Turkey 2019 : 7.1 Kota Bawah Tanah Saratli Dan Tasik Garam Tuz Golu | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 7.1 Kota Bawah Tanah Saratli Dan Tasik Garam Tuz Golu

/
10 Comments
October 28, 2019

23 APRIL 2019

TRIP TURKEY : KOTA BAWAH TANAH SARATLI DAN TASIK GARAM TUZ GOLU. Berat rasa hati nak meninggalkan Cappadocia dan kenangan-kenangan disana. Ada banyak lagi benda menarik nak explore tapi sayangnya belum ada kesempatan. Insyallah ada rezeki pasti akan kembali. Perjalanan diteruskan lagi dan hari ketujuh kami akan gerak ke Bolu dan bermalam disana pula. Malam terakhir di Turkey sebelum menaiki penerbangan pulang ke Malaysia. Pejam celik dah nak sampai kehujung rencana sudah perjalanan kami ke Turkey. Sekitar pukul 09:00AM semua dah selesai urusan dan siap sedia dalam bus. Lebih kurang 7 jam perjalanan untuk sampai ke Bolu dan sepanjang journey adalah beberapa pit stop seperti ke Saratli Underground City dan tasik garam Tuz Golu. Sepatutnya kami akan singgah di Ankara untuk ke Atartuk Museum tapi semua sepakat tak nak singgah sebab tak berminat sangat pun nak tahu pasal Atartuk. Kami ada rencana lain kenapa nak sangat sampai Bolu lebih awal. Hihihi..

KOTA BAWAH TANAH SARATLI / SARATLI UNDERGROUND CITY

Ini kisah sebuah bandar - bukan taman perumahan perkampungan atau pekan kecil. Ini adalah sebuah kota yang dibina completely dibawah tanah. Turkey memang kaya dengan sejarah tamadun dunia dan sangat unik bila wujudnya pembinaan kota-kota besar di bawah tanah. Sebanyak 36 kota bawah tanah ditemui di Cappadocia. Paling famous adalah Derinkuyu yang menempatkan 20000 orang penduduk dengan kedalaman 18 tingkat bangunan tapi kami tak kesana, kami ke Saratli Underground City yang masih terletak dalam kawasan Cappadocia. Bayangkan.. Diorang semua duduk bawah tanah dan wujud tamadun manusia dan aku sangat kagum dengan pengalaman yang dilalui. Lengkap semua facilities oookay walaupun duduk bawah tanah. Fungsi utama terbinanya underground city adalah sebagai tempat persembunyian ketika zaman peperangan dan benteng pertahanan. Lengkap siap dengan sistem pengudaraan, kandang-kandang binatang ternakan, lorong-lorong rahsia dari satu bandar ke bandar lain dan macam-macam lagi. Kalau korang tengok film animasi The Croods, depan pintu gua diorang ada batu bulat besar yang digunakan untuk menghalang musuh. Di kota bawah tanah Saratli, ada banyak kesan tinggalan pintu-pintu bulat seperti itu yang seberat 200KG. Digunakan khas untuk protect penduduk daripada musuh. Kalau musuh dapat kesan perkampungan bawah tanah, diorang akan cuba hancurkan jadi ada macam-macam teknik dan cara untuk menyelamatkan diri. Di Saratli, hanya empat tingkat saja yang dibuka kepada pelancong. Ada lagi dalam dan bawah bertingkat-tingkat. Untuk sesiapa yang takut pada ruangan sempit - Claustrophobia, lawatan ke underground city sangatlah tak digalakkan. Boleh pengsan bila-bila masa saja dan bukan mudah nak urus bawa keluar.

Sebenarnya ada banyak benda nak tunjuk tapi aku tak ambil gambar sangat. Gelap dan takut kena tinggal jadi mana yang sempat sajalah..



Lorong-lorong di underground city.


Sistem pengudaraan.


Ali sampai kena duduk nak bercerita. Tinggi sangat..


