Turkey 2019 : 2.3 Hagia Sophia & Perjalanan Ke Bursa | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 2.3 Hagia Sophia & Perjalanan Ke Bursa

/
14 Comments
October 20, 2019

18 APRIL 2019  

TRIP TURKEY : HAGIA SOPHIA DAN MENERUSKAN PERJALANAN KE BURSA | Selepas ke Topkapi Palace kami terus ke Hagia Sophia. Hagia Sophia juga terletak di dalam kawasan Sultanahmet jadi senang lepas dah terjah tempat lain boleh terus singgah. Kalau naik tram, boleh turun di Sultanahmet Station. Ini yang ditunggu-tunggu. Aku memang paling excited nak pergi Hagia Sophia dalam banyak-banyak tempat lawatan kami pada hari kedua. Orang sangat ramai beratur nak beli tiket dan masuk ke dalam. Tak semua dilepaskan masuk serentak dikawal rapi supaya dalam sana tak sesak dengan lautan manusia. Untuk dewasa, harga tiket ke Hagia Sophia adalah TL60.00 (RM42.00 approx) dibuka setiap hari kecuali Isnin. Boleh juga beli ticket online sebab banyak website menawarkan package yang menarik dan paling penting tak payah beratur panjang. Disebabkan kami datang dengan tour agent, tiket memang dah ada jadi kami dapat skip daripada beratur dan dapat terus masuk ke dalam kawasan Hagia Sophia. Hagia Sophia dikira tempat wajib visit oookay kalau korang ke Istanbul. Tak sah kalau tak pergi..


Dah dapat ticket yeay !! Jom kita.

Yang sedang beratur nak beli ticket. Kami masuk ikut laluan sebelah.

Dengar dulu cerita dari Ali sebelum dapat merayau sendiri.

Sekitar kawasan luar Hagia Sophia. Ada souvenir shop.


HAGIA SOPHIA MUSEUM / AYASOFYA

Hagia Sophia adalah satu binaan bangunan yang cantik dan penting ketika zaman pemerintahan Byzantine dan Ottoman. Pernah menjadi gereja kemudian dijadikan masjid dan sehingga sekarang kekal menjadi museum yang menempatkan pelbagai barang tinggalan dari zaman dulu. Kalau tak silap, kerajaan Turkey macam nak tukar Hagia Sophia menjadi masjid semula dan mengembalikan zaman kegemilangan Hagia Sophia. Tapi tak tahulah betul atau tidak.. Kebanyakan bangunan di sekitar Istanbul jelas kelihatan kesan-kesan seni binaan zaman Byzantine dan Ottoman. Hagia Sophia adalah salah satu bangunan unik yang menggabungkan kesenian kedua-dua kerajaan dibawah satu bumbung. Hagia Sophia juga diiktiraf sebagai 'World Heritage Site' oleh UNESCO pada tahun 1985.

Dibina semula oleh Emperor Justinian, Hagia Sophia telah dijadikan pusat Orthodox Christianity selama 900 tahun sehingga Byzantine ditawan kerajaan Ottoman pada tahun 1453. 500 tahun kemudian, Hagia Sophia dijadikan masjid utama sebagai lambang kegemilangan kerajaan Islam pada ketika itu. Sebahagian besar Hagia Sophia telah diubah suai supaya dapat melambangkan ciri-ciri Islam terutamanya pembinaan mimbar. Pada tahun 1935, Hagia Sophia telah ditukarkan menjadi museum dibawah arahan Ataturk dan menjadikan Hagia Sophia sebagai salah satu monuments yang terkenal di dunia kaya dengan hasil seni pembinaan dan sejarah.

Jom kita tengok interior Hagia Sophia pula..


Memang cantik halus seni binanya. Bayangkan rajin sangat diorang dulu-dulu susun atur tiles kecil-kecil tu satu per satu nak bagi cantik punya pasal. Tapi berbaloi sangatlah sebab sememangnya sangat cantik. Suasana dalam Hagia Sophia agak suram kelam tak banyak lampu. Aku rasa memang style diorang kat sana nak kekalkan vibe zaman dulu. Hagia Sophia berbentuk empat segi dan satu kubah besar. Pembinaan kubah dibina supaya dapat menyalurkan cahaya matahari untuk masuk kedalam. Itulah sebabnya kurang lampu. Hari pula mendung diluar jadi malap. Bangunan lama macam Hagia Sophia ni kena selalu dipantau untuk maintain especially atas factor keselamatan. Untuk naik ke tingkat atas, kita kena lalu laluan khas di kiri bangunan sebelum memasuki pintu utama yang masih mengekalkan ciri-ciri gereja Constantinople. Laluan sangat classic berbatu - memang rasa macam tengah panjat jalan naik ke kawasan istana lama. Wajib oookay naik ke atas sebab lagi cantik..



