Turkey 2019 : 8.1 Shopping Di Grand Bazaar & Souvenirs Yang Dibeli Di Turkey | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 8.1 Shopping Di Grand Bazaar & Souvenirs Yang Dibeli Di Turkey

/
38 Comments
October 30, 2019

24 APRIL 2019

TRIP TURKEY : SHOPPING SOUVENIRS DI GRAND BAZAAR DAN BARANGAN YANG DIBELI DI TURKEY. Ada beberapa jam lagi ada sebelum kami dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Malaysia. Cukup untuk diisi dengan aktiviti membeli-belah yang dinanti-nantikan oleh ahli jemaah rombongan yang lain. Aku dan Idiq biasa tak teruja sangat sebab kami berdua practically dah beli apa yang kami nak untuk keluarga dan kawan-kawan. Shopping juga tapi ala kadar sajalah tak bersungguh sangat. Kami dibawa ke Grand Bazaar - salah satu tempat tujuaan orang ramai untuk shopping souvenirs dan barang-barang yang sesuai dibawa pulang sebagai kenangan. Kalau sesiapa yang ke Istanbul wajiblah singgah ke Grand Bazaar untuk shopping sebab ada banyak pilihan dan rambang mata sungguh nak membeli. Orang kata harga murah tapi aku tak rasa murah sebab benda yang sama boleh dapat lagi murah di tempat lain. Kena pandai tawar menawar dah jiwa kena kental nak membeli di Grand Bazaar. Janji bawa duit cukup semua pun boleh beli.. Di Istanbul, selain di Grand Bazaar ada satu lagi bazaar yang terkenal iaitu Spice Bazaar. Tak jauh pun dari Grand Bazaar jalan kaki pun boleh sampai. Aku sebenarnya lagi teruja rasa nak ke Spice Bazaar berbanding Grand Bazaar tapi ikut rombongan ni kami dibawa ke Grand Bazaar saja. Dah balik Malaysia baru aku discover jarak Grand Bazaar dan Spice Bazaar tak adalah jauh mana. Terkilan jugalah sebab disana tak check lebih awal. Aku dan Idiq dekat tiga jam berlegar-legar dalam Grand Bazaar cuci mata kalau tahu lebih awal dah lajak ke Spice Bazaar pun tak apa. Di Spice Bazaar lebih kepada rempah ratus dan makanan. Ada juga jual souvenirs tapi tak semeriah di Grand Bazaar. Teringin nak pergi sebab nak beli rempah ratus masakan Turkish tapi tak ada rezeki. Mungkin inilah antara alasan untuk kembali ke Turkey satu hari nanti.

SHOPPING DI GRAND BAZAAR ISTANBUL TURKEY

Soal suka membeli-belah ni sangat subjective. Ada orang suka sangat-sangat shopping sampai kemana-mana pun wajib shopping. Ada orang tak minat sangat ala kadar saja jadi terpulanglah ikut suka yang mana pilihan korang. Aku tengah-tengah kot.. Aku suka dan so so sajalah kalau ada duit aku excited kalau tak ada duit aku berpijak di bumi yang nyata. Tapi pandangan aku sendiri, aku suka pergi tempat membeli-belah dinegara orang sebab ditempat-tempat macam inilah kita boleh belajar diversity satu-satu kaum. Tengok peradaban dan cara hidup diorang. Grand Bazaar di besar memang antara tempat utama process menjual beli dan jadi tumpuan pelancong-pelancong. Dibahagikan pada beberapa sections dan ada banyak pintu masuk. Antara barangan yang boleh dibeli di Grand Bazaar adalah barangan kulit seperti beg dan pakaian, barang kemas - tak ingat berapa carat kalau emas di Turkey, barangan antik dan barangan tembaga, carpets, ceramics dan macam-macam lagi. Di Grand Bazaar juga kita boleh beli baklava, turkish delight, safron dan beberapa lagi makanan yang synonym dengan Turkey. Kawasan Grand Bazaar di sentiasa sibuk dengan lautan manusia. Jadi kena hati-hati sentiasa pastikan barangan peribadi kita sentiasa diawasi. Aku memang akan galas beg di hadapan kalau pergi tempat ramai manusia. Pastikan kita letak wallet di tempat yang kita senang nak monitor. Jangan lalai dan beri ruang kepada pick pocket untuk ambil kesempatan. Baca doa selalu semoga Allah lindung kita. Bila aku kongsi macam ni nampak macam buruk pula Istanbul. Tidak !! Dimana-mana saja sekalipun kita kena berhati-hati. Di Kuala Lumpur pun kena hati-hati sebab manusia jahat ada dimana-mana. 

