Turkey 2019 : 4.1 Pamukkale Cotton Castle, Peninggalan Kota Hierapolis & Banyaknya Pokok Bunga Poppies | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 4.1 Pamukkale Cotton Castle, Peninggalan Kota Hierapolis & Banyaknya Pokok Bunga Poppies

/
6 Comments
October 24, 2019

20 APRIL 2019

TRIP TURKEY : PAMUKKALE COTTON CASTLE, PENINGGALAN KOTA HIERAPOLIS DAN POKOK BUNGA POPPY YANG BANYAK | Perjalanan ke Pamukkale dari Kusadasi mengambil masa lebih kurang empat jam. Lena tidur memang kepenatan habis energy explore Ephesus. Cuaca sepanjang perjalanan cantik dan cerah. Kami sampai di Pamukkale hari dah petang jadi tak adalah terik sangat. Kami akan ke cotton castle yang sememangnya adalah tarikan utama di Pamukkale dan satu lagi runtuhan kota iaitu Hierapolis. Kalau tak singgah Pamukkale kira tak berapa lengkap trip ke Turkey. At least sekali kena juga datang jejak kaki. Kawasan Pamukkale agak berangin sejuk sejuk saja rasa.

COTTON CASTLE PAMUKKALE DAN HIERAPOLIS

Pamukkale bermaksud 'Cotton Castle' adalah kawasan semula jadi di Dinizli yang terkenal kerana kesan peninggalan natural mineral (terutamanya calcium) yang dibawa oleh air yang mengalir dari lembah ke Sungai Menderes. Bila air mengalir lama-lama terbentuk lekuk limestone bertingkat-tingkat yang terbentuk dari hasil mineral sejak berkurun lamanya yang mengalir bersama. Disebabkan warna putih macam warna gigi, nampak seperti tompokan kapas yang gebu. Air mengalir secara perlahan-lahan dan akhirnya terbentuk kolam-kolam yang cantik. Lagi satu yang menarik, sekitar kawasan Pamukkale juga terkenal dengan kawasan thermal springs - air panas semula jadi. Diatas kawasan Pamukkale telah terbinanya Greco-Roman (kota ancient Greek) yang diberi nama Hierapolis yang bermaksud 'Holy City'. Hierapolis tak adalah sehebat Ephesus dan tak besar sangat tapi penting juga dalam sejarah ancient Greek. Disebabkan pembetukan cotton castle, Hierapolis mampu jadi terkenal sebab ramai orang sejak dari dulu akan datang ke Pamukkale untuk bercuti. Sejak pertengahan tahun ke-20 lagi hotel telah dibina di kawasan keruntuhan kota Hierapolis. Walaupun kota dah musnah, kawasan Pamukkale masih terkenal. Berbanding kota Ephesus, Hierapolis mengalami kemusnahan yang lagi teruk. Banyak binaan yang ranap dan tak dapat diselamatkan. Yang tinggal banyak yang besar-besar saja.

Pada tahun 1988, Hierapolis-Pamukkale telah diistiharkan sebagai tapak warisan UNESCO.



Banyak anjing tapi semua nampak jinak.

Menuju kawasan entrance Hierapolis - Pamukkale.

Peta kawasan. Cotton castle di nombor [8] dan kami masuk melalui pintu [15].

Kawasan kolam-kolam Pamukkale yang famous dibelakang sana.
Kita ambil gambar dulu sebelum serang kawasan itu.

Air kering.. Ada beberapa kolam saja yang penuh.

Kurang pencahayaan sebab dah petang.
Kalau tak memang putih cantik gebu.

Ramai manusia disini. Kena buka kasut ya..
Tinggal saja disini tak ada yang nak ambil.

Hitam tu lumut jadi memang licin gilaaa..

Air panas legaaa sedap celup kaki.

Air yang cloudy berlumpur putih.

Demi nak merasai pengalaman.. sis korban seluar.

Jalan baik-baik di lereng kolam.

Air suam di kolam-kolam tingkat atas. Makin bawah makin sejuk.

Kalau rajin dan ada banyak masa boleh menapak sampai ke bawah.



