Turkey 2019 : 3.0 Green Mosque, Shopping Di Bursa Silk House & Lunch Di Ramiz Park | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 3.0 Green Mosque, Shopping Di Bursa Silk House & Lunch Di Ramiz Park

/
13 Comments
October 21, 2019

19 APRIL 2019

TRIP TURKEY : BURSA GREEN MOSQUE / YESIL CAMI DAN SHOPPING DI BURSA SILK HOUSE | Dah masuk perjalanan hari ketiga di Turkey. Hari ini kami akan meronda sekitar Bursa dan seterusnya gerak ke Kusadasi. Breakfast di hotel dulu makan bagi kenyang nak jalan jauh. Food was fine sedap dan banyak choices. Sepatutnya kami ke harus ke Bursa Grand Mosque dan shopping di Koza Han - Silk Market yang terkenal di Bursa. Tak ada rezeki sebab jalan utama untuk kesana ditutup daripada kerana ada event berbasikal. Dari Malaysia aku dah survey kawasan Koza Han tapi sayangnya tak dapat kesana. Seni binaan sangat cantik dan classic. Korang Google sendirilah nanti yaaa.. Ali pun tak dapat notice lebih awal mengatakan ada event jadi kami sangkut sekejap dalam traffic. Perjalanan diteruskan ke Green Mosque atau Yesil Cami dan di kawasan yang sama ada juga Silk House untuk sesiapa yang nak shopping.

Sedikit info mengenai Bursa.

Bursa adalah salah satu bandar yang besar di Turkey dan mempunyai kepadatan penduduk yang keempat terbesar. Bursa digelar sebagai Yesil Bursa (Green Bursa) kerana ada banyak hutan dan taman disekitarnya. Bursa pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Ottoman sebelum menawan Constantinople secara penuh. Mount Uludag yang terkenal sebagai tempat bermain ski yang famous ketika musim sejuk juga terletak di Bursa. Bangunan-bangunan sejarah di Bursa mengekalkan ciri-ciri kesenian Islam kerajaan Ottoman. Banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati di Bursa sebab Bursa adalah bandar yang pesat membangun dan ada banyak benda menarik. Disebabkan aku kesana dengan tour agent jadi terhad untuk meronda sendiri.

Hotel Ramada Nilufer Bursa.

Ada pekerja tolong angkat luggage kita.


BURSA GREEN MOSQUE / YESIL CAMI

Walaupun Bursa Grand Mosque adalah masjid yang terbesar di Bursa tapi Bursa Green Mosque adalah yang paling terkenal dan kaya dengan seni bina yang unik - mengekalkan ciri-ciri kesenian kerajaan Seljuk Turkish dari kerajaan Great Seljuk Empire di Iran dan ciri-ciri Islam kerajaan awal Ottoman. Diberi nama sebagai Green Mosque kerana warna interior tiles yang berwarna hijau dan biru. Green Mosque bukan ada tempat solat saja tapi lengkap dengan bilik belajar, bilik mandi dan dapur. Sultan Mehmed I Celebi telah mengarahkan pembinaan Green Mosque selepas pergaduhan dengan adik-beradiknya yang lain untuk menyatukan kesemua Ottoman Empire. Sultan Mehmed I dimakamkan di sebuah bangunan khas yang diberi nama Green Tomb (sebelah Green Mosque). Grand Mosque pula adalah masjid baru jadi tentulah binaannya pun lebih moden berbanding Green Mosque.

Setiap sudut binaan Green Mosque ada ciri-ciri tertentu dan sejarah. Memang nak sembang sini tak termampu aku nak tolong ceritakan. Korang baca diSINI okay..

Pandangan hadapan masjid dan pintu utama.

Kubah masjid.

Tiles berwarna hijau berbentuk hexagonal. Cantik !!

Kawasan ini dipanggil sebagai 'mahfils'.

Di kubah pun ada tiles halus dan kecil disusun cantik.

Ruangan untuk solat.

Marble fountain ditengah ruang masjid. Masih berfungsi.


Tak tahu nak explain macam mana masjid ni.. Cantik dalam erti kata yang tersendiri. Tidak sehebat Hagia Sophia tapi sangat cantik. Dari luar tak nampak pun semua tiles warna hijau kebiruan ni kena masuk baru haaa.. terpegun tengok. Aku tak tahulah orang lain macam mana tapi I really enjoy seni halus cantik macam ni. Kalau pergi rumah orang tengok tiles lantai lawa tiles toilet cantik pun aku rasa kagum apatah lagi yang unik macam di Green Mosque. Dijaga rapi sejak bertahun lamanya. Kami ziarah juga Green Tomb tapi aku tak ambil gambar dalam tu.

Haaa the most exciting part. Shopping !!

