Turkey 2019 : 5.0 Perjalanan Ke Cappadocia Dan Singgah Di Mevlana Museum Konya | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 5.0 Perjalanan Ke Cappadocia Dan Singgah Di Mevlana Museum Konya

/
30 Comments
October 25, 2019

21 APRIL 2019

TRIP TURKEY : PERJALANAN KE CAPPADOCIA DAN SINGGAH DI MEVLANA MUSEUM KONYA | Sudah hari kelima perjalanan trip ke Turkey. Pejam celik masa sangat pantas berlalu. Masa baru sampai rasa lamanya journey tengok-tengok dah separuh perjalanan kami tempuh. Hari ini lepas check-out kami akan terus gerak ke Cappadocia dan total perjalanan adalah lebih kurang 8 jam. Memang lama yang amat tapi kami akan singgah di Konya dulu kira-kira 5 jam dari Pamukkale untuk menyelusuri sejarah Mevlana Rumi - seorang ahli sufi yang terkenal. Nampaknya hari ini adalah perjalanan yang paling lama dan habis dalam bus saja. Permandangn diluar tingkap memang cantik tapi kalau termenung lama-lama memang hanyut tidur lena jawabnya. Another way kalau nak cepat boleh naik kapal terbang domestic lebih kurang 2 jam dari Izmir ke Keyseri. Dah ikut tour agent memang tak ada option lain. 

BERJUMPA RAKAN BLOGGER FARAA MUSA DI TURKEY

Aku dan Faraa dah kenal agak lama juga di social media dan kadang-kadang kami berkongsi cerita sesi meluah perasaan. Sayangnya belum pernah berkesempatan bertemu face to face. Bila dah namanya jodoh memang akan bertemu juga dan uniknya pertemuaan kami adalah di Turkey. Masa aku tengok Faraa up gambar di Turkey aku dah excited terus saja aku message untuk kepastian. Yaaa !! Faraa memang di Turkey dan lagi excited bila itinerary kami hampir sama (Faraa join tour lain) jadi peluang untuk berjumpa sangat tinggi. Sejak dari Kusadasi lagi kami bertukar nama hotel sekiranya dekat memang rancang nak jumpa tapi sayang hotel kami agak jauh. Masih belum putus asa.. kami cuba juga untuk cari kesempatan berjumpa. Ya Allah rezeki sangat bila di Pamukkale, kami sama-sama menginap di hotel yang sama. Lepas tu jumpa lagi untuk kali kedua di Cappadocia.

Faraa pun banyak bercerita tentang travel journey dan perkongsian tips.
Sila terjah blog Faraa juga.



KONYA

Konya adalah sebuah bandar yang maju dan penting di kawasan Central Anatolian dan merupakan bandar ketujuh dengan kepadatan penduduk. Konya pesat membangun dalam bidang industry dengan ekonomi yang stabil. Konya pernah ditadbir oleh Phrygian (kerajaan yang dulunya bertapak di kawasan Asia Turkey), Persian, Hellenistic (kerajaan yang mentadbir sekitar selepas kematian Alexander The Great dan kebangkitan kerajaan Roman) dan Roman. Konya kemudiannya ditawan oleh kerajaan Seljuk Turks (golongan Sunni Muslim) dari tangan Byzantine dan menubuhkan kerajaan Sultanate of Rum. Ketika pemerintahan Seljuk Turks, Konya berada pada tahun kegemilangan dan sangat pesat membangun. Akhirnya pada kurun ke 15, Konya diambil alih oleh kerajaan Ottoman dan menjadi sebahagian daripada Republic of Turkey. Cukup setakat ini.. nak tahu lagi pergi search. Hahaha..

MEVLANA RUMI

Rumi atau nama sebenarnya Jalāl ad-Dīn Muhammad Rūmī merupakan seorang Islamic scholar, penyair, ahli fiqh dan ahli sufi (ahli tasawwuf) berketurunan Parsi yang terkenal pada kurun ke13. Mevlana pula bermaksud 'master' atau lebih dekat dengan agama kita maksudnya macam tuan guru atau orang agama yang hebat-hebat. Jadilah - Mevlana Rumi (Master Rumi). Pengaruh Rumi bukan calang-calang tapi sehingga ke banyak negara-negara sekitar border Turkey seperti Iran, Tajikistan, Persian dan masyarakat Pashtuns (Afghanistan) - negara-negara Timur Tengah yang lebih awal menerima dan menghargai Islam. Sejak dari zaman dulu lagi, sajak-sajak yang dihasilkan oleh Rumi kebanyakannya dalam bahasa Parsi menjadi terkenal dan dialih bahasa ke banyak bahasa dan format. Ada juga karyanya yang ditulis dalam bahasa Turkish, Arabic dan Greek. Kegemilangan Rumi pernah diiktiraf oleh kerajaan US sebagai penyair yang paling terkenal. Rumi telah menghasilkan sebuah Mathnawi (aku rasa kitab kot..) yang dianggap sebagai koleksi syair-syair terbaik dalam bahasa Parsi. Melalui syair-syair yang dihasilkan, Rumi menyampaikan nasihat dan dakwah. Cara yang halus digunakan melalui seni untuk menyentuh hati pendengar-pendengar.

