Turkey 2019 : Budget Perbelanjaan Ke Turkey & Itinerary 9 Hari 7 Malam Ke Turkey Bersama Juara Travel & Tours | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : Budget Perbelanjaan Ke Turkey & Itinerary 9 Hari 7 Malam Ke Turkey Bersama Juara Travel & Tours

/
51 Comments
October 14, 2019
ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS, BUDGET PERBELANJAAN DAN TIPS TRAVEL KE TURKEY. Dengan nama Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Alhamdulillah bulan April yang lalu aku diberikan keizinan untuk ke Turkey - salah satu negara yang berada dalam bucket list. Memang teringin sangat nak pergi Turkey tapi tak plan untuk kesana dalam masa yang terdekat. Sangat tak dijangka sebab bukan perancangan asal untuk tahun ini. Namanya rezeki sampai juga aku ke Turkey. Aku kesana selama 9 hari 7 malam dan kali ini aku tak pergi sendiri. Tak sempat nak study satu apa pun sebab aku beli package ke Turkey bersama rombongan Juara Travel & Tours dua minggu sebelum tarikh berlepas. Memang kerja nekad tak fikir panjang because I needed space nak mencari ketenangan dan rasa perlu bawa diri somewhere. Sepatutnya pergi dengan MamiZ tapi Allah SWT ada rencana lain yang lebih indah. Alhamdulillah rezeki MamiZ dijemput menjadi tetamuNya di bumi Harramain tahun ini. Last minute cari ganti sebab bayaran semua sudah dibuat - akhirnya jadi rezeki adik sepupu untuk kesana. Aku akan kongsikan cerita pahit manis dan pengalaman sepanjang berada disana. Disebabkan aku kesana dengan rombongan travel agency, susah payah travel sendiri mungkin tak ada dalam perkongsian kali ini tapi ada beberapa perkara yang aku nak highlights untuk rujukan korang semua. Semoga perkongsian kali ini dapat mendatangkan manfaat. Ambil yang elok saja yaaa..

9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS


Disebabkan trip kali ini sangat last minute, jadi option terbaik adalah untuk pergi dengan travel agency. Kalau pergi sendiri kena rancang berbulan sebelum berlepas, nak atur perjalanan dan rancang itinerary jadi memang tak sempat kalau dah tinggal dua minggu saja nak bertolak. Kalau tanya aku mana yang lebih seronok - travel sendiri atau dengan travel agency, aku tak ada jawapan. Aku pernah travel sendiri rancang semuanya sendiri dan aku pernah juga ikut tours bersama travel agency. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Ikutlah keselesaan masing-masing nak macam mana. This time aku pilih untuk ke Turkey bersama Juara Travel & Tours - salah satu travel agency di Malaysia yang terkenal. Aku tak ditaja oleh Juara Travel & Tours walau satu sen sekalipun, semua adalah diatas perbelanjaan sendiri jadi review yang diberikan adalah berdasarkan pengalaman dan perasaan aku sepanjang berada dibawah service mereka. Kalau ada bahagian yang bagus dan patut diberikan pujian, aku akan puji dan sebaliknya. Rombongan seramai 24 orang peserta telah diketuai oleh Ustaz Nasri Yahaya. Ada pakcik makcik kakak dan abang, aku dan Idiq paling muda. Di Turkey pula kami bertemu Ali, tour guide yang menjaga kami sepanjang disana. Secara keseluruhan, aku sangat berpuas hati dengan layanan dan service yang diterima. Jadual perjalanan memang padat dan memenatkan tapi gembira sentiasa. Tak ada hidden cost, tak ada kutipan duit tambahan dan semua bayaran sudah dibuat sebelum berangkat kecuali untuk aktiviti-aktiviti tambahan yang tertentu atas pilihan sendiri. Bawa duit belanja untuk shopping saja. Kalau korang sedang mencari travel agency yang sesuai untuk ke Turkey bersama keluarga, cubalah service dari Juara Travel & Tours.

BUDGET DAN PERBELANJAAN KE TURKEY

Tukaran mata wang :
TL1.00 : RM0.78
USD1.00 : RM4.03

Package ke Turkey bersama Juara Travel & Tours April 2019 :
RM4679.00

Tukar USD100.00 :
RM403.00

Hot Air Balloon Ride di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
USD230.00 Credit Card (RM926.09 approx)

Whirling Dervishes di Cappadocia (Optional + Additional Cost) :
TL200.00 Cash (RM156.00) *deduct dari duit belanja

Duit belanja (Shopping)
TL1800.00 (RM1404.00)

