Cara Packing Bag Menggunakan Travel Luggage Organizer | SITI.YANG.MENAIP

Cara Packing Bag Menggunakan Travel Luggage Organizer

/
46 Comments
February 03, 2020
CARA PACKING BEG MENGGUNAKAN TRAVEL LUGGAGE ORGANIZER | Yang pernah travel sekali mesti tahu sebenarnya luggage aku tak adalah kemas mana dan kalau boleh aku nak angkut satu almari. Sentiasa rasa pakaian dibawa tak cukup jadinya terlebih muatan. Tapi semenjak dua menjak makin dewasa konon bersemangat rasa nak travel dengan lebih sistematik dan kemas jadi aku belajar untuk organize travel luggage aku. Ramai yang dah gunakan tips travel dan teknik ni untuk berkemas dan aku pun baru berjinak-jinak. Kali ini aku kongsikan cara aku kemas luggage supaya barang-barang tak tunggang terbalik dalam beg. Aku asingkan baju dan barang-barang yang betul-betul nak dibawa saja dan guna travel luggage organizer. Mana nak beli travel luggage organizer ni ? Aku beli di Shopee saja dan harga tak sampai RM20.00 pun untuk satu set.

Aku jalan bawa luggage belum reti jalan bawa beg ikut liter tu..

Entry ini tidak disponsor oleh Shopee yaaa..
Contohnya seperti dibawah ini.

TRAVEL LUGGAGE ORGANIZER


https://shopee.com.my/Travel-Organizer-Storage-Clothes-Luggage-Packing-Cubes-Laundry-Bags-QMTL-i.19039499.528131446

Ada banyak jenis warna dan design. Bagi aku kualiti biasa saja tak adalah wow sangat tapi just nice untuk digunakan untuk packing barang-barang nak dibawa ketika travel. Kalau korang ada budget lebih apa salahnya invest untuk beli yang lebih bagus dan tahan lebih lama. Especially yang kerap travel dan selalu on the go. Macam aku yang suam-suam kuku beli yang murah jadilah. Alhamdulillah sejak lebih setahun gunakan travel luggage organizer ni semua masih dalam keadaan baik. Aku beli beberapa set juga untuk kemas luggage MamiZ masa pergi tunaikan ibadah Haji tahun lepas and she liked it. Aku memang tukang kemas luggage MamiZ jadi bila pergi Haji aku tak ada dengan mak aku nak tolong jadi aku kemaskan supaya mudah MamiZ nak uruskan disana. Katanya sangat membantu dan mudah nak cari barang-barang.

Setiap set datang dengan enam items - tiga jenis berjaring size besar, sederhana dan kecil. Ada tiga pouches juga tapi tak guna sangat memang lebih kepada bekas berjaring saja. Tak silap aku ada juga dijual yang jaring saja tapi kena beli di Daiso. Kalau beli satu set memang tak cukup jadi belilah dua atau tiga set. Untuk aku dan MamiZ kalau kami berjalan sama kami perlukan lima set untuk kemas luggage kami berdua. Cara lipatan pun memainkan peranan juga. Aku lipat bergantung pada keadaan. Kalau terlalu banyak aku gulung tapi kadang-kadang yang digulung tu terlalu tebal jadi just lipat macam biasa saja. Ikutlah macam mana korang suka janji nampak kemas.

