Turkey 2019 : 8.0 Tulips Di Emirgan Park Dan Bosphorus Cruise | SITI.YANG.MENAIP

Turkey 2019 : 8.0 Tulips Di Emirgan Park Dan Bosphorus Cruise

/
22 Comments
October 29, 2019

24 APRIL 2019

TRIP TURKEY : TULIPS DAN EMIRGAN PARK ISTANBUL DAN BOSPHORUS CRUISE. Akhirnya sampai juga pada hari terakhir trip ke Turkey. Pejam celik dah lapan hari rupanya berlalu. Awal pagi kami dah check-out dari hotel di Bolu dan gerak balik ke Istanbul. Seharian suntuk kami akan berada di Istanbul sebelum dihantar ke Istanbul Airport untuk penerbangan pulang. Aktiviti pada hari terakhir di Turkey adalah ke Emirgan Park, menaiki cruise sepanjang Selat Bosphorus dan shopping di Grand Bazaar. Sekitar pukul 09:00AM kami dah gerak dari Bolu dan terus menuju Istanbul. Tak sedar berapa jam perjalanan sebab tertidur.. Tahu-tahu dah sampai di Emirgan Park. Oooo orang memang sangat ramai tengah cuti dan kemuncak musim bunga. Ramai keluarga keluar beriadah picnic dengan anak-anak. Meriah yang amat.

EMIRGAN PARK

Emirgan Park terletak di Fatih, kawasan dipinggir Istanbul. Tapi jangan risau.. senang saja nak access kesana dengan menaiki public transports. Cuma kena tukar few times sikit. Kalau naik bus - boleh naik bus BN1, BN2 dan TB2. Bus ini semua lalu di kawasan berdekatan dengan Emirgan Park tapi aku tak pasti bus berhenti dimana. Korang boleh refer Google Maps untuk identify bus stop mana yang nak turun. Keliling Emirgan Park ada bus stops. Kalau naik Metro pula boleh naik Line M2 dan turun di Levent. Kemudian kena naik another bus pula dan kalau menaiki Tram, boleh hop on Tram T1. Disebabkan aku kesana dengan agent, jadi tak merasalah pengalaman menaiki public transport. Berbaloi ke nak redah perjalanan ke Emirgan Park ? Dari sudut pandangan aku, sangat berbaloi jika musim bunga sebab sangat cantik dan meriah dengan bunga tulips. Kiri kanan tak puas mata memandang cantiknya ciptaan Allah SWT yang pelbagai bentuk dan warna. Kalau korang pencinta bunga, lagilah wajib kena singgah. Turkey pun terkenal dengan tulips, bukan di The Netherlands saja jadi sangatlah disarankan untuk spend masa di Emirgan Park.

Aku nak share banyak gambar bunga.
Tak dapat nak tapis jadi aku tayang semua.
Harap korang tabah..


Lintas jalan dulu untuk ke Emirgan Park. Tuuu bus kami..


Meriah dengan pelancong dan rakyat tempatan.


Penuh orang-orang Turkey picnic.


Kerusi-kerusi dan meja-meja disediakan. Ada family tengah buat telematch.


Tengoklah !! Subhanallah. Tak puas memandang.


Kanak-kanak Turkish. Majoriti sangat mesra dengan pelancong-pelancong.


Tulips pelbagai jenis dan warna.


Manishnyaaa jalan pegang tangan..


Selalu tengok tulips spesis yang ini.. Ada banyak spesis lain juga.


Tulips merah dan putih ditanam bersebelahan. Warna bendera Turkey.


Hitam tapi cantiknya dipandang.