Sebahagian masih under construction.


Memang cantik sangat dan puas hati lama juga kami di dalam Hagia Sophia sebelum semua berkumpul dan meneruskan aktiviti seterusnya. Aku nak share kongsi semua takut sampai lusa tak habis bercerita jadi kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai sejarah pembinaan Hagia Sophia boleh baca diSINI. Banyak sangat fakta menarik tentang Hagia Sophia. Lepas dah keluar, Ali bagi masa untuk kami meronda sekitar kawasan dataran Sultanahmet sebelum pergi lunch. Buatlah apa korang nak buat - bergolek ke bergambar ke makan street food dan sebagainya. Sekitar dataran aku tak nampak sangat orang jual souvenirs memang banyak jual makanan saja. Souvenirs banyak di kawasan sekitar Hippodrome. Wajib tau korang spend masa sikit sekitar kawasan dataran sebab dari sinilah nak ambil gambar bangunan sekeliling yang cantik-cantik.

Cantiknya Hagia Sophia dari jauh.

Kerusi-kerusi disediakan kalau nak duduk makan atau just melepak.


Dah puas bergambar kita pergi makan pula.. Perut dah mula bergendang. Kami ke satu restaurant berdekatan dengan kawasan Hippodrome. Kawasan sekitar pun agak lively dan ada banyak kedai souvenirs. We had a very nice meal untuk lunch - grilled chicken dengan nasi dan lentil soup. Sepanjang aku di Turkey, setiap hidangan kami mesti ada lentil soup roti dan salad. Memang makanan rugi orang sana. Lentil dalam Bahasa Melayu adalah kacang serinding (aku tak pernah dengar) atau lebih synonym dengan kita semua - kacang dhal. Kat Malaysia kita makan dengan roti canai tapi disana dimasak supaya dijadikan soup. Lentil soup disana ada yang aku makan rasa sedap sangat dan ada yang tak boleh nak telan. Ingatkan mana-mana pun rasa sama saja tapi tidak. Tengok tempat dan cara penyediaan recipe. Salad pula kalau banyak tomato aku memang tak sentuh. Jangan risau.. ada ramai ahli rombongan lain boleh tolong habiskan.

Baru sedar diri aku sebenarnya picky eater. Haih..

Selesai makan kami gerak ke tempat bas dan meneruskan perjalanan ke Bursa yang mengambil masa lebih kurang dua jam setengah dari Istanbul. Dah nak masuk ke kawasan Asia Turkey pula. Sepanjang perjalanan aku tak tidur pun sebab seronok layan mata tengok permandangan. Rugilah kalau tidur. Kami singgah sekejap di perhentian untuk solat. 

Aku nak kongsikan banyak gambar. Tabahlah..

Menu !! Tulisan halus description panjang lebar.

Semua dah ready nak makan.

Cicah roti dengan lentil soup.

Tak tahulah nama roti ni. Tawar tapi sedap juga makan dengan soup.

Nasi dan grilled chicken.

Kereta mahal macam ni park gituuu saja. Hati aku yang terluka tengok..


Heavy traffic. Bila bus gerak slow - peluang untuk ambil gambar.


Sesak !!

Melalui kawasan Selat Bosporus.

Sekitar kawasan Galata Bridge. Kalau jalan sendiri boleh ronda sini.

Kami akan cross that bridge untuk ke kawasan Asia Turkey.

Rumah-rumah mewah berdekatan Selat Bosporus.

Berhenti di perhentian untuk solat.

Macam R&R kita juga. Ada tempat makan dan kemudahan lain.

Mescit. Bay - Lelaki dan Bayan - Perempuan.

Starbucks dan Burger King bersepah-sepah disana.

Menghampiri Bursa. Kawasan padat dengan penduduk.

Dinner di hotel.


SHOPPING TURKISH DELIGHT DAN SAFFRON DI MUNIRA BURSA

Sampai saja di Bursa kami di bawa ke kedai Munira - ini memang mana-mana tour agent mesti bawa kesini. Aku ada baca juga perkongsian beberapa orang tentang kedai ni jadi dah prepare juga sikit untuk melabur di Munira. Munira ni kira kedai one stop centre untuk pelancong yang datang dengan tour agent shopping. Masa kami sampai ada satu rombongan baru selesai membeli dan masa kami tengah shopping ada another group baru sampai. They claim Turkish Delight diorang the best sebab guna madu yang terbaik bukan gula dan Saffron diorang pun berkualiti tinggi. Aku memang nak beli Saffron dan kita sedia maklum Saffron adalah antara herbs yang hebat dan diantara yang mahal di dunia. Aku takut kena tipu jadi sebelum kesana aku dah tengok banyak videos on Youtube untuk bezakan jenis-jenis Saffron yang berkualiti tinggi atau rendah. Better korang pun study dulu sikit supaya kita dapat bezakan dan beli yang betul-betul bagus. Through demonstration yang ditunjukkan nampak macam betul tak menipu. Aku pun dah tanya UstazN double confirm boleh percaya ke tidak. UstazN kata dia pun beli Saffron di kedai Munira juga. Baiklah..