TOILETRIES ORGANIZER

https://shopee.com.my/NFW%E2%99%A5Multicolor-Floral-Print-Portable-Cosmetic-Toiletry-Bag-Makeup-Pouch-i.59895766.1605671345

Ini satu benda lagi yang korang kena beli.. Toiletries organizer. Ikutlah style macam mana korang suka tapi aku beli macam gambar diatas. Aku dulu sumbat semua dalam plastic saja buruk sungguh perangai. Lepas tu comot belemoih tumpah basah semua jadi tak tentu hala. Insaflah !! Aku pun beli bekas ni dan kemana-masa saja aku bawa - balik kampung pun aku usung bekas ni. Murah dan tahan lama tahan lasak. Paling suka sebab ada penyangkut jadi senang nak sangkut dimana-mana. Usually dalam bekas ni aku letak sabun, shampoo, conditioner, perfume, cleanser dan yang seangkatan. Ada orang suka transfer masuk bekas kecil sikit bergantung pada berapa hari nak jalan tapi aku malas. Aku beli sajalah agak-agak size yang perfect untuk dibawa - jangan beli size gabak sampai seksa nak usung sana sini. Time travel aku tak bawa sangat cream muka melainkan yang perlu macam aloe vera dan pelembab yang sesuai. Keperluan lain seperti sikat, ubat gigi, berus gigi, getah rambut extra pun sumbat sekali. Jangan dilupakan nail clipper dan kalau boleh beli gunting yang kecil. Bekas ni kita check-in sekali dengan luggage jadi tak apa bawa gunting pun. Make up pouch asing tak boleh campur. Tapi aku bukan jenis make up sangat pun jadi tak adalah sampai bekas khas untuk brushes bekas khas untuk eyeshadow dan sebagainya. Just cukup untuk buat muka nampak presentable jadilah.

Bekas untuk dibawa sekali dalam cabin lain pula. Kalau perjalanan tu singkat, ubat gigi berus gigi aku tak bawa naik cabin terus check-in. Kalau long journey aku akan pack beberapa keperluan dalam bekas mini travel size untuk dibawa naik cabin. Kena cuci muka kalau naik flight yang long journey tak selesa tidur kalau segala benda yang ditepek tak ditanggalkan. Usually bawa wet tissue saja as make up remover - memang dah tak usung cleanser naik cabin.

CARA PACKING LUGGAGE SUPAYA LEBIH KEMAS

Ini rupa luggage aku untuk trip Turkey.


Dua bekas jaring yang besar untuk sumbat semua pakaian yang berkaitan untuk sembilan hari. In this case jacket aku pakai jadi tak perlu masuk luggage - jimat ruang. Aku bawa tuala dan telekung travel jadi sangat jimat ruang dan tak bulky. Ada pakaian yang aku gulung ada yang aku lipat biasa janji muat dua bekas ini saja.


Satu bekas berjaring yang kecil untuk tudung dan pakaian-pakaian lain yang berkaitan. Tengok tu muat aku letak toiletries bag just nice disitu. Aku bawa dua pasang kasut jadi sepasang pakai siap, sepasang lagi pack dalam luggage. Pouch ubat-ubatan juga ada. It is a must untuk aku bawa extension dan kalau boleh aku memang bawa yang boleh charge empat atau lima benda serentak. Untuk camera, power bank dan handphone. Aku jenis travel tak bawa iron jadi aku tawakal semoga tempat dituju ada sediakan iron. Kalau tak ada menangislah dikau.. Dan ada juga tripod disitu aku check-in juga. Untuk trip ke Turkey aku tak bawa any makanan jadi tak adalah nak sumbat makanan. Kalau nak bawa makanan kena susun cara lain pula ikut kesesuaian. Sampai sana baru aku beli segala jenis jajan nak kunyah-kunyah.

Barang-barang electronic jangan korang check-in sekali pula. Naya nanti luggage kena tahan. Things like power bank dan charger tu kena masuk dalam cabin bag oookay..


