Turkey 2019 : 2.2 Topkapi Palace Museum & Roti Simit Yang Sedap | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 2.2 Topkapi Palace Museum & Roti Simit Yang Sedap

/
31 Comments
October 19, 2019

18 APRIL 2019 

TRIP ISTANBUL TURKEY : TOPKAPI PALACE MUSEUM DAN SEDAPNYA ROTI SIMIT | Perjalanan hari kedua diteruskan ke Topkapi Palace yang juga terletak dalam kawasan Sultanahmet Square. Around pukul 10:00AM kami gerak ke sana. Jalan kaki saja untuk cover tempat-tempat menarik disini. Menuju ke Topkapi Palace kita akan nampak bangunan Hagia Sophia yang tersergam cantik tapi hold on dulu kita singgah kemudian sebab kena pergi Topkapi Palace dulu. Ali explained kenapa kami dibawa ke Topkapi Palace - nanti orang akan sangat ramai disana kalau kami lewat. Berjalan ke Topkapi Palace tak adalah pula nampak orang ramai tapi lepas dah keluar baru aku faham apa yang Ali cuba sampaikan. Tiket diberikan seorang sekeping dan menapaklah kami menuju entrance. Kena scan bag yang dibawa untuk melepasi pintu gerbang utama ke Topkapi Palace. Elok juga diorang mula wajibkan untuk screening peralatan - untuk elak perkara yang tak diingini daripada berlaku. Dah lepas pintu utama sebenarnya dah mula perasan ramainya umat manusia dalam kawasan istana.

Kawasan sekitar dataran di Sultanahmet Square yang masih lengang.

Jagung rebus dan jagung bakar. Bau mengancam !!

Entrance ticket ke Topkapi Palace.

Kawasan masih tenang tak dibanjiri manusia lagi.

Pintu utama ke Topkapi Palace. Disini baru scan bag.

Kiri kanan ramai orang. Huuurmmm..


TOPKAPI PALACE / TOPKAPI SARAYI

Topkapi Palace atau Topkapi Sarayi sebelum diiktiraf sebagai sebuah museum yang besar di Turkey asalnya adalah sebuah Seraglio - bangunan quarters yang menempatkan isteri-isteri dan gundik-gundik sultan ketika zaman pemerintahan Ottoman. Kemudiannya juga dijadikan pusat pemerintahan sultan-sultan pemerintahan zaman Ottoman. Aku blur juga ni.. Ottoman kan kita sedia maklum memang zaman pemerintahan berlandaskan Islam tapi ada gundik ?Tak pasti mengenai sejarah yang ini dan tak mau cerita pasal gundik tapi nak cerita pasal sejarah Topkapi Palace.

Dibina pada tahun 1459 setelah diperintahkan oleh Sultan Mehmet II setelah enam tahun Constantinople ditakluk. Topkapi Palace diberi nama sebagai 'New Palace' untuk membezakan dengan 'Old Palace' di Beyazit Square. Topkapi Palace mempunyai empat kawasan utama yang besar dan banyak bangunan kecil yang dibina sekitar istana. Ahli-ahli keluarga perempuan sultan akan tinggal di bangunan yang diberi nama 'Harem'. Semua keturunan perempuan - termasuk gundik dan dayang istana mesti tinggal disana. Bangunan Harem masih kekal dalam sebahagian binaan Topkapi Palace dan kalau berminat nak masuk kita akan dikenakan bayaran asing. Selepas abad ke-17, Topkapi Palace telah hilang kepentingan setelah sultan yang memerintah pada ketika itu - Sultan Abdulmejid I mengarahkan untuk berpindah ke istana baru Dolmabahce Palace yang lebih cantik dan moden. Bangunan Topkapi Palace pula dikekalkan sebagai tempat pengumpulan khazanah dan peninggalan serta sebagai perpustakaan. Mengikut jejak kejatuhan zaman kegemilangan Ottoman, Topkapi Palace pun ditukarkan menjadi museum. Binaan bangunan Topkapi Palace yang gah satu ketika dahulu masih kekal sehingga hari ini - ratusan bilik yang ada digunakan sebagai tempat pengumpulan aset dan peninggalan tapi hanya beberapa saja yang dibuka kepada public. 


MENGADAP SELAT BOSPORUS DAN GOLDEN HORN

Uniknya bangunan Topkapi Palace juga adalah sebab kedudukan yang dibina sepanjang Selat Bosporus - selat yang memisahkankan kawasan Europe Turkey dan Asia Turkey. Topkapi Palace juga boleh dilihat secara jelas dari kawasan Golden Horn - terusan kecil yang bercantum dengan Selat Bosporus. Kalau naik cruise menyelusuri Selat Bosporus kita boleh nampak terusan Golden Horn dan juga bangunan Topkapi Palace. Di viewing area memang manusia ramai yang amat. Naik rimas pun ada juga sebab sampai berhimpit. Nak cari ruang bergambar memang seksa. Ada saja yang nak menyelit masuk sekali.

Selat Bosporus dan diseberang sana adalah Turkey bahagian Asia.


Aku beratur juga untuk masuk ke dalam satu bilik pameran yang menempatkan barangan peninggalan Rasulullah SAW. Lama tunggu untuk sampai giliran sebab kena tunggu orang didalam keluar dulu baru next group dilepaskan masuk. Seronok tengok tapi aku keluar cepat sebab didalam terlalu gelap. Sangat sikit lampu sport lights yang digunakan. Diorang bergantung pada cahaya matahari yang masuk melalui lubang-lubang bangunan. Aku memang tak boleh tahan.. pening kepala. Aku lari keluar cepat sikit terpaksa tinggalkan makcik pakcik yang lain.  Nanti jumpa semula di meeting point yang Ali dah tetapkan. Tak boleh follow.. Sementara tunggu diorang habis meronda aku buat hal sendiri. Ronda juga.. ronda cari bunga.


