Turkey 2019 : 3.1 Isabey Mosque, Sekitar Bandar Kusadasi & Pigeon Island | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 3.1 Isabey Mosque, Sekitar Bandar Kusadasi & Pigeon Island

/
0 Comments
October 22, 2019

19 APRIL 2019

TRIP TURKEY : ISABEY MOSQUE DAN SEKITAR BANDAR KUSADASI | Aku pun tak sedar berapa lama aku tidur tau saja dah sampai ke kawasan Isabey Mosque. Masjid ini terletak di Izmir - sebuah kota yang diteroka oleh orang-orang Greek sebelum ditawan Roman dan dimajukan oleh Alexander The Great dan kemudiannya menjadi sebahagian daripada jajahan kerajaan Ottoman. Jalan nak masuk ke kawasan masjid melalui beberapa area tapak peninggalan kawasan sejarah. Runtuhan bangunan dikiri kanan jalan. Ada yang dipagar ada yang tak. Aku rasa memang dibiarkan begitu kot untuk kajian dan tarikan pelancong.

ISA BEY MOSQUE

Isabey Mosque adalah diantara peninggalan sejarah tertua di Turkey yang unik dan hebat sejak dulu lagi. Masih berfungsi sebagai masjid walaupun penah runtuh ketika gempa bumi. Dibina sekitar tahun 1374 sebagai tanda hormat kepada Aydinid Isa Bey - orang hebat dulu-dulu la senang cerita. Panjang betul sejarah dia hihihi.. Seni bina Isa Bey Mosque menyerupai ciri-ciri binaan Great Mosque Of Damascus - ada dua main entrance dan ada taman di tengah-tengah kawasan masjid. Isa Bey Mosque mengalami kemusnahan pada tahun 1829 dan pada tahun 1842, tiang utama pula runtuh. Masa kami kesana memang tengah under construction takut pun ada rasa nak lalu bawah besi binaan.

Yang macam ni pelancong boleh masuk.

Souvenirs dijual sepanjang jalan.

Diorang nak bina semula tiang. Trying to restore yang lama.

Dengar Ali cerita itu ini.

Untuk pelancong yang pakaian tak berapa sesuai kena pakai ni.

Waktu-waktu solat di Izmir.

Tak lama pun kami di Isabey Mosque. Ali kasi masa sikit saja untuk kami meronda sekitar masjid dan kami terus gerak. Dia nak kami sampai di Kusadasi lebih awal supaya boleh jalan-jalan disana. Sepatutnya kami sampai lewat petang mana ada masa nak meronda ke bandar Kusadasi. Disebabkan kami dah skip ke kawasan Grand Mosque di Bursa memang ada masa extra sangat. Untuk jalan ke Kusadasi tak ada dalam itinerary pun dah jadi free and easy.


KUSADASI

Kusadasi adalah beach resort town yang terletak di perairan Aegean di Aydin Province. 'Kus' bermaksud burung dan 'Ada' pula bermaksud pulau. Ini kerana, bentuk Kusadasi yang kelihatan seperti kepada burung jika dilihat dari laut. Ini memang bandar percutian yang famous di Turkey - sama ada kepada penduduk tempatan atau pelancong luar. Main attraction di disini adalah tourism. Kusadasi paling hidup meriah dan sangat ramai orang ketika musim panas. Kedai-kedai akan dibuka sehingga lewat malam penuh pub (ini no comment) dan tempat-tempat hiburan. Disebabkan kami pergi musim bunga kemeriahan tak terasa sangat tapi tetap ramai pelancong. Banyak sangat benda boleh dibuat di Kusadasi tapi masa saja yang tak cukup. Kalau aku ada rezeki kembali kesana, aku nak spend masa lebih sikit nak explore macam-macam. Disini ada banyak resorts mewah yang sedia menampung jumlah pengunjung yang ramai ketika musim panas. Kiri kanan jalan penuh hotels dan resorts.

Kami terus check-in ke Hotel Carina sekitar pukul 04:30PM macam tu.. Hotel Carina betul-betul mengadap laut tapi terletak diatas bukit sikit. Ini adalah hotel paling cantik kami menginap sepanjang trip ke Turkey. Kami selesaikan urusan bilik letak barang dan dinner. Makan dulu baru semua sepakat untuk berjalan kaki ke bandar. UstazN bagi kebenaran semua untuk berjalan sendiri free and easy janji pandai jaga diri dan jangan balik lewat sangat. Aku nak jalan dengan Idiq tapi dia dah lesap dulu pergi kejar sunset. 

Scala Nuova - nama lama Kusadasi ketika dibawah pemerintahan Venetians.

Tengok bilik dia !! Comel !!

Sunset !! Subhanallah.

Kentang daging ayam nasi. Sayur mana ?