Aku memang akan sediakan dua foldable begs kalau pergi mana-mana sekalipun. Contoh seperti gambar diatas - satu tote bag yang akan digunakan kalau pergi shopping senang semua masuk dalam tu dan satu lagi bagpack (kelabu corak bulat-bulat tu..) Aku beli di Ikea saja senang sebab boleh lipat dan sangat ringan. Ini apa yang aku buat.. Bila dah habis trip hari nak balik, semua baju akan aku sumbat ke bagpack dan akan dijadikan hand carry. Beg yang aku masa pergi jalan-jalan aku bungkus masuk luggage. Gantilah dengan beg baju sebab hand carry tak boleh banyak-banyak beg. Sumbat selagi boleh bagi cukup 7KG dan usung naik cabin - ngam semua baju beg camera dan documents perjalanan. Ruangan yang kosong adalah untuk letak barang-barang shopping dan souvenirs. Masa menyopping tu pandai-pandai agaklah ruang dalam luggage ada banyak mana. In my case, aku ada sebelah ruang penuh untuk sumbat semua benda aku beli. Alhamdulillah cara ini berjaya buat aku travel dengan cara yang lebih sistematik dan kemas. Tak ada dah kejadian barang berterabur sana sini dan nak gerak dari satu tempat ke tempat lain pun mudah.

Aku harap perkongsian ini dapatlah dijadikan panduan. Ada yang request suruh aku explain di Instagram tapi ni haaa panjang macam ni jenuh nak share. Jadi aku buatlah entry ini nanti korang baca dan digest sendiri. Yang mana elok diguna pakai yang rasa tak sesuai dengan style korang campak jejauh. Aku selalu ingatkan kawan-kawan yang bertanya tak kiralah soalan apa pun.. Bila kita rancang perjalanan, kita adalah tuan dan berhak tentukan sendiri gaya dan cara mengikut kemampuan dan keinginan masing-masing. Jangan risau orang nak kata apa macam mana cara sekalipun tak ada yang betul tak ada yang salah. Cuma kita boleh jadikan pengalaman orang lain sebagai panduan kalau kita rasa bersesuaian. Yang selebihnya kitalah yang tentukan. Happy travelling !!

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

46 comments:

  1. Kebetulan laaa Siti, Sis baru beli benda alah ni dan belum packing lagi..waaa baca perkongsian Siti sangat berguna buat Sis...thank you tau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe nanti Sis pack guna benda ni mesti rasa seronok tengok beg kemas. hheheh berkobar2 semangat rasanya =)

      Delete
  2. nmpk kemas guna organiser ni...akk punya luggage - pakaian dlm dan toiletries je yg ada beg khas, yang lain2 takde..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu xdak jugak sama je kak sy main sumbat je semua. cuma rasa nak guna sebab tengok video2 kt utube alahai best la pulak..

      Delete
  3. Samaa lah kita Siti, kalau nak travel memang macam macam lah rasa nak bawa. Hahah! Senang sikit bila ada luggage organizer ni hah, tak ada lah serabut aje tengok luggage tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo boleh angkut 1 almari kita angkut haha.. memang senang banyak. baju n barang2 lain tak berterabur..

      Delete
  4. Wah semua barang ada tempat. Saya cuma ada bekas barang toiletries je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru belajar2 jugak ni.. pengaruh utube hehe..

      Delete
  5. Akak failed betul nk organise cam ni.paling tak pun, yg toiletries tu, mmg guna cam Siti punya ni.senang sangkut je dalam bilk air. Tapi kena beli baru sebab yg lama punya dah koyak2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kena beli yng baru tu kak hehe da koyak.. sy suka bekas toiletries tu sebab dia muat semua benda yg sy perlukan..

      Delete
  6. Bestnya. Nampak teratur gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bru belajar2 juga nak kemas ni..
      sebelum ni haruuu..

      Delete
  7. Alahai kemasnya luggage awak.. malu kalau tengok luggage kita. main sumbat je, tekan2 sumbat pastu zip. Hahaha..
    Bagus ada organizer ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi takpeee waakkkk sebab kite dulu pun macam tu. penah duduk atas luggage semata nak tekan then suruh kawan zip. ini baru kite belajar slowly..

      Delete
  8. nampak cantik je teratur, kalau akak yang kene packing memang berterabur, bab organise akak mmg fail

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama je sy dlu pun.. lately je terlebih rajin macam ni. dulu mmg macam2 benda xda keperluan pun nak usung bawak sekali..