RM4679.00 + RM403.00 + RM926.09 + RM1404.00 
= RM7412.09 approx

Sekadar rujukan sebab soalan budget memang hot question yang sering ditanya. Ini adalah pecahan perbelanjaan sepanjang aku disana. Rata-rata harga package yang aku tengok dari travel agencies lain pun harga hampir sama. Package yang aku beli semua dah all-in dari harga tiket flight, penginapan dan makan jadi tak perlu pening nak fikir. Semua penginapan adalah selesa dan boleh dikatakan mewah jugalah. Perbelanjaan tambahan untuk aktiviti-aktiviti pilihan seperti Hot Air Balloon Ride dan Whirling Dervishes di Cappadocia tak termasuk dalam package. Kalau berminat kena buat bayaran asing. Kalau tak buat aktiviti-aktiviti tambahan, belanja akan jadi lebih murah. Duit belanja pula memang dapat tukar banyak itu saja sebab dah habis peruntukan bayar macam-macam. Tapi dengan duit yang banyak itu pun aku dapat beli macam-macam untuk dibawa pulang dan masih ada baki sekitar TL400.00. Disebabkan duit kita sedikit besar disana, jadi banyak juga barang-barang souvenirs yang boleh dibeli dengan budget yang sikit. Nanti aku kongsikan apa yang aku beli..



ITINERARY 9 HARI 7 MALAM KE TURKEY BERSAMA JUARA TRAVEL & TOURS

Aku rasa perjalanan setiap travel agency hampir sama saja sekiranya ke Turkey. Unless korang pilih untuk join trip bersama agencies yang menawarkan ground package, mungkin ada banyak beza. Ada juga aku survey agencies yang menawarkan package ground yang menarik. Yang boleh request untuk design itinerary sendiri pun ada. Menarik juga kalau yang itu.. Tapi kalau nak yang travel agencies biasa pun okay sangat dah dan memuaskan. Kalau korang berminat untuk kesana dengan travel agency, boleh dapatkan sikit bayangan tempat-tempat yang bakal dituju. Itinerary mungkin berbeza sedikit mengikut musim dan penerbangan juga mungkin berbeza. Main medium of transportation kami adalah bus. Kehulu kehilir naik bus..


Istanbul - Bursa - Kusadasi - Pamukkale - Konya - Cappadocia
- Ankara - Bolu - Istanbul


Day 1
17042019
Wed

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Istanbul

  • Berkumpul di KLIA pada pukul 06:00AM
  • Penerbangan ke Muscat, Oman menaiki Oman Air pada pukul 09:30AM
  • Kuala Lumpur - Muscat (07 jam 10 minit)
  • Transit di Muscat selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Istanbul
  • Muscat - Istanbul (05 jam 30 minit)
  • Tiba di Istanbul disambut oleh Ali
  • Check-in Ramada Encore Hotel Istanbul


Day 2
18042019
Thurs

Dari Istanbul ke Bursa

  • Lawatan sekitar Istanbul - Hippodrome, Blue Mosque, Topkapi Palace dan Hagia Sophia
  • Meneruskan perjalanan ke Bursa 
  • Istanbul - Bursa (175KM / 02 jam 30 minit)
  • Shopping Turkish Delight di Munira Bursa
  • Check-in Ramada Nilufer Hotel Bursa


Day 3
19042019
Fri

Dari Bursa ke Kusadasi

  • Lawatan sekitar Bursa - Ulu Mosque, Silk Market (dibatalkan kerana jalan ditutup sempena aktiviti berbasikal kebangsaan)
  • Green Mosque dan Bursa Silk House
  • Meneruskan perjalanan ke Kusadasi
  • Bursa - Kusadasi (181KM / 02 jam 45 minit)
  • Isa Bey Mosque
  • Temple of Artemis
  • Sekitar Kusadasi - free and easy
  • Souvenirs shopping - Baklava etc
  • Check-in Carina Hotel Kusadasi


Day 4
20042019
Sat


Dari Kusadasi ke Pamukkale

  • Lawatan sekitar Kusadasi - Leather Factory, Ephesus Ancient City
  • Meneruskan perjalanan ke Pamukkale
  • Kusadasi - Pamukkale (191KM / 03 jam)
  • Lawatan di Pamukkale - Hierapolis Ancient City Ruins - Cotton Castle
  • Check-in Pamukkale Triopolis Hotel


Day 5
21042019
Sun

Dari Pamukkale ke Cappadocia

  • Perjalanan ke Cappadocia melalui Konya
  • Pamukkale - Konya (150KM / 02 jam)
  • Lawatan di Konya - Mevlana Museum, Sultanhani Caravanserai
  • Meneruskan perjalanan ke Cappadocia
  • Konya - Cappadocia (225KM / 03 jam 45 minit)
  • Check-in Tassaray Hotel Cappadocia (2 malam)