Ali bawa kami ke Grand Bazaar melalui Pintu 1 - ada masjid di perkarangan pintu masuk jadi semua pergi solat dulu baru pergi shopping. Jomlah kita meronda tengok apa yang patut.



Tak pasti nama masjid. Hahaha.. Dah selesai solat baru jalan.


Berhadapan dengan salah satu pintu masuk ke Grand Bazaar.


Aku tak ambil gambar banyak sangat dalam Grand Bazaar sebab tak terjaga camera beg dan barang-barang yang dibeli. Aku jujurnya tak ada kenangan manis sangat shopping di Grand Bazaar sebab dapat merasai jugalah kenangan pahit sikit. Kena halau dengan penjual sebelum sempat nak tawar-menawar dan kena ignore semata-mata sebab minta kurang harga walaupun cakap nak beli banyak. Majoriti akan tanya sama ada kami dari Indonesia atau Malaysia. Hampir setiap kedai kami pergi tanya soalan yang sama. Dah banyak kali ditanya aku pun naik rimas jadi aku tanyalah kenapa nak tahu kami Indonesians atau Malaysians - katanya pelancong-pelancong dari Indonesia jarang minta discount berbanding pelancong-pelancong Malaysia. Jadi kalau Malaysia diorang malas layan sikit. Amboi jujur sungguh dia explain kat aku kemudian baru aku cakap aku Malaysian. Sengih-sengih minta maaf. Lepas tu baru kasi kurang sikit harga untuk fridge magnet yang aku beli. Kemain !! Memang kena expect perangai peniaga-peniaga yang pelik dan extreme. Kalau dah mula tawar menawar dan dapat harga yang kita nak jangan tak jadi beli pula. Memang minta kena maki kalau macam tu.. Hati-hati juga dengan peniaga-peniaga yang ambil kesempatan kurangkan timbangan atau tak pulangkan baki. Kalau boleh jangan bayar guna duit besar kalau beli benda yang murah.

Inilah antara reality yang aku tengok di Grand Bazaar dan baca perkongsian dari orang lain.  Menakutkan jugalah tapi sentiasa kita berhati-hati. Ingat.. kena sabar juga nak shopping disini sebab ramai gilaaa umat manusia dan setakat kita yang nak beli sekeping dua ni memang dilayan kurang mesra berbanding pelancong-pelancong lain yang beli lebih banyak. Unless korang memang nak borong dan bersungguh haaa.. bersungguh jugalah layanan yang diorang akan beri. Aku beli jugalah fridge magnets, keychains dan turkish delight. Aku rasa harga di kedai-kedai luar Grand Bazaar lagi murah. Kalau ada masa lebih ronda dululah diluar. Aku sengaja tunggu nak borong di Grand Bazaar tapi sayangnya harga mahal dan ada peniaga-peniaga tak mahu pun kurangkan harga. Fridge magnets yang aku beli 3TL saja di kawasan luar bandar Turkey dijual dengan harga lebih mahal sekitar 5-10TL di Grand Bazaar. Keychains yang aku beli di luar bandar hanya 1TL saja tapi di Grand Bazaar standard 2.5TL. Aku dapat murah sikit 2TL sebiji sebab aku cakap nak beli 50 biji. Minta kurang jadi 1.5TL pun peniaga tak bagi. Kalau dia turunkan harga insyallah aku beli 100 biji terus. Bila aku dan Idiq meronda di kawasan luar nampak ada kedai jual keychains yang sama hanya 1TL. Haaaih !! Memang normal standard harga bandar tapi kalau korang akan ke outskirts, belilah siap-siap disana supaya tak terkilan. Aku just beli sikit top up yang mana sedia ada saja.

