Turkey 2019 : 2.1 Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque) | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 2.1 Blue Mosque (Sultan Ahmed Mosque)

/
29 Comments
October 18, 2019

18 APRIL 2019 

JALAN-JALAN ISTANBUL : BLUE MOSQUE (SULTAN AHMED MOSQUE) | Mari kita sambung cerita perjalanan hari kedua di Istanbul. Dah melawat Hippodrome dan German Fountain kita terus ke Blue Mosque pula. Tak jauh pun menapak sebab semua tempat-tempat menarik di Sultanahmet Square adalah berdekatan. Langit masih mendung kelabu suhu nyaman sejuk selesa. Orang dah mula ramai dan sesak disekitar kawasan masjid. Nak masuk masjid kena buka kasut dan simpan dalam plastic bag yang disediakan. Laluan keluar tak sama dengan laluan masuk jadi usung plastic bag tu pergi mana-mana jangan tinggal pula. Tak ada orang nak tolong jaga barang-barang kita. Non-Muslims juga dibenarkan masuk ke Blue Mosque dengan syarat berpakaian sopan. Tiada sebarang bayaran dikenakan.. free admission tapi setiap kali masuk waktu solat, masjid akan ditutup selama setengah jam daripada public untuk persediaan menunaikan solat. Nak masuk pergi sembahyang bolehlah tapi nak posing ambil gambar tak boleh. Kena check timing dan semak waktu solat dulu sebelum pergi kalau tak bercadang nak solat disana. Ketika waktu yang dibenarkan melawat pun kita boleh menunaikan solat juga. Ruang khas untuk solat disediakan. UstazN dah pesan suruh kami ambil wuduk siap-siap supaya senang untuk solat di Blue Mosque. Buatlah solat sunat apa yang perlu dah alang-alang dapat jejak kaki kesana.

Menuju Blue Mosque.

Ada beberapa pengawal security berjaga di pintu masuk.


BLUE MOSQUE (SULTAN AHMED MOSQUE) ISTANBUL

Selepas perjanjian perdamaian Peace of Zsitvatorok - peperangan 15 tahun diantara kerajaan Ottoman dan Habsburg Monarchy dan kekalahan Ottoman dalam perang Ottoman-Safavid Persia, Sultan Ahmed I mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid yang besar di Istanbul untuk menaikkan semula nama Ottoman Empire. Blue Mosque merupakan masjid pertama yang dibina setelah 40 tahun. Blue Mosque telah dibina sekitar tahun 1609 - 1616 ketika zaman pemerintahan Sultan Ahmed I dan sehingga hari ini masih berfungsi sebagai masjid yang active. Blue Mosque digelar sebagai Blue Mosque kerana seni binaan halus dinding dalaman masjid yang dipenuhi tiles yang dicat secara manual menggunakan tangan berwarna kebiruan. Pembinaan Blue Mosque mendatangkan rasa tak senang dalam kalangan ulama' Islam sebab kedudukan pembinaan yang berdekatan dengan istana kerajaan Byzantine dan juga bersebelahan dengan Hagia Sophia (ketika itu Hagia Sophia dah bertukar dari geraja menjadi masjid utama di Istanbul).

Binaan Blue Mosque terdiri daripada lima kubah utama, lapan kubah kecil dan enam menara (tiang masjid). Mengikut kajian sejarah, architect yang ditugaskan untuk membina Blue Mosque tersalah dengar arahan sultan. Sultan mengarahkan untuk membina 'altin minareler' - tiang emas bukan 'alti minare' - enam tiang. Ketika itu kecoh jugalah keadaan seolah-olah Blue Mosque meniru keunikan Masjidilharam di Mekah. Salah faham saja sebenarnya. Malas melayan.. sultan akhirnya tempah satu lagi tiang khas untuk dibina di Masjidilharam. Seperti masjid-masjid gah yang lain, Blue Mosque juga menempatkan makam Sultan Ahmed I yang terletak di tengah perkarangan masjid.


Dengan kaki kanan.. Ayuh kita masuk.

Umat manusia pelbagai bangsa dan agama.

Plan corak seni binaan dalaman kubah.

Cantik sangat tiles yang kecil tersusun kemas.

Ruang solat untuk wanita.

Ruang ambil wuduk lelaki.

Pintu masuk ke Blue Mosque. Kena beratur kalau terlalu ramai.

Pintu keluar.


