Drama Korea Pilihan Mengisi Kebosanan Duduk Dirumah | SITI.YANG.MENAIP

Drama Korea Pilihan Mengisi Kebosanan Duduk Dirumah

/
72 Comments
March 29, 2020
Ramai dah susun atur Korean Drama yang nak di tengok sepanjang MRO. Marilah sama-sama kita berganding bahu marathon tengok KDrama. Dah siap standby cerita-cerita yang aku rasa sesuai dengan jiwa aku untuk mengisi kebosanan terperap di dalam rumah. Aku ni ada penyakit sikit.. aku tak berkenan nak tengok cerita-cerita baru yang tengah in tengah viral dan menjadi bualan orang. Tapi ada jugalah beberapa yang terkecuali kalau aku rasa excited yang teramat nak tengok atau ada pelakon-pelakon yang aku suka. Selalunya aku akan tunggu semua orang dah habis teruja baru mula tengok. Itulah sebabnya aku selalu tengok KDrama yang lama sikit - tahun 2018 2019 punya. Bila tengok drama yang lama ni boleh skip part yang tak best sangat.

Ini adalah beberapa KDrama yang aku dan RaihanF dah sepakat nak tengok.
Genre yang aku suka santai saja tak heavy sangat sebab aku tak suka nak pening kepala semata-mata layan KDrama. Aku nak yang happy cute chill relax. Romantic comedy aku suka. Cerita horror ada benda terkejut terperanjat memang aku reject dari awal. Action pun suka tapi selected juga. Usia makin tua ni aku pilih tapis jugalah drama mana yang sesuai nak tengok. Kalau ada yang serious pun sikit kot..

 Catch The Ghost
Strongest Deliveryman
Welcome To Waikiki 1
Welcome To Waikiki 2

Sejak tengok Kim Seon Ho berlakon dalam 100 Days My Prince, terus fall in love dengan dia. Sejak dia jadi new cast untuk 2 Days 1 Night lagilah hati sentiasa berbunga. Tak pernah aku minat 2D1N tu tetiba terus jadi fan. Itulah jadinya aku cari semua drama yang dia berlakon. Nak marathon tengok sebab haiiih..!! Handsome. Welcome To Waikiki dah lama lapuk dalam simpanan tapi tengoknya tak sempat. Jadi marilah nanti kita marathon..

Itaewon Class
Crash Landing On You

Dua ni KDrama baru dan tengah hangat orang bercerita. Ikutkan hati memang lambat lagilah aku khatam tapi terkecuali dan terpaksa masuk dalam senarai sebab RaihanF nak tengok. Kami dedua sama-sama suka Park Seo Joon jadi tak apalah layan sajalah drama dia berlakon. Crash Landing On You aku dah tengok separuh.. Okaylah buat stock rasa diawang-awangan sesekali. Bunga-bunga cinta bersemut gituuu. Haih manalah nak cari Captain Ri dalam dunia reality ni.. Nanti sambung tengok lagi. Tergantung di pertengahan.

Romance Is A Bonus Book
Hotel Del Luna

Romance Is A Bonus Book maybe lambat sikit aku tengok itupun kalau rajin walaupun review kata best. Sebabnya aku kurang berkenan Lee Jong Suk. Haaa.. memang. Pelakon-pelakon memainkan peranan untuk aku decide nak tengok ke tak satu-satu KDrama tu. Kalau pelakon-pelakon tak berkenan memang tak layan. Hotel Del Luna pun dah tengok separuh. Aku suka IU jadi aku decide nak tengok. Hihihi..

The Dude In Me
Love Alarm
Two Cops
Touch Your Heart

Lama dah decide nak tengok The Dude In Me sebab Jin Young berlakon tapi tak ada kesempatan. Love Alarm tengok review macam best juga dan senang boleh tengok di Netflix. Two Cops cerita lama sikit Jo Jung Suk dan semestinya Seon Ho Oppa.. Itulah gigih aku cari cerita lama pun semata nak tengok Seon Ho Oppa. Touch Your Heart dah tengok separuh juga tergendala. Okaylah not bad dan aku tengok sebab aku suka Lee Dong Wook. Nanti sambung.. Hahaha banyak yang aku tengok separuh. Tak sempat nak tengok sampai habis

Banyak lagi KDrama tapi yang ini dululah aku plan nak tengok.
On going pun banyak yang best tapi itu nanti-nanti fikir.

Korang macam mana ?
KDrama apa korang tengah tengok sekarang ?


You may also like

72 comments:

  1. Salah satu aktiviti kat umah👆👆

    ReplyDelete
  2. Tengok filem di TV je. Lebih suka yang pendek-pendek. Sama tengok filem lama macam Toy Story 4. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu okay juga kami pun sama tengok filem.. saya suka animation jugak so dok marathon tengok cartoon2..

      Delete
  3. happy watching..akk tgk Suits versi Jepun & smbung tgk Suits versi korea...baru start tgk drama polis Singapore..CLIP season 3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi marathon tengok pun bosan jugak. saya selalu paling tahan direct 2/3 episodes je lepas tu mula x tentu arah. berkala jugak layan..