Selesai shopping kami terus dibawa ke airport. Lebih kurang pukul 08:30PM kami sampai dan pukul 09:00PM kaunter dah dibuka. Penerbangan kami ke Oman adalah pada pukul 12:00AM jadi ada beberapa jam lagi sebelum berlepas. Pergi awal senang tak terkejar-kejar dan semua diberikan masa untuk arrange barang-barang yang dibeli dalam luggage. Aku dah kemas barang-barang lebih awal di hotel jadi kami sediakan ruang siap-siap untuk letak barang-barang yang baru dibeli. Tak adalah renyah sangat nak susun balik luggage. Bagus betul Ali ni.. Dia tunggu sampai kami semua masuk ke Departure Hall. Sampai awal di airport baru Turkey pun tak ada makna sebab masih sunyi sepi lengang. Kedai-kedai pun belum dibuka jadi tak ada benda nak tengok pun. Terus kami ke Departure Gate dan duduk melayan perasaan. Alhamdulillah penerbangan on time dan kami pun selamat terbang ke Oman yang mengambil masa lima jam.

Stress sikit sebab dalam journey ke Oman aku dapat seat di Exit Row jadi kerusi tak boleh recline. Seksa sangat rasa tidur duduk tegak saja selama lima jam. Apa-apa pun alhamdulillah selamat sampai di Oman pada pukul 06:30AM tapi harinya cerah terang benderang dan matahari pun dah mencanak naik. Perrrgh !!

Transit dua jam sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.


Flyone Airlines - low cost airlines milik Moldova.


Salam Air - low cost airlines milik Oman.


Selamat tinggal Oman dan Timur Tengah. Ada rezeki bakal kembali.


Alhamdulillah dah selamat sampai Malaysia.

Perjalanan tujuh jam dari Oman ke Kuala Lumpur sangat smooth dan selesa. Menghampiri KL cuaca sedikit bumpy petir kilat jelas dapat tengok dari tingkap. Syukur semua okay. Lebih kurang pukul 09:00PM kami sampai dan ambil luggage dan selesaikan urusan yang patut. Masa untuk salam dan say goodbye pada ahli-ahli rombongan yang lain. Alhamdulillah sehingga hari ini masih lagi contact each other dan berkongsi cerita. Pejam celik dah selesai trip lapan hari di Turkey. Sekejapnya rasa !! It was a blast journey seronok sangat rasa. Insyallah ada rezeki nak kembali lagi bawa MamiZ. Semoga murah rezeki selalu. Nanti aku buat entry penutup dan senaraikan semua posts yang berkaitan. Sebelum tu jom tengok dulu apa yang aku sempat beli di Turkey.


SOUVENIRS YANG DIBELI DI TURKEY

Seperti selalu aku suka nak kongsikan barang-barang yang aku beli semasa pergi jalan-jalan. Ini hanyalah untuk beri gambaran tentang harga dan kalau ada tips yang boleh diguna pakai oleh orang lain. Yang baik diambil yang kurang baik korang pandailah campak jejauh. Dengan budget yang limited aku mampu jugalah beli macam-macam terutamanya khas untuk ahli-ahli keluarga. Aku tak mampu nak bawa semua sekali ikut berjalan jadi at least aku bawa balik rasa atau kenangan untuk dikongsi sama. Jadi kalau ada benda yang aku beli macam terbanyak tu sebab nak kasi semua orang merasa puas-puas. Aku prefer beli food as souvenirs sebab aku suka tengok muka-muka family members aku rasa makanan-makanan yang aku bawa balik.


Dah tertunggang terbalik sikit tapi rasanya tetap mantap.
Jenis campur-campur ditimbang asing mengikut setiap jenis.