Mevlana Rumi merupakan seorang ahli sufi dan dari zaman dulu lagi Sufism memang dah terkenal. Sufism ni complicated sikitlah untuk orang yang ilmu cetek macam aku nak cerita. Ini level orang ilmu tinggi baru boleh jadi kalau korang nak tahu kena kaji sendiri. Basically, orang-orang yang mengamalkan Sufism ni sangatlah hebat ilmu didada. Ilmu Sufism ni berkaitan juga dengan tariqat jadi aku tak berani nak cerita takut salah pula information yang disampaikan.

MEVLANA MUSEUM - MUSEUM AHLI SUFI MEVLANA RUMI YANG TERKENAL DI TURKEY

Bagi mengingati jasa Rumi dalam dunia seni penulisan dan dakwah, sebuah museum telah dibina di Konya. Sultan Seljuk telah menjemput Rumi ke Konya untuk memakamkan ayahnya di taman bunga dan kemudian ketika Rumi meninggal dunia pada tahun 1273, jasadnya dimakamkan disebelah makam ayahnya. Waris kepada Rumi (bukan anak) - Hüsamettin Çelebi berhajat untuk membina sebuah museum khas untuk tuannya. Pemerintah Seljuk telah menaja pembinaan Mevlana Museum yang siap dibina pada tahun 1274 seperti yang dihajati oleh warisnya. Beberapa bahagian tambahan telah dibina pada tahun yang berlainan. Jadi jelas kita boleh tengok ciri-ciri binaan pengaruh Seljuk pada bangunan Mevlana Museum. Orang sangat ramai memang sesak. Aku suka nak masuk sebab aku tahu sikit pasal Rumi jadi naklah pergi tengok apa yang ada di Mevlana Museum. Menarik jugalah sebab seni bina sangat cantik dan paling mengujakan kami semua - ada juga barang-barang peninggalan Rasulullah SAW dipamerkan. Yang beratur panjang sangat nak sampai adalah ke kotak yang menyimpan helaian rambut Rasulullah SAW. Subhanallah !! Mana mungkin kami lepaskan peluang untuk menghidu wangian yang hadirnya dari helaian rambut Baginda. Sanggup beratur.. Sanggup !!

Makam-makan ahli sufi.

Ramai umat manusia.


Selesai di dalam kami diberikan masa untuk meronda kawasan luar pula tapi sekejap sajalah. Di taman Mevlana Museum ada banyak pokok tulips yang ditanam memang semua cantik belaka. Ada juga kedai menjual souvenirs dah harganya sangatlah murah. Kat kawasan luar dari museum saja tak payah pergi jauh. Ramai peniaga yang buka meja. Boleh dapat sebiji keychain dengan hanya 1TL mengikut design. Eh memang murahlah. Fridge magnets pun boleh dapat 3TL. Selain keychain dan fridge magnet, ada juga selendang lawa-lawa. Geram tengok tapi aku tak pakai. Aku cari kedai pakcik makcik yang berusia sikit. Bila dah tengok harga tu tak payah nak tawar menawar sangatlah aku redha je bayar.

Jom layan bunga tulips pula.


Train di Konya.

Sebelum meneruskan perjalanan ke Cappadocia, kami singgah lunch dulu. Tak sure di kawasan mana tapi tak jauh dari Mevlana Museum. Besar restaurant yang kami pergi dan makanan pun banyak. Siap order kebab kambing asing lagi sebab nak rasa. Tup tup ada pakcik ni bayarkan.. Terima kasih. Semoga murah rezeki selalu. Depan kawasan restaurant ada kedai souvenirs dan ladang buah-buahan tapi aku tak ingat pokok buah apa yang ditanam. Belum ada buahnya tapi ladangnya sangat cantik penuh bunga. Aku sakan shopping dan Idiq pula pergi tangkap gambar.

Layan dulu gambar-gambar ini semua.


Dan seketul dandelion =)

Dalam perjalanan menuju Cappadocia, Ali sampaikan berita salji sedang turun disana. Oh my !! Aku dan Idiq tak bawa any bubble atau trench coat sebab tak sangka pula akan bersalji sebab dah nak masuk pertengahan musim bunga. Kami ada light jacket dan wind breaker saja. Ali kata jarang-jarang berlaku tapi agak normal untuk cuaca yang tak menentu di Cappadocia. Cuaca agak buruk blizzard dan berangin. Belon-belon panas sudah beberapa hari tak dapat terbang. Kami akan spend dua hari di Cappadocia dan sekiranya hari pertama cuaca buruk, akan tunda naik hot air balloon pada hari kedua. Kalau hari kedua pun cuaca teruk, memang tak dapat naik la jawapannya. Alaaa.. Aku mula rasa sedih sebab memikirkan probability kalau hot air balloons semua tak naik. Dah jelas esoknya tak akan ada belon yang terbang dalam cuaca yang teruk berangin. Memang keselamatan adalah soal utama tapi punahlah harapan aku nak merasa dapat naik belon panas di Cappadocia. That was my main mission - nak naik hot air balloon. Aku rasa majoriti yang ke Turkey akan ada niat dan keinginan yang sama. Aku memang bawa duit extra nak bayar untuk naik hot air balloon.