      Delete
  4. Sekarang akak tengah layan drana memorist best jugak dramanya cuma sakit hati ramai sangat orang jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu malas layan drama yang heavy sebab kita jadi geram orang jahat ramai la kan kan.. stress tengok haha..

      Delete
  5. Malam tadi baru habis tengok Kingdom season 1 and 2, best woiiii!!! Hahaha! Episod pun sikit jeeee...sila la tengok!

    Dari list atas tu, Welcome to Waikiki 1 pernah tengok tapi tak habiskan sebab tak suka, yang da habis - Romance in a Bonus Book sebab suka Lee Jong Suk, Hotel del Luna suka gilaaaaa wardrobe and grafik dia serta nilai dalam setiap episod, Touch Your Heart sebab pasangan sweet dalam Goblin hihi..

    Crash Landing on You baru tengok 2 episod, tapi ri tu housemate ajak tengok episod last sama2..so, mungkin tak akan tengok dah kot...


    ReplyDelete
    Replies
    1. haha nampak sangat taste kita tak berapa sama hahaha.. yang saya pulak suka genre Waikiki tuu yang entah pape gelak2 bodoh hahahah tapi kadang tu layan jugak yang serious.

      Kingdom tu kite suka hero dia tapii tula genre tak minat..

      Delete
  6. Amboi, meriahnya layan KDrama. Takpe, janji duduk rumah OK. Akak drama ni kurang sikit, almaklumlah bukan istiqamah orangnya. Layan jelah movie yang ada. Bosan TV, layan fon. Pastu makan. Tu jelah ulang2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe akak !! bosan kan.. football match pun banyak cancel. dalaaa da rindu hero2 Belgium saya tuu nak tengok depa main. skaliiii semua tunda..

      Delete
  7. Terima kasih share. Buntu juga nak pilih Kdrama apa yang perlu tengok. Dah makin berusia ni rasa perlu pilih-pilih drama sebab masa tak banyak, jadi nak tengok yang worth my time je. Hehe. So saya boleh tapis dari list ini. Terima kasih sekali lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. drama pilihan saya yang santai2 je hehe sebab suka yang lawak2 tak heavy. tak tahuula sama selera ke tidak tapi bolehla cuba tengok =)

      Delete
  8. hahaha ray smpi dah tak tau nak tgk cerita apa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha come on Ray !! banyak cerita available
      unless u da tengok semuala =p

      Delete
  9. Menarik belaka-laka nih! Laa ni cheq tengah layan Memorist 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo suka genre2 santai kdrama atas ni oklah nak layan. kalo tak minat kena cari kdrama lain hehehe..

      Delete
  10. wahh, banyaknya drama..

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ni pun dah tapis mana nak tengok =D

      Delete
  11. haha iena takde masa nk tgk drama..sb weekday iena bz kerja mcm biasa...work from home :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi xpe utamakan yang lebih penting. but amek masa untuk rest jugak so kalo boleh selit2 tu tengokla movie apa2.. release stress =)

      Delete
  12. macam nak tengok Itaewon Class tu hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tengoklah menarik jugak. for me slow sikit tapi okay ja =D

      Delete
  13. Replies
    1. ni banyak drama2 lama..
      yang baru nanti2 baru tengok..

      Delete
  14. Hehe cerita korea ni semua best best!

    ReplyDelete
  15. Repeat Crash Landing kali ke tiga..
    Repeat Vagabond kali ke dua..
    Memorist hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. wowww repeat banyak kali tuuu hehe saya selalu sekali jela..
      yang banyak kali tengok DoBongSoon haha..

      Delete
  16. Bila dah mula tengok cerita Korea...bak kata en suami...bahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi dia da mula start tengok satu citer tu..
      memang fix depan TV tak gerak2 tu bahaya hehe..

      Delete
  17. Mama boleh layan kdorama nintapi Tu la.. xde masa la

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi xpe Mama ada free time baru tengok ya..
      da mula tu susah nak brenti tengok..

      Delete
  18. Selamat menonton..stay safe at home..
    jangan lupa buat regangan untuk loosekan otot tu..ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baikk thank you..
      memang kena buat regangan kalooo tak stiff sangat rasa..

      Delete
  19. Selamat menonton! Say tak boleh tengok drama, nanti semua nak kena habiskan sekarang juga. Tak jalan kerja rumah. 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa ah faham2. kadang2 mai juga penyakit cemtu. lagi2 kalo citer best kan rasa geram kalo tak tengok sampai habis sekali harung.

      Delete
  20. sama2 la kita layann movies..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha itula Wak.. isi masa lapang kebosanan =D

      Delete
  21. Buat masa ni layan movie je. Drama tu macam jenuh juga nak tunggu habis. The Dude in me tu best :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah drama berangkai2 tapi saya pilih yang at least 16-20 episodes je. tak sanggup nak tengok yang bratus2 tu hehe.. movie pun ada tengok jugak.