Jenis kosong sebegini 1KG : 80.00TL (RM70.00 approx)

BAKLAVA

Bagi aku ini sangatlah wajib ditapau dan dibawa pulang walaupun sedikit. Pergi sajalah beli dimana-mana kedai yang bersepah-sepah sekitar Turkey. Baklava adalah pastry Turkish yang manis dan dipenuhi kekacang. Ada yang dijual kering dan basah - selalunya ada sira air gula atau madu. Kalau jenis premium nampak sticky sungguh kesan madu asli. Jenis ni kena sedia duit extra sikitlah. Jenis kering boleh dibeli di Grand Bazaar juga dan kedai-kedai baklava yang lain tapi tak authentic sangat sebab yang basah lagi awesome. Kami tak singgah mana-mana kedai yang specific jual Baklava pun tapi aku dan Idiq beli masa di Kusadasi, Cappadocia dan sebuah kedai di pintu masuk Grand Bazaar. Ada peluang kami meronda sikit dan cari kedai baklava. Tapi jangan risaulah sebab memang merata ada jual. Kalau kita beli cakap nak bungkus bawa balik diorang akan pack nicely dan kemas siap bungkus selamat untuk dibawa dalam perjalanan. Dikira mengikut berat dan jenis jadi kalau nak order kita tunjuk jenis yang kita nak kemudian cakaplah nak 500g contoh. Yang kosong lebih murah sebab tak ada kacang. In total rasanya dekat 5KG jugalah aku borong. Campur-campur pelbagai jenis.

TURKISH DELIGHT

Apalah erti berjalan ke Turkey kalau tak beli Turkish Delight. Turkish Delight adalah manisan Turkish yang famous dan wajib dicuba. Dibuat daripada gula atau madu. Yang dari madu obviously mahal lagi tapi aku pun tak pasti macam mana nak identify jenis yang dibuat dari gula atau madu. Ada orang tak suka sangat sebab terlalu manis dan melekat lekit kalau makan. Jenuh nak kunyah tapi aku suka. Makan sikit-sikit bila teringin dan beli extra nak share dengan family dan kawan-kawan. Aku sarankan beli yang ikut timbang macam ni berbanding yang dah siap dibungkus dalam kotak. Bila yang ditimbang ni kita boleh minta sample nak rasa jadi boleh pilih perisa yang kita suka. Aku suka yang rose, chocolate, pistachio dan kelapa. Kalau yang dalam kotak tu kita tak nampak rupa dia macam mana dan ada kes yang aku baca terbeli yang dah expired. Yang dalam kotak tu sebenarnya sesuai kalau nak buat souvenirs nak kasi kawan-kawan tapi itulah.. aku takut nak beli takot kena tipu. Nayaaa !! Jenis timbang ni pun korang kena perhati betul-betul jangan sesekali lalai terlepas pandangan setiap pergerakan peniaga. Ikut mana saja diorang pergi dan masa timbang tu pergi berdiri depan penimbang sekali. Take note berat yang terpapar dan sendiri kira berapa jumlah perlu dibayar. Masa kami nak beli Turkish Delight, time itu jugalah diorang akan offer apple tea. Jemput duduk sambil sengih ajak bersembang mesra tapi aku tolak cara baik. Aku tetap ikut pekerja kedai tu pack Turkish Delight yang aku dah tempah. Biarlah diorang nak fikir apa sebab aku tak rela kalau kena tipu.. Aku nak bawa balik untuk family. Tak semua peniaga di sana jujur yaaa. Kena ingat tu. Terima kasih pada semua yang kongsikan pengalaman diorang sepanjang membeli di Grand Bazaar buat aku lebih berhati-hati.


Dua bekas Turkish Delight lebih 3KG aku beli di Grand Bazaar. Harga asal katanya 1KG : 130.00TL (RM120.00 approx) tapi sebab aku beli lebih dikurangkan kepada 80.00TL (RM70.00 approx).


Ini yang dibeli di kedai Munira di Bursa.