      Delete
  9. dulu teringin jg nk beli sbb nk tgk luggage kemas sentiasa. sudahnya, pakai beg plastik / woven bag je hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. okay je cara masing2.. kalo sy standby beg plastic juga especialy kalo ada baju basah. pouch2 lain pun guna utk letak benda kecik2..

      Delete
  10. Memang best tips ni, boleh praktis sebab luggage Sha punyalah berterabur setiap kali travel! Hahaha. Hari tu ada tengok juga vacuum plastic pun syok untuk jimatkan ruang dalam beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. vacuum plastic tu baru festime guna baru2 ni sebab nak pack winter coat. sangattt makan space sebab tak bulky sangat nak pack. dapatla bawak 3 jenis outer layer hehe..

      Delete
  11. memang nampak kemas kalau guna travel luggage organizer. barang tersusun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. nk keluarkan barang pun xde berterabur teruk jatuh2. especially brg2 yang kecil la. kalo trjatuh ke tercicir memang naya..

      Delete
  12. Lebih mudah Ada organizer nak Cari brg lgi pun senang kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. part cari barang tu betul. tak berterabur.. janji kita susun elok2 siap ikut kategori hehe..

      Delete
  13. lama kita tak travel sama-sama. Wah..dah makin terer sekarang. akak pun masih belum mahir. just rezeki sebab badan kecik, so baju kecik. kalau tak memang berkilo-kilo. nanti nak try packing cubes tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah nanti kita plan trip sama2 lagi k.. itula tu akak x tngk skrng beg saya x de sepah2 dah terkeluar macam2 hahaha..

      Delete
  14. kita pun suka pakai toiletries organizer camtu..sebelum ni tak kenal pun benda alah tu, tapi bila kat certain event, dapat gift tu, haa baru la belajar pakai..sangat berguna bila travel atau balik kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni letak dalam pouch biasa je yang macam pensel case tu.. tapi kadang2 tak muat yela x sesuai kan.. tu yang beli yg ni =)

      Delete
  15. Wahhhhh bagusnya perkongsian ni. Boleh la ksarie beli travel luggage organizer dan toiletries organizer tuh sebab selama ni main bubuh je dalam satu bag dan satu bekas

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe cubala kak.. lebih kemas dan sistematik jadinya luggage dan barng2 kita. saya dulu pun tibai sumbat semua haha.. serabot =P

      Delete
  16. Toiletries organizer tu memang perlukan sangat-sangat.. lepas baca entry siti terus buka shoppe dan cari.. hahaha.. TQ Siti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. actually bekas apa2 pun ookay.. cuma suka yang tu sebab material dan compartment dia. ada juga kadang2 letak dalam pouch je..

      Delete
  17. Saya pernah juga terfikir nak pakai benda ni tapi bila mengenangkan diri ni yang selalu main tangkap muat je kalau packing, terus tak jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu akak cemtu jugak Farah.. now rasa xleh la nak tangkap muat. nak kena sistematik jugak sbb kat sana tu nanti nak membeli haha..

      Delete
  18. extention wire tueee wajib ado ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib !!! sangat wajib. kalo ada jual 10 slots terus
      kan senang hahaha..

      Delete
  19. Replies
    1. beli la cuba guna.. mesti rasa senangnya la packing =)

      Delete
  20. Replies
    1. before this pun saya x pernah cuba..
      festime buat ni and totally fall in love =)

      Delete
  21. Replies
    1. hahaha ini paling senang nak buat tapi kalo da sampai tempat dituju tu penuh penyesalan sbb takdak space nak letak benda2 shopping hehe..

      Delete
  22. sesuai utk kaki travel.. kemas luggage mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak kaki travel pun ok.. buat kemas barang2 nak simpan pun sesuai. buat kemas balik kampung pun okay =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.