Macam-macam gaya orang kita boleh tengok di kawasan ni.. Jangan pelik tetiba ada yang berkuak lentang dalam kolam-kolam disana. Memang sakan diorang mandi. Ada yang datang tukar pakai bikini semata-mata nak photoshoot. Memang siap props dan nampak bersungguh sangat. Kena hati-hati jalan sebab ada kawasan yang licin. Dalam kolam pula bila pijak rasa lembik di lantai macam pijak lumpur. Air memang kelabu berkapur kesan daripada calcium dan minerals yang mengalir. Aku dan Idiq menapak sampai kolam kelima rasanya lepas tu kami patah balik. Tak sanggup nak turun lagi sebab makin bawah air makin sejuk. Kejung kaki rasanya. Itulah kenapa di kawasan atas ramai orang sebab air suam selesa.

Disebabkan aku terpaksa memenuhi seruan alam dan barisan agak panjang nak sampai giliran aku, Idiq terpaksa tinggalkan aku pergi jalan seorang diri ke kawasan Hierapolis. Kalau Idiq tunggu aku memang kami tak sempat sebab ada mission lain. Ali bagi masa lama juga sebenarnya untuk kami meronda disini just nice tapi kami yang ambil masa lama sangat main air jadi tak sempat nak teroka Hierapolis sangat. Disebabkan dah lama di Ephesus, kami decide nak jenguk sekejap jadi Idiq laju-laju pergi explore sendiri. Kami sebenarnya nak kejar masa pergi teroka satu bukit penuh bunga poppies yang kami nampak dari dalam bus masa mula-mula sampai. Jakun !! Sebab tak pernah tengok bunga poppies sebelum ni. Jadi nak bagi cukup masa supaya kami tak lewat memang kena give and take dan terkejar-kejar sikit.

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Bukit yang dipenuhi poppies. Jauh sikit dari entrance Hierapolis Pamukkale.

Pokok bunga poppies yang cantik.

Kalau rajin boleh panjat lagi atas. Lagi banyak poppies.


Ralit sungguh first time tengok lautan bunga poppies yang banyak. Aku penat termengah-mengah jugalah berlari nak sampai ke bukit ni tapi reda hilang semua penat bila tengok bunga poppies yang cantik. Sekitar Hierapolis pun ada banyak poppies tapi tak sebanyak yang di bukit ni - berdekatan dengan tempat parking bus-bus pelancong. Poppies tergolong dalam kelompok pokok-pokok herba dan ditanam kerana warnanya yang cantik dan kegunaannya. Ada jenis-jenis tertentu pula kita sedia maklum digunakan dalam perubatan sebagai bahan ubat tahan sakit atau penghasilan drugs seperti morphine. Drugs ni ada baik ada yang buruk jadi depends pada apa yang diprocess. Poppies juga menghasilkan poppy seeds yang banyak digunakan dalam masakan terutamanya pastries. Sejarah penggunaan poppies dalam dunia perubatan ada tercatat dalam record ancient medical text. Di Egypt, poppies digunakan sebagai sedative. Poppy seeds yang dicampur susu dan madu digunakan untuk menenangkan baby yang kerap menangis. Jadi ada banyaklah kegunaan poppies. Seronok tengok bunga sedih dah nak kena gerak. Haih.. Kami check-in di Tripolis Hotel Pamukkale tak jauh dari kawasan cotton castle. Bilik kecil sikit jadi terhad pergerakan. Dari tingkap bilik boleh nampak cotton castle. Dinner sedap banyak pilihan but I was too tired nak tangkap gambar. Siapa sangka dalam perjalanan ke negara orang ni.. Allah izin untuk jumpa seorang kawan blogger yang dah lama kenal melalui social media. Jodoh kami bertemu buat pertama kali disana. Tunggu..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

6 comments:

  1. cantik bunga poppies merah menyala..

    ReplyDelete
  2. ada tak yang jatuh gedebuk sebab lumut licin tu? hahaha!
    bunga poppy tu cantik rupanya ekk..tapi pernah gak viral dan dipertikaikan penggunaannya dalam makanan sebab fungsi drugs dia tu..

    ReplyDelete
  3. Amboi ramai di kolam. Memang macam kapas.

    ReplyDelete
  4. wahhh...memang cantik bunga poppies ni kan.. first saya kenal dan suka tengok bunga ni kat bekas tupperware, haha.. warna merah dia memang cantik!thanks sharing percutian sis,

    ReplyDelete
  5. First time dengar pasal bunga Poppies ni. Mashaallah, siyes cantik!! ^^

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.