SNACK DAN COKLAT TURKEY

Snack dan chocolate di Turkey bagi aku sangatlah murah dan berbaloi untuk diborong beli banyak-banyak. Aku dan Idiq borong sampai penuh dua kotak kami bawa balik. Kotak tu kami minta di kedai groceries dan pilih size yang sesuai untuk disumbat dalam luggage. In total aku habis sekitar hampir 200.00TL (RM170.00 approx) saja untuk snacks dan chocolates Turkey. Disebabkan ini ada trip aku bersama travel agent, tak adalah specific time nak pergi shopping snacks jadi aku dan Idiq curi-curi cari peluang pergi beli sikit-sikit. Paling seronok bila di Cappadocia, groceries mart depan hotel. Puas hati sangat dan snacks seperti ini pun sesuai untuk diberikan pada kawan-kawan. Aku perasan beberapa perkara jugalah mengenai snacks yang available di Turkey ni.. Majoriti ada perasa kacang especially pistachio dan banyak snacks berbentuk jenis biskut, kek dan wafer. Range harga pula sekitar 1.50TL ke 10.00TL bergantung pada jenis.


Kotak 1 - Penuh biskut dan chocolate wafers.


Kotak 2 - Penuh mini cake dan chocolates.


Suku daripada hasil total just nak kongsi dengan korang. Semua sedap !!!

FRIDGE MAGNETS, KEYCHAINS & POUCHES

Ini memang wajib. Souvenirs paling senang nak dapat dan cost pun tak mahal sangat. Aku beli banyak juga fridge magnets dan keychains dan aku beli ketika di outskirt dari Istanbul. Bagi aku range yang murah adalah sekitar 2TL - 5TL tapi kalau di Istanbul, paling murah pun 5TL untuk sebiji fridge magnet. Aku dah cerita pengalaman di Grand Bazaar diatas jadi aku rasa kalau korang akan keluar dari Istanbul elok beli siap-siap souvenirs kalau korang rasa murah. Di Grand Bazaar aku beli juga tapi sikit just nak top up yang aku dah borong di tempat-tempat lain. Locations yang ada jual banyak souvenirs adalah di kawasan Kusadasi, Ephesus, Pamukkale dan Cappadocia. Lebih kurang saja design dan kualiti dengan yang dijual di Grand Bazaar tapi dengan harga yang jauh lebih murah. Kalau jumpa kedai-kedai kecil yang jual souvenirs pun kadang-kadang diorang jual murah. Kebetulan kami berhenti lunch, ada kedai kecil tepi restaurant dan semua fridge magnets hanya 3TL saja sebiji. Beli jangan tak beli..

Selain fridge magnets dan keychains, ramai suka beli pouches yang memang synonym dengan Turkey seperti dalam gambar dibawah. Aku tak beli sebab aku ada dapat beberapa dah dari kawan-kawan yang pernah ke Turkey. Aku kongsi sebab nak tunjuk dekat korang kot berkenan nak jadikan souvenirs juga. Aku ada jumpa pouch yang kecil dijual dengan harga 1TL saja tapi di Grand Bazaar memang tak dapat harga semurah itu. Paling murah untuk size kecil mungkin 3TL jadi kalau dah jumpa 1TL tu memang paling murah sangat dah tu. Size yang kecil just nice untuk dijadikan coin purse jadi sesuai untuk dijadikan souvenirs buat kawan-kawan.

Antara fridge magnets dan keychains yang aku beli.

Contoh pouches comel dari Turkey.

TEH TURKEY, ROSE OIL, SABUN MINYAK ZAITUN & TSHIRT

Selain daripada barang-barang wajib borong, aku beli benda lain juga. Aku beli Teh Turkey seperti Apple Tea dan Chamomile Tea. Sedapnya !! Apple Tea aku beli yang pre mix serbuk campuran balik bancuh saja terus. Segala minyak yang digunakan untuk kecantikan pun sangat banyak disana tapi aku beli Rose Oil saja sebab kat tempat kita mahal. Macam-macam jenis sabun ada memang sesiapa yang suka beauty products mesti teruja. Aku beli sebiji saja buat syarat.