Aku beli dan balik buat test sendiri. Alhamdulillah tak nampak ciri-ciri kena tipu.

Aku beli Turkish Delight, Rose Water dan Saffron sahaja disini. 1G Saffron berharga 180.00TL dan kalau beli lebih akan dapat discount. Aku beli 5G Pure Iranian Saffron dapat 2G free (in total 7G) total 900.00TL tapi bayar 650.00TL saja (RM450.00 approx). Nampak tak berapa banyak diorang boleh kasi discount ? Jadi korang jangan segan silu tawarlah sampai dapat. Soal pembelian Turkish Delight aku rasa harga di Munira ni murah berbanding yang aku beli di Grand Bazaar. Kami dapat 1KG : 120TL (RM100.00 approx) dan beli 5KG percuma 1KG. Aku pujuk punya pujuk dapatlah 1KG : 100TL (RM78.00 approx). Tapi jenuh jugalah kalau nak beli sampai 5KG seorang banyak sangat. What I did ? Aku ajak makcik pakcik yang mana nak sama-sama kongsi beli atas satu nama saja jangan beli asing-asing. Yang tak nak kongsi kita tak perlu paksa. Bab Turkish Delight diorang serah suruh aku dan Idiq pilih nanti atas bas baru kami agih semula. Barang-barang lain yang diorang nak shopping sendiri kami tak kacau. In total dapat kami borong 12 kotak Turkish Delight.

Puas hati shopping jomlah pergi check-in. Next penginapan kami di Bursa adalah di Hotel Ramada Bursa Nilufer. Nice room very cosy. Okaylah.. time to rest. Selamat malam.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

14 comments:

  1. Cantiknyaaaa seni bina dalam Hagia Sophia ni. Turkey ini antara salah satu negara yang ada dalam list nak jejak. Bestnyaa tengok Siti jalan jalan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cantik binaannya. memang ciri ciri zaman dulu sangat. insyallah nanti rezeki Nani pula kesana k..

      Delete
  2. terima kasih kongsi, dapat cuci mata tengok gambar pemandangan kat sana ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama sama. selalu doakan semua orang dapat kesana juga. rezeki boleh datang dalam dan pada waktu kita tak sangka2..

      Delete
  3. memang dalam whishlist nak ke sana..
    tapi kenapa pakat sensor mulut tu..? hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh da tu Phais bawak wife n anak jalan2 kesana. best..

      ohooo tu hihi.. style baru hahaha..

      Delete
  4. Selama ni kita tengok orang lain share Hagia Sophia kat FB, ingatkan masjid...rupanya da jadi muzium ek...nasib lerr menelaah entri ct ni ha!

    lentil soup tu pernah cuba kat restoran turki kat JB ni, boleh masuk jugak la...tapi ct tak cuba turkish appetizers bersama roti2 tu? hummus, muhammara, babaganus..ya, sukati kita je sebut semuanya..betul ke tak eja..hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia jadi macam2 da celaru identity haha.. tapi katanya tengah renovate sebab Erdogan nak jadikan masjid semula. biar orang mai boleh solat sekali. lentil soup tu asalnya sedap kite suka je tapi ada few places dia macam try hard sangat dok p letak macam2 sampai jadi pelik. hehe dalam bnyk2 senarai tu.. tau hummus je and kite sukaaa !! ooo kalo p kedai kebab tuuuu suka yg nasi n kambing dengan hummus. daap..

      Delete
  5. sedapnya foods kt sana...pernah try lahmacun, pide..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami tak dapat nak explore sangat cuba makanan2 sana. itulaaa sayang kalo boleh explore sendiri macam2 da makan. lagi 1 kan diorang serve makanan kalo order asing rasa macam xleh habiskan..

      pide penah dengar tapi x penah makan. lahmacun first time hehe..

      Delete
  6. Syoknya, seronoknya... Thanks for sharing Siti..

    ReplyDelete
  7. yes. bila berjalan, aida akan amik kesempatan mik gambar dari dlm kenderaan.
    time tu la baru kita boleh snap gambar town / scenery sepanjang perjalanan.
    utk share dgn org lain.

    nice.
    indah.
    cantik.
    bersih.

    ReplyDelete
  8. Dapat travel negara orang memang best! ;D heee hopefully one day ada rezeki nak kesana jugak...

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.