 yang dibeli dan telah lupa campak kemana.

      Delete
  7. tengok cerita manisnya cinta di cappadocia pun dan boleh meronta-ronta hati nak pergi sana . Mujur poket tak tebal je . Info yang sangat berguna untuk sesiapa yang nak pergi ke turki . Btw , manager saya baru balik dari turki dan i got souvenirs for him :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi CT pun lepas tengok tu lagi membuak2 nak pergi. lawaaaa hehe.. baiknya manager bagus. beli juga dsouvenirs tapi skrng tatau campak mana T.T

      Delete
  8. Mama baca ni mama pula teruja nak tgk post turkey nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi belum ada mood lagi.. adoi tenggelam timbul kerajinan..
      macam mana ni..

      Delete
  9. Sebenarnya husband ajak pi turkey thun dpn.. Tp duk pikiaq nk usung ank kecik 2 org.. Nk naik bus Dr Istanbul ke cappadocia ke pamukale tu rasa seram pulak.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau nak senang xyah banyak fikir dengan agent la jawabnya gitu.. tpi kalau akak rasa boleh bawak je kanak2 dua tu skali. jalan2 santai no rush..

      Delete
  10. Ada plan jugak nak pergi turkey ni.

    ReplyDelete
  11. Tips yang berguna.. Thank youu sgt.. Sbb mmg ada plan nak gi turkey nanti.. ❤️

    ReplyDelete
  12. Sitiiiiii yang maniiiiissss.. Terima kasih share semua info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aauch.. kembang semangkuk kite..
      semoga bermanfaat =)

      Delete
  13. Bab tawar menawar harga ni memang orang luar sensitif sangat ek dengan nama Malaysia? Hahaha..nampak sangat orang Malaysia suka mintak kurang 😂😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah itula pasal.. tapi kite tawar tu janganla sampai tak logic. depa pun tau value benda tu kat negara kita tu yang depa marah sangat.. agak2 jugakla nak murah pun. hehehe.. tapi barula faham nape marah naaau..

      Delete
  14. Bestnya baca tips yang Siti bagi ni. Thanks banyak-banyak tau share semua info yang sangat-sangat berguna. Turkey antara negara yang ksarie berangan-angan lama dah nak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga bermanfaat. insyallah kak.. CT tunggu lebih tiga tahun untuk kesempatan ini datang lagi. rezeki ada dimana2..

      Delete
  15. Eh ct..mana semua entri turki tuuuuuuu

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.