Haaa.. Cerita pasal Tshirt ni panjang lebar juga kalau boleh nak kongsi. Kualiti sama saja diceruk mana kedai pun sebab aku tengok cop logo sebiji semua tshirt pun. Harga saja yang berbeza dan itulah rezeki kitalah nak dapat beli di kedai yang mana. Aku pergi few locations dan range yang aku jumpa sekitar 15TL - 45TL sehelai. Yaaa ada yang sehingga hampir 50TL sehelai. Alhamdulillah aku dapat yang agak murah juga dan ada yang aku beli 30TL sebab aku takut nanti tak jumpa design yang sama dengan harga murah. Luckily aku beli walaupun mahal sikit sebab memang tak jumpa. Di Grand Bazaar choices memang banyak tapi nak dapat murah kena beli banyak. Nak dijual mahal tu diorang akan pack cantik dan kemas dalam plastic nampak mahal tapi aku tengok semua sama saja. Setakat sehelai dua memang diorang pandang sipi sajalah kita ni. Tak dilayan atau berkemungkinan besar tak dapat harga murah. Masa kami meronda di kedai-kedai luar Grand Bazaar, dah pujuk sakan barulah dapat kurang 15TL daripada 25TL sehelai. Itupun kena ambil extra jadi win win situation katanya.


Olive Oil Soup dalam bekas comel. Boleh dijadikan souvenirs juga.
Hanya 10TL sebekas.


Antara tshirts yang aku beli.

Selain daripada souvenirs yang aku kongsikan, ada juga beberapa benda lain yang aku beli. Untuk MamiZ aku beli sejadah dan untuk rumah di kampung aku belikan alas meja. Sebab pergi dengan geng makcik-makcik, aku tumpang sekaki diorang beli perhiasan dan beli banyak dapatlah discount. Safron pun aku beli untuk keluarga supaya semua dapat minum air Safron. Kami sempat singgah ke shopping mall di Bursa dan dapatlah juga kidnap sepasang baju dan skirt. Best juga pengalaman shopping di Turkey. Bagi yang minat membeli-belah tu bolehlah selit pergi mall juga. Banyak lagi benda yang menarik boleh dibeli untuk dijadikan souvenirs janji sediakan duit yang cukup seadanya semua pasti boleh beli. Ralat juga sebab ada benda aku nak tapi tak boleh beli sebab duit bawa ngam saja tapi tak apalah janji yang untuk keluarga dah selesai. Alhamdulillah perkongsian perjalanan ke Turkey akhirnya dah sampai ke penghujung. Nanti seperti biasa aku akan buat entry khas untuk senaraikan semua posts yang berkaitan senang kalau nak dijadikan rujukan. Pengalaman kita semua berbeza dan masing-masing ada keinginan dan kehendak masing-masing. Kita baca pengalaman orang untuk kita ambil yang baik dan sesuaikan dengan perjalanan impian kita. Happy travelling !!


You may also like

38 comments:

  1. Bestnya..baklava & turkish delight yg best..T-shirt is a must..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tshirt is a must at least untuk diri sendiri =)

      Delete
  2. menarik tu siti, souvenirs..memang dah plan lama nak kesini..baca etry dlu pasai
    turkey we help me to plan..tapi harap covid ni cepatlah hilang..

    btw beg kecik depa comel yg letak2 duit siling tu ahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab souvenirs memang menarik sokmo hehe suka tengok orang share depa shopping apa. xpaaa plan dulu nanti ada rezeki boleh pergi. itula tu cepat berlalu..

      beg kecil tu kasi gegirls okayla. hehe..

      Delete
  3. Saya ke Istanbul beli key-chains dan beg kecil tu je. Hehe tak minat manisan. Belikan pun nanti takde orang nak makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya kalo ada local delicacies memang belikan bawak balik. sbb mmg tahu family members usually suka makanan2 nak dicuba ni..

      Delete
  4. makanan yang pertama kali tengok..

    nampak jahil pulak bila belum ada kesempatan untuk melancong ke negara orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. eeh mana boleh kata macam tu.. kesempatan dan rezeki tu Allah kasi berbeza2. ada kelebihan dan kekurang kita semua masing2.