Tak apalah.. Allah tahu yang terbaik. Ada rezeki adalah.

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

30 comments:

  1. Wow, pagi2 dah nampak makanan tu..terliur la. Btw awak pandai ambil gambar. Semua gambar cantik2 belaka terutama tulip tu. Suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih..
      tapi majoriti adik kite yang amek hihi..

      Delete
  2. Mevlana Rumi..terima kasih perkongsian mengenai insan hebat ini..

    ReplyDelete
  3. eh eh terjumpa pulak seketul Faraa kat sana ekkk..haha!

    subhanallah, cantik sangat tulip! Cantik jugak Sakura and Plum blossoms!!!!

    jeng jeng jeng, dapat naik ke idokk ekk hot air balloon tu...kita tunggu entri seterusnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula pasalnya. dramatic sungguhla kami bertntang mata depan toilet tepi tangga. masing2 ternganga hehe.. excited jumpa each other.

      Delete
  4. Rezeki Allah nak bagi tak diapa menduga kan, begitu juga jodoh....jauh2 datang boleh jumpa, kt malaysia jarang jumpa.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe btul itula namanya jodoh ditangan tuhan =)

      Delete
  5. dandelion tu mesti tiup..hehe...murah2 souvenirs di Konya..cantik, mcm2 bunga ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tak tiup sebab sayang. jumpa seketul dia je kat situ.. betul betul !! saya pun rasa paling murah jumpa di Konya. puas hati borong =D

      Delete
  6. Mashaallah cantikkkk! semua tempat pon cantik. geram tgk bunga tulip tu kak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun rasa geram jugak. geram tahan diri dari memetik..

      Delete
  7. cantiknya bunga tulip dia. nak order satu boleh tak? hehe:P ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. bestnyaa kalau saya boleh bawak balik ritu. geram nak petik rasa gemok2 bunganya. tapi apakan dayaaa..

      Delete
  8. Cantik nya semua.. Betul bab cuaca di mana2 pun rezeki dari Allah.. Sama kami pun, ada kala tak dapat buat sbb cuaca tak elok. Ada hikmah semua tu.. Tak sabar nak pergi Turkey..

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuaca tu memang Allah yang kawal yang kita boleh buat predict saja. dari pengalaman cuaca2 ni saya belajar juga untuk buat back up plan. kalau tak jadi mesti ada cadangan lain. prepare dari awal supaya tak melatah ketika di destinasi.

      wah wah nak pergi Turkey ya..
      kirim salam Turkey dan baklava dan turkish delight..

      Delete
  9. Jodoh pertemuan dengan rakan blogger. Sana memang banyak pokok tulip.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. dah pernah plan jumpa di Malaysia tapi x terjadi2. jodohnya tertulis jumpa di Turkey dulu.

      Delete
  10. Wahh Cappadocia my dream place!! heeee Mashaallah cantik betul bunga-bungaan tu >_< kucing kat sana pun boleh tahan comel jugak ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kucing kat sana semua debok debok.. kaki kontot badan debab.. bulu tebal. geram sangat tengok. setiap ceruk banyak kucing. orang sana sayang kucing.

      insyallah. nanti awak sampai sana pula =)

      Delete
  11. wahh kiranya Rumi quotes yg famous tuu actually asal dari Turkey la eaa. Biasa sgt dengar n cuba nak baca puisi2 dia, tak terfikir nak taw author dia :D

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. well hes not a Turkish man tapi since dia famous di Turkey kira asal situ la kot.. but mostly di translate ke bahasa Turkey sbb nak kasi orang faham dakwah dia..

      Delete
  12. Wahh best la dapat jumpa kwn blogger

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu namanya jodoh. di tempat orang berjumpa juga =)

      Delete
  13. mashaaAllahhh lawa lawa gambar semuaaa, geram tengok! hahaha. Alhamdulillah tahniah dah jejak di sanaa. doakan iteww pula dapat travel di luar Negara hikhik.

    p/s: dandelion tu lah 'bunga' yang ada dalam k-drama Goblin kan? hahhaaha if i'm not mistaken :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah. kita always doakan semua kawan2 dapat capai impian masing2. semoga apa yang kita inginkan akan tercapai dengan jayanya. nanti rezeki awak pulak dapat ke negara idaman =)

      a ah.. dandelion tu la bunga yang ditiup terbang2 tu..

      Delete
  14. Cantiknya bungaaa 😍😍 iols dapat tgk yg LED ja kat jerejak 😅😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah one day sampai rezeki nak tengok yang real pulak =)

      Delete
  15. Cantiklah bunga tulip tu. Kena dengan gaya camera tu.

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.