Banyak lagi sebenarnya kalau share semua tak tahulah berapa panjang entry ni. Hampir dua jam kami di Emirgan Park, tak terasa waktu yang berlalu. Tak cover seluruh kawasan pun sebab jalan sikit berhenti.. jalan sikit berhenti. Ada saja yang buat kami nak berhenti ambil gambar. Cantik sangat dan sedang elok mekar bunganya. Lagi-lagi bila jumpa tulips yang tak pernah tengok sebelum ini. Lagilah lama nak membelek bunganya. Macam-macam jenis gelagat manusia kita boleh nampak disini. Semua nak ambil gambar yang cantik-cantik. Sedih tengok ada bunga yang dah layu rosak kena pijak. Mesti ada yang duduk atau baring nak bergambar. Huuurm.. Aku memang nak suggest sesiapa yang ke Turkey masa musim bunga, tolong jangan skip Emirgan Park. Memang puas hati sangat-sangat sebab so cantik dan colourful. Kena hadap manusia yang ramai saja tapi nak buat macam mana.. public area. Puas hati cuci mata tengok bunga, perut pun dah mula concert kelaparan. Ayuh kita pergi lunch !! Dari Emirgan Park kami ke Galata Bridge. Masa hari pertama dah lalu tapi tak singgah. Now kita singgah untuk makan sebelum naik cruise menyelusuri Selat Bosphorus.

Di bawah Galata Bridge ada banyak restaurant yang menjual hidangan berasaskan seafood. Menu hampir sama aku tengok lebih kurang saja di setiap kedai. Cantik view sambil makan sambil mengadap Selat Bosphorus. Di atas jambatan ramai orang sedang memancing. Hati-hati takut terkena mata kail. Sedap juga hidangan lunch kami.. setiap seorang dapat ikan satu portion each. Ikan bakar macam ikan bakar di Korea sebiji dan rasa pun sama. Disebabkan ikan besar sayang nak tinggal kalau makan tak habis, aku minta nasi tambah. Kena bayar sendiri sebab nasi extra tak termasuk dalam package. Tak kisah pun tak apa sebab faham tapi tak sempat nak bayar sebab UstazN dah bayarkan untuk kami yang minta nasi tambah. Terima kasih UstazN - semoga murah rezeki selalu.

Baca : TIPS PENTING PERSEDIAAN TRAVEL KE TURKEY


Kami makan di restaurant Balik Noktasi.


Ikan bakar Turkish style dan nasi.

MENAIKI BOSPHORUS CRUISE MENYELUSURI SELAT BOSPHORUS

Selat Bosphorus sangat penting ketika zaman pemerintahan Byzantine dan sangat membantu dalam membina empayar Turki Uthmaniyyah. Sekarang ni dah jadi antara tarikan utama di Istanbul lebih-lebih lagi selat inilah pemisah diantara Turkey Asia dan Turkey Eropah. Aku minat juga aktiviti naik cruise jadi aku okay sajalah bila dah ada dalam itinerary. Dari restaurant di Galata Bridge, kami jalan kaki saja ke kawasan jetty boats - Eminonu Halic Iskelesi. Disini memang banyak sangat boats persiaran yang menawarkan khidmat untuk menaiki cruise sepanjang Selat Bosphorus. Tak adalah jauh sangat dan nak sampai ke jetty kami melalui antara kawasan hot spot di Istanbul iaitu Eminonu. Disini ada banyak sangat local street food yang ada dan boleh dicuba. Paling famous adalah Balik Ekmek - Grilled Fish Sandwich. Banyak kedai yang menjual Balik Ekmek sebab memang antara delicacies yang famous jadi jangan lepaskan peluang untuk cuba. Aku tak sempat nak cuba sebab dah laju kemain nak ke jetty jadi jeling sajalah tengok orang makan. Lagipun baru lepas makan dan tengah sangat kenyang. Selera nak mencuba pun dah hilang. Memang ramai yang amat umat manusia di Eminonu. Kalau Ali tak guna bendera memang ada potensi boleh terpisah. Waktu-waktu macam inilah kena jaga betul-betul beg. Banyak kes pick pocket di Istanbul jadi kalau boleh beg biar galas depan dan dipeluk rapi. Disebabkan aku pergi dengan package, kami tak perlu nak beli ticket sendiri semua dah disediakan tinggal nak naik boat dan bersiar-siar saja. Korang boleh juga beli ticket secara online kalau berminat dan harganya tak adalah mahal sangat kalau cruise biasa yang sekitar 30-45 minit. Kalau yang siap ada lunch dan sunset cruise memang agak mahal. Kami tak kongsi boat dengan orang lain, hanya group kami saja. Kapal besar dan luas bebas nak bergerak. Ada open deck yang sangat selesa. Sedap ditiup angin.