Lepas daripada Saratli Underground City, kami singgah ke Tuz Golu pula - tasik garam yang terkenal di Turkey. Keluasan Tuz Golu menjadikan Tuz Golu sebagai tasik kedua terbesar selepas Tasik Van. Kami tak lepaskan peluang untuk berjalan-jalan ke dalam tasik sebab tengah cetek jadi sesuai nak cuba. Hurm.. pijak memula rasa lembut macam selut dan makin lama ketengah tasik makin perit tapak kaki. Mula rasa tajam mencucuk kerana garam-garam yang mendap di dasar tasik. Adoi !! Di tengah tasik boleh pula diorang sediakan kerusi sebiji jadi memang ramai tumpu nak kesana. Kawasan Tuz Golu ni macam kawasan R&R sikit - ada kedai makan dan hub untuk menjual barangan kecantikan berasaskan garam. Macam-macam products ada. Aku lagi tertarik nak beli frigde magnets yang agak murah sekitar 3TL - 5TL mengikut design. Jadilah nak beli buat kenangan sendiri. Di Tuz Golu, garam yang hasilkan akan melalui beberapa process penapisan sebelum dibungkus dan diedarkan keserata Turkey. Kalau zaman dulu, direct terus diambil dari bongkah-bongkah garam terus kepada pembeli.

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

TASIK GARAM TUZ GOLU


Air tengah cetek. Putih-putih tu semua garamlah tu..


Ayuuuh kita !!


Hazab betul semata nak sampai ke kerusi ni. Pedih kaki !!


Dua ketul yang berpegangan tangan sambil berjalan menahan sakit.


Masih setia berpegangan tangan. Padan muka..

Disebabkan aku tak lipat seluar tinggi sangat memang kaki seluar lencun kena air. Basuh kaki dan seluar sikit di toilet tapi aku tak terfikir akibat lain yang bakal terjadi. Bila dah selesai semua naik bus kaki pun dah kering mula gatal-gatal. Ya Allah !! Aku ingat dah habis bersih aku gosok cuci kaki rupanya masih ada sisa garam melekat di kulit. Bila nak tanggalkan sakitnya pedih rasa. Betul pekat nampaknya air garam di Tuz Golu. Sampai di hotel aku terus nak basuh kaki seluar dan sayangnya bila dah kering aku perasan.. seluar aku dah rosak. Aku tengok ada beberapa spots yang dah luntur warna.. Alamak !! Mujur ada sehelai lagi seluar yang aku dah asingkan untuk pakai balik nanti. Jadi beringat yaaa kalau korang nak masuk celup kaki jangan excited sangat. Cepat-cepat basuh seluar bersih-bersih.


Malam terakhir di Turkey kami menginap di Hampton by Hilton Bolu. Hotel baru dibawah chain hotel Hilton. Semua serba cantik.. Awal juga kami sampai sebab dah skip ke Ankara. Haaa tadi aku cakap kami masing-masing ada rencana lain kan ? Sebenarnya kami dapat tahu disebelah hotel ada sebuah shopping mall - 14 Burda AVM jadi masing-masing nak cepat sampai supaya dapat pergi shopping. Ini dah jadi free and easy dengan UstazN sekali join. Jalan kaki saja dah sampai. Lepas dinner kami menapak ramai-ramai ke shopping mall dan shoppinglah apa lagi. Menariknya !! Mujur aku tak habiskan lagi duit shopping jadi adalah boleh rembat sehelai dua. Menariknya sebab size lebih besar dan banyak brand yang murah. Memang sakan memborong. 

Maaflah aku kalau tengah shopping tak ingat camera.

Selesai semua puas hati membeli macam-macam maka pulanglah ke hotel untuk berehat. Kena siap-siap kemas luggage sebab dah hari last esok terus pergi airport. Aku dan Idiq sama-sama kemas beg kami dan alhamdulillah sangat muat dan masing-masing puas hati sebab masih ada ruang lagi kalau nak sambung shopping esok harinya. Jumpa esok..

SITI YANG MENAIP
sitiyangmenaip@gmail.com


You may also like

10 comments:

  1. wah..macam best jer kat tasik garam tu..:)

    ReplyDelete
  2. Best best.. Thanks kongsi trip ni Siti

    ReplyDelete
  3. Rupanya tak pergi Ankara sebab nak shopping. Kalau saya tak suka shopping sangat. Lebih nak sightseeing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab di Ankara nak pegi museum Kamal Atartuk saja bukan sightseeing tempat cantik2 dan kita semua kenal Kamal Atartuk tu macam mana jadi kurang minat..

      Delete
  4. Menariknya.. seronok dapat travel merata tempat macam nie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.