Day 6
22042019
Mon

Cappadocia

  • Lawatan sekitar Cappadocia - Goreme Open Air Museum, Turkish Turquoise Store, Underground City, Pigeon Valley, Esentepe Hill dan Pottery In Avanos
  • Aktiviti malam (optional) - Whirling Dervishes


Day 7
23042019
Tues

Cappadocia ke Bolu

  • Aktiviti awal pagi (optional) - Hot Air Balloon Ride
  • Meneruskan perjalanan ke Bolu - kami bersepakat untuk tidak ke Ataturk Mausoleum di Ankara
  • Cappadocia - Bolu (500KM / 06 jam)
  • Bolu - free and easy (shopping)
  • Check-in Hampton by Hilton Bolu


Day 8
24042019
Wed

Dari Bolu ke Istanbul

  • Bolu - Istanbul (290KM / 03 jam)
  • Lawatan sekitar Istanbul - Bosphorus Cruise, Grand Bazaar
  • Tukar itinerary - rancangan asal adalah ke Suleymaniye Mosque dan Ayub Al Ansari Mosque
  • Itinerary baru - Emirgan Park
  • Bergerak ke Istanbul Airport


Day 9
25042019
Thurs

Istanbul - Muscat - Kuala Lumpur

  • Penerbangan pulang awal pagi ke Muscat, Oman
  • Transit dua jam di Muscat
  • Meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur


Inilah dia itinerary perjalanan ke Turkey bersama Juara Travel & Tours pada bulan April yang lalu. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kami semua happy. Bucket list aku untuk menaiki Hot Air Balloon Ride alhamdulillah tercapai. Ada apa-apa persoalan boleh tanya di ruangan comment dibawah atau personally email aku. Yang mana aku dapat jawab, insyallah aku tolong jawab. Soalan berkaitan public transportation atau perjalanan menggunakan penerbangan domestic, maaf tak dapat tolong sebab tak ada pengalaman itu. Kami hanya naik transportation yang disediakan oleh pihak travel agency. Dalam entries yang akan datang, aku akan kongsikan pula journal catatan perjalanan harian dan pengalaman di Turkey dan tips pengajaran yang aku dapat sepanjang aku disana. Seronok tapi pahit manisnya tetap ada. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

51 comments:

  1. naik belon tu semua orang nak rasa tapi tengok harga waaaaa nangis dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu memang nawaitu cheq dari mula lagi kak.. memang pegi penuh harapan nak naik. sebelum sampai tu macam2 berita dengar tapi masih berdoa semoga ada rezeki.

      Delete
  2. semoga satu hari nnt ray pun dpt jejak kaki ke sana.

    ReplyDelete
  3. syoknya dapat join ni

    ReplyDelete
  4. Kadang ikut travels agency ni bagus jg kan sis.. ada pro & conts.. tak penat sgt, jimat masa.. sebab depa dan uruskam semua.. pegi sendiri plak lebih mencabar & perlukan lebih kesabaran.. naik Hot ballon tu mmg wajib bagi akak jika nak ke Turkey, takpelah sekali seumur hidup.. hehe..
    Juara Travel ni memang agak terkenal jg kan, sebab ada beberapa artis pernah ikut pakej depa..review pun agak bagus.. harap ada rezeki ke Turkey jg nti;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. ada pros n cons tapi basically okay je. takyah pening cuma tak berapa bebas sangatlah. masa diberikan cukup nak explore kawasan2 tertentu tak adalah tak puas. dengan Juara dengan agency lain tak sure..

      Delete
  5. Turki gabungan Arab ngan barat... Depa hidup modern dan kebaratan🌹🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini diakui.. modern benar dan ada juga yang x nampak keislamannya. tapi kat Malaysia pun cemtu kuikui..

      Delete
  6. cost trip ke turkey ni memang boleh tahan costly juga kan. kena menabung lebih ni. Tq share itinerary

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pergi sendiri rasanya jauh banyak boleh kurang belanja tu. pegi dengan agent gitula ada harga2 tertentu kena bayar depa bawa jalan kan..

      Delete
  7. wow best jugak ke turkey
    kena simpan duit ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. jomla kita menabung. kite punya tabong pun tinggal duit syilling je ni =D

      Delete
  8. bulan april baru skunk nk updet.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bhahaha.. biasa laa tu. ni pulun xmo simpan sampai 2020 =p

      Delete
  9. Nampaknya bukan saja kena bookmark tapi kena print terus post ni sebab boleh membantu sangat2.
    Teringin nak ke Turkey dengan ahli keluarga sebab satu family suka negara ni. InshaAllah one day nanti.