Jomlah kita naik cruise menyelusuri Selat Bosphorus.

Baca : ITINERARY PERJALANAN 9M 7H DAN BUDGET PERBELANJAAN DI TURKEY

Jus Oren / Lemonade. Kot..

Ramainya orang di Eminonu.

Diorang tengah enjoy outing makan Balik Ekmek.

Ikutlah Ali yang setia dengan bendera.

Boat yang kitorang naik.


Sekitar kawasan Eminonu dan Galata Tower.


Lalu bawah Galata Bridge.


Istana Dolmabahce.


Jambatan Fatih Sultan Mehmet Koprusu.


Jambatan Yavuz Sultan Selim.


Disebabkan kami tak berkongsi kapal dengan pelancong-pelancong lain, memang ada ruang yang luas untuk duduk dan meronda sekeliling kapal. Paling seronok duduk depan sekali boleh baring bersila semualah apa korang nak buat. Tak ada orang nak kacau pun.. Kami dibawa melalui bawah ketiga-tiga jambatan yang penting di Istanbul - jambatan yang menghubungkan Turkey Asia dan Turkey Eropah iaitu 15 July Martyrs Bridge, Fatih Sultan Mehmet Koprusu dan Yavuz Sultan Selim Bridge. Cruise kami lebih kurang 45 minit. Sepanjang perjalanan Ali ada buat penerangan tentang bangunan-bangunan yang significant di Istanbul. Alhamdulillah cuaca cerah cantik langit membiru jadi perjalanan pun enjoy saja santai dan tenang. Menarik juga tengok bangunan-bangunan disepanjang laluan Selat Bosphorus. Kalau korang memang pencinta sejarah atau architecture mesti korang suka tengok binaan-binaan bangunan disana. Selesai naik cruise kami terus naik bus semula dan dibawa ke kawasan Grand Bazaar. Get ready untuk shopping dan labur duit. Hihihi.. Jumpa nanti.



You may also like

22 comments:

  1. masyaAllah..cantiknya view kat sana.. rasa nak terbang g sana jgk..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itula tu CikNor.. terasa hati tertinggal disana.
      jom kita terbang kesana jom..

      Delete
  2. Saujana mata memandang. Tengok tulips dan bangunan sekitar Selat Bosphorus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. tengok bunga2 senang rasa hati =)

      Delete
  3. cantiknya bunga tulip2 tu
    nyaman je

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik sangat lagi2 yang tengah mekar kembang elok..
      hati jadiii tenang je..

      Delete
  4. cantiknya view kt sana..geram pulak tgk bunga tulip tu..cantik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi jangan geram2.. hihi.. memang kat taman tu keliling tulips..
      rasa nak golek2 atas munge..

      Delete
  5. geramnya orang yang tak kisah hancurkan pokok bunga sebab nak gambar cantik...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang. jelas sangat tangk tangkai2 tu patah terkulai..
      tahula nak amek gmbar lelawa tapi fikirlaa eee..

      Delete
  6. banyak yg dah kembang ya ct?

    ReplyDelete
    Replies
    1. a ah kak.. kembang yang betul2 mekar tu..
      peak season sangat dah kot..

      Delete
  7. Tulipsss....Turki mmg dh lama dalam bucketlist patutnya pergi 3 years ago...tak per nanti ada rezeki kita pulak ke sini...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun pernah cancel trip ke Turkey few years ago sbb kes letupan. lagi seminggu nak fly memang totally taknak pergi. xpe semua ada hikmah.. insyallah nanti ada rezeki lain =)

      Delete
  8. Cantiknya bunga tulip. Luas betul kawasan park tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat luas ni pun kami xdan nak jejak sluruh kawasan. memang makan masa dan sangatla banyak bunganya..

      Delete
  9. SubhanaAllah.. cantiknya bunga bungaan itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kak.. rasa xnakkk balik whyyy kena balik !!

      Delete

DISCLAIMER

All posts, images and pages are owned by the author (unless otherwise stated). No reproduction of the materials from this website are to be used in other third-party websites or personal uses without a written consent or permission from the owner.