Jujurnya aku tak bawa duit banyak sangat sebab memang peruntukan tak ada pun. Bawa khas untuk beli barang-barang yang memang dah aim dari awal dan adalah sikit wang picisan. Jalan-jalan cuci mata tengok mana yang mampu saja. Mengubati kelukaan kami tak dapat ke Koza Han, Ali bawa ke Bursa Silk House. Tak adalah sebesar Koza Han yang ada banyak kedai tapi cukup untuk menggugat iman didada. Kedainya besar bertingkat-tingkat dan akan ada seorang pelayan yang setia ikut kita kemana saja kita pergi. Samalah concept macam di Munira. Macam-macam ada disini tapi kena sedia maklum, tempat-tempat tourist attraction ni harganya mencekik juga. Kalau ada duit apa salahnya.. Beli jangan tak beli. Product utama semestinya sutera dan harga sudah tentu tak murah. Selain itu ada juga souvenirs lain seperti lampu-lampu, pinggan dan alatan dapur ceramic yang colourful, tshirt (design sama seperti di Grand Bazaar tapi kualiti lebih baik), keychains, fridge magnets, pakaian traditional, pashmina sutera (gila kalau tengok corak lawa-lawa tapi menjadi kembali waras tengok harga), pashmina biasa mampu milik, telekung, sejadah tenun dan macam-macamlah.

Aku cuba untuk bertahan tapi tewas. Sikit.. Sikit saja.


Di luar Bursa Silk House.

Meow dimana-mana saja.

Lampu-lampu signature kesenian Turkey.

Tshirt dibungkus kemas. Kualiti lebih elok dari di Grand Bazar.
30.00TL sehelai. Aku ambil sehelai saja untuk diri sendiri.

Aku tak naik atas. Aku takut godaan yang bakal datang.

Paling mampu milik. Jajan yang diborong di kedai kecil luar dari Silk House.
Buat habuan mengunyah dalam bus. Semua sedap !!


Kami meneruskan perjalanan ke Kusadasi lepas semua dah puas hati shopping. Banyak hasil tangkapan pakcik makcik terkejut aku tengok. Dari Bursa ke Kusadasi mengambil masa lebih kurang 5 jam perjalanan. Fuuuhh jauh !! View sepanjang jalan cantik tapi mata dah kuyu. Boleh rehat dulu tidur top up balik energy. Dipertengahan perjalanan kami berhenti di Ramiz Park untuk makan tengah hari. Ramiz Park terkenal dengan hidangan ala-ala meatballs gituuu. Kawasan restaurant pula betul-betul tepi highway. Ada kemudahan lain juga jadi kami solat sekali.


Signature dish di Ramiz Park.

Salad dan roti. Ooh.. Lentil soup pun ada.

Hidangan isi daging yang sedap dengan roti. Kami diberikan nasi juga.

Desert lain yang ada di Ramiz Park. Kalau nak kena bayar sendiri.

Pelbagai jenis cheese.

Sedap juga hidangan di Ramiz Park. Kena dengan tekak jadi makan sampai licin. Kenyang makan selesai solat (comel sangat semua ahli rombongan solat berjemaah) kami teruskan lagi perjalanan. Beberapa minit pertama layan perasaan juga merenung keluar tingkap tapi lama-lama memang tidur tak ingat dunia aircond pula sedap dipasang dalam bus. Ada lagi beberapa jam sebelum kami sampai ke next destination - Kusadasi. Sambung lagi nanti..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

13 comments:

  1. Alamakk terlepas banyak ni...nanti nak baca semula..kita plan nak ke Turkey nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeay best best nak pi Turkey !! hihi baru sikit je entries kite tak banyak lagi. belum rajin sangat hehe..

      Delete
  2. SEMUA PIC CANTIK MENGUJAKAN

    ReplyDelete
  3. Baca tajuk awal2 tadi ingat masjid warna green, rupanya tiles masjid yang warna green. Tapi Silk House tu cantik betul. Pernah tengok dalam tv pembuatan silk, harga pun ya Allah..terbeliak biji mata la dengar..

    ReplyDelete
  4. Masjid cantik, view lawa, makanan sedap2. Harap ada rezeki ke turki nanti. Ameen.

    ReplyDelete
  5. yes la. sgt cantik senibina nyer. cantik!!!
    sungguh terperinci design nyer kan. tiny tapi diperincikan dgn sempurna.
    turki - satu negara yg aida nak gi. ntah bila hu hu hu hu...

    ReplyDelete
  6. Cantiknya dan uniknya subahanallah... ;) Heee teringin nak pegi jugak!

    ReplyDelete
  7. Impian akak untuk ke Turkey masih belum tercapai.. Tumpang cerita Siti pastu feeling2 kat sana, hehehe.. Seperti biasa thank you very much Siti sudi kongsi cerita..

    ReplyDelete
  8. Cantik2 lampu turki..mesti byk pakcik makcik shopping..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.