      Delete
  22. Assalamualaikum...Dalam tempoh PKP ni...banyak layan cerita tamil pula

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahehehe alamak.. saya pernahla tengok
      but im not a fan hihi.. xpe kita semua selera lain2..

      Delete
  23. best nya dapat layan kdrama, saya so far dah masa mco ni layan dua je. tu pun hjg minggu je sebab kena bertugas. recommended: Queen:love & war & cursed

    ReplyDelete
    Replies
    1. lenguh badan jugak duduk je tengok kdrama ni.. kena gerak2 jugak kalo tak memang stiff rasa. citer Queen tu mak saya tengok dia suruh download tapi saya tak tengok hehe.. dia kemain nak tengok tu maksudnya best la tu hehe..

      xpe utamakan kerja. kalo ada masa boleh curik2 tengok..

      Delete
  24. akak tengah habiskan Vagabond.. hee~ memang menghadap je keje mengelakkan diri dari bertekak dengan anak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha saya tak tengok Vagabond walaupun suka Suzy tapi x minat LeeSeungGi.. maka tak tengok hahahak..

      Delete
  25. saya banyak layan movie dari drama. Kalau jenis yang suka cerita thriller elok lah masukkan drama Kingdom sekali, dah ada 2 series. mantooppp!!

    ReplyDelete
  26. Okay, I am going to try and watch some these movies sebab banyak yang tak pernah tengok or even heard of.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kalo suka genre2 romcom and santai bolehla u try tengok =)

      Delete
  27. hhahaha sob bkan big fan korean drama..
    tapi disebabkan musim rmo ni
    tak pasai2 apa playlist dlm neflix tu layan ja
    bila dah tgok eh seronok juga ahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jangan dimulakan nanti tau2 jadi fan kdrama da.. ramai je kawan2 lelaki yang memula x suka tapi lepas tu tengok eehhh kemain depa minat kalah kita ni..

      Delete
  28. KSarie sebenarnya dah lama tak tengok cerita drama bersiri Korea. KSarie ni old school jadinya ksarie suka tengok yang tema sageuk (orang tua memang camni heehehehe). Favourite ksarie of course Jewel In The Palace. Disebabkan busy keje dari rumah nih ha, ksarie baru mula tengok Partners for Justice sebab genre macam ni my kind of forte juga. KSarie mampuih sorang pelakon korea ksarie tak kenal. Tapi as long as jalan cerita menarik in sya Allah ksarie okay je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe lama betul tu kak Jewel In The Palace saya sek rendah lagi. tapi apa2 pun janji kita minat genre tu dan it is a hiburan to us tak kisahnya lama x lama pun. yang penting kitaaa happy =D

      Delete
  29. kita masih beruntung kerana belum kena PKP 100 hari..

    tapi kalau boleh jangan la sepanjang tempoh itu..

    lumpuh bisnes dan itulah sahaja pilihan yang ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga tidakla selama itu.. tapi tak nampak tanda2 berkurang jadi kita doa sajalah yang terbaik semoga semua ujian cepat berlalu.

      Delete
  30. semoga layan kd drama masa tidak terasa sangat duduk rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. memula rasa rimas juga memerap di rumah
      tapi sekarang dah rasa normal..

      Delete
  31. even work from home, akak pun dah list down juga cerita-cerita yang tak sempat tengok lagi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi xpe senaraikan dulu.. bila ada free time boleh tengok..

      Delete
  32. mmg xdpt mau tonton drama korea ni ah, layan katon ja dngn anak..tp sinopsis smua best2..bila ntah dpt tgk hahaha..btw kita suka lee jong suk tauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe cartoon pun best jugak saya minat juga animations.
      tapi kalau cartoon macam Ejen Ali Boboboi tu x minatla hehe..

      alaa x sama taste kita. kiteee x minat dia =P

      Delete
  33. OK, baca ni dapatlah 2/3 cerita masuk list tontonan. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo Kak Farrah suka romcom lawak2 bolehla
      tengok cerita2 diatas hehe..

      Delete
  34. Cadangnya nak layan yang ringan ringan je tapi tetap terlayan drama yang berat dan memerlukan masa untuk dihadam.. hehehe.. yang tersenarai di atas ini ada yang dah tengok ada yang belum.. Touch your heart tu dah ada tapi asyik tak tertengok je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. eheh akak kan genre heavy2 sikit saya perasan taste akak gitu.. citer2 lawak romcom mengarut2 ni mesti akak tak gemar sangat kan ? hihi..

      Delete
  35. Banyak list kdrama baru. Nnti bolh tengok during PKP nih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni semua kdrama yang dah lama..
      saya baru nak tengok..

      Delete
  36. Hahaha.. aktiviti yang sama dengan kite.. cumanya sekarang ni layan movie aje dulu.. pendek2.. risau kalau layan bersiri takut ku melekat depan screen.. hahahah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang kalau dah mula tengok kdrama tu konpem melekat je selagi x habis. kalo tak memang tak puas hati sebab nak tahu kesudahan..

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.