PIGEON ISLAND (GUVERCINADA)

Selesai makan memang laju aku dan pakcik makcik menapak ke bandar. Kami singgah di Pigeon Island (Güvercinada) yang sememangnya menjadi icon kepada Kusadasi dan sangat terkenal sebagai spot yang terbaik untuk tengok sunset. Rezeki kami hari tu memang cantik sungguh sunset. Diberi nama Pigeon Island sebab burung-burung akan singgah disini ketika musim berhijrah. Tak besar mana pun pulaunya kecil saja. Ada jalan darat yang menghubungkan Pigeon Island dan daratanPigeon Island telah digunakan sebagai pusat ketenteraan ketika pentadbiran kerajaan Ottoman. Lokasi yang strategik di tepian perairan Aegean menjadikan kawasan Kusadasi dan Pigeon Island sebagai benteng pertahanan yang kuat untuk menghalang musuh. Di Pigeon Island ada sebuah istana kubu yang dibina sejak pemerintahan Byzantine yang digunakan untuk menentang lanun. Itu jugalah salah satu sebab kenapa ada banyak kapal-kapal di sekitar Kusadasi letak gambar lanun. Aku tak naik pun panjat ke istana kubu - malas. Aku just duduk di kerusi yang disediakan sambil layan perasaan tengok permandangan. Disebabkan Idiq dah sampai lebih awal dia panjat dan ambil gambar semua dapatlah aku kongsikan dengan korang. Hihihi..

Pigeon Island dekat saja dengan Carina Hotel.
Kalau dari bandar memang jenuh juga nak menapak.



Subhanallah !! cantik sunset.


Menuju Pigeon Island.



Lanun sana sini.

Jalan naik ke istana kubu.

Permandangan dari atas.

Tunggu di bawah saja.


Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Aku meronda dengan pakcik makcik sampai kedai airkrim Turkish diatas. Merasa semua makan aiskrim dan dipermainkan seperti yang selalu kita tengok. Uniknya !! Kalau kita nak diorang main-mainkan kita kena bayar extra okay. Hahaha.. Gitu pula. Bukan semua orang akan dimainkan. Kalau tak bayar extra tak adalah. Lepas tu pakcik makcik semua patah balik ke hotel tapi aku dan Idiq sambung merayau berdua. Kami dapat kebenaran dari UstazN untuk balik sebelum pukul 10.00PM. Bila dah berdua jadi yang paling muda begitulah terasa kasing sayang pakcik makcik ahli-ahli rombongan. Kami lajak lagi jauh ke bandar sebab ada mission yang ingin diselesaikan. Disebabkan ada masa free and easy, aku dah plan dengan Idiq nak pergi shopping sikit. Kami cari kedai nak beli chocolates dan cookies apa patut nak bawa balik. We were afraid nanti di Istanbul tak cukup masa nak membeli - sememangnya tak ada masa. Sementara ada kesempatan better kami grab cepat.

Gambar-gambar yang aku kongsi dibawah adalah gambar-gambar yang diambil oleh aku dan Idiq sekitar Kusadasi. Suasana malam disana pada musim bunga sekitar lepas waktu Maghrib. Ada yang Idiq ambil lebih awal masa dia merayau seorang diri. Sempat pergi cari masjid solat berjemaah budak tu.. Dia tinggal kakak dia hampeh !!

Masjid di Kusadasi.

Lorong yang sepi.

Deretan kedai-kedai di Bazaar Kusadasi. Ada beberapa yang beroperasi.

Sekitar Ataturk Boulevard. Kawasan dataran yang luas. 


Di Grand Bazaar Kusadasi banyak kedai yang menjual fake goods. Dah macam di Petaling Street pula aku tengok tapi harga kemain mahal macam jual yang original. Kalau korang tak berniat nak beli tak payah tanya. Nanti diorang kejar atau maki kalau sekadar nak tanya-tanya survey. Pening kepala.. Merasai pengalaman suasana malam di Kusadasi ada rasa seronok ada rasa takut juga. Banyak pup dan kelab hiburan. Sana sini orang berpesta. Huuurm.. Kalau diorang Muslims, memang sedih betul aku rasa. Ignore saja jangan buat eye contact. Kami merayau cari mart dan terus borong macam-macam chocolates dan jajan. Memang dari awal aku plan nak beli makanan saja as souvenirs untuk keluarga dan kawan-kawan. Chocolates dan jajan di Turkey tak adalah mahal sangat dan just nice harganya. Dah borong banyak pun harga tak sampai 100TL pun. Rasa nak tambah lagi biar lagi banyak. Seronok membeli rasa semua benda murah. Nanti aku share chocolates apa yang kami borong. Jalan punya jalan cari souvenirs lain - fridge magnets dan keychains. Beli sikit buat kenangan. Jumpa kedai Baklava kami borong juga siap-siap nak dibawa pulang. Dibungkus kemas dengan bubble wrap dan tahan sehingga tiga bulan. Puas hati !! Around 09:00PM kami dah selamat naik teksi pulang ke Carina Hotel. Kena 15TL (RM10.50 approx). Tak kuasa nak menapak panjat bukit sambil usung barang-barang yang diborong. Tidur lena kepenatan. Selamat malam..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

No comments:

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.