    By the way, best tak guna travel agency? Ada rasa tersekat masa tak? Sebab saya selalu travel sendiri, sometimes ada terfikir nak guna travel agency. Mostly untuk tempat yang memang rasa tak boleh nak jalan sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next entry insyallah ill share few tips buat rujukan. if ur fam members still kuat bertenaga n rajin nak menapak.. jalan sendiri okay saja more thrill. if there r some yang tak larat sangat elokla dengan agent. at first i pegi dengan agent ni sebab my mom nak ekot sekali. itula pasal amek agent. huhuhu even di kawasan Hagia Sophia Blue Mosque tu pun kena menapak banyak.

      for me Juara best.. and lucky me i got tour leader n tour guide yang superb and very understanding. kami ada jumpa tour guide yang menjerit2 terpekik telolong panggil ahli rombongan. seram pulak.. ganas orang sana =P

      i rasa Turkey okay je jalan sendiri but from one place to another tu kena study bebetul. connecting flight ke train ke yang jejauh tu memang kena study bebetul.

      Delete
  10. Selama ni banyak pergi sendiri.. memang sesekali nak rasa pergi guna travel agency, nak rasa percutian tanpa pening fikir itu ini... thanks ya kongsi info.. 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu.. kalau jalan sendiri penat tapi puas. dengan travel agent ni rilex je takyah pening2 cuma tak bebas sangatla. but ct rasa okay je ritu.. xde rasa terkongkong =D

      Delete
  11. kelebihan mengikut travel ini ada kawan-kawan yang ramai..

    kalau travel solo lagi mencabar minda dan uji iman..

    antara berani dengan tidak sahaja lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. ada ramai meriah jadinya trip. solo belum berani..
      at least berdua =)

      Delete
  12. Sesekali ubah selera melancong dengan travel agensi pun menarik juga kan SIti.. Dapat pengalaman baru cuma belanjanya besarlah sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau ada rezeki pergi sekali lagi pun rasanya nak pergi dengan agent juga. tapi nak cari yang boleh bawa ke tempat2 yang kita nak pergi saja =D

      Delete
  13. Bestnya Siti. Istanbul antara negara yang KSarie berangan nak pergi. Kalau ikutkan ksarie yg sokmo berdebar dan tak rajin nak menyiasat, memang pergi dengan travel agency la jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau gitu dengan agent lah jawapannya. seronok je kak walau dengana agent. tak pening kepala susun macam2..

      Delete
  14. teringin nak pergi Istanbul, cantik negara turki ni :)

    ReplyDelete
  15. tengok pada harga tu rasa berpatutan sebab ke sana lama, lebih seminggu... tak sabar nk tengok gambar2 kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. kita bayar agent kan bawa kita jalan2 jadi okaylah dengan harga tu..

      Delete
  16. Teringin juga nak ke Turki tapi tulah, kalau jadi bolehlah jadikan entri ni sbagai panduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah.. pasti sampai. semoga bermanfaat =)

      Delete
  17. Dlm wishlist ni..hopeful dpt gi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin insyallah. didoakan semoga dapat kesana =)

      Delete
  18. Kata member yang pi Turkey dulu, ikat perut makan takpe asal boleh naik air hot balloon tu. Cantik betul tengok gambar dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah betul.. memang jimat duit banjeee cukup2 nak kumpul naik tu.
      biarlah seksa kejap tapi berbaloi.

      Delete
  19. Tq siti.. bagus dah as list baker MCM. Ni boleh refer nanti

    ReplyDelete
  20. Tumpang seronok membaca pengalaman cik siti kt sana..

    ReplyDelete
  21. Tengah berangan nak ke Turki. Insya Allah. Semuga tabung gajah cepat penuh. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aamin insyallah ada rezeki kesana. marila kita sama sama penuhkan tabung..

      Delete
  22. Ada pro dan kontra ni bila travel dengan agen. Tapi akak ni jenis nak senang je siap duit bagi kat agen, ikut itinary dia dan bawak duit untuk shopping. Pergi geng ramai-ramai seronok tapi kadang pening dengan ragam mereka. Apa pun yang penting kita enjoy dan menikmati keindahan ciptaan Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa pegi dengan agent ni puas hati juga.. dapat duduk leisurely tangkap gambar puas2. jamu mata tengok scenery cuma tula ragam manusia.. tapi kejap je hadap jelee hehe..

      Delete
  23. Thankss ct share itinerary tuu..satu hari nanti insya'Allah nak jejak juga Turki..kena kumpul duit dulu beribu2 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. belanja kat sana maybe tak mahal sangat sebab currency nak sama tapi yang lain2 tu perlu duit. ni pun habis korek daaa.. pegi seronok balik krik krik menabong balik.

      Delete
  24. wah dah sampai! syioknya. turki pun one of my bucket list.
    kalau tgk itinerary ni memang kena spend 9-10 hari juga ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. isnyallah nanti dapat kesana pula =)

      Delete
  25. tujuh ribu empat ratus ye bajet.. baru nak tanya kat entri latest.. hehe

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.