Untuk yang merancang ke Blue Mosque, datanglah awal pagi sikit untuk elak crowd yang ramai. Tak selesa sangatlah nak duduk bertenang. Jaga barang-barang peribadi elok-elok jangan biarkan unattended sambil korang buat benda lain. Banyak juga kes-kes kecurian dan seluk saku terjadi disana. Ada Muslims ada juga Non-Muslims jadi bercampur dalam ruang masjid. Most of them tak tahu sangat pun mengenai Islam dan diorang pergi untuk enjoy seni binaan yang cantik dan bergambar. Bising pun iyaaa juga walaupun diingatkan untuk tak buat bising. Tapi faham-faham sajalah.. dah namanya melancong memang akan riuh. Aku rasa korang boleh faham keadaan di dalam masjid macam mana dengan ragam yang pelbagai. Nak bergambar pun berpada jugalah sebab ini adalah kawasan beribadat. Wajib untuk korang enjoy dan hargai kecantikan binaan Blue Mosque. Ikut rules yang dah ditetapkan dan hanya explore kawasan yang dibenarkan saja. My personal point of view, Blue Mosque sangat cantik. Jelas terserlah kesenian Islam pada setiap satu sudut binaan dan corak pada dinding masjid. Jom !! Kita pergi tempat lain pula..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

29 comments:

  1. subhanallah sangat menarik dan cantik serta unik ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. seni binaan disana cantik. sangat halus..

      Delete
  2. Indahnya sebuah perjalanan ke bumi Turki

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga semuaaa yang baca ni dapat kesana dan rasai sendiri pengalaman yang indah jugaaa..

      Delete
  3. Subhanallah cantik.
    Orang kata kalau pergi Istanbul wajib singgah Blue Mosque ni

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah u dapat ambik gambar then explore kat area dalam tu. waktu akak pegi depa buat renovation.
    nak masuk kena waktu depa solat jemaah dalam tu.
    nanti2 pegi lagi lah. hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa ni pun ada construction kak.. jenuh laa tiang pembinaan tu keliling. ruang yang kita boleh access jadi kecik. tu yang macam sardine dalam masjid. ramai yang amat..

      Delete
  5. masjid yg cantik mesti ramai pengunjung Muslim & non-Muslim..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. masing2 nak tengok binaan yang cantik n gah dari zaman dulu lagi. tapi bagi kita yang muslims ni.. bolehla sekejap solat sunat =)

      Delete
  6. istanbul yang sangat cantik..teringin nak pergi masjid biru tu.. :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. nanti rezeki datang untuk kesana =)

      Delete
  7. one of my list!! cantik tgk dlm gambar. kalau depan2 mesti lg cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi boleh pergi honeymoon di Turkey nanti Nina =D

      Delete
  8. indah senibinanya susah nak nampak pada masjid baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. memang seni binaan ni dikekalkan dari zaman dulu. dats why depa asyik baiki jaa sebab banyak yang rosak. ada jeee benda depa kena betulkan..

      Delete
  9. Cantik.. Istanbul memang terkenal dengan senibina bangunan yg lawa2 camni kan. Tengok org pergi ja dulu turn kita tak tau bila. One fine day Insyaallah hehe

    ReplyDelete
  10. memang sangat2 cantik... saling tak ubah mcm masjid yg sy pegi kt mesir...ciri2 dia pun hampir sama...dan wpn museum ttp disediakan ruang utk solat sunat...

    ReplyDelete
  11. Akak bayangkan masjid ni biru sebirunya tapi rupanya tidak

    ReplyDelete
  12. Cantik sangat senibinanya.. Satu pengalaman yang menarik..

    ReplyDelete
  13. Blue Mosque, salah satu tempat yang paling nak pergi kalau ke Turkey. Cantiknya hasil seni binaan masjid biru ni. Okay jugak kan semua tempat dekat² je boleh menapak je

    ReplyDelete
  14. cantik snagat blue mosque ni. saya pergi sana dulu rasa macam nak duduk je kat dalam tu, tak nak balik

    ReplyDelete
  15. Tengok dari gambar pun dah terpana-pana sebab cantiknya blue mosque ni. Kalau dapat tengok depan mata tentu lagi terpesona

    ReplyDelete
  16. amazing kan sini..penuh dengan sejarah

    ReplyDelete
  17. Cantiknya senibina kat sini. Seperti biasa, suka baca kembara SYM ...cerita lagi tau

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.