      Delete
  5. oh org msia suka tawar2..of course la kn kena tawar2...tp bila baca tu mcm takut juga kn nk bli2...manisan tu adik ada bli juga ms die p istanbul dlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. katanyaa sebab asyik tanya kami dari mana rimas pulak dah kenapa. kalau 10 kedai p hampir 8/9 tu mesti akan tnya. saya tak reti bab bab tawar menawar usually tibai jela bayar sebab malas. x de skill tu..

      sedap kan.. teringat2 rasanya =D

      Delete
  6. wah bestnya shopping..haa tang tawar menawar tu iena suke :D
    iena mmg akan tawar menawar kalau nk beli barang..kecuali dlm Mall la.kalau bazar cm tu blh tawar lg :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kalo ada skill memang best nak tawar menawar. kitee tak reti sangat. tapi itulah sebab katanya kita suka bargain jadi depa tak suka..

      Delete
  7. betul ke org malaysia je suka tawar menawar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. menurut apa yang saya dah kongsikan di atas ada penjelasan dah dari peniaga-peniaga yang saya tanya. soalan diorang mesti Ibu Indonesia atau Malaysia ? hehe..

      Delete
  8. Banyak juga membeli tu Siti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wajib banyak.. ramai orang menanti di rumah =D

      Delete
  9. tertarik dengan masjid tu..dan tertarik juga dengan makanannya.Ya Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe makanan depaa lalu tepi kedai pun buat kita tarik nafas dalam2..
      haaaaaaih..

      Delete
  10. baklava and turkish delight tu cam sedap je ek. baklava selalu juga adik beli if balik dari saudi, yg best nya diorang ni guna banyak kekacang sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang wajib dua tu Baklava dan Turkish Delight. bestnyaaa da orang boleh tolong bawa balik makanan2 ni. sedap !!

      Delete
  11. Bestnya Turki. seronok baca pengalaman Siti.

    ReplyDelete
  12. Tue dia.... Banyak borong nie👍👍

    ReplyDelete
  13. Turkish Delight sedapnya. makanan wajib beli kalau ke turki ye. susah juga kalau jenis peniaga memilih ni. sabar je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. wajib !! manis tapi letak tepila soal tu da memang macam mana pun nama dia manisan kan. kena beli !!

      Delete
  14. Adoi sedapnya makanan tu semuaaaaaaaaaaaa..
    Tanam impian nak pergi turkey jugak.

    ReplyDelete
  15. hmmm...baca sini pun dah rasa teruja. Kena simpan duit jugak ni..maybe after semua virus ni hilang bolehlah plan-plan berjalan. Anyway akak suka manisan tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula.. terkesan teruk dengan virus ni. mudah2an semua cepat berlalu dan kembali normal. amek masa nak selesai semua ni tapi kita doala yang terbaik..

      Delete
  16. Aduhhh bestnyaaaa.. desserts tu semua peberet mak tu huhuuu... napelah tak termasuk dalam senarai kengkawan yang menerima subiner ek haha... Jemput singgah: Resepi Fluffy Souffle & Dalgona Coffee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe senarai kengkawan tu ehe.. insyallah nanti plan nak buat GA tapi masa tu halangan betul. tak terjadi2 lagi nak buat..

      Delete
  17. Wow.. sukanya tengok makanan tu.. Kalau Sha pun lebih suka beli makanan sebagai cenderahati.. Suka tengok orang makan dan puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. untuk fam memang saya selalu beli makanan. senang dan seronok dapat kongsi ramai2. beli juga souvenirs lain untuk diorang guna. tapi lebih puas hati tengok diorang makan =)

      Delete
  18. Teringin suzie nak g ke sana..de yg ckp kat sana tempat nya sgt menarik..tq share cerita tentang trip siti..nnt bila ada rezeki suzie boleh pergi tempat2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang menarik.. kalau memang minat sejarah2 tamadun Islam lagi digalakkan datang. kalau tak pun enjoy the view sebab setiap ceruk pun lawa. insyallah ada rezeki akan sampai kesana =)

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.