Puas hati tengok bunga - dah namanya musim bunga kalau bunga tak banyak memang sedih terkilan. Lagi setengah jam menuju waktu untuk berkumpul di meeting point aku dah gerak keluar dari kawasan Topkapi Palace. Seorang diri saja sebab dah terpisah dengan ahli-ahli rombongan yang lain but it was okay. Dah tahu mana tempat berkumpul dan Ali pun dah standby tunggu. Idiq pun hilang lesap bawa haluan sendiri pergi ambil gambar. Sekarang baru aku faham kenapa Ali nak sangat kami ke Topkapi Palace dulu baru ke Hagia Sophia. Keluar dari pintu gerbang memang terkejut aku tengok manusia ramai yang amat. Diorang pun kena tunggu turn untuk masuk. Masa datang lengang kaunter tiket pun sayup tapi situasi berbeza betul bila keluar. Aku dah nampak bendera yang Ali pegang tapi jauhnya terasa nak sampai situ. Sesak !!

Jadi korang tolonglah datang awal kalau nak ke Topkapi Palace.




ROTI SIMIT YANG SEDAP

Merata sekitar kawasan Sultanahmet Square atau disekitar Istanbul boleh kita jumpa peniaga yang menjual Simit. Ada yang jual di cart makanan ada yang letak dalam dulang dan junjung dikepala sambil menjual. Simit ni sekali tengok macam bagel dan rasa pun lebih kurang sama. Simit adalah roti berbentuk bulat kosong dan selalunya ditabur dengan bijan atau biji poppy. Keras diluar tapi lembut sedap didalam. Harga pun tak mahal hanya sekitar 2.00TL (RM1.30 approx) ke 5.00TL (RM3.50 approx) mengikut jenis. Rasa simit berbeza-beza mengikut region di Turkey. Simit di Istanbul tak sama rasanya dengan simit di Izmir. Simit telah dihasilkan di Istanbul sejak tahun 1525 dan sekarang memang dikenali sebagai antara makanan traditional di Turkey. Selalunya simit dihidangkan plain makan kosong gitu saja atau cicah dengan olive oil. Revolusi makanan yang berlaku - simit sekarang ada banyak variasi. Paling popular mesti disapu dengan chocolate spread.

Kami beli plain simit yang disapu chocolate spread. Sedap !!


Kenyang makan simit kongsi dua orang. Besar dan puas hati makan. Jangan lepaskan peluang bila ada kesempatan merasa delicacy di negara orang. Yang mana kita boleh rasa tu kita rasa. Supaya kita tahu macam mana selera orang tempatan. Lain padang lain belalang semestinya juga lain pengalaman. Dalam hujan renyai kami terus menapak sambung lagi perjalanan.


SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

31 comments:

  1. cantiknya turki, teringin nak pergi sana :)

    ReplyDelete
  2. rasa nak petik2 je bunga tu eeee geram sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. samala gatai je tangan. tengok orang lain buat hehe tapi taakot.

      Delete
  3. Cantiknya Turki. Bunga tulip. Semoga Kak Feni pun dapat sampai sana. Tengok orang pergi sana pun dah happy.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. didoakan semua ada rezeki kesana..

      Delete
  4. Seronok dapat jalan-jalan negara orang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. trip bawa diri sekejap.. lari dari masalah.

      Delete
  5. Allahu....cantiknya bebunga ittewwww!

    Simit tu nampak sedap lah walaupun simple je rupa dia...

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa simit tu memang macam bagel. tapi time sejuk2 sedap nak ngunyah trasa semua jadi sedap hehe..

      Delete
  6. doakan kami dapat sampai ke sana jugak, inshaAllah. geram nau tengok pemandangan turki ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. sentiasa doa kawan2 semua pun dapat kesana sini juga..

      Delete
  7. Ya Allah indahnya.Dapat tengok gambar pun dah syukur sangat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kite kongsi sikit dengan kawan2 yang sudi. semoga one day kawan2 pula dapat kesana menikmati indahnya alam Tuhan =)

      Delete
  8. kena baca sejarah balik kalau nak tahu cerita sebenar ttg gundik tu.

    apa2pun musim bunga memang indah

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu kena cari balik info sebetulnya. tu takot nak share apa2 sebab bab tu tak pasti. macam serem pulak hehe..

      Delete
  9. chantek bunga2 tulips tuuuh., ;p

    ReplyDelete
  10. Bestnya Turki. Cantik gila the tulips tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah seronok kesana. tulips memang cantik..
      geram tengok gemok2..

      Delete
  11. Looking at the foods makes me hungry now!

    ReplyDelete
  12. cantik betul semuanya, dahla sejuk nengok jagung tu mesti terliur...
    geram tengok semua pemandangan yang cantik dan bunga-bunga tuh... memang best...
    roti tu besar bebeno yek... tapi tengah sejuk tu mesti lapar je

    ReplyDelete
    Replies
    1. jagung depa nampak gemok2 tau tapi sebab kita da biasa makan dengan planta n garam jadi blur kejap bila kena makan tawar2 tu.. manis jela rasa hehe..

      mmg kena nak makan je.. bekalan jajan kena ada sebab rasa nak ngunyah sokmo.

      Delete
  13. bestnye...suka tgk bunga tu semua cantik....

    ReplyDelete
    Replies
    1. saja kongsi gambar bunga lebih sikit. kasi semua hati munge2..

      Delete
  14. bestnya jalan2 kat sana.. view cantek2

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.